Tak taulah bila kecederaan bahu ini boleh pulih seperti sediakala. Perancangan ride nampaknya terpaksa dibatalkan. Sepatutnya cuti Tahun Baru Cina 2014 kami akan ke sepadan China dan Laos namun terpaksa menarik diri. Ikut perancangan motor akan diangkut lori dari Haatyai ke Chiangmai. Kami menyusul menaiki kapalterbang saja. Tiket flight dah beli . Apa boleh buat . Semua perancangan tak jadi. Menaiki kapalterbang ternyata lebih menjimatkan masa dan kos lagi pun bermotor melalui laluan yang sama berulang-ulang kali adalah kurang mengujakan. Harap ada bikers yang akan mengambil tempat aku itu. Manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.
Saturday, December 28, 2013
Wednesday, December 25, 2013
Kita Insan Yang Kerdil...
Banjir yang melanda Jalan utama Rawang - Batu Arang berhampiran Aeon Rawang semalam 24hb Disember 2013 akibat hujan lebat berterusan sejak awal subuh lagi
Tanah runtuh di lorong masuk ke rumah aku... juga terjadi semalam
Rentetan dari
entry semalam, Manusia hanya mempu merancang selebihnya hanya tuhan yang
tahu. Risiko ada dimana-mana. Bila
tsunami berlaku, ramai yang takut
berumah di tepi pantai..masing-masing mencari kawasan jauh dari pantai...Bila banjir
melanda ramai yang takut berumah di tanah rendah..masing-masing berfikir untuk berumah
di tempat tinggi..andaiannya di sana mungkin lebih selamat. Dikala musim hujan
begini orang yang duduk di tanah rendah berasa tidak selamat , dan orang yang
tinggal di tanah tinggi sebenarnya tidak
terkecuali. Kawasan tanah tinggi mungkin selamat dari banjir..tapi bagaimana
pula dengan taufan atau tanah runtuh...? Jika manusia terlalu memikirkan risiko, alamat hidup sentiasa dalam
keresahan. Anggaplah sesuatu kejadian itu satu ketentuan..Kita berusaha
selebihnya bertawakal saja kepada Maha Pencipta.
Semalam berlaku
tanah runtuh dilorong masuk rumah aku. Tembok takdalah tinggi. Tapi itulah kalau
sesuatu nak terjadi, bukan saja yang liar, jinak pun boleh membunuh sebagaimana
kes Irvin yg ditusuk duri pari.. Kepada pemilik kenderaan waja. Salam takziah
dari kami. Atas alasan bencana alam barangkali tuntutan kerugian tidak akan dilayan
oleh syarikat insuran. Tak mengapalah perkara telah terjadi, merungut merintih
perkara telah berlalu..Parking ditanah rendah bimbang kenderaan ditenggelamkan air,
parking di tempat tinggi ini pula jadinya. Apa nak buat..terima sajalah
seadanya....
Tuesday, December 24, 2013
Aku Kemalangan...
Riadah pecah lemak bertukar jadi riadah pecah tulang.
Ahad 22hb Disember 2013 sebagaimana minggu sebelum ini
kami berbasikal lagi.. Inilah satu-satunya riadah
yang sangat sesuai dengan aku ketika ini. Golf..? pernah juga terlibat dulu
tapi dah bertahun main tapi tiada peningkatan , kureng umph lama-kelamaan set golf
terbiar berkarat dalam stor. Mujur ada kawan yang masih berminat, maka
tergadailah set aku itu. . Bila mula
–mula sambar motor rajin juga berkonvoi, pantang kawan kawan sebut , mesti akan turut vroom sana vroom sini.. Lama kelamaan
bila dah pandai berkonvoi ke negara –negara jiran aktiviti konvoi tempatan pun dah kurang umph melainkan
berkonvoi ke kawasan baru.
Berbanding
aktiviti lain, umph berbasikal
nampaknya terus segar. Minggu sebelum ini kami berkayuh ’on road’ dari Gombak
ke Genting Sempah melalui jalan lama ke Bentong .Minggu baru ni kami ber ’offroad’
pula di Batu Arang. Malang tak berbau kami terlibat dengan kemalangan sewaktu
melayani laluan curam. Ditambah laluan beralur air musim hujan menyukarkan untuk
mengawal basikal. Kawan di depan tetiba memperlahankan basikal , aku yang
sedang meluru laju tak sempat berbuat apa-apa melainkan terus merempuh basikal
beliau, melambung dan tergolek . Bahu kanan terhempas atas laluan berbatu. Wa terbaring mengharapkan tiada kecederaan
..mengharapkan kesakitan hanyalah sementara.
Bantuan luar diperolehi. Aku dibawa keluar dan terus balik. Walaupun bahu kanan terasa sakit dan
terpaksa ditampung dengan tali tapi masih boleh memandu. Singgah diklinik ,
dinasihatkan terus ke hospital. Isteri menghantar.
Imbasan x- ray mengesahkan tulang selangka aku patah. Namun doktor
memaklumkan tulang selangka mudah pulih. Dijangkakan dalam sebulan akan pulih
sepenuhnya. Fuh aku harap begitulah
Seperti diduga
setelah mengalami kemalangan, ada yang
menyarankan supaya berhenti dari beraktiviti yang melibatkan kenderaan 2 roda. ..risiko
tinggi katanya.. hehe mereka nak merujuk basikal dan motor aku lah
tu. Macamlah berkenderaan lebih dari dua roda akan
sentiasa selamat..Kalau difikirkan sangat risiko, seolah langsung tak boleh
beraktiviti. Sedangkan semua
aktiviti hatta tidur sekalipun tidak akan terlepas dari risiko. Nama pun malang tak berbau. Kalau nak
terjadi, bila-bila masa akan terjadi. Kita
mungkin berhati-hati tapi bagaimana
dengan kecuaian orang lain..? Dalam kes
di atas, sebaik mungkin aku menjarakkan diri dari orang depan, tetapi ditakdirkan
kemalangan akan berlaku maka terjadilah
asebab untuk terjadinya kemalangan. Dah
lama aku berbasikal bersama-sama
sahabat aku ini, pantang menuruni bukit beliau akan berkayuh lebih laju,
tapi entah kenapa hari itu beliau terlalu berhati-hati memperlahankan basikal,
sangkaan aku hanya seketika sebelum memecut lagi..rupanya tidak. aargh mana
sempat nak mengelak beb, walaupun segala jenis brek aku dah guna....
Doakan aku cepat
semboh ok...
Labels:
ACCIDENT,
JOM SIHAT,
MOUNTAIN BIKE,
warna warni kehidupan
Saturday, December 21, 2013
Berapa cukup yang dikatakan cukup...?
Berapa banyak yang dikatakan cukup... Banyak mana pun duit tak akan pernah cukup. Kalau kita memiliki 10 ribu nescaya berangan untuk memiliki 100 ribu kerana beranggapan 100 ribu akan cukup, tapi percayalah seandainya 100 ribu berjaya dimiliki nescaya jumlah itu juga tidak akan cukup dan menginginkan nilai yang lebih besar dari itu. 1 juta cukup..? Jom kita nilai senario ini. Untuk memudahkan pengiraan, katalah kita memiliki wang sebanyak itu. Agak-agak berapa banyak boleh dibelanjakan sebulan tanpa menyentuh duit pokok. . Simpan dalam simpanan tetap , keuntungan rendah. Mana cukup..! Kita pilih jalan selamat, katakanlah semua amaun itu boleh disimpan didalam ASB yang memberikan pulangan yang agak tinggi. Dividen tahun ini termasuk bonus 8.7 persen, walaupun lebih rendah dari tahun lepas 8.9 persen, bermakna 87000 setahun . Setelah tolak zakat dapatlah dalam 6 ribu lebih sikit saja sebulan. Belum ditolak inflasi lagi. Adakah 6 ribu sebulan cukup..? Orang yang bergaji seribu akan kata cukup.. Cuba bercakap dengan orang bergaji 6 ribu..Silap-silap kena lempang bila kita mengatakan beliau memiliki wang yang banyak sementelah lagi terpaksa menggalas perbelanjaan yang serba serbi mahal. 6 ribu mana cukup..? Jadi sapa kata sejuta itu cukup.? Sejuta sebagai duit sampingan "mungkin cukup" hehe. sebab kita tidak memiliki wang sebanyak itu..Habis berapa banyak yang dikatakan cukup.. 1 billion..? huhu bilionaire pun cakap 1billion tak cukup..?! Habis berapa banyak yang dikatakan cukup.. Haha memang tak pernah cukup...
Thursday, December 19, 2013
Adakah kita kesah...?
Berikut luahan perasaan anak aku yang aku cedok dari wall Fb beliau. Ketika ini sedang menjalani latihan amali cuti semester ...Anda nilaikanlah sendiri. Jom terapkan ke jiwa anak anak supaya cenderong menjadi majikan. Selagi kita lebih selesa menjadi pekerja, cerita sama akan berulang dan berulang lagi...
"Majikan nikmati duit berjuta, tapi pekerja kerja macam buruh lelaki, angkat tong separuh mati hampir tercabut tangan and kaki. Eh pantun pula.
Maybe lah kot gaji pekerjanya hampir rm10k but not rm1.5k without bonus and without OT as what i've been told. Budak grad degree kot. phD pun ada. Barulah setimpal dengan kudrat pekerja yg hanya EMPAT orang SAHAJA, yg hasilkan product about 100 tong sekali jual, 40 kg each tong yang harga berjuta beriban total. With only 1 machine?! My weight pun 38kg je ehek. Campur2 chemical yang lain semua manual.
Sieving is the most critical part, esp for your backbones. Dengan hanya dibekalkan penapis kecil cinoet macam penapis teh untuk menapis semua tong semula sambil berdiri. Fuh.

Tapiiii. Paling kesian chichi sbb lari sana sini angkat tong berat
sorang-sorang. Eventho she's a bibik, she's still a human kot. And
perempuan and ada perasaann. Pastuu pastuuu.... D':
Takapalah. Lets husnudzon FL!
Moral of the strory, orang dah senangkan kita, kita senangkan balik orang tu. Bukan lagi susahkan so that kita bertambah-tambah senang sorang-sorang.
Bahasa mudahnya, Please, please, At least, be more considerate.
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلا
”Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” [QS. Al-Kahfi : 46].
(tak tahu sebenarnya if ayat atas sesuai ke tak dengan situasi. Mueh)
It was such a great experience sebenarnya. Thank God im just a practical student. So tak kena marah sangat. Moga dapat menjadi pengajaran dan iktibar, iA! Sekian.
( ̄Д ̄)ノ
p/s - AYUH SOKONG BARANGAN BUATAN ISLAM!"

Monday, December 16, 2013
Hero Junior World Cup- - Malaysia ke 4
Melepas lagi...Ramalan aku tak begitu tepat. Aku jangkakan Malaysia boleh ke final. Sebenarnya aku lebih berminat menonton perlawanan Malaysia bertemu France di separuh akhir, debarannya berbeza berbanding ketika Malaysia bertemu Belanda menentukan tempat ke 3 atau ke 4. Lawan France kekuatan agak seimbang, kena gaya Malaysia boleh titik pasukan lawan dan melangkah ke final. Apa nak buat. Kalah dalam pukulan penalti. Kalah dalam penalti susah nak cakap, yang betul-betul kuat belum tentu menang. Faktor nasib/rezeki main peranan. Baca komen ketua jurulatih keesokan hari, pemain tidak bermain mengikut apa yang dirancang. Kena berterusan menyerang bukan bertahan. Aku setuju...Kalau asyik bertahan bermakna membiarkan pihak lawan berada dikawasan pertahanan..Asyik kena serang mulalah melakukan kesilapan. Mudah bolos. Sayang dah mendahului tapi disudahi dengan kekalahan.
Tengok perlawanan Malaysia- Belanda memang anti klimaks. Belanda kuasa hoki dunia. Belum sempat betulkan tempat duduk dah bolos. Teruk kena buli 7-2. Argh leceh. Kekadang nak juga aku salahkan MHA meletakkan target top 6. Tengok cara pemain bermain semalam seolah mereka redha untuk berada ditangga ke 4. Walaubagaimana pun syabas kepada pasukan negara.

Saturday, December 14, 2013
' Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli' .
Selama hampir 40 hari berada ditanah suci, kalau tak pagi, petang, tak pun malam , pusat belibelah pasti dikunjungi. Dari satu kedai ke kedai berikutnya, percayalah pasti akan ada barang yang kita berkenan. Bermula dengan tengok-tengok lama kelamaan membentuk keinginan untuk membeli...dan akhirnya membeli..!. Ramai yang aku tengok macam tu. Barangkali ramai yang berpegang kepada ungkapan ' Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli' . Kerapkali aku terkena sindrom itu. Aku kerap tewas bila berkunjung ke kedai jam. Walaupun bujukan berlegar dibenak fikiran seperti membazirlah, yang ada jarang berpakailah , mungkin barangan ini juga ada ditanah air lah dan barangkali berharga lebih murah dsb..tetapi seringkali tewas bila mengenangkan ungkapan diatas. Ternyata ungkapan itu adakalanya tersangat benar. Setelah berjaya melawan bujukan nafsu, sekembalinya ke tanahair didapati barangan yang kita inginkan itu ternyata tiada dan jika ada harganya jauh lebih mahal dari apa yang disangka, dikala itu penyesalan adakalanya tidak terungkap.
Ada orang cakap membeli jam mahal membazir. Nanti dulu...Secara peribadi aku merasakan daripada berhabis membeli gajet-gajet canggih lebih baik membeli jam-jam mahal. Lelaki tidak boleh berbarang kemas, tapi lelaki mempunyai pilihan berjam mahal. Alang-alang dah membeli mahal, lebih baik beli yang betul-betul berharga serta boleh digadai sebagaimana barang kemas. Kalau beli mahal tapi tak boleh digadai aku berpendapat barang itu belum cukup berharga. Takrifan mahal mungkin berbeza dari seorang ke seorang. Ikut aku 5 ribu ke 20 ribu tu dah dikira mahallah walaupun sesetengah orang berpendapat nilai ini adalah murah untuk sebuah jam berjenama...
Kekadang memang pelik, sebuah jam ada yang mencecah nilai ratusan ribu. Juta pun ada. Walaupun harga yang ditawarkan tu samada benar berdasarkan nilai atau semata-mata manipulasi tapi yang pasti nilai jam berjenama tidak akan menyusut bahkan meningkat.. terutamanya koleksi edisi terhad. Dulu aku pernah terbeli seutas jam yang berharga lebih dari sebuah kapchai...dan bila aku intai balik dibilik pameran, harga jam berjenama sama yang lebih kurang seangkatan dengannya harganya sudah boleh mendapatkan lebih dari dua buah kapchai..!. Bermakna kalau aku gadai jam aku itu senang-senang akan dapat balik duit yang aku 'bazirkan' dulu...hehe.
Itu pasal bila keluar dari kedai jam di Mekah baru-baru ni, aku terbeli jam lagi...gara-gara ungkapan itu jugalah..Harap-harap jam yang aku beli ini walaupun harga tak seberapa sekarang , mana tahu akan datang boleh membeli lebih 5 biji kapchai...haha. Membazirkah aku...?

Thursday, December 12, 2013
Hero Hockey Junior World Cup- Malaysia mara ke Separuh Akhir
Yes Malaysia layak ke separuh akhir hoki remaja dunia. Tewaskan Korea 2-1 diperingkat suku akhir sebentar tadi. Lawan di separuh akhir nanti adalah Peranchis yang membuat kejutan ke atas Juara Remaja Eropah Belgium 5-4. Peluang terbaik pasukan negara untuk mara ke akhir kerana kekuatan Malaysia berbanding Peranchis adalah seimbang . Lagipun Peranchis secara tradisinya bukan kuasa hoki dunia. Kekuatannya lebih kurang England saja yang Malaysia buli di peringkat Kumpulan D 4-1.
Perlawanan menentang Korea sukar diramal. walaupun pasukan negara mendahului 2-1 sehingga minit-minit terakhir, menyaksikan pemain Korea menggasak gawang gol Malaysia di saat-saat akhir memang mendebarkan. Semangat pemain Korea sangat kental , walaupun kekadang tertinggal tapi diminit-minit akhir dapat saja menyumbat gol yang membawa kepada kemenangan. India menjadi mangsa Korea diperingkat kumpulan walaupun seketika mendahului lawan.
Takpa debaran suku akhir sudah berlalu , kita nantikan perlawanan di separuh akhir dan rasanya dah boleh berangan menyaksikan Malaysia ke peringkat akhir...hehe ramalan saja. Kita lihat saja nanti...

Wednesday, December 11, 2013
Kami tidak minta dilahirkan begini...
Seharusnya kita malu dengan Pak haji ini..walaupun bongkok namun kelihatan sering berulang alik ke Masjidil Haram..
Begitu juga dengan Pak haji ini, cacat dan bertongkat tidak dijadikan alasan untk ponteng solat berjemaah..
Tidakkah hati terusik melihat insan sebegini..
Meremang bulu roma tetekala terserempak dengan pemuda ini. Aku minta izin utk mengambil gambar.
Sekali imbas kaki beliau kelihatan seperti berbentuk ikan paus...cuba perhati ibujari kaki beliau..
Minta maaf kak..aku curi-curi mengambil gambar ini. walaupun mungkin
disedari. .Tak sampai hati untuk menyapa bimbang-bimbang beliau
terguris...Kekadang kecacatan insan yang ditemui di sana sungguh
memilukan..Sebenarnya banyak lagi insan-insan cacat yang ditemui namun
tak tergamak untuk merakamkan gambar dikhuatiri menyinggung ampunya badan...Semoga insan yang sihat insaf apabila menatap gambar ini.
Yang ini cacat palsu..sengaja dilipat kedua tangan supaya kelihatan kudung demi merauh simpati...
Adakah kita masih tidak bersyukur...?
Tuesday, December 10, 2013
Junior World Cup Hockey...Tahniah Malaysia..
Kepada pasukan Hoki Junior yang beraksi di Kejohanan Piala Dunia , India, Syabas..! Moga kemenangan sentiasa berpihak kepada anda. Tebaru Malaysia menang ke atas England 4-2 untuk mengungguli Kumpulan D. Lawan di suku akhir nanti samada India atau Korea. Untuk rekod Malaysia menang ke atas New Zealand 3-2 di permulaan kejohanan , diikuti menang ke atas Afrika Selatan 2-1.
Itu untuk para remaja..Kepada warga tua walaupun tak boleh beraksi dikejohanan kompetitif dunia dapat jadi juara kampong pun ok. haha. Jom kita beriadah...
8 Disember 2013, Sabtu
Jalan Gombak- Bentung lama
Jarak 35km. Riadah hujung minggu. Pergi mendaki, balik menurun...
R n R Genting Sempah...
Pelan-pelan kayuh lama-lama sampai juga. Jom join kami...
Monday, December 9, 2013
Jiwa bersih tapi zahir kotor...?
Apa jadi jika tukang sapu mogok?..tak payah lama sejam cukup, nescaya sampah akan menggunung di segenap sudut.
Prasarana yang cantik Di Jamrat dicemari dengan sampah sarap...lebihan anak batu juga dicampak saja di atas lantai...
Tabiat memberi makanan kepada burung berlebihan mengotorkan dataran...tahu dah burung tak habis makan dan tahu juga makanan itu akan disapu oleh tukang sapu, tapi jemaah tetap menabur lagi makanan..lagi dan lagi ..Jika beterusan begini bila masa dataran akan bersih...?
Kebanyakan orang keliru..seolah merasakan kebersihan zahir
dan kebersihan batin adalah dua perkara
yang berbeza dan langsung tiada kaitan.. Sedangkan kesucian zahir sepatutnya bergerak seiring dengan peningkatan
kesucian batin. Adalah aneh mendakwa batin bersih tapi zahir kelihatan kotor. Bukankah bila batin bersih dengan sendirinya akan terpancar sinar kebersihan yang boleh
dilihat secara zahir melalui perwatakan, tingkah laku dsb. Sifat pengotor
menggambarkan jiwa yang tidak bersih.
Falsafah menunaikan haji sepatutnya diberi kefahaman
kepada para jemaah semasa menghadiri kursus haji di negara masing-masing..
Selama 40hari lebih jemaah berkampung di tanah suci tapi kalau masih bersikap
acuh tak acuh dengan nila-nilai kebersihan sebegini...rasanya haji itu gagal mencapai misi sepenuhnya. WallahualamFriday, December 6, 2013
Syiling oh Syiling..Jangan Pandang Sebelah Mata...
Selama hampir tiga tahun aku
jadi pengutip duit syiling. Di tepi mesin basuh, dalam kereta, atas lantai,
tepi tingkap dsb. 5 sen, seposen dan
segala duit syilinglah…Mentang-mentang duit syiling ramai tak terliur. Sambil -sambil
tu mana –mana kembalian duit syiling bila berbelanja turut aku sumbatkan dalam
tabung . Bila penuh tabung nanti aku dah berangan nak beli motor hehe ..Motor baru mungkin tak
dapat tapi kapchai terpakai rasanya
cukup...Masa tu nanti mesti ada yang cakap..’asyik-asyik beli motor..motor...motor..tak
rasa membazir ker..?’ Nampak tak..? masa duit tu bersepah-sepah takder siapa pun cakap yang syiling tu sangat
berharga.. Bila dikumpul dan cukup untuk
membeli barangan yang kita suka , pandai pulak cakap membazirlah, itulah,
inilah bla bla.. Moral cerita ini jangan perlekeh duit syiling. Tahukah anda seseorang
tidak layak digelar jutawan walaupun memiliki 999999.99 , kurang 1 sen untuk
cukup sejuta.
Tapi aku sedih. Tabung aku telah hilang..Tabung yang aku beli di sempadan Thailand/Myanmar semasa ride Segitiga Emas 2010 dikebas pencuri yang
memecah masuk rumah dengan mengumpil gril pintu belakang ketika kami di
Mekah baru-baru ini..Macam aku tulis di atas…masa syiling bersepah tak ramai terliur..bila
dikumpul dan banyak, duit syiling yang berat ni pun turut dirembat. Korang
congak-congaklah berapa nilai syiling dalam tabung buluh aku itu.. Tabung
bergarispusat 7 inchi x 15 inchi tinggi. Berbaki 1 inchi untuk penuh…Aku rasa
dalam 2 ribu mungkin ada…lepaslah untuk kapchai terpakai…
Walaubagaimanapun aku bersyukur, mungkin dengan duit syiling itu menyebabkan pencuri itu gembira. Setidak-tidaknya
mereka keluar tidak dengan tangan kosong. Mungkin tanpa duit syiling itu entah
apa-apa lagi yang akan diangkutnya. Kunci MPV aku juga turut ditinggalkan saja di
tepi pagar. Mungkin baginya sudah cukup berbaloi dapat merembat tabung syiling,
PS3 dan ipod anak aku. Walaupun rumah aku habis digelidah, nampaknya tiada
barangan lain yang hilang kecuali 3 barangan diatas…
Syiling oh Syiling …Aku kena jadi pengumpul syiling lagi…Nak
beli motor…!
Labels:
artikel pilihan,
TIPS SEMPOI,
warna warni kehidupan
Thursday, December 5, 2013
Jangan Bertangguh Mendaftar Haji...
Bila badan sihat kita tidak akan merasai kepayahan walaupun
terpaksa berulang alik ke masjid berjarak yang jauh. Dan jarak itu tidak
termasuk berpusing-pusing mencari ruang kosong untuk solat yang kekadang perlu
mengelilingi masjid. Bayangkan jika jemaah menghidap sakit lutut atau ghout
atau lemah-lemah sendi atau pelbagai penyakit lain…pergh azab beb. Sebab tu
disebabkan keuzuran surau di hotel atau masjid berdekatan dengan hotel kerap
menjadi pilihan jemaah yang tak larat. Walhal kekadang terasa rugi kerana
terlepas peluang berjemaah di masjid yang
nabi sangat anjurkan untuk bersolat di dalamnya
iaitu Masjidil Haram, Mekah, Masjid Nabawi, Medinah dan Masjidil Aqsa di Palestine ..
Ramai jemaah berusia
yang aku temui tidak dapat menyembunyikan penyesalannya kerana tidak menunaikan
haji dikala usia muda. Bayangkan jika
pembesaran masjid telah sempurna nanti..lebih 5 juta jemaah akan berkumpul,
sedangkan pada tahun ini dengan jumlah jemaah tidak melebihi 1.5 juta keadaan sudah cukup sesak, sukar dibayangkan
dengan bilangan jemaah melebihi tiga kali ganda nanti . Akan datang hotel penginapan
pastinya akan semakin menjauh. Kes-kes jemaah tersesat pasti akan meningkat..
Suka aku mengingatkan
kepada yang belum mendaftar haji silalah
berbuat demikian..Jangan khuatir tempoh menunggu yang lambat. Yang penting
niat. . Dikhabarkan pada tahun ini pihak Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa
melarang jemaah membuat haji kali kedua dan seterusnya. Mungkin hanya kes-kes
tertentu dipertimbangkan kot. Jika senarai nama menunaikan haji lebih dari sekali dikeluarkan dari senarai menunggu kemungkinan
nama yang mendaftar lewat akan tersenarai awal adalah cerah.
Apa tunggu lagi mendaftarlah segera...!
Apa tunggu lagi mendaftarlah segera...!
Tuesday, December 3, 2013
Jom kita jelajah dunia...!
Sewaktu di Tanah Suci dalam masa terluang kekadang dapat bersembang dengan jemaah haji dari negara lain. Walaupun kekadang terpaksa mengerutkan dahi untuk memahami setiap tuturkata mereka. Aku dapat rumuskan bahawa kos menunaikan haji jemaah Malaysia memang termurah dan teratur. Kebanyakan kos negara lain yang aku temui seperti Indonesia, India ,Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Thailand, Afrika Selatan, Filifina kos mereka adalah antara 15-20 ribu seorang untuk tempoh tidak lebih 40 hari. Dan lagi kos mereka tidak termasuk kos makan dan minum. Jemaah Indonesia dibekalkan RM 1500 riyal sepanjang mereka di Tanah suci. Bandingkan dengan kos jemaah haji Malaysia...Pertama kali pergi hampir 10 ribu, kali kedua dan seterusnya hampir 15 ribu termasuk makan dan minum kecuali sarapan...Tempoh di Tanah suci pula ada yang melebihi 50hari. Jemaah Malaysia lengkap dengan klinik-klinik dan para doktor..Aku tak pasti dengan jemaah haji negara lain samada perkhidmatan ini disediakan. Sebagai rakyat Malaysia adakah kita masih tidak bersyukur.. Aku cukup menyampah bila ada orang yang perli dengan ungkapan 'Syukur Malaysia masih aman..' sedangkan ini adalah nikmat yang tak ternilai yang Allah anugerahkan kepada rakyat Malaysia...
Kami juga berkesempatan bertemu dengan expatriate Malaysia yang haampir 10 tahun berkerja di sana. dan dimaklumkan kos perubatan maupun persekolahan adalah sangat mahal. Yea mungkin dia warga asing, tidak mungkin menikmati apa yang warga tempatan nikmati. Tapi kos ubatan di farmasi hampir sekaliganda dengan di Malaysia...Pergilah supermarket barangan dapur serba serbi mahal..Di sana yang ketara murah hanya kereta dan minyak saja.. Kami juga difahamkan kos insuran juga mahal dan difahamkan pemilik kenderaan diberi pilihan untuk menginsurankan kenderaan atau tidak...Mungkin diberi pilihan melanggan polisi insuran pihak pertama (1st party) atau pihak ke 3(3rd party) tanpa mengira usia kenderaan.....sebab itu kenderaan disana jarang yang sempurna, mesti kemik sana kemik sini sebab kebanyakan tidak menginsurankan kenderaan mereka..ataupun mungkin kos repair lebih mahal dari membeli baru...aku pun tak faham dengan minyak serendah 30sen untuk dua liter sepatutnya semua barangan murah tapi ternyata tidak begitu .
Rakan aku menambah lagi warga arab sendiri kehairanan kenapa beliau sanggup bermastautin ke negara mereka sedangkan bagi warga Arab yang pernah mengunjungi Malaysia mengatakan bahawa Malaysia adalah syurga...! Negara aman, kos hidup yang tidak terlalu tinggi, cantik, penuh kehijauan, terdapat lautan, sungai yang mengalir...dsb.. Kebanyakan warga asing yang aku temui memang sangat memandang tinggi Malaysia. Tidakkah pelik jika terdapat rakyat Malaysia tidak menghargai apa yang dilmiliki, malah memperlekeh apa yang ada...
Benar untuk menghargai apa yang kita miliki, kita kena menjelajah dunia. Aku tambah semangat...memang aku ingin menjelajah dunia...Takler melopong bila ada yang cuba mengelentong...Semoga ada kesempatan dan rezeki..Amin

Sunday, December 1, 2013
Musibah di Mina..Dekat tapi jauh...Mudah tapi susah...
Sepanjang 40 hari lebih kami di Mekah seingat aku cuma 4
solat fardu tidak diringi dengan solat jenazah. Dikabarkan tahun ini seramai 26
orang jemaah haji Malaysia
meninggal di Tanah Suci. Sungguh
mudah meninggal di sana..Kekadang tu hanya mengidap demam biasa, dibawa
ke hospital, tetiba dikhabarkan telah pergi selamanya. Kalau dah rezeki tiada, asebab yang kecil boleh menyebabkan
kematian. Namun jika umur panjang, walau telah nazak boleh kembali sihat dan dapat mengerjakan haji
seperti biasa, sebagaimana terjadi kat sahabat aku ini.
Sebagaimana yang aku ceritakan terdahulu, sewaktu di Mina kami menghadapi kesukaran untuk kembali ke khemah penginapan. Dan bersama aku ketika itu dua orang jemaah yang salah seorang pernah
menghadapi saat kritikal di hospital. Rahsianya
hanya diketahui ketika kepenatan mencari jalan pulang ke khemah. Sewaktu berwukuf beliau menaiki ambulan bertemankan doktor serta dikecualikan bermalam di Muzdalifah
Jemaah menuju ke tempat melontar ..tempat melontar yng berjarak lebih 3km sehala dari khemah penginapan berada di aras 3 Jemarat yang dikhususkan untuk jemaah dari asia tenggara .
Sebelum tiba di Jemarat jemaah akan melalui terowong ini...
Dijadikan
cerita, ketentuan pagi itu jam 3.30 pagi, setelah setengah jam tiba dari Muzdalifah,
pihak tabung haji mengumumkan akan memimpin jemaah
yang ingin melakukan ibadah melontar awal.
2 jemaah tadi sentiasa disisi aku untuk ke
tempat melontar. Setelah melontar kami berpecah dari jemaah pimpinan tabung
haji. Mereka balik ke khemah sementara
kami degil menuju ke tingkat bawah untuk bertahalul. Tidak mengetahui ini adalah
punca kami menghadapi masalah. Setelah bercukur terus menyeberang jalan dengan
melompat kon pembahagi jalan untuk ke masjid
bagi menunaikan solat subuh. Sesudah solat kami dapati eskalator dan
lift menuju ke tingkat 3 ditutup.
Untuk menyeberang semula ke tempat bercukur tadi juga tidak mungkin
kerana pihak polis berkawal di sepanjang kon-kon penghadang . Cakaplah pelbagai alasan mengatakan ingin keseberang jalan... yang dijawab hanya " Tariq..! tariq..! " bermaksud jalan terus..jalan terus..
Kami berpusing-pusing dicelah lautan manusia mencari jalan ke
tingkat 3, Tanpa sedar semakin tersasar
jauh dari kawasan melontar. Polis dan pegawai yang bertugas langsung tidak
membantu disebabkan masalah komunikasi. Atas nasihat petugas tabung haji yang berjaya dihubungi melalui talifon mengarah kami untuk kembali semula ke masjid tempat bersolat subuh tadi.. Berpatah balik
dalam sausana penuh sesak dan panas...?.! Berdasarkan mercutanda kami dimaklumkan akan tersasar melebihi 10km
sekiranya tidak berpatah balik ke tempat asal.
Ketika ini brader tadi memaklumkan masalah kesihatan beliau. Sistem saraf akan
gagal berfungsi sekiranya terdedah lama dibawah terik matahari. Diceritakan
lagi beliau pernah bertarung nyawa sebelum berwukuf di Arafah namun kesihatannya kembali pulih. Jemaah berusia 38 tahun berasal dari Melaka,
seorang guru mengalami masalah saraf. Hampir 4 tahun menghidapi penyakit itu.
Sebelum itu beliau seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti lasak seperti berkayak, memanjat gunung dsb...Apabila sistem saraf terganggu berpunca dari kepanasan, kepenatan, batuk dsb pesakit akan mengalami kekejangan. Sistem pernafasan akan terganggu. Jika
lambat dirawat akan mengundang maut.
Bersusah payah, alhamdulillah tiba semula di masjid sebelum waktu zuhor. Bantuan tak datang-datang..Selepas asar kami berdua mengambil keputusan meninggalkan cikgu tadi untuk mencari jalan pulang dan mendapatkan bantuan. Kawasan melontar sedikit lengang memudahkan pergerakan. Namun sistem pergerakan satu hala sungguh menyukarkan..Membuat pusingan U kekadang terpaksa menempuh jarak lebih 3 km...! Setelah puas berpusing, menghampiri waktu isya baru tiba dikhemah. Aduan dibuat namun tiada tindakan segera boleh dibuat disebabkan masalah logistik akibat kesesakan teruk untuk menghampiri kawasan bantuan. Disebabkan bantuan tidak kunjung tiba sesudah magrib cikgu bergerak sendirian. dan berjaya sampai ke aras 3 dimana ramai petugas tabung haji berada. Cikgu dimasukkan ke hospital dan terlantar selama seminggu di sana..
Dekat tapi jauh...nampak macam mudah tapi susah...mencari semula laluan masuk ke aras 3, sikit punya azab...
Kebanyakan pegawal jemaah di jemarat apabila ditanya, menanya balik apa no tiang khemah..supaya dapat menunjuk arah dengan tepat...Manalah kami ingat dan tak tau pun no tiang ni sangat penting
Aduhai lebih 15 jam aku mencari maktab 95 ini...
Mujur jemaah muda dan cikgu berpengalaman melakukan aktiviti lasak..kalau jemaah berusia dan uzur bagaimana..? alamat mati kering ler..huhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.