click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 26, 2015

Ekspedisi Transjava : Semarang-Cerebon

Ekspedisi hari ke 5 boleh di akses  DISINI

Sebagai orang asing adalah tidak adil  menilai sesatu bandar berdasarkan destinasi yang dipandu arah oleh gajet  GPS.. Keadaan di sana tidak menggambarkan  keseluruhan bandar.. Hotel yang kami duduki semalam berada di pinggiran bandar rupanya.. lebih teruk berdekatan dengan pasar awam..Ibarat melawat KL tapi dibawa ke kawasan Pasar Awam Chow kit. Jadi dapat bayangkanlah keadaan serabutnya persekitaran. Apabila menuju ke Cerebon barulah gps menunjuk arah pusat Bandar Semarang..Ok boleh tahan cantik  dan kemas juga…



Jalan menuju ke Cerebon pun boleh tahan cantik. Sawah padi terhampar dikiri kanan jalan.. Trafik seperti biasa lancar tapi sedikit sesak apabila melalui pekan pekan kecil. 

Singgah sarapan pagi warong pinggiran jalan. Pengusaha pernah berkerja di Malaysia. Di Sungai Buluh Selangor katanya.





Harimau mati meninggalkan belang.. bikers mengembara meninggalkan sticker.. hehe.. Jangan lupa mencari stiker yang kami tampal seandainya kalian lalu dan singgah di warong ini nanti..Nama kami turut tertera di stiker itu.



Jarak harini dalam 230km saja . Dengan keadaan jalan dan trafik yang baik sebelum 12 tengahari telah memasuki daerah Cerebon. Menghampiri destinasi  kami berpisah  kepada  dua kumpulan. Peneraju kumpulan terpaksa membaiki motor beliau yang bermasalah dengan klac bersama 2 peserta lain . Kami ke Cerebon   berpandukan gps seorang lagi peserta.

Berkumpul semula di KFC Cerebon. Selesai makan terus menuju ke Hotel.






 Kalau sebelum ini menginap dihotel bajet harini hotel sedikit berbintang. Perlu sesekali memanjakan badan setelah saban hari diperah tenaga dan keringat. Harga bilik boleh tahan mahal., Kalau  semalam 3 bilik 740 ribu hari ini sebilik 740 ribu . Geram melihat air yang membiru di kolam renang. Sabar.. sesudah makan nanti..kami akan berendam..

Melawat ke Keraton dan masjid warisan berusia lebih 500tahun.




 Telaga ini juga berusia sama dengan masjid lebih 500 tahun


 Maaf cakap . Luar perkarangan sangat kotor dengan sampah sarap., tidak selayaknya kawasan istana dan masjid warisan sekotor itu. Mungkin juga hariitu lebih kotor berbanding hari biasa. Kebetulan malam tadi adalah malam Jumaat keliwon. Ramai jemaah berziarah sambil beriktikaf di masjid pada malam itu.

Di Indonesia khususnya P. Jawa Jumaat Keliwon cukup signifikan kepada mereka kerana keistimewaan hari itu. Selain amalan keagamaan, banyak amalan ritual dibuat pada hari tersebut seperti memandikan senjata warisan keris tombak dll.



Mimbar di masjid..

Pedati di Istana..


Namun melihat kepada serba serbi barang warisan ditabur bunga dan minyak wangi timbul kemuskilan adakah sekadar ingin berwangi wangian atau mempunyai unsur lain..

Sesudah makan kembali ke hotel. Ingatkan ingin berkubang dikolam renang.. Ermm hari dah larut malam..Terus tidor saja. Hehe

Esok kami akan ke Bogor.. Sering mendengar nama itu.. Tunggu laporan hari ke 7



Tuesday, March 24, 2015

Ekspedisi Transjava-Tuban- Semarang 210km

Ekspedisi hari ke 4 boleh dibaca di sini Malang- Tuban

Perjalanan ke Semarang akan menyinggah di Kudus dan Demak. Di kedua dua tempat ini terdapat masjid warisan yang berusia lebih 400 tahun. Juga terdapat kuburan  wali songo. Ingin melihat keunikan ciri binaan bangunan yang yang mampu bertahan begitu lama sedangkan Pulau Jawa tidak sunyi dari pelbagai malapetaka gempa bumi.






Berada di wilayah Jawa Timur sebelum memasuki Jawa Tengah...


Pengunjung berpusu-pusu melawat masjid dan kuburan..





Ini salah satu ciri binaan unik yang terdapat di masjid ini.  Tok Nenek Melayu telah mengaplikasikan ciri binaan moden lebih 400 tahun dulu. Pin Joint ini fleksibel dan mampu menahan gegaran gempabumi.. Semua bangunan moden termasuk bangunan tertinggi pasti memiliki ciri sebegini..



Masjid Menara di Kudus mendapat nama sempena binaan menara ini juga berusia lebih 400 tahun.. Dipercayai menara tertua di Pulau Jawa.  Selain masjid pengunjung datang  berziarah ke kuburan dan  binaan menara ini.. Sayangnya tiada kesungguhan mengindahkan persekitaran bangunan bersejarah  walaupun saban waktu sesak dengan pengunjung...Persekitaran kekal berserabut..



Kolah mengambil wuduk juga sangat unik




Di Jawa penduduk sangat menghormati orang alim yang telah meninggal dunia.. Kawasan perkuburan diperindahkan sedemikian rupa. Kawasan peruburan sudah menjadi objek wisata di sana .


Salah satu kubur wali songo barangkali.. Ramai pengunjung menyedeqahkan tahlil dan fatehah kepada si mati. 



Meneruskan perjalanan ke Demak . Sepanjang perjalanan hujan.. Motor salah sorang peserta mengalami kerosakan kerana meredah air. Kabel palam pencucuh masuk air. Tukar dengan caj 150 Rupiah saja. Tiba di Demak  tak dapat mengabadikan foto di Masjid Demak. Hujan masih lebat. Lagi binan masjid tua yang sangat bersejarah.. Replika masjid ini boleh dilihat di Taman Tamadun Islam Kuala Trengganu.

Tiba di Semarang. Menginap di Hotel Plamitan,..Caj hotel pun tak mahal . 740 ribu utk 3 bilik.. Mencuba pelbagai cara untuk mengeringkan pakaian yang kuyup...


Sekian catatan perjalanan hariini 19 Feb 2015...Esok kami ke Cerebon..

Saturday, March 21, 2015

Ekspedisi Transjava-Tuban Bandar Para Wali

Sambung semula coretan setelah terhenti kerana meronda ke Guanzhao China pula sempena cuti sekolah.. Coretan pangalaman juga akan  dikongsi kemudian.

Sementara itu untuk membaca Ekspedisi hari ke 3 TransJava boleh diikuti di SINI




Malang-(280km) Banyu wangi-(295km) Surabaya- (100km) Tuban. Jarak berdasarkan google map adalah dalam 675km Km . Jika purata perjalanan sehari 2-300km seperti perjalanan sebelum ini bermakna setidak tidaknya 3 hari diperlukan. Kami mengambil keputusan memendekkan perjalanan dengan terus saja ke Tuban. Jarak pun tak jauh dalam 200km saja dari Malang. Di khuatiri banyak tempat lain di daerah Jawa Barat tidak dapat dikunjungi.. Tak mengapalah Bandar Banyuwangi dan Surabaya tidak dikunjungi setidaknya kami telah merasai sausana di Jawa Timur..

Kenapa Tuban..? Di Tuban terdapat  tinggalan masjid lama yang dibina ketika era walisongo. Sesudah subuh terus ke sana. Bersarapan di pinggiran jalan. 



Separuh perjalanan, seorang peserta terpisah dari kumpulan. Dan yang terpisah itu mempunyai gps yang telah diset bersama dengan peneraju konvoi. Ini masalahnya jika lebih seorang memiliki gps.  Walaupun setting dan destinasi sama, kemungkinan melalui laluan yang berbeza adalah tinggi. Gps peserta itu menunjukkan laluan ke Surabaya sedangkan Gps peneraju konvoi menunjukkan laluan lain. Namun berjaya bersatu dan meneruskan perjalanan . 

Jalan cantik. Kiri kanan pemandangan sawah. Seperti biasa memasuki pekan keadaan akan sesak semula terutama apabila melintasi lintasan keretapi. Mujur bermotor kecil. Boleh saja menyelit. 



Jika sebelum  ini menempuh banyak kali sekatan jalanraya oleh pihak polis  tanpa ditahan, sekatan kali ini kami di arah ke kawasan balai. Patut pun tadi kelihatan ramai pengguna motor yang berhenti ditepi jalan rupanya ada sekatan besar besaran. Setelah memperkenalkan diri dari Malaysia dan menunjukkan dokumen motor yang lengkap kami disuruh teruskan perjalanan. Pasport pun  tak ditengok. Bagusnya menyewa motor dari penyewa bertauliah, motor dilengkapi dokumen sah. Dulu kami di Sumatera menyewa dari orang perseorangan. Bila di tahan pihak polis ternyata dokumen yang diberi telah tamat tempoh.. Mujur tidak dibawa ke balai. Ermm terpaksa membayar saman tidak beresitlah..




Singgah makan lagi.. Patut pun seluar semakin sendat. Hehe. Kali ini di KFC Lamongan. Sambil makan sambil melayari internet la apa lagi.. WIFI free. 



Tiba di Tuban sebelum zuhor. Melawat kawasan perkuburan dan muzium. Di Jawa perkuburan orang alim memang sangat dimuliakan. Saban hari ramai pengunjung yang berziarah. Kawasan persekitaran didirikan banyak gerai gerai jualan. Pemungut derma pun ramai..



Tiba dihotel. Sampai awal banyak masa untuk mengembalikan tenaga. Sedang elok hotel berada tidak jauh dari pantai..Cuaca panas. Ambil kesempatan basuh pakaian yang semakin menyusut stok pakaian bersih. Malam pekena makanan laut .. Walaupun tepi laut harga makanan laut boleh tahan mahal...Tak mengapa., apa salahnya berbelanja untuk makan makan. Lagipun badan yang telah diperah tenaga perlukan layanan istimewa juga...Betulkan hehe
















Friday, March 13, 2015

Ekspedisi Transjava 2015- Caruban-Malang 180km

Ekspedisi semalam boleh di baca Ekspedisi Hari Ke 2

Secara peribadi setelah beberapa hari di Pulau Jawa  menelusuri kampong dan pekan mendapati kehidupan penduduk di sana tidaklah sesusah sebagaimana gambaran selama ini.  Banyak juga rumah rumah cantik berlatarbelakangkan pemandangan sawah..Jika dipekan walaupun padat tapi boleh tahan kemas.  Mereka  juga kelihatannya berdisplin menjaga kebersihan menilai dari kebersihan gerai-gerai tepi jalan sepanjang laluan kami. Setelah merentasi daerah daerah di Jawa Tengah dan Timur didapati keadaan jalan juga boleh tahan baik .   Melintasi trek  keretapi keadaan memang agak hiruk pikuk selain permukaan jalan yang bergelombang. Menghampiri pekan  keadaan mula  serabut dengan pelbagai aktiviti wargakota selain banyaknya kenderaan bersimpang siur.  Namun terdapat inisiatif pihak PBT cuba mengindahkan persekitaran. Di lampu lampu isyarat terdapat ramai peniaga jalanan yang cuba menjual barang dagangan mereka. Terdapat juga ramai sukarelawan yang menguruskan aliran trafik untuk keluar masuk simpang atau mencari tempat parking.. Jika di luar kawasan pekan para sukarelawan ini mendapat tips dari pengguna jalanraya. Di pekan pekan selain tips, mereka mendapat persen dari kutipan caj parking yang dikenakan kepada pengguna.





Harini kami meneruskan perjalanan ke Malang. Seawal pagi  telah meninggalkan Caruban. Perlu segera tiba  di Malang untuk membersih dan mengeringkan pakaian yang terkena hujan malam sebelumnya. Dalam perjalanan menambah minyak enjin  yang mengalami penyusutan kerana diasak setiap hari. Kelebihan bermotor kecil..tiada menghadapi masalah mendapatkan khidmat pomen. Bengkel banyak di sepanjang laluan.. 


Sambil itu menyemak semula laluan yang dicadangkan oleh GPS. Ternyata bukan laluan yang dikhendaki. Laluan utama yang dicadangkan akan membawa kami ke Surabaya sebelum menghala ke Malang setibanya dipersimpangan terakhir.   Laluan utama ini bakal dilalui lagi untuk destinasi seterusnya. Kami mengubah haluan melalui jalan pantai di sebelah selatan pulau. Tiada ertinya meronda jika acapkali melalui laluan sama .

Bermotor kecil juga membolehkan kita menikmati pemandangan sekeliling dengan mudah...Peluang untuk menikmati sausana baru..Adat berkunjung ke tempat baru., kita akan betemu dengan pelbagai pemandangan yang kekadang jarang dilihat ditempat sendiri..




 Tertanya-tanya gerangan apakah yang sedang dilakukan oleh pemuda itu di terusan ini.


Beliau sedang menangkap ikan dengan memberikan kejutan elektrik melalui rod yang disambungkan dengan bateri yang diletakkan di pelampong...hehe





Banyak nama pekan di daerah-daerah yang dilalui, pernah didengari sewaktu di Malaysia..Jombang, Tolongagung, Jember, Trenggalek..hehe sekadar menyebut beberapa nama..Memang ramai pekerja Indonesia dari daerah-daerah disini yang mencari rezeki di Malaysia.

Sebelum jam 3 ptg tiba di Malang. Digambarkan Malang kawasan tanah tinggi. Terbayang sebelum itu akan udaranya yang nyaman..Ermm hanya tinggal harapan..Cuaca biasa biasa saja.. Perlu ke kawasan pergunungan untuk menikmati cuaca sejuk. Bandar Malang pun boleh tahan serabut..Secocoklah dengan  namanya.



                           


Menelusuri pekan besar mau pun kecil seringkali terbaca papantanda sebegini.. Apotek. Tertanya-tanya juga apa ke benda Apotek nih..Di Malang persoalan itu terjawab. Penduduk setempat memberitahu Apotek itu adalah Farmasi. Berdasarkan pemerhatian sepanjang ekspedisi ini bilangan farmasi mengatasi Praktek Umum hehe.. Praktek Umum tu adalah General Practioner (GP) yang membawa maksud klinik swasta lah kalau di tanah air..


Di Malaysia isu ini sedang hangat dibicarakan. Pengasingan pemberian ubat dan rawatan. Ketika ini pemeriksan, rawatan dan pemberian ubat boleh didapati di klinik.. Pihak farmasi sedang melobi supaya pemberian ubat hanya boleh diperolehi di farmasi. Selain faktor kos meningkat dan kesulitan kepada pengguna , dibimbangi peranan ahli farmasi bakal menenggelamkan fungsi doktor jika pesakit mengambil jalan pintas mendapatkan ubat tanpa preskripsi yang betul dari doktor bertauliah.

Di Malang kami menginap dihotel bajet.. Bolehlah janji boleh melelapkan mata…!


                         
                         



Monday, March 9, 2015

Ekspedisi Transjava 2015-Jogja- Magelang- Malang 400KM


Semasa melawat Melaka baru ni terbaca nukilan di dinding penghadang tapak projek. Lebih kurang macam ni.. 'Mengembara itu ibarat membaca buku.. Lagi banyak tempat dikunjungi  lagi tebal buku yang dibaca.'. Ermm sangat setujulah dengan nukilan itu. Itu antara sebab kami suka meronda.  Lebih suka meronda ke  sesatu tempat melalui jalan darat...Kita dapat gambaran  sebalik tabir sesuatu negara yang dilawati .. Jika  berkunjung terus ke tempat popular, apa yang dihidangkan kekadang lebih kepada gimik dan tempelan.






Berbalik kepada ekspedisi kami.. Harini akan ke Malang. Jarak dalam 400km. Akan melawat dulu  Borobudur di Magelang yang semalam tak kesampaian. Ekspedisi memasuki hari kedua, beberapa motor peserta sudah bermasalah. Bersungguh tuan motor sewa memberitahu motor telah diselenggara sepenuhnya. Sebiji motor mengalami masalah brek, sebiji lagi mengalami pembakaran bahanapi tak sempurna.. Meletup meletup ketika dipulas throtle..





Penunjuk arah GPS juga memberi masalah. Kami ditunjukkan  ke jalan mati dalam bendang untuk ke Borobodor..Haha Inilah bahana bergantung seratus peratus dengan gajet . Bertanya dengan penduduk setempat berjaya ke pangkal jalan..









Tiba di Borobudur.. Motor yang bermasalah dibaiki. Sebahagian peserta menunggu dibengkel.. Kami berempat  melawat ke kompleks wisata. Memasuki saja perkarangan..Wow memang besar, bersih kemas dan cantik. Perkarangan dan kompleks Borobodur  dijaga rapi. ..Aku beri markah 9/10.   Sangat kagum dengan kehalusan seni ukiran dibatu. Entah berapa lama masa diambil untuk menyiapkan relief di keseluruhan kompleks itu.



Maklumat buku  ahli matematik  Kompleks Borobudur terdiri dari 2 bahagian..Pertama  piramid 5 tingkat dibahagian bawah diikuti dengan Arupa Datu di atasnya yang menempatkan stupa-stupa  . Arupa datu ini didakwa  dipindahkan dari istana Ratu Boko.. Baca di sini..SINI .. Ukiran hanya terdapat di bahagian dinding piramid.. Menurut ahli matematik itu lagi semua ukiran dan binaan di Borobudur dibuat oleh jin .. Wallahualam.. 


Sahabat arkitek cuba mencari relief-relief  sebagaimana ditulis oleh pakar matematik. Tersangat luas lagi  bertingkat  dan terlalu banyak relief sehingga sukar mengenalpasti. Ditambah dengan melawat dengan keadaan tergesa-gesa..



Keluar dari kompleks wisata.  Jika diperkarangan bersih ..Keluar saja pintu kompleks.. Sausana tak tersusun dan berterabur.. Gerai -gerai pasang siap yang selekeh mencacatkan pemandangan. Rasanya dah beratus tahun kawasan pelancongan ini wujud dan dikenali diserata dunia..Dulu kami melawat Angkor Wat di Kemboja pun begini bahkan lebih teruk..Kenapa tiada inisiatif pemerintah mengindahkan persekitaran kompleks..Kenapa tidak diselaraskan dengan keindahan kompleks wisata itu sendiri...Sangat mengeciwakan.. Satu markah pun susah nak diberi..

Meneruskan perjalanan ke Malang. Setelah beratus  kilometer dilalui ternyata laluan yang ditunjukkan oleh GPS bukan laluan yang kami khendaki. GPS menunjukkan laluan semalam  melalui Surakarta untuk ke Malang bukan laluan disebelah pantai barat.








 .Menghampiri senja hujan dengan lebat.. Kuyup dan  bagasi basah walaupun mengenakan baju hujan.  Sebahagian peserta terpisah dari kumpulan. Sebahagian terpaksa menunggu, sebahagian lagi mencari penginapan.. Bahaya untuk meneruskan perjalanan dimalam hari ditambah dengan hujan. yang lebat. Terpaksa menamatkan cabaran harini.  Kami menginap di Hotel Icha Orient Tarsan di Caruban lebih kurang 160km lagi ke Malang..Hasrat untuk ke Malang tak kesampaian.. Memang malang hehe..




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK