Bagi seorang pengembara
gaya hidup serba ringkas adalah keperluan. Jika tadi kami menukar pakaian untuk
meneroka Gua Pindul sudah tentu banyak masa
terbuang dan beberapa persalinan
terpaksa dibawa. Meneruskan pengembaraan ke Istana Ratu Boko di Daerah Sleman dalam keadaan berpakaian basah. Setibanya di tinggalan
istana Ratu Bako pakaian yang basah tadi telah kering. Hehe
Pengembaraan Gua Pindul boleh dibaca DISINI
Pengembaraan Gua Pindul boleh dibaca DISINI
Catatan ringkas sejarah Istana Ratu Boko ada tertulis dilaluan masuk istana. Selebihnya boleh diperolehi di internet. Namun apa yang menarik minat kami ke sini lebih kepada merungkai misteri versi baru yang mendakwa istana Ratu Boko mempunyai kaitan dengan kesah Nabi Sulaiman.. Mungkinkah Ratu Boko itu adalah Ratu Balqis..? Ratu Saba' seperti yang diceritakan dalam Al Quran..? Wallahualam..
Dalam kajian pakar matematik Indonesia selama 33 tahun beliau mendakwa istana disini telah ghaib kerana telah dipindahkan oleh tentera jin Nabi Sulaiman ke tapak Borobudur sekarang. Hasil penelitiannya melalui ilmu matematik banyak persamaan angka di Al Quran dan ciri ciri yang terdapat di Borobudur yang menjurus kepada dakwaannya itu..
Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang luas. Beliau berkebolehan bergerak ke sesatu tempat dengan pantas.. Dalam kesah Nabi Sulaiman yang dalam perjalanan ke Lembah Semut di Negeri Saba, diceritakan bahwa burung hud hud telah mengkhabarkan terdapat seorang ratu bersama rakyatnya yang menyembah matahari. Nabi Sulaiman mengutus surat supaya Ratu ini menyembah Allah dan di pelawa berjumpa dengannya di Istana di Wadin Namlu yang menempatkan kompleks Borobodur sekarang. Untuk membuktikan kehebatannya Nabi Sulaiman mengarahkan tentera jin memindahkan istana Ratu Balqis ke Wadin Nablu yang berjarak 36km dari Istana Boko sebelum Ratu Balqis tiba.
.
Dalam kajian pakar matematik Indonesia selama 33 tahun beliau mendakwa istana disini telah ghaib kerana telah dipindahkan oleh tentera jin Nabi Sulaiman ke tapak Borobudur sekarang. Hasil penelitiannya melalui ilmu matematik banyak persamaan angka di Al Quran dan ciri ciri yang terdapat di Borobudur yang menjurus kepada dakwaannya itu..
.
Di belakang pintu gerbang inilah terletaknya tingalan istana Ratu Boko yang secara misteri ghaib..
Kelihatan bangunan tunggalan purba yang terdapat di Prambanan.. Juga diceritakan dalam buku karangan pakar matematik itu.
Memang menakjubkan pembuktian angka yang ditulis oleh penulis tersebut.. Samada kebetulan atau berbetulan..Wallahualam. Penemuan lanjut mengenai dakwaan itu boleh dibaca dibuku Borobudur & Peninggalan Nabi Sulaiman yang ditulis oleh Pakar Matematik Indonesia KH Fahmi Basya. Pendapat ini walaubagaimanapun disanggah oleh seorang lagi penulis. Kedua-dua buku kami beli untuk meneliti hujah masing masing.
Esok kami akan ke Borobodur pula .. Meneliti relief relief didinding candi untuk merungkai persoalan misteri...Misteri Nusantara...hehe
No comments:
Post a Comment