Hari Rabu sepatutnya ke kebun bukit, Kembara masih lagi di bengkel sedang dibaikpulih. Minggu lepas tak pergi kerana berada diluar kawasan.
Kesempatan ini digunakan membersihkan kebun tumpang di hadapan rumah. Bakar sampah berdaun yang lama dilonggokkan, tak boleh dibakar sebab hampir setiap hari hujan. Pangkas daun pisang tua, tebang pokok yang berpenyakit, cabut rumput pangkal pokok nenas dll. Tanah tak luas sejam ke 2 jam dah selesai.
Sambil membersih pangkal, menuai batang keladi.
Pokok keladi masa mula tanam memang agak susah nak hidup, kurus dan pendek. , sekarang ni musim hujan galak merebak dipersekitaran, membesar dengan sihat dan tinggi cuma tidak berkeladi bila dicabut.
Pokok kangkung pun begitu.
Sayur batang keladi dan kangkung memang feveret penulis.
Cuma ini saja yang leceh memasak batang keladi. Menyiang mengambil masa lama sampai berkedut dan hitam jari jemari terkena getah batang keladi. Takpa.. pelan-pelan kayuh..
Jika ada tanah kosong dipersekitaran tiada alasan untuk kita tidak mencubanya. Tanam, Tinggal dan Tuai atau 3T.