Cuti Thaipusam, kami berkelah di Riverrine Kg Sumpitan Lenggong Perak.
Panaskan semangat dulu sebelum berkhemah sambil bermalam. CamperKembara sedang disiapkan termasuk memantapkan enjin. Sekarang dibengkel untuk top overhaul.
Anak menantu serta cucu memang berminat menjalankan aktiviti begini, cuma belum ke tahap bermalam. Melihat kepada kecenderungan, kemungkinan untuk bercamping diwaktu malam adalah cerah..Ketika ini asyik membelek peralatan perkhemahan seperti khemah dll. Mungkin yang menjadi batu penghalang adalah keselesaan tidur di khemah tanpa AC. Budak-budak zaman sekarang tidur di dalam AC sudah menjadi satu keperluan.
Mungkin untuk membiasakan diri akan memulakan perkhemahan malam dimulai dengan bercamping di tanah tinggi seperti Cameron Highland. Tapak perkhemahan di sini tersangat dingin. Kalau dah terbiasa dengan persekitaran bercamping akan terbit rasa seronok berkhemah tidak kira cuaca, sudah boleh berkompromi dengan keselesaan.
Atmosphere bercamping bersama rakan seperkhemahan sambil bermasak-masak yang membuatkan kita ketagihan. Walaupun masakan ala kadar, makan-makan tetap penuh berselera..
Tak perlu mahal untuk berhealing.
Jomla bercamping...
No comments:
Post a Comment