click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 9, 2024

CamperKembara...

Projek DIY Kembara telah dimulakan.  KembaraKebun, kini diberi nilai tambah sebagai CamperKembara. Saiz yang comel tapi memadai, apabila seat pemandu/penumpang disorong ke hadapan, dapat panjang berbaring dalam 1.8m.

Kriteria paling penting untuk  ruangan tidur selesa. 





Struktur asas Kembara Kebun dan Camper Kembara


Susunan asas Kembara Kebun


Sruktur tambahan tempat perbaringan. 

Rekabentuk dalaman mengambil kira keperluan mengisi peralatan kebun, struktur perbaringan mestilah kukuh selain dapat dibuka dengan mudah.



Struktur lantai yang lengkap...


Tilam tebal 4" dibuat secara custom made..ditempah kepada tiga bahagian, supaya senang diangkut dan simpan






Struktur perbaringan menggunakan bahan ringan.



Ruang kosong di bawah perbaringan hadapan akan diletak coolbox berkapasiti 10L berisi ais...Air sejuk tong ais akan dipam/kitar semula ke tong radiator yang diletakkan diruang seat pemandu ...udara sejuk di dalam tong radiator akan di sedut/ditiup menggunakan exhaust fan untuk menyejukkan kabin...pengasingan ais dan radiator didalam tong berbeza mampu mengekalkan ais sehingga 6-7jam...

Powerstation  menggunakan bateri boleh caj dari elektrik domestik  atau solar, akan diletakkan di ruangan kosong satu lagi.



Tak perlu berbelanja mahal, Kembara sudah memadai...Untuk lebih berkuasa dan selesa, enjin sediada 1300cc akan ditukar kepada enjin 1600cc kemudian hari. Enjin sekarang agak semput dan mengaum ketika mendaki laluan curam.

Tidur di dalam kenderaan lebih baik berbanding pasang khemah di atas bumbung, terutama ketika ribut, lagipun  khemah di atas bumbung tersangat mahal..

Modal untuk set tidur termasuk  AC  manual dan power station  tak sampai  RM1500 berbanding beli khemah atas bumbung paling kurang tiga ribu lebih.

Dengan adanya CamperKembara tak perlu bersusah payah memacak khemah di mana-mana tempat yang kita ingini. .. Segalanya serba lengkap dan sentiasa tersedia, dapat tidur dalam AC lagi.😁






3 comments:

  1. wah bestnya. Nanti up le gambar bila dah siap camno rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2..tapi camperkembara marhaen tak boleh la nak expect tinggi2..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK