click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 21, 2019

Jom Jogging-KLCC Park


21hb Jan 2019 Isnin. 

Siri jelajah jogging kalini membawa kami ke  KLCC Park. Sesudah subuh terus ke sana. Isnin cuti Thaipusam keadaan trafik dari Rawang ke sini ok lancar...


Walaupun taman ini telah lama wujud tapi ini kali pertama kami ke sini.. Impresi pertama sememangnya WOW.!!! menepati status sebagai taman rekreasi bertaraf internasional. 



Trek jogging di taman ini pendek saja dalam 1.2km satu pusingan namun kita mempunyai alternatif untuk menyusuri celah-celah bangunan jika inginkan loop yang lebih panjang. Atau berpusing beberapa kali untuk mendapatkan jarak diingini. Bagi penulis pusing beberapa kali ini yang kurang memberi kepuasan. 



Beriadah di taman berlatar belakangkan bangunan ikonik dunia Menara Berkembar Petronas KLCC  memberikan kepuasan. Berjogging tidak begitu meletihkan walaupun bermandikan peluh  kerana sebahagian besar trek jogging  adalah jenis bergetah dan sangat mesra sendi.. 


Gabungan tasik, pohon- pohon dan bangunan pencakar langit membangkitkan pemandangan indah.. 


Terik matahari pagi pula terlindung disebalik bangunan- bangunan tinggi, ditambah dengan sausana hijau taman menjanjikan keselesaan dan kedamaian. Sangat seronok berjogging disini. 



Ini yang penulis maksudkan di atas. Kita boleh berjogging dicelah-celah bangunan untuk membuat loop sendiri jika trek taman tidak cukup panjang... Pokok pokok berbunga wangi ini mengeluarkan aroma menyegarkan.. 


Kemudahan permainan kanak-kanak turut disediakan disini. Boleh lah membawa anak- anak kecil untuk sama sama berrekreasi...
Terdapat juga taman air percuma untuk pengunjung bermandi- manda. 



Pancuran air minuman turut disediakan dilokasi tertentu sepanjang trek jogging...Pengunjung tidak perlu membawa bekalan air minuman yang bekasnya nanti dibuang merata tempat. 


Cuba perhatikan betul betul.. Bekas-bekas minuman sengaja ditinggalkan pengunjung sesudah isinya dilahap. 


Dalam beberapa siri jelajah jogging, penulis tidak teragak-agak memberi rating 9/10 bintang untuk taman ini. Keinginan untuk kembali lagi sangat kuat., cuma caj parking kenderaan yang agak mahal . Standard caj parking kereta KL RM4 untuk jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.. Sekurang kurangnya kena sediakan rm10 untuk setiap kali berjogging disini. 


Sesudah berjogging boleh mengisi perut di gerai bergerak berdekatan...

Untuk yang belum ke sini memang sangat dicadangkan berbuat demikian.. Anda tidak akan menyesal.. 

Saturday, January 12, 2019

Jom jogging-Air Terjun Serendah

Sabtu 12hb Jan 2019, jom jogging arini membawa kami ke Air Terjun Serendah. 



Pengunjung yang datang ke Air Terjun Serendah selalunya hanya beriadah ke air terjun utama ini.. Tapi hari ini kami teruja  meneroka jauh ke dalam hutan. 



Terdapat wakaf di tepian sungai.. 

Meneruskan lagi pemanduan. 


Tak sangka 3km didalam hutan terdapat kebun yang terpelihara.. Air anak sungai begitu jernih.. Rumput berpotong.. Siapakah gerangan pemilik tanah ini.. 



Trek offroad ini terpelihara jadi tidaklah sukar memandu.. Berdasarkan keadaan trek memang ianya selalu digunakan. 


Penghujung jalan untuk kenderaan awam.. Tanah milik Yayasan Selangor rupanya. Pagar berkunci.. 

Dikhabarkan tanah yayasan disewa pengusaha tanaman sayur.. Jika bermotor atau berbasikal pasti akan terus ke hadapan lagi.. Ingin tahu jalan ini berakhir dimana... Dan ingin melihat kebun sayur itu sendiri. 




Berpatah balik menyinggah dibeberapa lokasi menarik. 




Bongkah konkrit ini adalah tembok penahan empangan mini yang telah runtuh.. 


Pemandangan dan bunyian aliran air di jeram jeram sangat mendamaikan.. 




Musykil... binaan tiang konkrit ini dulunya dibina untuk apa.. Mungkin dulu adalah jambatan mini untuk keseberang sana.. 



Tak menduga  didalam hutan ini ada anak muda berkhemah.. 






Memang hati kental mereka berdua. Bermalam disini. Bila ditanya tak takut ker bermalam didalam hutan.. Mereka menjawab sudah biasa berkhemah dimerata tempat... 

Disekeliling khemah dipagari dengan tali tangsi yang digantung dengan loceng untuk memberitahu kehadiran binatang.. Ermm kalau penulis dipagari dengan pagar elektrik sekalipun tak berani bermalam hanya berdua didalam hutan.. 


Yang menarik perhatian adalah tahap kesedaran mereka menjaga kebersihan persekitaran.. Plastik sampah disediakan disudut khemah.. 

Sedang elok ramai teman dikeliling, boleh lah mandi manda..lokasi ni agak terpencil, takut untuk mandi sendirian.. Hehe.. 







 Sahabat yang menemani tidak mandi bersama, jadi penulis berkubang ambil syarat saja..ada lah kot dalam setengah jam.. 



Ketika kami tiba semula dilokasi utama pengunjung telah mulai ramai.. 

Hujung minggu pengunjung bersantai bersama keluarga dan teman-teman..

Ok juga tempat rekreasi disini.. Kawasan bersih. Caj parking RM1 saja... Seeloknya pengunjung turut dikenakan caj minima.. Bukan murah untuk menten kawasan persekitaran..

Penulis cadangkan kepada pihak berkuasa tempatan(PBT)

1. Memasang speaker yang dimainkan berkala mengingatkan pengunjung menjaga kebersihan .. Setakat papan tanda tidak memadai..

2. Mengenakan deposit sampah untuk kumpulan pengunjung berkhemah/berBBQ

3. Promosikan tempat rekreasi antaranya dengan memasang papan tanda merentasi jalan utama sebagaimana di Thailand

4. Menyediakan punca elektrik /air prabayar dikawasan perkhemahan... Atau caj  dimasukkan dalam caj sewa tapak khemah.

5. Menambah tandas awam... Tandas berbayar boleh menggunakan sistem syiling sebagaimana mesin dobi..

Dengan promosi berterusan ditambah dengan minat rakyat Malaysia berliburan rasanya tiada masalah untuk menarik minat pengunjung datang  siang dan malam...Camping site di eropah sangat popular..

Jom jom berrekreasi di Air Terjun Serendah... 

Wednesday, January 9, 2019

JOM JOGGING-Taman Rimba Templer Park


Riadah hujung minggu Ahad 6hb Jan 2019 di Taman Rimba Templer Park. 

Taman rimba ini lebih kurang 10km saja dari penginapan kami namun amat jarang ke sini. 

Berbanding kawasan rekreasi tasik yang biasanya ada trek berjogging mengelilingi tasik, di taman rimba kita perlu mencari loop trek sendiri. Ini yang menghalang untuk beriadah ditaman  rimba. Sekadar berjalan tanpa berpeluh membasahi tubuh kurang memberi kepuasan berjogging.. Walhal banyak potensi trek yang kita boleh terokai.. 





Laluan berkonkrit berserta tangga yang disediakan di Templer Park  boleh dijadikan trek berjogging... Cuma tidak sesuai berjogging lewat siang kerana ramai pengunjung menghalang kelancaran larian anda.. 


Cuba berlari ditangga yang dibina curam.. Nescaya mencurah curah peluh membasahi tubuh. Tangga dibina sehingga ke tingkatan air terjun yang ke 6..Untuk ke air terjun tingkatan ke 7 kita perlu menyusuri trek tanah... 




Di Templer Park terdapat 7 tingkatan untuk ke puncak..Puncak yang ke 7 adalah aliran air/ parit sebelum membentuk terjunan air bermula di tingkat 6.

 Air terjun tingkat 5 dan tingkat 4 sangat popular dikalangan pengunjung.. 





Selepas berjoging boleh terus membersih diri di air terjun. Air terjun ditingkat 5 menjadi pilihan.. Awal pagi masih kurang pengunjung disini... Terasa kesejukan sebelum mandi,  amat berat untuk meninggalkannya sesudah berendam. Sangat seronok








Air yang diempang membentuk kolam renang mini di tingkatan 4..


Persekitaran ditaman rimba ok bersih... Awal pagi kelihatan petugas membersihkan kawasan.. Cuma sebelah petang tidak pasti samada kebersihan persekitaran dapat dikekalkan bila pengunjung semakin ramai.. 



Sesetengah pengunjung mengalami kecacatan mental barangkali, walaupun tong sampah tersergam didepan mata, sampah lampin bayi ini hanya diletak diatas tong...




Pihak pengurusan taman patut mengenakan deposit untuk pengunjung yang ingin berkhemah atau berBBQ... Jika tiada deposit penghujung bersikap sambil lewa dalam memelihara kebersihan taman. 

Jom jom kita  beriadah sambil menikmati keindahan alam.. Jangan lupa jaga kebersihan...









CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK