click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 14, 2011

Kenyir-Felda Aring, pertama kali lalu...



Pergi Trengganu kalau tak beli Kepok Ghonde tak sah...orang KL cakap keropok lekor.  kelebihan untuk motor yang banyak tong.. boleh  isi kepok,  petai, putu mayam dsb..ha ha..banyak ruangg cakap luu...!



Berlatarbelakangkan Tasik Kenyir. Panorama yang indah dan menenangkan..

Singgah di Pusat Pemuliharaan Haiwan Liar Trengganu Terletak antara Tasik Kenyir dan Felda Aring... Gatal anak gajah jantan ni..aku pun nak dirabanya ha ha....




Hanya ada dua tempat pemuliharan hidupan liar di Malaysia..1 di Pahang dan satu lagi di sini..

Salam pun tiru gaya bikers  ..ada calit ibu jari..he he..

Haa..yang ini nama dia Telong...Seri tu pinjam tempat dia saja.. tengah bulan depan akan dipindahkan ke zoo Kemaman. sesapa yang nak beramah mesra dengan Telong boleh la ke sana..takda lah jauh sangat.


Jom sambung lagi cerita aku semalam.

Balik ke KL kami  menggunakan laluan  Tasik Kenyir dan Felda Aring. pastu sambung ke  Gua Musang-Cameron Highland terus ke Simpang Pulai dan  PLUS highway.

Tasik Kenyir -Felda Aring

Jalan Tasik Kenyir ke Felda Aring ok. tapi bahaya sebab jalan yang elok tetiba saja ada ada lubang merentasi jalan  menunggu mangsa. Banyak lokasi sebegini di sepanjang laluan tersebut. Aku terterjah salah satu lubang...walaupun sempat membrek..phew...! mujur tiada kejadian tak diingini terjadi,.sangat bahaya ketika hujan dan waktu malam. Jalan sunyi dan lengang. tak digalakkan melalui diwaktu malam.

 Memasuki Felda Aring

 Jalan Felda Aring jalan rosak teruk. sesuai bawak scrambler..ha ha

                                


Habis motor aku , berselupat dengan lumpur dan longgar skru...kata felda kaya takkan tak boleh sumbang bagi elok jalan. Sesetengah tempat lubang ditampal guna tandan kelapa sawit..aparaaa!


Tiba di Jalan Utama Gua Musang- C. Highland-Spg Pulai

Gua Musang-Spg Pulai tunggangan kerap kali  dibasahi hujan. Menuruni Cameron Highland ke Spg Pulai hari dah gelap, jalan licin . Berhenti di R n R Spg Pulai dalam 8.30 mlm. Segarkan badan dan solat. Dapat juga bertegur sapa dengan bikers yang baru balik dari Phuket.

Spg Pulai- KL

Masa sambung ride lalu highway PLUS nilah aku dapati ada sebiji viva..ya viva yang asyik cucuk belakang aku...takpelah aku lepas bagi ko potong...memang laju mamat nih...tak padan kecik, lagi pun malam aku tak berapa selesa bawak motor..samada aku yang bodoh atau kedua-dua sekali bodoh kalau aku layan sangat mamat ni....Kami berhenti semula di kawasan rehat Rawang sebelum Pok Li meneruskan perjalanan ke Salak Tinggi. Aku sampai rumah dalam pukul 10 mlm...

Sekian untuk perjalanan kali ini..


7 comments:

  1. I сouldn't resist commenting. Well written!

    my web site ... how to make money buying and selling cars

    ReplyDelete
  2. A person neceѕsаrіly assist tο make signifiсantly posts I would stаte.
    Thiѕ iѕ the firѕt time I
    fгеquented your websіte page аnd ѕo far?
    I surpгised with thе reѕearch уοu made to creаte thiѕ particulаr publіѕh іncredible.

    Excellent task!

    Αlsο vіsit my webρage - dallas seo company

    ReplyDelete
  3. Howԁy! I κnow thіѕ is kind of off toρic but ӏ waѕ wondering if you
    knew where I coulԁ locate а cаptchа plugіn for my comment form?
    I'm using the same blog platform as yours and I'm hаving trοuble finding οnе?
    Thаnks a lot!

    Μy web-site :: Www.Dallasseocompany1.com

    ReplyDelete
  4. Jalan insya Allah ok. Macam ni panduannya:
    1. Best for 4WD dan good for kereta standard. Worst for modified car.

    2. Jalan felda aring sekitar 30km.

    3. Kalau dari simpang chiku tu, sehingga 22 kilometer, boleh drive purata 60km/j ke 120km/j. Jalan tak teruk cuma kena alert lubang kecil bagi kereta yang dah ubahsuai absorber jadi lower. Lepas tu akan jumpa 2 km jalan berlubang teruk. Maximum speed pesona standard ialah 60km/j, minimum speed 30km/j. Lebih kurang 10 minit bertarung, tapi kalau kereta yang modified, setengah jam juga nak lalu jalan 2km ni. Kemudan baki 8km tu dah ok macam 22 km tadi.

    4. Kalau dari jalan sempadan kelantan terengganu pula, drive dari simpang Felda Aring 8 tu sepanjang 8 km ok, lepas tu 2 km red alert, lepas tu 22 km ok.

    5. Kesimpulan: Jangan lower kereta anda jika anda pengguna monthly/annually jalan ini. Walaupun anda guna pesona yang modified, kancil standard tetap boleh potong anda di jalan ini.

    Take care.. itulah info berakhir 4 Ogos 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih sdr ibnu atas maklumat terkini dn tips untuk pembaca lain...npknya masih tak byk perubahan..huhu

      Delete
  5. Mac 2014 saya berbasikal dari Felda Ciku 2 ikut Felda Aring ke K.T. Cuaca panas terik. Ada kabus tak sampai 5 minit Sekitar Felda Aring jalan banyak yg rosak, di tempat lain jalan elok

    Purata cerun jalan 3%- 5% . Sekitar Tsk Kenyir terdapat cerun 7-8%
    Data ini berdasarkan pengalaman shj

    Bermalam(guna tent) di luar tapak pemuliharaan gajah yg dah ditutup. Terjaga pd waktu hampir subuh - terdengar bunyi hidupan2 yg tak pernah terdengar sebelum ini.

    Di warung tidak jauh dari sempadan Kltn-Tgnu, teh ais RM1.80, teh panas RM1.00. Kira wajar.. sebab ada yg sanggup hartar air ke sini

    Kalau nak adventure spt ini pastikan
    a} Stok makanan dan air yg mencukupi(saya sentiasa stok 6l)
    b) Ada peralatan tidur/tent (kemungkinan bermalam di tepi jalan)
    c) Bawa tiub spare dan lalat-alat lain
    d) Di musim kemarau mandilah dimana dapat peluang mandi
    d) Tahan cabaran dan jgn mengharap pickup akan berhenti nak bagi tumpang

    Selamat mencuba..

    ReplyDelete
  6. Pergh syabas brader kerana berbasikal merentas laluan yang sunyi...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK