Ada yang marah-marah. Siap tulis disuratkhabar atau laman sosial mempertikaikan orang menunaikan haji lebih dari sekali. Cuma kita nak bertanya, sudahkah orang yang mempersoalkan ini telah mendaftar haji ? Jika sudah bila mereka mendaftar.? Ada yang baru setahun dua mendaftar sudah bising-bising.. Sesetengah tu mendaftar pun tidak..Kebelakangan ini saja ramai yang mendaftar dan kecoh bila nama tidak terpanggil. sedangkan dahulu tiada siapa kesah mahu mendaftar. Faham dengan situasi yang timbul, pihak tabung haji telah membuat peraturan baru..Perlu menunggu 5 tahun sesudah haji terdahulu sebelum boleh mendaftar untuk menunaikan haji berikutnya...
Aku sebenarnya dilema...rasa bersalah pun ada tapi nak buat macamana..tawaran dah datang..nak tolak terasa sayang...agak-agak kalau korang berada dalam situasi kami, nak buat macamana..? hehe aku garenti korang pun akan sambar. Dulu dapat tawaran pertama dikala usia pertengahan 30an, teringin merasai haji tetekala usia melewati 40an. Berbeza kot pengalaman haji orang muda dan orang agak berusia..sekembali dari haji 2004 terus kami mendaftar lagi. Setelah sembilan tahun, tawaran datang lagi . Kira peluang baiklah...Ketentuan pulak abang aku dan ibu saudara isteri meninggal dunia baru-baru ini...sedang eloklah kami membuat haji badal untuk mereka...
Kepada rakan taulan yang belum mendaftar haji silalah berbuat demikian...apa nak tunggu lagi, lagi lambat mendaftar lagi lambat tiba giliran. Dikala haji pertama dulu aku menyaksikan sendiri bagaimana jemaah haji mati dirempuh ketika melontar jamrah. Sedangkan yang muda tidak terkecuali dengan pelbagai masalah inikan pula yang berusia. Jangan sebut tidak mampu ok...kereta, phone mahal, astro, rokok malah serba serbi mahal yang tak berfaedah boleh beli, takkan haji yang diwajibkan seumur hidup sekali, kita memberi pelbagai alasan.
Kepada para sahabat dan kenalan Kami mohon ampun dan maaf. Mohon kehalalan dunia dan akhirat. Ahad 22hb September 2013, kami akan ke Tanah Suci. Kembali 14 November 2013. Selama 53hari.. Moga dipermudahkan segala urusan haji kami Amin..