12 September 2013
Kementerian Penggajian Tinggi Putrajaya
Pergh...sungguh ramai pengunjung yang hadir...pihak penganjur terpaksa mengadakan taklimat kepada beberapa sessi...Dewan hanya mampu memuatkan sebahagian pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk mendengar sendiri penjelasan pihak berkaitan mengenai nasib pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Sessi soal jawab sesekali beremosi menghangatkan lagi dewan yang penuh sesak dan panas.
Diluar dewan kiosk-kiosk IPTS turut disediakan memberi penerangan pogram pembelajaran di tanah air sekiranya pelajar berhasrat membatalkan pengajian di Mesir. Ibubapa dalam dilema, pelajar dalam dilema...nak sambung dalam tanah air bukan tak boleh, tapi bagaimana dengan kos pengajian terutama yang membiayai sendiri penggajian atau membuat pinjaman.. Kos di sini bukan murah ...bukan itu saja, dengan jumlah pelajar di Mesir mencecah 11000 orang adakah institusi tempatan mampu menempatkan semua pelajar ini.
Masalah besar lagi, sekiranya sambung belajar disini pelajar bukan saja terpaksa menyesuaikan diri dengan silibus universiti tempatan, terpaksa juga menyesuaikan diri dengan sausana baru. Pelajar tahun-tahun awal penggajian mungkin kurang bermasalah tapi sangat bermasalah untuk pelajar di akhir-akhir tahun penggajian.. Sebagai contoh, di Mesir pelajar perubatan boleh terus masuk tahun 1 menggunakan keputusan SPM berbanding Asasi sains/ matrikulasi/ tingkatan 6 di Malaysia. Namun tempoh pengajian perubatan di Mesir adalah 6 tahun berbanding 5 tahun di Malaysia.. Disebabkan silibus yang berbeza, pelajar luar terpaksa disetarakan untuk memenuhi silibus di sini. Tahun 6 perubatan di Mesir mungkin terpaksa mengikuti pengajian tahun 4 disini bergantung dengan silibus yang digunapakai di universiti masing-masing.
Argh rugi-rugi..anak aku akan memasuki tahun 5 perubatan Universiti Alexandria, kalau pihak penaja memutuskan untuk menyambung pengajian disini silap-silap kena mengikuti pengajian tahun 3 disini. Jika terus belajar di Mesir hanya tinggal 4 semester untuk tamat berbanding mungkin 5 atau 6 semester lagi disini. Lambat lagilah nak grad.
Berbanding pelajar tajaan,. pelajar persendirian/pinjaman institusi bank dsb ditahun-tahun akhir boleh saja mengambil risiko meneruskan penggajian disana untuk menjimatkan masa.. Pelajar tajaan jika ingin juga meneruskan penggajian terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana buat ketika ini pihak penaja memberhentikan sertamerta kos saraan tajaan . Dalam waktu yang singkat ini kat mana nak cekau duit beb..huhu...
Inilah nikmat aman yang selalu orang terlepas pandang . Betapa ruginya negara yang bergolak. Ditarik nikmat aman serba serbi jadi kucar kacir..Bersyukurlah Malaysia masih aman...
Kementerian Penggajian Tinggi Putrajaya
Pergh...sungguh ramai pengunjung yang hadir...pihak penganjur terpaksa mengadakan taklimat kepada beberapa sessi...Dewan hanya mampu memuatkan sebahagian pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk mendengar sendiri penjelasan pihak berkaitan mengenai nasib pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Sessi soal jawab sesekali beremosi menghangatkan lagi dewan yang penuh sesak dan panas.
Diluar dewan kiosk-kiosk IPTS turut disediakan memberi penerangan pogram pembelajaran di tanah air sekiranya pelajar berhasrat membatalkan pengajian di Mesir. Ibubapa dalam dilema, pelajar dalam dilema...nak sambung dalam tanah air bukan tak boleh, tapi bagaimana dengan kos pengajian terutama yang membiayai sendiri penggajian atau membuat pinjaman.. Kos di sini bukan murah ...bukan itu saja, dengan jumlah pelajar di Mesir mencecah 11000 orang adakah institusi tempatan mampu menempatkan semua pelajar ini.
Argh rugi-rugi..anak aku akan memasuki tahun 5 perubatan Universiti Alexandria, kalau pihak penaja memutuskan untuk menyambung pengajian disini silap-silap kena mengikuti pengajian tahun 3 disini. Jika terus belajar di Mesir hanya tinggal 4 semester untuk tamat berbanding mungkin 5 atau 6 semester lagi disini. Lambat lagilah nak grad.
Berbanding pelajar tajaan,. pelajar persendirian/pinjaman institusi bank dsb ditahun-tahun akhir boleh saja mengambil risiko meneruskan penggajian disana untuk menjimatkan masa.. Pelajar tajaan jika ingin juga meneruskan penggajian terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana buat ketika ini pihak penaja memberhentikan sertamerta kos saraan tajaan . Dalam waktu yang singkat ini kat mana nak cekau duit beb..huhu...
Inilah nikmat aman yang selalu orang terlepas pandang . Betapa ruginya negara yang bergolak. Ditarik nikmat aman serba serbi jadi kucar kacir..Bersyukurlah Malaysia masih aman...
No comments:
Post a Comment