click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, April 25, 2020

Insinerator Mini Tanpa Asap...

Sabtu 25hb April 2020

PKP dilanjutkan lagi sehingga 12hb Mei 2020. Rasanya selepas dari itu akan dilanjutkan lagi sehingga selepas raya untuk mengelakkan orang ramai berpusu pusu merayakan aidilfitri di merata tempat. Kemungkinan wabak merebak semula sangat tinggi maka  sia-sialah usaha pengawalan penularan virus sebelum ini.



Reban ayam hampir 90 peratus siap..hanya berbaki bumbung dan jaring dinding reban.



Untuk mengisi lagi waktu terkurung ini, penulis bercadang membuat insinerator mini tanpa asap yang akan ditempatkan dibelakang rumah.

Selama ini pembakaran terbuka sering mendatangkan masalah asap berkepul kepul sehingga mengganggu kejiranan. Ketika musim hujan tiada pembakaran terbuka boleh dibuat sebab sukar menyalakan api, ketika musim kering akan menambah buruk jerebu pula.

Kesempatan musim PKP ini, waktu terbaik membuat insinerator mini. Banyak bahan sisa ranting kayu, dedaun, rumput rampai dll sesudah berkebun keliling rumah boleh terus dibakar disini..Bukan saja bahan organik, segala macam  bahan plastik pun boleh dibakar dengan selamat...Sisa bakaran nanti boleh dimanfaatkan sebagai baja tanaman lagi.

Anggaran kos binaan dijangka sekitar RM200. Pelaburan berbaloi dalam misi melengkapkan suasana rumah  dalam kebun bandar yang mana segala bahan buangan akan dimanfaatkan semula.



Tuesday, April 21, 2020

Bela Ayam Di kawasan terhad...

Selasa 21hb April 2020


Reban puyuh sudah, kolam ikan pun sudah...tengok kat bawah wakaf banyak lagi kayu- kayu bersusun, kalau dibiarkan tentu akan reput begitu saja..argh terus buat reban ayam pulak lah, lagipun bosan  terperap dirumah dimusim PKP ini.

Untuk memudahkan urusan pembersihan reban, rekabentuk reban meniru konsep reban mat salleh dengan sedikit modifikasi untuk disesuaikan dengan cuaca sebelah sini. Reban yang  nak bina ni berskala kecil cukup untuk 4-6 ekor ayam. Petak khas ayam bertelur disediakan dan mudah diakses untuk mengutip telur.



 Disamping itu jaring berketinggian 7' akan dipasang di keliling reban di penjuru  belakang rumah memadai untuk ayam-ayam bergerak bebas. Harga jaring/pukat 50'x7' pun hanya RM85 sudah lebih dari mencukupi untuk membuat kawasan kurungan luar reban.

Masalah memberi makanan ok, ada kaedah mudah dan murah memberi makan dan minum secara automatik.

Masalah lalat dan bau saja yang perlu diberi perhatian. Tapi rasanya dengan bilangan belaan yang kecil masalah ini tidak begitu serius dan boleh ditangani.

Nasib baik kawasan rumah tak cukup luas, jika tak kambing pun penulis bela..hehe.

Saturday, April 18, 2020

Jom Buat Tauhu Cara Mudah...

18hb April 2020, Sabtu

Misi mewujudkan suasana rumah bandar dalam  kebun  (urban homstead) diteruskan. Rumah bandar dalam kebun  membawakan konsep berdikari, meminimakan membeli keperluan dari luar, sebaik mungkin semuanya cuba dihasilkan sendiri.

 Dalam kekangan kawasan terhad kita mencuba apa yang boleh. Sangat terinspirasi dengan perkongsian Utuber bagaimana mereka memanfaatkan kawasan bumbung untuk bertanaman bukan saja untuk kegunaan sendiri bahkan hasilnya turut dijual.. Tiada yang mustahil jika ada kemahuan.

Semalam pokok durian belanda yang dibeli secara online telah tiba. Baru perasan pokok ditibakan dari Kota Bharu. Dikhabarkan benih kacukan siam ini mampu berbuah seawal usia sembilan bulan.



Pokok nangka yang disemai dari benih biji pun semuanya telah tumbuh.

Apa yang dipelajari harus dipraktikkan. Belajar dari UTube harini penulis cuba membuat tauhu sendiri.

Benar, paling senang dan murah boleh saja membeli tauhu dikedai tapi dengan cuba membuat sendiri kita akan dapat beberapa produk sampingan yang boleh dimanfaat untuk lain lain kegunaan.

1. Perahan utama menghasilkan tauhu atau fucuk
2. Perahan kedua sebagai air minuman susu kacang soya
3. Hampas yang diperam digunakan sebagai makanan ternakan sesudah di adun sekurangnya dengan garam.


Kacang soya dibersihkan dan direndam semalaman. Penulis menggunakan 500gm kacang soya.

Campurkan soya dengan air pada nisbah 1:1. Sesudah di kisar dengan blender tapis untuk mendapatkan pati soya.



Masak pati sehingga mendidih. Kacau pati supaya tidak berkerak.

Biarkan sehingga sejuk/suam



Wah fucuk terbentuk semasa menyejukkan pati soya...


Serbuk Citrid acid( grade makanan) yang penulis beli secara online. Rm25 sekilo ermm boleh guna berkurun nih. Sepeket 500gm..


Tambahkan setengah sudu makan serbuk asid citric. Boleh juga menggunakan cuka tapi tips yang penulis baca gunakan citric acid untuk lebih menjadi. Pati akan menggumpal. Teruskan mengacau. 


Masukkan pati dalam pencetak. Gunakan kain kasa sebagai alas yang diletakkan dalam bekas pencetak supaya air dapat bebas ketika gumpalan pati tauhu mengeras. Letak pemberat untuk memampatkan pati soya.

Tunggu sehingga boleh dipotong.

Ini adalah percubaan pertama penulis, jadi hasilnya pasti tidak begitu sempurna..Buatan sendiri memang tidak boleh dibanding dengan produk komersil kerana kita menggunakan peralatan apa yang ada dirumah..Untuk kegunaan sendiri oklah..

Saya telah mencuba, anda bila lagi...

Friday, April 17, 2020

Tanam Sayur Secara Aquaponik...

17hb April 2020 Jumaat

PKP masuk fasa ke 3. Diharap wabak terkawal dan tiada lagi lanjutan pkp sesudah 28hb ini..Marilah kita sama-sama mematuhi arahan duduk dirumah untuk memutuskan rantaian c19.

Walaupun tidak bebas seperti dulu, banyak aktiviti keliling rumah yang boleh kita lakukan.



Reban puyuh penulis hampir seratus peratus siap, hanya berbaki bumbung , namun tiada keutamaan untuk disiapkan segera memandangkan bekalan burung hanya boleh diperolehi sesudah PKP.

Memenuhi lagi aktiviti PKP, harini penulis menaik taraf kolam ikan untuk diintegrasikan dengan tanaman sayuran melalui kaedah aquaponik.

Sayuran salad, sawi, kangkung, terung, cili, tomato, pudina sangat sesuai ditanam melalui kaedah ini.

Kelebihan sistem ini, kita tidak perlu kerap menukar media tanaman walaupun kerap digunakan, baja diperolehi dari nutrien sisa najis ikan.




Tidak sampai RM30 dibelanjakan untuk menyiapkan kerja kerja ini untuk membeli pasu dan aksesori paip, yang lainnya penulis menggunakan barang sediada selain mengolah bahan bahan terpakai. 

Komponen utama pam juga menggunakan pam akuarium lama. Tidak perlu menggunakan pam berkapasiti besar, tujuan utama adalah mengepam air ke pasu dengan aliran yang sangat rendah sebelum dialirkan semula kedalam kolam. Untuk tujuan ini dasar pasu disediakan outlet untuk mengalirkan air keluar.

Media tanaman dari serpihan seramik tanahliat dan arang akan bertindak sebagai penapis air kolam ikan.




Pam air diletakkan didalam sangkar bakul sampah untuk mengelakkan objek besar tersedut ke pam.




Klik video untuk melihat bagaimana sistem aquaponik berfungsi.

Sungguh senang dan ringkas, semua orang mampu membuatnya..

Jom jom jom...

Tuesday, April 14, 2020

Jom Jom Bela Puyuh...

14hb April 2020 Selasa.

Penulis terinspirasi dengan perkongsian utuber warga kota mengusahakan kawasan terhad keliling rumah dengan pelbagai tanaman dan belaan. 

Segalanya mungkin jika merancang dan menyusun untuk mendapat hasil yang luarbiasa. Walaupun tanah terhad  setidaknya mampu untuk tidak terlalu bergantung dengan produk luar. 

Salah satu keperluan untuk menghasilkan tanaman yang subur adalah pembajaan berterusan. 


Air belaan ikan boleh dimanfaatkan untuk pengairan  sistem hidroponik/aquaponic..Projek mini yang penulis sangat minati. Kolam dan ikan telahpun ada cuma sedikit penambahbaikan untuk  memanfaatkan sumber nutrient daripada  ikan kepada tanaman pula.




Memanfaatkan lebihan kayu ketika mengubahsuai rumah dulu, penulis membuat reban burung puyuh. Ketika PKP ini sebuah reban mampu disiapkan dengan menggunakan bahan sediada.. Jaring pun lebihan semasa membuat penghalang merpati dari bersarang dikepala tingkap. 





Untuk ekosistem yang  baik, flora dan fauna tidak dapat dipisahkan..Setiap satunya saling memerlukan. Memikirkan kawasan terhad tapi ingin mendapatkan baja tinja haiwan, penulis mencuba membela puyuh.

 Reban bertingkat bersaiz 1.7T x 0.6L x 1.0P mampu menempatkan 100 ekor puyuh. Puyuh penelur mampu menghasilkan telur, daging dan biproduk baja. Cuma kena fikirkan bagaimana untuk mengelakkan kehadiran lalat.


Bahan  yang diperlukan untuk membuat sabun organik telah sampai... Produk tak mahal dan boleh dipakai untuk jangkamasa yang lama sebab hanya perlukan sedikit saja bahan ini untuk membuat sabun.



Apabila tanaman subur, bunga bungaan semakin banyak, situasi ini tentunya sangat digemari oleh lebah..Dalam keadaan biasa-biasa si lebah liar  berminat bersarang di pokok Salam perkarangan rumah penulis. 

Bayangkan jika semakin banyak pokok bunga dan sayuran  ditanam, rasanya kelulut akan betah jika dibuatkan rumahnya nanti.

Wah wah projek madu kelulut lah pulak lepas ni...

Thursday, April 9, 2020

Jom Bela Ikan Organik...

9hb April 2020

Waktu PKP ni macam macam perancangan  kita ingin lakukan sebab dalam keadaan pergerakan terhad tumpuan kita tidak begitu bercelaru. 

Apa saja yang dilakukan biarlah berkekalan untuk jangka masa panjang. Kita taknaklah buat sekadar hangat hangat tahi 
ayam.

Ikutkan hati memang teringin membela ayam di tanah lot kosong didepan rumah, memikirkan susah memberi makan semasa ketiadaan di rumah disamping bimbang  jiran jiran komplen merencatkan sikit hasrat itu. 

 Tak mahulah nanti sesudah berbelanja membuat reban dan pagar, usaha hanya dibuat sekerat jalan.



Ditambah mendapat berita dari kampung ular sawa, biawak dan babi membedal ternakan, ermm lemah terus semangat nak membela ayam..Di lot kosong didepan rumah tu pun boleh tahan dengan biawaknya. Ular pun  ada rasanya.





Namun hasrat membela ikan semula tiada sebab untuk ditangguhkan. Prasarana kolam konkrit bersaiz 4'x10' di beranda rumah telah penulis buat lama dulu..Setakat 50-100 ekor ikan sangat boleh ditempatkan disini.

 Dulu pernah membela ikan telapia dan berjaya mendapatkan hasil, cuma ketika itu anak-anak kecil  tak tegar memakan ikan yang dibela.. Belaan diberi kepada orang lain. Kini anak anak telah dewasa rasanya telah berubah persepsi itu.




Bagusnya dengan kolam ini airnya sentiasa jernih dan langsung tidak berlumut sebab air sentiasa terganti dengan sendiri ketika hujan, air disalurkan dari air hujan bumbung. Kolam dilengkapi dengan sistem overflow membolehkan air sentiasa bertukar setiap kali hujan dan mengekalkan paras air dikhendaki...

Untuk membersihkan dasar kolam juga sangat mudah hanya perlu mencabut paip overflow, segala kotoran akan disalurkan terus ke sistem paip kumbahan taman.


Kolam ke 2 ini pula selain membela ikan  boleh digunakan untuk membiakkan kiambang juga, salah satu sumber makanan ikan berkhasiat. Mempelajari dari warga ternak dalam sangkar di UTube, pemberian makanan secara organik dapat mengurangkan kos membela ikan..

Wah wah tak sabar nak berternak ikan lagi...




Wednesday, April 8, 2020

Jom Jom Buat Aiskrim...

Rabu 8hb April 2020

Musim PKP perkara yang tak pernah terlintas untuk dibuat, mampu dibuat ketika ini. Tak susah rupanya membuat aiskrim bertekstur lembut. Terpulang kepada kita untuk membuat perisa apa.

Paling senang buat aiskrim Malaysia...bancuh bancuh air berperisa, simpan dalam freezer dan siap. Kalu dulu perisa paling favorit tentunya perisa asam boi, bubur kacang atau coklat.
Cuma tekstur aiskrim sangat kasar lebih lebih lagi jika mengguna air yang tidak dimasak.





Musim pkp lah yang menjurus penulis belajar membuat aiskrim dari utube. Melihat kepada bahan yang diguna mudah diperolehi, terbit keterujaan untuk mencuba. 
Menjadi atau tak itu soal kedua. Kalau tak jadi tong kompos organik kan ada, masih boleh dimanfaatkan untuk tanaman pula.



Sebelum ini tak kenal pun apa itu ovelette, berkat pkp tau dah..ovelette adalah bahan yang digunakan untuk melembutkan tekstur aiskrim dan boleh dibeli dari kedai menjual bahan bakeri. Tak mahal pun 500gm dalam Rm6 dan boleh diguna banyak kali sebab keperluan resepi tak banyak.



Resepi banyak dikongsi di Utube,  cara pembuatan tu ada dua kaedah..Kalau ikut perkongsian UTubers Malaysia, adunan dipanaskan, sesudah sejuk terus dikacau dengan mixer berkelajuan tinggi, simpan dalam freezer sehingga membeku dan siap.

Manakala Utubers Indon berkongsi cara, adunan dipanaskan, dikacau sederhana, simpan dalam freezer untuk 6 jam, dikeluarkan dan dikacau menggunakam mixer berkelajuan tinggi dan simpan kembali sehingga membeku dan siap.

Entahlah, tak dapat membezakan  kelebihan keduadua cara itu...Penulis mencuba kaedah Indon, anak mencuba kaedah Malaysia.. nampak takda perbezaan ketara pun dari segi rasa dan textur...

Penambahbaikan boleh dibuat terhadap ramuan, kita boleh mengubah resipi ikut citarasa masing masing...Percubaan pertama ini aiskrim penulis walaupun tekstur ok tapi termanis yang amat..macam ibu gula hehe..

Monday, April 6, 2020

Diari PKP...

Isnin 6hb April 2020

Penulis berpendapat orang yang paling kurang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan, PKP ini adalah mereka yang tinggal di luarbandar, untuk makan minum tidak menjadi masalah asalkan rajin mengusahakan tanah keliling rumah., manakala yang paling teruk terpukul mereka yang berkerja gaji hari dan tinggal pula dibandar.

Mereka yang bergaji bulanan akan bergembira sebentar, kerja dari rumah, gaji dapat walaupun tidak perlu hadir ke pejabat atau tempat kerja, tapi mereka juga bakal terkesan jika wabak masih berleluasa dan pkp terus dilanjutkan. Tiada majikan yang sanggup menanggung perbelanjaan tinggi setiap bulan tanpa produktiviti. Wabak covid19 ini adalah malapetaka dunia.

Menyedari pkp mungkin dilanjut, hari-hari penulis mengikuti perkongsian ilmu warga tani kota di utube., bagaimana mereka memanfaatkan ruang terhad perkarangan rumah untuk mendapatkan hasil tanaman keperluan asas secara optimum...



Harini penulis menyediakan batas untuk menanam keladi dipinggir longkang tanah, dikawasan wakaf tempat penulis selalu melepak. 7 pokok benih keladi sudah memadai. Selain dijadikan sebahagian landskap taman, ubi dan batang keladi juga sangat enak dimasak dan dibuat sayur...

Sebenarnya banyak lagi perkongsian ilmu utube yang memberi inspirasi untuk penulis mencubanya, antaranya membuat baja organik, racun serangga organik, penggalak daun dan buah organik yang semuanya boleh dicuba dengan sangat mudah dan murah...

Sekiranya penat diluar boleh juga memanfaatkan waktu ketika di dalam rumah, paling mengujakan iñgin mencuba membuat sabun secara organik dan aiskrim pelbagai perisa...aiskrim malaysia itu biasa, tapi ini aiskrim superlembut seperti aiskrim jenama terkenal dipasaran.

Wahh jom jom kita memanfaatkan tempoh PKP ini dengan aktiviti berfaedah,  patuhi arahan berkurung dirumah. Moga wabak ini segera tamat..Aminn.




Friday, April 3, 2020

Aktiviti Musim PKP...

Jumaat 3hb April 2020

Perintah kawalan pergerakan (PKP) masuk hari ke 18. Disebalik musibah itu ada rahmat tersembunyi. Melihat kepada trend yang dikongsi di media sosial, penulis percaya momentum aktiviti dimusim PKP akan terus kekal tinggi sesudah PKP nanti. 

Transaksi online yang aktif ketika pkp akan mengubah landskap belian barang keperluan selepas musibah. Barangan groceries kini  dibeli secara online dengan meluas. Rasanya sebelum ini agak janggal membeli ikan ayam daging dan bahan kering secara online, tetapi kini tidak lagi. Produk produk makanan pengusaha persendirian dengan pakaging menarik mula membanjiri pasaran dan  ini akan berterusan.



Aktiviti menanam keperluan asas, sayuran keliling rumah skala kecil juga dijangka diteruskan sesudah pkp. Ramai yang berkongsi aktiviti tersebut dimedia sosial.



Ini lah hasil percambahan tauge penulis ketika pkp. Walaupun hasil tidak secantik yang diusahakan secara komersil, untuk penggunaan sendiri ok lah. Tiada keperluan untuk menghidupkan enjin kenderaan semata mata untuk membeli tauge selepas ini...Tauge kacang soya pun boleh dicuba nanti.



Disebalik kekangan, manusia bertambah kreatif  mencari jalan untuk hidup..Jika keadaan sentiasa damai rasanya manusia akan terlalu selesa dan akal akan semakin singkat.  


Sebelum ini tak pernah terfikir pagar tajam ini boleh digunakan untuk mengupas kelapa. Kelapa yang gugur dibiarkan kering begitu saja.


Dua pokok kelapa diperkarangan rumah penulis memberikan hasil yang tidak dijangka. Pkp lah yang mencetuskan idea memanfaatkan apa yang ada disekeliling.


Sabut kelapa terus dimanfaatkan dengan dileraikan untuk diletak dipangkal tanaman.

Kangkong antara tanaman yang penulis suka menanamnya. Sekali tanam boleh dituai dalam jangkamasa panjang, tidak perlu diulang tanam.




 Dimusim PKP  penulis mendapat idea memanfaatkan longkang tanah dan konkrit berhampiran mesin basuh. Kangkung sangat gemarkan kawasan lembab, Hampir setiap hari kita membasuh pakaian, buangan air mesin basuh yang dialirkan ke longkang akan membekalkan air bersama nutrien kepada tanaman.

Jom jom manfaatkan masa terluang anda...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK