9hb April 2020
Waktu PKP ni macam macam perancangan kita ingin lakukan sebab dalam keadaan pergerakan terhad tumpuan kita tidak begitu bercelaru.
Apa saja yang dilakukan biarlah berkekalan untuk jangka masa panjang. Kita taknaklah buat sekadar hangat hangat tahi
ayam.
Ikutkan hati memang teringin membela ayam di tanah lot kosong didepan rumah, memikirkan susah memberi makan semasa ketiadaan di rumah disamping bimbang jiran jiran komplen merencatkan sikit hasrat itu.
Tak mahulah nanti sesudah berbelanja membuat reban dan pagar, usaha hanya dibuat sekerat jalan.
Ditambah mendapat berita dari kampung ular sawa, biawak dan babi membedal ternakan, ermm lemah terus semangat nak membela ayam..Di lot kosong didepan rumah tu pun boleh tahan dengan biawaknya. Ular pun ada rasanya.
Namun hasrat membela ikan semula tiada sebab untuk ditangguhkan. Prasarana kolam konkrit bersaiz 4'x10' di beranda rumah telah penulis buat lama dulu..Setakat 50-100 ekor ikan sangat boleh ditempatkan disini.
Dulu pernah membela ikan telapia dan berjaya mendapatkan hasil, cuma ketika itu anak-anak kecil tak tegar memakan ikan yang dibela.. Belaan diberi kepada orang lain. Kini anak anak telah dewasa rasanya telah berubah persepsi itu.
Bagusnya dengan kolam ini airnya sentiasa jernih dan langsung tidak berlumut sebab air sentiasa terganti dengan sendiri ketika hujan, air disalurkan dari air hujan bumbung. Kolam dilengkapi dengan sistem overflow membolehkan air sentiasa bertukar setiap kali hujan dan mengekalkan paras air dikhendaki...
Untuk membersihkan dasar kolam juga sangat mudah hanya perlu mencabut paip overflow, segala kotoran akan disalurkan terus ke sistem paip kumbahan taman.
Kolam ke 2 ini pula selain membela ikan boleh digunakan untuk membiakkan kiambang juga, salah satu sumber makanan ikan berkhasiat. Mempelajari dari warga ternak dalam sangkar di UTube, pemberian makanan secara organik dapat mengurangkan kos membela ikan..
Wah wah tak sabar nak berternak ikan lagi...
Mudah2an berjaya
ReplyDeleteAmin yrb al amin..
ReplyDelete