click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 30, 2011

Ambulan...?



Bagi wanita-wanita yang nak bersalin mudah, naiklah ambulan ini...tup-tup tak sempat sampai rumahsakit dah keluo...! ha ha...

Tuesday, November 29, 2011

Kayuhan Bukit Kiara...

Semalam  cuti umum, nak cari tempat parking di Bukit Kiara sangat susah, berlapis-lapis orang letak kereta  di tepi jalan menghala ke Taman Rekreasi Bukit Kiara. Semua mempunyai maksud yang sama iaitu beriadah... Kecil, besar, tua muda, lelaki , perempuan..Kesedaran menjaga kesihatan nampaknya meningkat amat ketara sekali. Semua orang takut sakit. Berjalan kaki, berlari, berbasikal dsb.
Aku suka bawa macam ni berbanding letak diatas bumbung...





Aku sangat suka trek ini. Walaupun trek berliku turun naik macam roller coaster tapi pendakian dan penurunan adalah separa extreme ,,mendaki dan menurun lebih kurang sama saja tidak terlalu panjang tak terlalu pendek Pendek kata secukup rasa.  Yang paling aku suka trek ini semua dilindungi kanopi pokok getah dan pokok hutan. Jam dah pukul 12tengah hari tapi sausana sangat nyaman. Lain kali kalau nak mula berkayuh lambat pun ok. Berbanding dengan trek-trek terdahulu aku paling enjoy melayan trek ini. Barangkali stamina aku pun dah ok sikit kot sebab pagi-pagi aku buat latihan kayuhan keliling taman. Berkayuh ramai-ramai bertambah enjoy, takdalah memanjang kena tinggal dibelakang. Terasa singkat saja jarak kayuhan walaupun tripmeter dah mencapai 11km. Kalau dulu di Trek Puncak Kemensah walaupun jarak adalah lebih 5km je lebih berbanding dengan ini, lutut rasa macam nak tercabut dan nafas tercungap macam lembu kena semelih.





Nampaknya boleh lah dijadikan trek regular.Kepada yang belum mempunyai basikal jomlah beli dan joinlah kami...!


Monday, November 28, 2011

Kelayakan olimpik 2012, Malaysia menang lawan Bahrain...!

Malaysia menang lawan Bahrain malam tadi. yea aku ulang Malaysia menang lawan Bahrain malam tadi. Walaupun aku tak tengok keseluruhan perlawanan tapi itulah rumusan aku. Aku tertidur semasa menanti perlawanan bermula. he he..sedar-sedar Bahrain telah menambah gol untuk kemenangan Malaysia.. Aku ada sedikit kepenatan semalam sebab sebelah pagi lebih 2 jam berbasikal  mendaki puncak tertinggi kawasan taman aku membina stamina,  persediaan berbasikal pada hari Isnin di Bukit  Kiara dan sebelah petang berkuyupan pulak dek hujan semasa ride motor. Itu yang pantang letak kepala atas bantal, berdesup je mata  terlelap ..ha ha..

Berbalik cerita pasal perlawanan malam tadi yang menyaksikan kemenangan pasukan Malaysia. Fakta kemenangan/kekalahan  adalah bilamana pasukan yang menang/kalah memiliki kelebihan jumlah angka berbanding pihak lawan. Lagi tinggi bilangan angka, lebih tinggi kemenangan atau kekalahan. Semua fakta adalah  betul dan semua fakta adalah salah. berbelit kah aku..? ha ha.

Bagi aku kemenangan pasukan Malaysia adalah fakta...!

Fakta 1 :  3 Malaysia - 2 Bahrain .  3 gawang gol Malaysia dbolosi berbanding 2 Bahrain.

Fakta 2 : Malaysia bermain dengan 11 pemain berbanding 10 pasukan Bahrain setelah seorang pemain Bahrain dilayangkan kad merah. 11 berbanding 10 dah tentulah Malaysia menang dari segi bilangan pemain

Fakta 3: Malaysia lebih dulu menjaringkan gol, bukannya Bahrain. Bukan 1 tapi 2 biji. Malaysia menang Bahrain kalah.

Fakta 4 : Kehadiran penyokong Malaysia di stadium lebih ramai berbanding penyokong Bahrain. Kemenangan Malaysia lagi

Fakta 5: Gawang Malaysia berjaya dibolosi lebih banyak gol dalam masa 6 minit terakhir perlawanan berbanding Bahrain.

Fakta 6 : Malaysia berjaya mengatasi Bahrain melalui bilangan jalur dijersey.

 Fakta 7 : Pasukan Malaysia akan lebih banyak kena kutuk dalam suratkhabar berbanding Bahrain. Antara kutukan hangat pastinya kerana membiarkan gawang dibolosi setelah mendahului pihak lawan sebanyak 2 gol.

Cukuplah dengan 7 fakta walaupun banyak lagi fakta yang boleh memenangkan pasukan Malaysia. Malaysia tetap menang . Tahniah..!

Bukankah kita digalakkan berfikir diluar kotak pemikiran biasa..ha ha..



Sunday, November 27, 2011

Kehebatan bulan-bulan islam...

Tirai 1432H telah dilabuhkan, tirai 1433H  tersingkap sudah. Salam Maal Hijrah kepada semua. Berbanding tahun baru masehi yang tak lekang dengan dentuman mercun dan pelbagai konsert hiburan, sambutan tahun baru hijrah disambut  penuh sederhana dengan bacaan doa, yasin dan tazkirah. Kehadiran jemaah ramailah juga berbanding hari-hari biasa.

Mungkin ramai yang perasan dan mungkin juga ada yang terlepas pandang. Bulan-bulan islam sentiasa beranjak  dari tahun sebelumnya berbanding bulan masehi. Bulan-bulan islam pragmatik dan tidak statik. Kalau tahun lepas 1432 H disambut pada bulan Disember 2010, tapi kali ni tahun baru disambut pada bulan November 2011, bermakna setiap kali tahun baru, setiap tu kita akan berada berbeza dengan bulan masehi serta dimusim yang berbeza dari tahun sebelumnya.. Bagi kita yang tinggal di negara beriklim tropika, kita mungkin tak berapa perasaan perubahan musim itu berbanding bagi mereka yang tinggal dinegara yang beriklim 4 musim atau meditranean.

Itulah kehebatan bulan-bulan islam berbanding bulan-bulan masehi. Kita dapat merasai kepelbagaian musim walaupun untuk bulan yang sama. Untuk mereka yang tinggal dinegara beriklim 4 musim, Disember akan sentiasa disambut dalam musim sejuk, tapi bulan Zulhijjah bulan terakhir dalam kalendar islam boleh berada dimusim panas, sejuk, luruh atau musim bunga. Apa signifikannya kepelbagaian musim untuk bulan-bulan hijrah..? Antaranya Allah memberi peluang manusia untuk merasai kepelbagaian musim dan cabaran semasa beribadah. Bayangkan sekiranya bulan puasa atau musim haji dsb ditentukan berdasarkan bulan masehi...haru biru jadinya. katakanlah bulan puasa ditentukan pada bulan Disember.,sentiasa berada dimusim sejuk..berpuasa sentiasa pendek sebab siang adalah singkat. Apa jadi pulak sekiranya bulan puasa ditentukan  dalam bulan Mei/jun/julai iaitu semasa berada di musim panas...naya menahan lapar dan dahaga kerana siang adalah panjang manakala malam pulak singkat. baru berbuka.., 3, 4 jam kemudian dah nak bersahur semula. Cuba bayangkan kalau kita tinggal dikutub utara dan selatan pulak.. Mujur bulan puasa ditentukan pada bulan Ramadhan. Semua akan merasai berpuasa panjang, pendek, sejuk dan panas... Allahuakhbar...!

Allah telah mewujudkan kepelbagaian sebagai ujian untuk umat manusia dan kepelbagaian itu tanda bukti kehebatan Allah SWT.


Saturday, November 26, 2011

Semua orang TAK BETUL, semua orang BETUL...!

Hari ini langkah aku serba tak menjadi...seawal 6.30 pagi aku dah keluar rumah menuju Johor. Bawak motor BM aku. Selepas isi minyak kat Shell, start enjin, alamak...!  langsung enjin tak hidup. sedikit bunyi pun takda., lampu dashboard pun langsung tak menyala. Isshh takkan bateri..? tak sampai berapa bulan baru tukar bateri.

Argh peduli lah , tak sorang -sorang aku talifon, jurujual motor , mekanik yang tukar bateri aku,. mekanik BM, rakan yang pakai BM dan ramai lagilah..he he nasib ko lah aku kacau pagi-pagi..Mungkin awal pagi lagi kot semua tak respon, jadi menung le sorang-sorang. Bila  ramai orang yang aku dail. pastu mula la berdering-dering talifon berbunyi orang telefon aku balik..Rupanya tadi kebanyakkannya atas motor..mereka pun ada pogram ride hujung minggu...Berdasarkan simtom yang aku bagitau.., semua cakap bateri lemah...atas nasihat mereka , aku beli jumper dan cuba jump start menggunakan bateri kereta kancil yang kebetulan parking sebelah motor aku..pun tak boleh.

Teringat sorang rider BM yang duduk sama taman dengan aku, lepas telifon terus dia datang siap bawa jumper besar dan kereta besar...eik..eik..eik vrooom..! pergh terus hidup enjin...lega...!, tapi lega sekejap je sebab bermacam-macam simbol di skrin pulak  berkelip-kelip menyala menandakan ada yang tak kena dengan sistem enjin motor. Dah bincang-bincang terus bawk motor ke bengkel..setengah jam lagi pukul 10 pagi, dah bukak kot bengkel. Yang tak syok bila bawa di lebuhraya enjin  tersenggut-senggut...jangan mati kat jalan sudah, bukan murah nak panggil lori angkut motor ke bengkel. Mujur sempat sampai ke bengkel. Bila off enjin dan cuba start semula, sah..! tak boleh hidup lagi..tapi takpalah sebab dah sampai.

Mekanik bagitau immobilizer sensor dan bateri bermasalah...immobilizer sensor dan pelbagai sensor lagi memang kerap menimbulkan masalah pada motor BM dan kebanyakkan model motor lain terkini. Alat ganti kena tempah sebab takda stok. Anggaran awal  dalam 6-7 ratus lah kot...terfikir jugak aku, apa guna teknologi canggih kalau lebih mendatangkan masalah..lebih baik tak perlu berteknologi canggih-canggih tapi tak memeningkan kepala dan poket..!

Semasa memberitahu punca masalah,  mekanik tu pun mula membebel... mekanik terdahulu yang ganti bateri  tak betul, bateri tak sesuai la bla..bla...bla..lantak koranglah nak tuduh-tuduh sesama mekanik.  Masalah aku pun tak selesai ..Dia tak tau aku tengah pening untuk menghadapi hari-hari mendatang..aku ni suka ride sorang-sorang. takut-takut terjadi lagi masalah  ini atau masalah lain ditempat sunyi pulak tu...kalau sekarang dah terjadi, kemungkinan untuk jadi lagi tetap ada... Dahlah pengetahuan pasal enjin motor langsung takda..isssh  naya betul lah...?

Pada aku bukan mekanik dulu tak betul, tapi semua mekanik sama-sama tak betul dan semuanya pun sama-sama betul...! Katalah lepas ni aku bawak motor ni ke bengkel lain ..Mekanik disitu pun pasti akan komen mekanik bengkel  yang aku hantar sekarang . Betul dan tak betul ni sebenarnya di pandang dari sudut pihak mana yang berhujah. Walaupun pihak yang dituduh tak betul tapi dia tetap mengatakan dirinya betul dan pada pandangannya orang yang menuduh pulak yang tak betul. Itu pandangan dia. Mekanik yang menuduh pulak sudah tentu dia merasakan dirinya betul dan yang dituduh pastilah tak betul... Jadi siapa yng betul..? sebenarnya..SEMUA ORANG TAK BETUL DAN SEMUA ORANG  BETUL...!


Thursday, November 24, 2011

Belanja dapor...



Dulu masa sedang belajar memang aku pelik tengok orang berbelanja penuh troli, sekarang ni aku pelik kalau tengok orang berbelanja guna bakul. Berapa puluh kali nak berulang alik ke pasaraya membeli stok tambahan. Apatah lagi sekarang ni tengah cuti sekolah, sekejap-sekejap budak cakap lapar, lapar dan lapar....satu troli di atas tu lebih-lebih seminggu je dapat bertahan ,  itu baru tiga anak berkumpul dirumah kalau semua  lima ada rumah, terasa baru semalam penuhkan stok dah kena cari stok baru lagi. Aku tak dapat bayangkan macamana kalau ada lebih sepuluh  orang anak... hari-hari macam kenduri agaknya kena sedia makanan.

Bila sembang dengan rakan-rakan..ermm serupa je...tengah malam adalah yang kelentang kelentung cari makanan atas dapur. Musim cuti sekolah ni lain kerja tak da, mengadap komputer, makan...makan, mengadap komputer.., malam tidor lewat..lepas solat subuh sambung lagi tidor..ish..ish berbuih mulut membebel pun macam tu jugak...

Adakah anda menghadapi perkara yang sama..?

Wednesday, November 23, 2011

Silakan naik...!



Tak taulah samada gambar sebenar atau gambar yang telah diedit...sama-samalah menilai..ha ha..

Foto ihsan rakan facebook..

Tuesday, November 22, 2011

LPT 2- K Trg-KL dah dibuka...?


Tarikh 17hb Nov 2011. Khamis

Minggu lepas minggu hiruk pikuk bagi kami. Balik Johor lawat orang tua sakit selepas tu berkejar ke Trengganu ambil anak balik cuti akhir tahun dari MRSM Besut. Berpecah tugas dengan bini yang terpaksa uruskan anak lain balik asrama  di SBPI Rawang dan ambil keputusan UPSR SKTD 2. Tidur pun terpaksa dalam kereta sebab takut lewat sampai KL kerana ada temujanji  pada Jumaat petang.


Sebab biasa ke Trg aku tau laluan keseluruhan memang belum dibuka, cuma sedikit terkeliru semasa terpandang papantanda  tunjuk arah ke lebuhraya di jalan persekutuan semasa di Seberang Takir. 6 KM Sebelum memasuki tol plaza K.Trg aku dah bertanya atendan pam minyak untuk kepastian, betul ke lebuhraya dah boleh tembus ke Bukit Besi.? Dia kata ya..tak taulah samada dia tak faham soalan aku, atau aku yang salah  menafsir jawapannya.

Bila dah lalu rupanya cuma dapat tembus sehingga exit Telemong saja, keluar semula jalan persekutuan dan masuk semula lebuhraya di Ajil untuk sambung ke Bukit besi...Nak keluar ke jalan persekutuan pun berpusing-pusing ikut pelbagai jalan susur dan simpang. Pancung stim betul...ha ha..kalau ku tahu begini lebih baik ikut jalan pantai sebab laluan Jerangau -Jabor diwaktu malam adalah sunyi . Sebelum tu memang dah buat keputusan nak lalu jalan pantai tapi berubah fikiran bila terpandang papantanda lebuhraya dan menganggap K.Trg -Bkt Besi dah buka., boleh le segera sampai KL.  Jalan sunyi sepi tu dulu, sekarang ni walaupun jam dah pukul 12 mlm laluan Jerangau Jabor rupanya tak putus-putus dengan kenderaan lalu lalang terutamanya lori-lori besar dan trailer...



Kebiasaannya bila laluan belum dibuka papan tanda yang dipasang akan di tampal dengan pelekat., jadi pengguna jalanraya yang tak biasa lalu disitu takdalah syok sendiri . Macam penunjuk jarak diatas..kalau macam inilah jarak TRG-KL takdalah lama nak sampai KL..lebih-lebih 5 jam termasuk rehat..ini sudah cukup baik...Kalau naik motor 3 jam dah sampai nih...ishhh syok-syok..cepatlah lebuhraya ini dibuka...!


Sunday, November 20, 2011

Anak muda yang gigih...



Tak susah nak senang, tak senang nak susah. Sedangkan bangsa asing boleh hidup mewah, inikan pula kita yang segala peluang terbentang di depan mata sepatutnya lebih dari itu,  Yang penting ada keberanian, kegigihan dan sedikit daya tahan insyaallah kita boleh pergi lebih jauh. Kalau asyik alasan bermain dibibir selagi itulah susah untuk kita mengubah nasib diri.



Syabas aku ucap kepada anak muda ini. Beliau mengambil khidmat mencuci karpet, sofa rumah, sofa kereta,  dan mencuci bahagian dalaman kereta. Caj antara RM100-300 bergantung kepada jenis barangan yang dicuci.  3 biji Sofa diatas dikenakan caj RM130. Aku percaya sekiranya ditawarkan makan gaji dengan imbuhan 2-3 ribu sebulan, belum tentu beliau memilih tawaran itu., lebih baik buat kerja seperti sekarang. Dengan berbekalkan peralatan mencuci dan sebuah van, aku rasa pendapatan dia tak kurang 3-4 ribu sebulan dan tempoh waktu berkerja mengikut jadual yang ditentukan sendiri. Sekiranya mau pendapatan lebih, giatkan usaha, buat promosi dan panjangkan tempoh berkerja..

Begitu juga dengan seorang lagi anak muda yang memiliki kelulusan sijil, berkerja dalam bidang dipelajari tapi meletakkan jawatan kerana merasakan pendapatan yang diperolehi tidak selebat berbanding dengan berjual cendol sebelum itu. Walaupun muda diawal 30an tapi telah berjaya menunaikan haji dan umrah hasil berjualan cendol tersebut.  Seharian ke hulu ke hilir dengan lori kotak bersama barang dagangan, bila berhujung minggu bergaya dengan Golf GTI. Aku tak fikir dia boleh mencapai semua itu dalam waktu yang singkat sekiranya masih mengekalkan kerjayanya sebelum ini.

Jika orang boleh, kita pun pasti boleh..!

Saturday, November 19, 2011

Kencing Manis....

Hari Rabu 16hb Nov 2011, sepagian aku berada dihospital Putra Batu Pahat. Bapak aku masuk sana sebab masalah sukar buang air kencing. Umur 85 tahun. Sambil menunggu pembedahan aku baca apa yang ada dipapan kenyataan. Artikel berkenaan diabetis menarik perhatian aku. Kebetulan dipinggiran jalan, banyak pulak kedapatan sepanduk mewar-warkan Hari Diabetis Sedunia yang disambut pada 14hb Nov setiap tahun. Selama ini bukan tak faham tapi kurang mendalam pemahaman aku kenapa di panggil kencing manis. bila dah baca barulah ada sedikit jelas.

Aku nak kongsi dengan korang. Lebih kurang macam nilah..sesapa yang lagi arif kalau fakta aku salah mohon betulkan ok.


"Makanan berkarbohidrat akan dicerna menjadi  glukosa dalam darah untuk mudah diserap ke anggota tuboh. Glukosa akan diserap kebahagian anggota badan seperti otot, hati dan tisue-tisue berlemak  untuk disimpan dalam bentuk glakogen dan di bekalkan semula  ke anggota tubuh lain bila perlu. . Disinilah peranan insulin. Insulin menjadi agen menyerap glukosa tersebut. Insulin dihasilkan oleh pankreas. Bagi orang normal, berapa banyak insulin perlu dirembeskan ditentukan secara outomatik . Bila peranan pankreas tak berfungsi dengan sempurna ini yang akan menimbulkan masalah. Kuantiti insulin dirembeskan tidak sepadan dengan kuantiti glukosa dalam darah. . Bila penggunaan tenaga rendah tapi pembekalan glokosa berlebihan dalam darah maka timbullah masalah , buat ujian darah kandungan gula melebihi kadar yang ideal". Gula yang berlebihan dalam darah akan turut terkumuh bersama air kencing. Jadi kalau korang nak tau samada penyakit ini dah mula menemani anda tengok-tengoklah semasa buang air kecil,, takut-takut  semut sangat berminat dengan air kencing anda..! segeralah buat pemeriksaan darah.

Lebih kurang macam tulah yea..untuk pemahaman lanjut bacalah lagi banyak artikel diinternet...

Hebat sungguh ciptaan illahi.

Friday, November 18, 2011

Bukan nak menakutkan tapi peringatan...!

Berita hangat minggu ini pastinya berkenaan keputusan UPSR dan pembahagian duit bantuan sekolah RM100. Kepada yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR termasuk anak aku tahniahlah. Kepada ibubapa yang anaknya kurang menyerlah usah gundah gulana., masih jauh lagi perjalanan sekolah anak-anak. Kita kena terima hakikat ada anak-anak yang lambat panas, bila ke sekolah menengah nanti mungkin baru mula menyerlah ataupun semasa di universiti nanti.

Perbelanjaan persekolahan anak-anak memang tinggi., benar yuran sekolah sebahagiannya dimansuhkan, dibantu lagi dengan duit membeli alat tulis. Tapi perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah, tambang, duit poket, buku latihan tambahan, tuisyen dsb akan sentiasa meningkat. Sebab tu dah dapat duit bantuan jangan joli..rata-rata yang aku dengar bila dapat duit bantuan RM100/anak, masing-masing nak  perabih membeli lari dari tujuan asal.

Bagi anak-anak yang akan keasrama atau memulakan penghidupan baru di kolej lagilah wei...sebab tu kepada pasangan muda diingatkan usahlah ghairah berbelanja tak tentu hala. simpan duit untuk persekolahan anak-anak..! Jangan ada yang lebih rela berhabis menghias kereta/motor/smartphone dsb dari menabong untuk keperluan anak-anak..

Perbelanjaan awal menyediakan kelengkapan  sorang anak yang akan keasrama atau kolej 2,3 ribu adalah 'sedikit' . Peringkat 40an adalah peringkat kritikal bagi ibubapa. Diperingkat ini semua anak barangkali dah berada di alam persekolahan dan sebahagiannya telah memasuki kolej atau universiti...seperti aku..ha ha..! 1 U, 1 Kolej, 2 sekolah berasrama dan 1 akan diusahakan masuk asrama juga...sentiasa ketirisan poket..Itu belum kira perbelanjaan menghantar, mengambil, melawat, beli jajan dsb...Bila dicongak-congak balik, ingatkan bila semua anak dihantar ke asrama,  perbelanjaan bulanan mengurang, rupanya menokok..!

Bukan nak menakutkan tapi peringatan...!





Wednesday, November 16, 2011

Bawaklah laju sikit...!


Isteri-isteri diluar sana yang masih komplen duduk kereta berhawa dingin...fikir-fikirkan...!

Foto ehsan rakan FB...

Tuesday, November 15, 2011

Kayuhan Puncak Kemensah Melawati...

Ahad 13hb Nov 2011

Seawal 8 pagi telah bersiap sedia memulakan kayuhan . Misi menawan Puncak Kemensah sambil mengelap peluh di Empangan Klang Gate... Kalau korang terasa masin air paip, maaf lah yea air peluh kami le tu...ha ha..

Sambil sarapan sambil memerhati rider lain yang berpusu-pusu melintasi kami...bagus-bagus teruskan aktiviti ini

Brader baju biru  nun jauh tu, dari awal asyik tolak saja..apa barang bro...! tapi berbanding dari mula berkayuh dulu stamina dia jauh meningkat...aku dah disayurkan nya. Umur 48 tahun, kalau korang umur 28 tahun tapi memanjang panaskan tilam jangan lah cuba nak lawan...ada berani...?

Yang ni baru betul,' Don't judge book by its cover' Brader pink nih walaupun badan tembam tapi kayuhan hebat...! resepi kayuhan hebat...? Secret training...! patut pun bertenaga..

Lagi 'dont judge book by its cover'..ingatkan apik depan ni pasti pancit..rupanya selamba dia  berada di grup hadapan. Ini merupakan trek 'homeground' beliau, patut punn...



Nak sampai ke Empangan Klang Gate ni dari mula tempat berkayuh takdalah jauh dalam 8 km saja, tapi disebabkan jalan mencanak mendaki dengan kecerunan melebihi 30 darjah dan panjang..  jarak dirasai melebihi tiga kali ganda...offroad beb takkan sama dengan jalan mendatar.



Dan hasilnya nilah dia, bila stamina kurang mantap..Masa mula nak kayuh tadi, aku dah agak peha  rasa lain macam  sebab otot terasa ketat , bila fuh, fuh, mendaki sambil mengimbangi  laluan beralur, ku kecundang jua, julur kaki cari tanah,  zasss ... paha kekejangan...terasa sampai tenggelam txlxr beb...!


Jika badan fit, umur bukan alasan. kesemua rider melewati umur 40an. brader berjesi orange sebelah kiri aku tu tahun depan 51 yeop...! yea dalam ramai-ramai tu nampaknya perut aku yang agak terkedepan..kena banyakkan bersenam lagi nih..ha ha...malu lah kat geng bujang jersi kuning, orange dan biru...wa pun tak tau apasal title bujang yang mereka pilih...


Dari tadi kedengaran bunyi enjin memekak, ingatkan bunyi motocross yang sedang melayan trek, bila muncul rupanya kaki pancing dengan kapcainya...'kami nak ke empangan tapi tersesat...!' ooo patutla...

Sampai terjelir lidah bro..punyalah lu kutuk wa tadi..ha ha.ha.. takpa bro sampai juga kita dipuncak. Jalur gemilang disebelah menjadi saksi...


Yess..! walaupun lebih banyak tolak dari kayuh wa dapat juga mengabadikan foto di Puncak Kemensah. Kami dah pakat-pakat akan ulang lagi kesini...Aku tak puas hati sebab apa paha sampai kejang...wa akan buat secret training juga nanti..ha ha.

Bila dah sampai digarisan penamat jarak kayuhan takdalah jauh, cuma 15km saja..tapi dia punya sengal badan sehari semalam pun masih tak hilang...kayuh, tolak, kayuh, tolak, tolak dan tolaaak..Punyalah curam, masa tolak dagu menyentuh handle basikal...!

Monday, November 14, 2011

Rehlah hujung minggu...

Lokasi : Kampong Janda Baik Bentong, Pahang

Tarikh : 12/11/2011 Sabtu. Saja menjengah rombongan sekolah anak beraktiviti pasca UPSR.

Komentar : Lokasi strategik kerana berhampiran dengan Kuala Lumpur. Sangat sesuai untuk lari dari hiruk pikuk kota.. , Kekemasan- perlu banyak dipertingkatkan. , kebersihan-  sederhana :, kemudahan asas - perlu banyak dinaik taraf, jalan utama kurang memuaskan, banyak yang rosak, jalan tanah tinggi berliku dengan pemandangan persekitaran segar memberi nilai tambah dan sangat menarik jika diselenggara dengan baik.



Ada sapa tahu buah apa..? orkid..?
Yang ini aku tahu.. ha ha..

Pokok Tin. Buah tumbuh di dahan


Asal bergambar je, nak duduk balik orang..ha ha..adakah semua wanita begitu...?


Aku pun teringin berkhemah macam ni...Syok jugak erk bermalam disini sambil tu berBBQ...

Blackbery...yang merah masam . kalau nak yang manis pilih yang hitam...



Orkid...

Saturday, November 12, 2011

5 kemalangan...!

Macamana hati makin tak berdebar bila bawak motor...Semasa balik dari Kukup Johor ke KL naik kereta dengan kawan, sepanjang lebuh raya dari Spg Renggam Johor  ke Pedas/Linggi Negri Sembilan saja terserempak 4 kemalangan..1 kemalangan ringan dan tiga teruk . Kemalangan pertama, trailer merempuh penghadang tengah lebuhraya, Penghadang jalan besi dah macam maruku dilanyak trailer...! kemalangan kedua, Viva rempoh belakang kenderaan lain, ketiga Toyota Camry remuk teruk hentam kenderaan juga dan keempat lagi dahsyat, sebuah teksi remuk macam tin sardin terpersok dalam longkang..Ketika kejadian keadaan jalan basah sebab hujan. Bila sampai rumah bukak internet baca ondecene cerita kemalangan lagi ..! melibatkan lori rempoh bas berdekatan dengan R n R Behrang..

Setelah bawak kereta kemudian bawak motor perasaan punyalah tambah berdebar . terbawak-bawak perasaan semasa memandu..Sebenarnya aku kecut perut memerhati para penunggang motor memecut dicelah-celah kenderaan lain. Dalam kepala hotak, apa jadi semasa mereka sedang memotong  di celah dua kenderaan itu tetiba salah satu kenderaan yang dipintas tanpa sengaja  terpulas sedikit stereng merapati kenderaan disebelah.., lebih-lebih lagi diwaktu musim hujan sekarang, jalan licin ..keadaan jalan susah nak diduga .iisshh...! garenti tragis...

Betul wa cakap lu.., Aku penonggang motor juga pemandu kenderaan..Masa bawak kereta,  pemandu kekadang memang tak sedar, tetiba berdesup saja motor memotong kita., Terbayang masa aku bawak motor...mungkin aku bawak motor pun macam tu kot...kita menonggang rasa tak laju, padahal laju..kita yang menengok masa memandu ni  rasa gayat  je.. masa atas motor, perasaan  penonggang biasa saja, tak pun rasa cuak sangat semasa mencelah dicelah-celah kenderaan.. Argh kacau betullah  jiwa, masa bawak motor tapi terkenang perasaan semasa  memandu sambil teringat gelagat penonggang motor...

Ya Allah selamatkan kami pengguna jalanraya..Kepada penonggang motor moga sentiasa berwaspada dan berhati-hati dijalanraya. Amin..

Friday, November 11, 2011

Empat perkara perlu kita suka..

Sedikit catatan kuliah maghrib yang ingin dikongsi bersama pembaca..

1, Mengajar/menyampaikan ilmu yang bermanfaat

2. Mengaji/mendalami/mempelajari ilmu

3. Mendengar/menghadiri majlis-majlis ilmu

4. Jika tidak berkesempatan juga memadailah suka kepada ketiga-tiga perkara diatas..

Thursday, November 10, 2011

Tunjuk pelangi jari kudong...?


Nampak tak..? ha ha pelangi la..pemandangan indah yang sempat aku rakamkan sewaktu hujan mulai membasahi bumi...sekarang bila petang kan hujan...teringat aku dulu-dulu kawan-kawan cakap jangan tunjuk pelangi, nanti jari kudong...! ha ha,ha  apa kena mengena tangan boleh jadi kudong aku pun tak tau...



Begitu jugak dulu, bebudak menyakat jangan berbaring dikawasan lapang..takut-takut nanti burung gagak putih terbang  atas kita, kita  boleh mati...ish..ishh...! Gelak besor kalau bebudak sekarang mendengornya...itu mitos kami masa kanak-kanak...Sekarang yealah gelak..dulu kami mati-mati percaya..he he...

Cantikkan...?

Wednesday, November 9, 2011

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...


Kalau kereta  korang dirasakan masih tak cukup luas..fikirkan...!

Foto ehsan rakan facebook.

Tuesday, November 8, 2011

Usah nilai sesuatu dari luaran...?

Selalu orang cakap jangan nilai sesuatu dari luaran. bak kata pepatah "Don't judge book by its cover". Masalahnya ungkapan ini sering dijuruskan untuk menggambarkan bahwa didalam tak semestinya buruk walaupun  diluar nampak tak baik. Bila cakap soal hati, penampilan buruk tak semestinya hati buruk. Sejauh mana betulnya pepatah itu susah juga nak dinilai.
Jika hanya sebuah buku, mungkin ada kebenaran...kulit luar yang lusuh tak semestinya kandungan langsung tak berguna..tapi ini soal hati atau perangai manusia. Susah nak terima kalau penampilan zahir buruk tapi disuruh bersangkabaik yang dibatin adalah sebaliknya...


Semalam aku dah bersangkabaik semasa memotong mangga yang aku pilih dikalangan terbaik untuk mendapat isi terbaik, tapi sangkaan aku meleset., didalam busuk dan berserangga. Kekadang takjub juga bagaimana serangga itu boleh hidup diruang yang tertutup...Bayangkan kalau aku pileh yang terburuk dikalangan terbaik.! aku rasa isinya akan lebih teruk lagi. Jadi maafkan aku kalau aku berpersepsi tak baik kepada orang-orang yang pada pandangan aku berketerampilan buruk seperti gadis berbaju senteng bertindik di pusat, rambut berkaler dsb atau lelaki bertindik, berantai leher dengan rambut mencacak ditengah dsb..kerana bila terpandang orang sebegini atau yang seangkatan dengannya, segera aku teringat buah mangga diatas..yang dah tentu penampilan elok pun belum tentu isi baik..apatah lagi yang penampilan buruk..adakah kita yakin hatinya juga baik...?

Wallahualam..


Monday, November 7, 2011

Salam Aidil Adha...

Aku rasa tak terlambat lagi mengucapkan selamat hariraya Aidil Adha kepada seluruh umat islam. Bulan dimana kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim bersama isteri Hajar dan anaknya Nabi Ismail diuji sebagai bukti taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setelah sekian lama menanti zuriat, dianugerahkan dan diperintahkan pula melalui mimpi supaya dikorbankan anak kesayangan. Tanpa berbelah bagi ketiga-tiga insan hebat ini redha dengan perintah Allah. Allahuakbar...! pisau yang tajam tidak mampu melukakan leher nabi Ismail sebaliknya telah diganti dengan seekor kibas yang sihat.



Alhamdulillah kini kesedaran masyarakat untuk menyertai ibadah korban binatang ternakan nampaknya semakin tinggi. Sepanjang balik ke kampong baru ni, banyak aku tengok lembu terutamanya yang sedia untuk dijadikan korban. Di taman tempat aku sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan.

Gambar yang anda lihat ini aku terima MMS dari anak saudara aku di taman beliau. Lembu ini walaupun telah sempurna disembelih tapi masih mampu berdiri setelah ikatan dikakinya dilepaskan...Lembu -lembu terkemudian sebanyak 4 ekor telah siap dilapah tapi lembu ini masih belum bercerai nyawa dari badan..

Ajal maut ditangan tuhan, manusia mampu merancang, tuhan tentukan. Kalau ikut hukum akal memang dah lama kena lapah dan diagih-agihkan daging lembu ni... Setelah lama menunggu akhirnya berpisah jua nyawa dari badan. Bila tiba nya ajal tidak akan diundurkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Selagi belum tibanya saat kematian itu, manusia tidak boleh berbuat apa-apa walaupun logik akal mengatakan waktu itu sepatutnya telah tiba.

Wallahualam...

Friday, November 4, 2011

Bila barangan lusoh makin berharga...





Aku perhati budak-budak berbasikal tu dari kejauhan. tak lama lepas tu dia menuju ke tempat dimana aku berdiri.

"Cari apa dik..?" saja aku menanya

" Cari besi.." selamba je bebudak tu jawab..Dalam hati aku habis la sangkar batu yang aku beli dan longgokkan ditepi sungai untuk buat pengukuhan tebing.

" Pungut besi buruk saja tau..!, sangkar tu jangan di ambik .."

"ok.." jawab mereka ringkas. Aku harap mereka betul-betul tak ambil.

Ada la 5,6 orang anak-anak dalam lingkungan 10-13 tahun, berbekalkan guni plastik, mencari besi buruk. Tindakan mereka mencari besi buruk tidak salah, yang jadi masalah bukan setakat besi buruk diangkut, besi yang tak buruk pun turut diangkut sama. Kebetulan lokasi kerja aku tu berdekatan dengan tapak pembinaan kompleks pejabat LKIM di Pulau Meranti Dengkil..,jadi agak mewah lah pemungut 'besi buruk' mendapat habuan. Aku tengok banyak juga 'besi buruk' yang diangkut dibasikal diorang tu. Bila aku bagitau penyelia tapak tu, diorang memang sedia maklum dengan kerenah anak-anak orang asli yang tinggal berdekatan dengan tapak pembinaan itu.

Fenomena kehilangan barangan besi adalah fenomena nasional dan dunia barangkali. Seiringan dengan berkurangan bahan mentah besi, permintaan besi boleh dikitar semula semakin meningkat. Harga pasaran besi buruk kini sekitar 0.90 sen sekilo. Aluminium atau tembaga harga lebih tinggi. Pantang lepa, barang berasaskan besi ini mudah saja ghaib. Penutup longkang yang depan rumah kalau tak di ikat kukuh nescaya hilang sekelip mata. Lebih mengherankan penutup longkang di tepi lebuhraya yang sibuk pun boleh 'berjalan'. Penghadang jalan besi ditempat sunyi jangan cerita la..Walaupun pihak berkuasa meletakkan label nama jabatan masing-masing untuk mengenal pasti barangan, tindakan itu seolah-olah tidak berkesan, Hilang tetap hilang...!

Kerugian yang dilaporkan berikutan kecurian ini bernilai jutaan ringgit. Kekadang ada manusia yang sanggup menggadai nyawa dengan memotong kabel elektrik, talifon atau memanjat pylon letrik bervoltan tinggi semata-mata untuk mencuri besi. Bukankah kita pernah baca diakhbar pencuri mati tersangkut di pylon akibat terkena renjatan elektrik? Aku mencadangkan supaya lubang-lubang angin untuk bangunan pencawang elektrik jangan dipasang dengan kekisi aluminium sebaliknya guna saja lubang angin konkrit. Walaupun tak berapa cantik tapi selamat..!

Kejadian berleluasa ini berlaku kerana manusia dah tak ambil peduli dari mana sumber rezeki. Dalam kepala hotak masing-masing yang penting boleh dapat duit.,duit dan duit..! Dan punca terhakisnya nilai moral itu kerana semakin ramai orang yang membelakangkan agama. Orang bukan islam aku tak mau ulas sebab aku pun tak tau apa yang diajar kepada penganutnya, tapi orang yang mengaku islam ni pun ramai juga yang terlibat dalam mencuri harta awam . Pada aku punca utama merosotnya nilai moral kerana ramai orang memandang ringan keutamaan solat. Melalui kaji selidik lebih 70 peratus orang islam tidak mengerjakan solat..!

Untuk menilai secara mudah nilai statistik itu lihat saja dipersekitaran kita seperti dipejabat-pejabat dsb..berapa kerat sangat orang yang menunaikan solat...? Bagaimana pula di pasar-pasar malam dan pelbagai tempat lain..?

Dihari yang Jumaat yang mulia ini jomlah ingat-mengingati. Kita memulakan dengan diri kita dan serulah orang dibawah tanggongan kita untuk bersolat. Bukan setakat solat,tapi berazam untuk melakukan solat yang sempurna...Kerana hanya solat yang sempurna dapat mencegah dari kemungkaran...

Ya Allah Jadikanlah solat kami solat yang khyusuk dan terimalah solat kami. Aminn..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK