click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 20, 2019

Pokok Salam dan Manfaatnya...

Jumaat 20hb September 2019.

Alhamdulillah, harini terungkai persoalan, pokok apakah yang tumbuh merimbun di halaman rumah penulis. Pokok ni penulis beli di nurseri sebab tertarik dengan daunnya yang lebat, di tanam untuk menjadi payung semulajadi  dihalaman rumah. Masa tu tak tanya pulak pokok spesis apa..Yang penulis tahu, itu pokok hutan.

Daun salam banyak digunakan dalam masakan. Masak lemak cili padi, masak kicap, masak sup ikan , nak hilangkan bau hanyir ikan dan banyak lagi...


Khabarnya daun salam juga banyak khasiat dari sudut kesihatan. Air daun yang direbus boleh mengawal kandungan gula dalam darah untuk pesakit diabetis selain sangat baik untuk merawat penyakit darah tinggi.



Bermula dengan rasa ingin tahu samada daun pokok ini benar-benar  boleh dimakan setelah mendengar tetamu yang datang ke rumah mendakwa sedemikian. Penulis mengambil gambar dan video lalu dipost ke group rakan sekolah..Kebetulan rakan sekolah mempunyai rakan yang berkerja di jabatan perhutanan, memberitahu pokok yang dimaksudkan adalah Pokok Salam. Katanya lagi, daun salam yang diramas berbau sama seperti daun jambu mawar.  Lega lah sebab dirumah penulis terdapat jambu mawar juga. Penulis cuba..dan ternyata betul.

Pokok Salam jika tumbuh dihutan boleh membesar sebesar pohon balak.


Pokok salam berbunga dan berbuah halus sebesar hujung jari kelingking. Burung suka memakan buah yang dikatakan manis.


Jadi tidak hairanlah banyak anak -anak pokok salam  tumbuh di sekeliling rumah penulis, hasil benih yang dipindahkan oleh sang burung.


Makin bertambahlah koleksi pokok herba di keliling rumah penulis, walaupun kawasan cuma sekangkang kera..

Pokok kantan, limau purut, limau nipis,Lengkuas, kechur/chekur, kaduk, kesum, kunyit, halia, serai, tenggek burung, mahkota dewa, gaharu dan yang terbaru pokok salam..Wah wah...sebenarnya banyak lagi cuma tak tahu nama..Tak rugi berbudi pada tanah...

Jom jom berkebunšŸ¤—


2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK