Sabtu, 21hb September 2019
Jom jogging harini membawa kami ke Air Terjun Sg Chiling, Kuala Kubu Baru. Seperti biasa, mulanya sekadar menurut gerak hati dan dalam perjalan ligat berfikir untuk menuju tempat tertentu.
Hati berat untuk ke Bukit Frazer, menghampiri Kuala Kubu Baru, segera teringat Sg Chilling. Yea, berpandukan google map, Sg Chilling hanya beberapa kilometer sesudah empangan KKB ini.
Walaupun sering melalui Jalan KKB-Bkt Fraser, entah kenapa tak perasan pun adanya santuari ikan di sini. Yang selalu baca, santuari ikan di Tasik Kenyir.
Melewati pintu gerbang, deruan air sungai mula menguasai sausana..
Wow, teruja pertama kali menjejakkan kaki di sini, post pendaftaran ini berada 500m dari jalan utama..
Pengunjung dikhendaki mendaftar nama. Kebiasaannya pengunjung dikenakan bayaran, tapi hari ini tiada bayaran sebab santuari bakal ditutup kepada pengunjung bermula Oktober sehingga Februari untuk pembiakan ikan seterusnya. Lagipun waktu ini musim hujan bakal bermula dan sangat bahaya kepada pengunjung.
Di sini boleh berkhemah. Surau dan tandas awam turut disediakan.
Pengunjung boleh memilih untuk ber rekreasi di lokasi berhampiran dengan pos pendaftar atau menyusuri denai dan memilih lokasi menarik ditempat lain sepanjang sungai.
Pokok periuk kera yang boleh didapati semasa menyusuri denai..
Di setiap lokasi pilihan sepanjang sungai, ikan- ikan kelah begitu jinak. Ikan dibiakkan oleh Jabatan Perikanan Selangor. Khabarnya benih ikan diperolehi dari sungai di Pahang.
Ikan menyerbu apabila makanan ditabur...Palet makanan boleh dibeli di post pendaftaran dengan harga Rm5 sebungkus.
Menyusuri denai amat mencabar terutamanya untuk mereka yang tak cergas. Jika dinilai kepayahan 1-10, penulis memberi nilaian 6. Untuk tiba di air terjun, pengunjung perlu merentas sungai di 6 lokasi. 3 rentasan pertama agak mudah, rentasan berikutnya agak sukar.
Di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi air terjun kedapatan banyak tapak tapak kasut tertanggal menunjukkan perjalanan yang mencabar.
Hah lagi periuk kera, yang ini spesis bulat. Kita rakyat tempatan mungkin sudah biasa dengan tumbuhan ini, tapi pengunjung luar begitu teruja melihat spesis tumbuhan yang tidak terdapat di negara mereka. Terserempak dengan Mat Salleh yang cukup kehairanan bila diberitahu penutup akan segera tertutup apabila serangga memasuki periuk.
Menyeberangi sungai disediakan tali untuk berpaut. Menyeberang agak mudah sebab sungai cetek, paling mencabar adalah ketika menuruni atau menaiki tebing sungai..Adalah tidak digalakkan membawa beban berat ketika berkunjung ke air terjun.
Tak perlu terburu-buru untuk tiba di destinasi air terjun., kita boleh bermain main dengan ikan.
Warga berusia dan kurang cergas memang tidak sesuai menyertai aktiviti sebegini..
Wow..! Penat lelah meredah laluan sukar berbaloi tetekala melihat pemandangan air terjun yang sangat memukau. Pemandangan di gambar tidak seindah dengan keadaan sebenar. Air terjun juga kelihatan rendah digambar tidak sebagaimana keadaan sebenar yang sangat tinggi.
Tidak melepaskan peluang berkubang di air terjun.
Setelah berkunjung ke sini ada beberapa penambahbaikan yang boleh diambil untuk manfaat pengunjung.
Pertama, mohon Jabatan Hutan meletak penanda arah beserta jarak untuk ke air terjun. Mungkin boleh ditandakan di pokok untuk setiap jarak 300m dsb. Ketika ini jika ditanya, jawapan yang diberi adalah dalam bentuk masa. Lagi 40 minit, lagi 30 minit dsb. Jarak untuk ke air terjun dari post pendaftaran, tidak pasti, tapi rasanya lebih dari 3km.
Pengunjung akan mendapat gambaran yang lebih jelas, sesuai dengan kudrat masing masing sebelum meneruskan hasrat untuk ke air terjun..Pengunjung pertama kali kelihatan bersemangat dengan membawa bekal yang berat dikhuatiri hanya meneruskan perjalanan sekerat jalan setelah menempuh laluan yang agak sukar.
Kedua, perlu disediakan rakaman audio yang diulang siar secara berkala, untuk mengingatkan pengunjung tentang peraturan taman.
Kekadang ada pengunjung yang bebal memahami peringatan di papan tanda. Pengunjung seperti ini perlu diingatkan bertubi-tubi melalui pacaindera telinga juga. Jika tidak, masa kan sampah tetap dibuang merata walaupun terpampang jelas, larangan berbuat demikian..
Secara keseluruhan aspek kebersihan memuaskan.
Kunjungan yang sangat berbaloi🤗
Bestnya kuberan neng water fall
ReplyDeleteHaha wak...ademm...
Deletebesttt.. dah pernah mandi dekat Sg Chiling ni. siap ada ikan banyakkk haha. seronok. cuma atas sekali tu ramai orang sangat
ReplyDeleteRamai2 lah seronok,x dpt mandi, dpt tgok pemandangan pun puas dahh...
Delete