click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, September 15, 2019

Tanam Ubi Pulut...


Ahad 15 Sept 2019

Jom berkebun harini mengemaskini aktiviti terdahulu.


Ermm nampaknya cubaan menjadikan pokok betik ini kerdil, melalui kaedah Tot pokok induk ternyata gagal.  Bermungkinan penulis terlebih potong batang tanpa menambah sokongan baru menyebabkan batang terlalu lemah untuk menyokong pokok yang semakin membesar. Memang pun daun betik kelihatan lebih subur setelah ditambah tanah berbaja berhambiran dengan pucuk. Bila angin menerjah  pucuk rebah tak dapat menampung beban. Tak pa boleh cuba lagi nanti.

Penyediaan pokok kerdil menggunakan kaedah tot  boleh di baca di link Betik Rendang


Dulu penulis ada juga menulis mengenai penyediaan benih keledek, juga boleh dibaca melalui link 'Betik Rendang' di atas.






Antara keledek kuning dan merah ini, keledek merah lebih cepat bercambah walaupun benih yang kuning seminggu lebih awal di rendam..Tak pasti samada kaedah merendam benih keledik kuning tak berapa sesuai...Penulis sekadar mencuba setelah menonton kaedah penyediaan benih di UTube.

Pucuk-pucuk baru keledek akan diasing-asingkan sebelum direndam lagi supaya akar baru mudah tumbuh, kemudian akan dipindahkan ditapak tanaman..Penulis ingin mencuba menanam di dalam tong cat. Semangat ingin mencuba kaedah menanam dalam tong menggunakan campuran tanah kompos yang penulis buat sendiri.


Serai ini baru direndam supaya akar tumbuh sebelum dipindahkan di petak tanaman. Penulis ada menyediakan batas mini menggunakan campuran tanah kompos juga. Sebenarnya banyak lagi keperluan dapur yang boleh ditanam sendiri..Sambil beriadah kita berbudi pada tanah..


Antara batas mini yang penulis sediakan di tanah lapang bawah talian TNB tepi jalan., yang ini ditanam dengan ubi pulut. Tak larat nak mencangkul tanah dengan dalam sebab akar kayu berselirat, sekadar menggemburkan tanah di permukaan dalam sekaki, selebihnya batas ditimbus menggunakan campuran tanah kompos yang penulis buat menggunakan sisa organik seperti kulit pisang dll. Dinding batas menggunakan kayu pokok yang ditebang kontraktor pembersihan taman.

Nampaknya  tanah kompos yang disediakan sebelum ini belum mencukupi untuk membuat beberapa batas mini lain..Tenang saja, kita beraktiviti secara santai, yang penting istiqamah.

Jomlah berkebun. Badan terasa ringan bila bermandi peluh sesudah berkebun.🤗



2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK