click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 18, 2019

Kolam Air Panas Selayang

18hb Sept 2019

Kolam air panas Selayang yang terletak di tepi jalan Selayang- Rawang ini 24jam tidak pernah sepi. Pengunjung dekat maupun jauh, sejauh Klang, Putrajaya dll datang saban waktu untuk bermandi manda di sini.

Terdapat 3 kolam utama yang mempunyai tahap kepanasan berbeza..Kolam di tengah paling panas di ikuti kolam paling hampir dengan tempat parking, kedua dan kolam berhampiran dengan gerai, ke 3 panas.

Melihat kepada papan tanda, terdapat rancangan untuk menaik taraf tempat ini tapi dah beberapa tahun tempat itu kekal begitu..Kini pihak persendirian membuat kemudahan- kemudahan awam secara sukarela..Biasalah, bila perancangan dibuat menurut citarasa masing- masing, susun atur keseluruhan kawasan, walaupun praktikal tapi menjadi sangat berterabur.

Sebelum keadaan menjadi lebih serabut, pihak PBT perlu masuk campur.


Kemudahan tandas dan bilik persalinan berbayar turut disediakan. Jika datang tanpa membawa besen,baldi atau gayung, jangan risau, perkakas ini boleh disewa dengan kadar bayaran Rm2 shj.

Yang tak syoknya keadaan sangat terbuka, lelaki maupun wanita berkongsi prasarana..Mengharapkan perancangan akan datang PBT, mengambil kira sentimen ini. Ramai ibu-ibu  atau anak dara ingin mandi-manda tapi kurang selesa dengan sausana begini..
Pilihan terbaik ketika ini adalah mandi di waktu malam.


Air panas semula jadi yang kaya dengan kandungan mineral ini dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Ajaibnya ciptaan Allah, air tersangat panas disentuh, namun kita mampu berkumur atau terus meminum tanpa rasa panas.


 Berdasarkan sembang-sembang dengan pengunjung, mereka mendakwa ramai yang mengalami penyakit kulit, sakit-sakit sendi, penyakit saraf dll telah sembuh bila mengamalkan mandi di sini..Wallahu Alam.

Yea tak salah rasanya berikhtiar kemudian bertawakal.

 Penulis turut berazam untuk mandi- mandi disini paling kurang seminggu sekali.

Jom jom kita mandi air kolam panas Selayang🤗



2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK