Sampai terlupa semaian benih keledik di atas para, bersegera melihat dan alhamdulillah kedua- dua benih telah mula bertunas.
Keledek kuning ini seminggu awal disemai, tapi keledek merah nampaknya lebih dahulu bercambah.
Tak mengapa lah benih bercambah agak lewat sebab media tanah belum ada lagi...Pembuatan kompos dulu hanya cukup untuk membuat campuran media batas mini dan media keledek merah. Bila tunas cukup besar nanti, rasanya tanah kompos baru sudah boleh digunakan.
Keledek merah kini kelihatan semakin galak tumbuh setelah dipindahkan dalam bekas bertanah. Bekas menggunakan bakul terpakai yang dialas dengan plastik sampah.
Ini merupakan percubaan suka-suka penulis menanam pokok keledek di dalam bekas. Semangat bila melihat perkongsian di UTube, tanaman keledek dan kentang dalam bekas, walaupun kecil tapi membuahkan hasil memberangsangkan.
Lepas 3 bulan nanti teruja untuk melihat hasilnya. Moga berjaya.
Jom jom berkebun...๐ค

Mudah2an lumayan hasilnya
ReplyDeleteAminn...brp kilo lah agaknya nt๐
ReplyDelete