click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 29, 2015

Jom Jom Durian...

Musim durian datang lagi.. Sempena hujung minggu bersemangatlah mencari durian. .   Walaupun masih hujan diawal subuh..setelah berhenti hujan segera hidupkan enjin motor berdezup ke Temerloh melalui Batang kali juga Genting Highland.. Kiri kanan jalan kini banyak gerai-gerai durian didirikan.  Hajat dihati ingin mencari durian kampong atau durian tempatan.. Tak mau membeli durian import Thai. Bukankah viral di media sosial durian seberang direndam dengan bahan pengawet untuk menampakkan warna kulit yang menarik..?


Tak sempat sampai Genting motor sudah bermasalah...Setiap kali menukar gear menaiki bukit, rantai seolah terlepas dari gigi sproket... grek ..! grekkk..! .alamakk...Merajuk apa pulak motor nih...Ingatkan sebelum motor bertukar milik inginlah meronda kali terakhir bersamanya tapi tak kesampaian..Motor ini sudah pun dijual hanya belum diserahkan...

Berhenti di gerai tepi jalan Batang Kali- Genting. .. Terpaksalah membatalkan niat mencari durian dan diganti dengan memakan pisang goreng tepi jalan saja.  Diagnosa awal merumuskan sproket dan rantai perlu ditukar...Memang tak pernah tukar rantai sejak memilikinya 2010 dulu..Dah sampai waktu menukarlah tu...


Tak sangka digerai ini terdapat hostel.. Hostel terbuka. Pengunjung disediakan kemudahan asas seperti tempat mandi dan katil berserta kelambu... Satu kepala dikenakan caj RM10...Sangat popular dikalangan Mat Saleh menurut pemilik gerai...


Nampaknya menyambar motor lainlah aku...Tapi bukan yang ini..Ermm  mahal yang amat..


Tapi yang ini pun kira oklah... Janji ada motorrr.. Jom Jom ride..!

Wednesday, June 17, 2015

Sungai Nan Indah...

Sesuai dengan kemudahan perhubungan  dulu kebanyakan bandar utama berada di muara-muara sungai. Fungsi  itu lama kelamaan mula lenyap apabila wujudnya kemudahan jalanraya-jalanraya...Namun sungai ini adalah aset jika tau memanfaatkannya. Perlu dibetulkan minda masyarakat yang sering menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan kotoran dan sampah.

Di Bangkok sungai- sungai dan terusan kekal dijadikan kaedah perhubungan dan dijadikan sebahagian jaringan pengangkutan awam disana. Secara peribadi mengharapkan bandar bandar di Malaysia meniru kaedah negara jiran dengan penambahbaikan.  Disana air sungai dan terusan sebahagiannya  menjadi tersangat kotor dan berbau disebabkan air tidak dapat mengalir bebas kerana  diempang untuk mengekalkan paras air dan diburukkan lagi bila  dijadikan destinasi akhir sisa kumbahan yang tidak dirawat sempurna.   Kita kena memikirkan kaedah menangani permasalahan itu.

Cadangan menaik taraf sungai di Lembah Klang melalui River Of Life tak pasti samada  memasukkan elemen pengangkutan dalam perancangan mereka.  Selain jaringan pengangkutan,  sungai dan terusan boleh dimanfaatkan dengan pelbagai fungsi lain. Bandar-bandar yang sering dilanda banjir kilat sudah tentu sangat mendambakan kaedah tebatan banjir.  Sebagaimana lebuhraya yang sentiasa bertambah seiring dengan pembangunan, terusan- terusan  mega perlu dibina untuk menangani masalah lebihan air yang tidak dapat diserap oleh bumi disebabkan kurangnya kawasan hijau. Tak boleh sekadar bergantung dengan saliran kecil yang kemudiannya disalurkan ke sungai sediada.

Rekreasi dan  River cruising juga semakin popular dikalangan pelancongan tempatan dan asing. Dengan bertambah jaringan sungai dan terusan nanti pastinya aktiviti ini akan menjadi semakin menarik. Pengindahan sepanjang sungai dan terusan perlu dilakukan secara holistik.

Berikut antara aktiviti dan  river cruising yang pernah dikunjungi penulis.....


Terusan di Bangkok. Indah dari kejauhan...Berbau bila berdekatan...


Dataran  sungai dan River cruising di Pnom Penh. Usaha ada faktor wow belum ada..



River cruising di Ghuanzo ..Sangat Indah dimalam hari, biasa-biasa disiang hari..Unsur selekeh masih ada..




Lihat betapa indahnya sungai yang telah ditransformasi di Seoul.. Dulunya sungai ini ibarat longkang disebabkan persekitaran bengkel kenderaan. Kini cantik bersih dan meriah dengan pelbagai aktiviti.





River cruising di Istanbul...Destinasi paling favourite..Takjub dengan keindahan dan kekemasan yang ditonjolkan . Walaupun digambar kelihatan biasa biasa...



Lagi destinasi favourite...Indah digambar indah diluar..Sydney..



Ditanahair kita juga tidak kurang hebat...Keindahan semula jadi banyak.. Perlu usaha pelbagai pihak termasuk orangramai untuk memelihara dan menyerlahkan keindahan yang ada..

Jom jom kita berubah.. Kita mampu mengubahnya..


Monday, June 15, 2015

Jom Jom Pulau Kapas


Berbanding lawatan ke Pulau Besar, rasanya kunjungan ke Pulau Kapas lebih mengujakan. Lawatan pertama kali. Urusan penginapan pengangkutan ke pulau juga lebih sistematik. Terdapat ejen yang menjual tiket-tiket bot, feri juga  bilik penginapan di Jeti Marang. Bila musim cuti sekolah harga ke pulau berlipat kali ganda naik. Kebanyakan ejen hanya menawarkan pengangkutan, penginapan dan aktiviti lain  seperti snorkeling, melawat pulau-pulau sekitar dsb dalam satu pakej.







Kami nyaris melawat pulau dan balik hari saja kerana tidak mau terikat dengan pakej-pakej yang ditawarkan kerana mahal dan tidak berbaloi. Daripada berhabis duit melibatkan diri dengan aktiviti yang kita tak berapa teringin lebih baik bermalam di tanah besar..Duit yang diselamatkan boleh makan-makan besar..Berulang alik ke tanah besar mengambil masa tak sampai pun 30 minit. Mungkin berfikir daripada rugi tak dapat pelanggan maka kami ditawarkan penginapan tanpa pakej yang lain. Penginapan chalet bilik deluxe ditawarkan harga RM180 satu malam.. Kos pengangkutan pergi balik pula RM40 dewasa dan RM20 kanak-kanak.. Argh bolehlah memang hajat awal untuk bermalam disana.



Jauh beza lautan China Selatan dan Selat Melaka. Disini airnya jernih kebiruan manakala diselat Melaka lesu kehijauan…Menghampiri pulau  terasa geram untuk terjun melihat air yang tenang lagi jernih. Kelihatan ikan- ikan berenang- renang. Pasir pantainya halus memutih.. Pergh kecantikan semula jadi. Sangat memukau. Namun kecantikan semulajadi sedikit cacat kerana resort-resort yang sedikit selekeh…Betul betul potong stim.




 Inilah masalah tempat- tempat percutian awam. Penyelenggaran kekal rendah. Kerajaan negeri maupun persekutuan  tidak boleh meletakkan tanggungjawab menyelenggara  seratus peratus dibahu operator resort kecilan. Melihat bilangan pengunjung diwaktu puncak sebegini rasanya sukar untuk mereka memperuntukkan bajet untuk aspek penyelenggaraan. Dimaklumkan selain hujung minggu dan cuti umum ..hari –hari biasa resort kekal lengang. Mereka bergantung  dengan kehadiran pengunjung. Kurang pengunjung semakin sukar untuk menampung penyelengaraan resort. Kerjasama semua pihak diperlukan. Perlu diadakan aktiviti tahunan bertaraf nasional/internasional  untuk menyemarakkan kehadiran pengunjung.




Cuma dikhuatiri bila terlalu ramai pengunjung berkunjung..perubahan positif yang diharapkan keadaan menjadi sebaliknya.. Keadaan kebersihan pula semakin tidak terkawal.. Mentaliti pengunjung menjaga kebersihan masih lagi ditahap rendah. Bayangkan dalam sausana cantik sebegini masih ada pengunjung yang tergamak membuang lampin lampin bayi maupun botol botol minuman ditepi pantai…Tak taulah bila pengunjung semakin ramai nanti.. Dengan penguatkuasaan dan penyelengaraan yang  lemah hah akan bertambah teruk lah pantai kita nanti.


Negeri negeri di persisiran pantai perlu mewujudkan agensi-agensi khas yang memantau pantai pantai dan pulau-pulau. Sangat sayang negeri seperti Trengganu  yang memiliki pantai tarpanjang lagi cantik tapi tidak dieksploitasi keindahan itu sepenuhnya. Sekarang ni tak taulah agensi mana yang memantau pantai-pantai maupun pulau-pulau ini . Negara-negara luar yang pernah penulis kunjungi  mendapati pantai pantai dan pulau mereka walaupun tak seindah tempat kita tapi sausananya  sentiasa meriah dan tersusun. Di Turki dan Australia terutamanya kita boleh terpegun dengan susunatur dan kekemasan yang ditunjolkan.  Korea, China dan Thailand keadaan mereka juga sudah semakin  kehadapan. Walaupun perit untuk mengakui tempat- tempat awam kita lebih kurang seperti di Indonesia dan Kemboja saja.. Kawasan tumpuan ternama rasanya kita juga ketinggalan berbanding Indonesia. . Di negara-negara arab kita maklumlah sebab keindahan semulajadi mereka kurang..

Jomlah kita berubah..Kita mampu mengubahnya.


Friday, June 12, 2015

Jomlah Berspender Saja Ke Pejabat-Pejabat Awam...

Aku jadi tak faham. macamana akhbar NST yang dikuasai oleh orang islam boleh terbawa-bawa menyokong supaya diberi kebebasan untuk pelanggan berpakaian kurang sopan sewaktu berurusan dipejabat -pejabat kerajaan. Alasannya hak individu. Kenapa perlu mempertahan hak individu yang berpakaian lucah. kenapa tidak mempertahankan hak  orang ramai yang tidak selesa melihat gelagat mereka yang berpakaian kurang sopan. Jika dilihat segelintir amoi-amoi bahkan nyonya-nyonya memang teruk. Sudah tiada beza ketika berkunjung ke pasar-pasar  malam atau sewaktu  berurusan  ke pejabat-pejabat awam. Berseluar pendek , berskirt mini sendat yang menampakkan alor ponggung.. Inikah etika berpakaian yang mau dipertahankan atas alasan hak individu..? .Mengapa perlu diberi liputan meluas. Akhbar The Star meletakkannya di muka hadapan. Yang ini mudah difahami kerana akhbar ini milik bukan islam. Walaupun bukan islam sepatutnya isu ini dilihat dari sudut kesopanan.. Kelucahan sebegini tak perlulah disokong. .

Sedih bila pihak JPJ turut mengeluarkan kenyataan seolah tindakan pejabat berkaitan memberikan kain sarong juga adalah satu kesalahan. Mereka sudah menyerah kalah..Padahal kain sarong itu hanyalah simbolik supaya pelanggan akan berpakaian lebih sopan jika ingin berurusan dengan mereka. Jika kerenah segelintir individu sebegini dilayan dan disokong pula oleh  akhbar arus perdana sehingga memaksa pihak terlibat  tunduk dengan desakan puak tak reti malu ini dimana maruah pihak yang melaksanakan peraturan berpakaian sopan itu.   Sepatutnya perkara sebegini tak perlu dilayan. Patuhi atau Balik. Tiada kompromi. Pelik tuanrumah yang sepatutnya mempunyai hak menentukan pakaian apa yang perlu dipakai ketika bertandang ke rumah, kini tindakan itu seolah satu kesalahan.. Pengunjung pula yang kini diberi kebebasan untuk memakai pakaian apa saja atas alasan hak individu...Betol betol haprak...!

Thursday, June 11, 2015

Jom Jom Kenyir...

3/6/2015


Cuti sekolah apa lagi berjalanlah beb…Destinasi kali ni Pulau Besar. Saban tahun berulang alik ke Kuala Trengganu,  pulau yang begitu hampir dengan Marang ini tidak pernah dikunjungi lagi. Tidak terus ke sana melawat dulu Tasik Kenyir sempena Festival Kenyir 2015.






 Singgah juga ke Memorial  Batu Bersurat di Kg Kuala Berang dan Kubur Tok Gajah dalam perjalanan ke Kenyir.. Terdetik singgah kerana seringkali terpandang papantanda memorial batu bersurat. Yang leceh sebagaimana tempat -tempat lain tunjuk arah tiada kesinambungan. Tiba dipersimpangan papan tanda  hilang. Belok ke Kiri atau kanan..?. Terpaksa meredah dan bertanyakan penduduk setempat untuk ke sana. Sesuatu perlu dilakukan  pihak berkaitan  untuk kemudahan pengunjung.

Melihat keadaan kubur macam tak percaya ini adalah kubur pahlawan ternama..Pihak muzium perlu melakukan sesuatu...





Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Tok Gajah itu termasuk kami. Beliau adalah ayah kepada pahlawan ulung Mat Kilau yang terpaksa melarikan diri dari Pahang dan mengatur strategi di kawasan ini setelah diburu tentera British. Kami dimaklumkan tentang kubur itu oleh pengawal keselamatan yang juga secara sukarela menjadi jurucakap memorial batu bersurat.. Terpegun diterangkan asal usul penemuan juga antara isi kandungan tulisan tersebut. Batu bersurat ditemui  dikawasan berpaya tepi sungai yang dahulunya adalah pelabuhan  bersebelahan memorial batu bersurat ini.. Hebat beliau berbicara..   Bertambah gah jika diperelokkan penampilan. Bagus jika lengkap berkasut, beruniform bersih, kemas dan  bergosok.

Tertarik dengan promosi Festival Tasik Kenyir 2015 di corong-corong  radio kami tidak melepaskan peluang ke sana







                            

 Perubahan baru kini terdapat kuaters dan kompleks kastam 1-2km sebelum memasuki pintu masuk utama Gawi. Dikhabarkan Kenyir bakal dijadikan destinasi bebas cukai. Inisiatif ini diharap dapat menyemarakan kehadiran pengunjung dimasa akan datang.

Mungkin hari itu hari biasa kehadiran pengunjung agak suram. Meronda ke  gerai-gerai , booth-booth pameran dan persekitaran festival .

Sebahagian gerai dan booth yang terdapat disana.






Kelihatan juga kerja-kerja naik taraf tasik sedang dijalankan. Jambatan dibina menghubungkan salah satu pulau di tasik yang menempatkan taman tema air.



 Secara peribadi mengharapkan pembinaan jambatan itu bukan sekadar jambatan menghubungkan Titik A ke Titik B tapi perlu  menyuntikkan nilai nilai estatika. Jika setakat jambatan biasa-biasa dan tiada keunikan lebih baik tak payah bina dan elok saja dipertingkatkan kemudahan bot atau feri. Pengunjung hadir inginkan keunikan . Menaiki  feri atau bot itu sendiri adalah keunikan. Keunikan/feels  berkunjung ke pulau bakal lenyap jika  dihubungkan oleh jambatan. Lagipun elok dihadkan kehadiran kenderaan  dipulau.

Secara peribadi menginginkan factor ummph setiap kali melawat kawasan tumpuan tapi selalunya tak kesampaian  . Mengharapkan   Putrajaya dijadikan  penanda aras oleh pihak pihak berkaitan untuk mengindahkan kawasan seliaan mereka..

Balik dari tasik ke Pantai Batu Buruk Kuala Trengganu...Pembahahruan yang baik. Kereta kuda berhias penuh warna warni..





Esok kami akan ke Pulau Kapas pula…



Monday, June 8, 2015

Air Bukan Sekadar Air- Bhg 2

Bahagian Pertama boleh di baca DISINI



Air yang berkualiti  memiliki paling kurang 3 ciri utama

1.       Beralkali
2.       Mikro kluster ataupun
3.       Anti oksidan

Air beralkali

Air beralkali memiliki ph lebih dari pH7 membantu membekalkan mineral alkali untuk meneutralkan sisa toksik dalam tisu  maupun darah. Untuk mengetahui samada air beralkali atau asidik uji dengan penguji pH. Jika air berwarna kebiruan bermakna air beralkali..lebih gelap kebiruan/jingga  lebih tinggi nilai alkali. Air berasidik memberikan warna kekuningan/oren.

Mikro kluster

Air baik mempunyai kelompok susunan molekul yang kecil. Berbanding air biasa yang memiliki lebih 20 molekul sekelompok,  air  baik memiliki 5-6 molekul sahaja. Kelompok yang sangat kecil ini mudah diserap  untuk tujuan penghidratan sel sel tubuh. Zat zat dan mineral mudah diagihkan dalam sistem tubuh.

Secara perbandingan., meminum air berkluster kecil  air akan terus diserap oleh sel-sel tubuh.. tidak seperti air biasa yang mempunyai kluster besar, kita akan terasa kembung perut  atau terasa ingin membuang air kecil jika meminum dengan kuantiti  yang lebih dari biasa.

Anti oksidan.

Sebagaimana besi atau buahan yang mudah karat apabila terdedah dengan udara akibat proses pengoksidaan , sel-sel tubuh juga mengalami pengoksidaan. Kulit yang berkedut, keterbatasan usus menyerap zat dan mineral dsb adalah sebahagian tanda-tanda  sel sel tubuh telah mengalami pengoksidaan..Untuk mengurangkan/melambatkan proses pengoksidaan sel sel tubuh, kita perlu banyak memakan atau meminum  dengan bahan yang mempunyai sifat anti oksidan.

Ujian mudah yang boleh dilakukan untuk mengetahui ciri ini adalah dengan menitiskan cairan iodin ke dalam air. Jika air kekal jernih bermakna air memiliki sifat sifat anti oksidan. Air tanpa anti oksidan akan memberi warna kekuningan. Lagi pekat kekuningan lagi tinggi sifat oksidannya dan sangat tak elok digunakan.

Pengamal kesihatan menyarankan memakan bahan makanan/minuman seperti teh hijau, minyak ikan kod dan pelbagai multi vitamin lain yang harganya boleh tahan mahal sebagai makanan tambahan anti oxidant. Untuk memperolehi bahan anti oksidan secara mudah dan murah minumlah air  yang telah melalui proses pengionan…Air yang terus diambil dari punca memiliki sifat antioksidan dengan bacaan sehingga -400mV!


Air beralkali kini banyak dipasaran. Yang terbaik pastinya air zam zam. Air zam zam secara semulajadi memiliki ciri-ciri yang dinyatakan diatas.  . Sebagaimana manusia yang memiliki jangkahayat, air juga memiliki jangkahayat.. lagi lama disimpan kualiti air turut akan menurun. Sifat-sifat anti oksidan paling mudah hilang apabila air lama disimpan. Air zam zam tidak terkecuali.

Harus difahami air beralkali sahaja tidak semestinya air yang baik. Air beralkali yang banyak dipasaran kekadang tidak memenuhi dua lagi ciri-ciri air yang baik. Untuk mendapatkan air baik beralkali kini terdapat  mesin ionizer air yang mampu menghasilkan air  yang memenuhi kesemua  ciri-ciri dinyatakan . Jika tidak mampu mendapatkan air sebaik zam zam, memperolehi air yang telah melalui proses pengionan  dikira memadai.  Sesetengah orang menganggap pelaburan  ionizer air tersangat mahal. Jika dilihat  dari sudut ‘angka’  memang benar harga ionizer adalah mahal namun jika dilihat dari sudut ‘nilai’, harga itu tersangat rendah berbanding manfaat yang diperolehi. Manfaat kesihatan yang bakal dinikmati adalah sesuatu yang tidak ternilai.


Apa lagi kawan kawan jomlah memiliki ionizer air.. Pelaburan yang berbaloi.. Kita mampu mengubahnya.

Bahagian pertama artikel ini boleh dibaca  DISINI

Nota. Jika tuan/puan ingin mengetahui lanjut berhubung dengan ionizer air bolehlah berhubung dengan penulis.


Wednesday, June 3, 2015

Air… Bukan Sekadar Air…


Baru-baru ini dua orang rakan setaman berpindah ke alam baru. Kedua-duanya kecundang dengan penyakit kanser. Arwah wanita diserang kanser payu dara, manakala arwah lelaki kerana kanser paru-paru.. Ya rezeki dan ketentuan masing-masing… Ditakdirkan mereka mendahului rakan yang lain. Tak mengapalah yang pergi biarkan pergi kita yang hidup perlu teruskan penghidupan.

Ajal maut ditangan Tuhan, namun kita diberi pilihan untuk berikhtiar. Melihat semakin ramai yang kecundang dengan penyakit kritikal di awal usia, kita kena melihat semula gaya hidup . Adakah kita telah  benar-benar mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi yang perihatin dengan kesihatan, cukupkah dengan hanya bersenam dan  berdiet tapi mengambil ringan dengan air yang digunakan seharian. Ternyata ramai yang terlepas pandang mengenai air, samada yang diminum atau penggunaan lain. Ianya kelihatan simpel, tapi  air  dengan izin Allah boleh mengawal kesihatan seseorang kerana lebih 75 peratus komponen tubuh manusia terdiri dari air.

Setelah membaca buku mengenai keperluan air untuk tubuh, baru difahami  peri pentingnya air berkualiti untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna.  Sejumlah kuantiti  air berkualiti  perlu sentiasa berada didalam sistem tubuh. Tanpa air berkualiti organ-organ penting  terpaksa berkerja keras untuk mengekalkn fungsi tubuh ke tahap yang optimum. Keperluan minima air berkualiti diperlukan oleh tubuh adalah sekurang-kurangnya 30ml x  BERAT BADAN manusia  sehari.

Sistem tubuh dijadikan canggih.. Ia akan kekal berfungsi walaupun dalam keadaan kekurangan air. , tapi sistem tubuh dengan sendiri akan mencatu keperluan air dengan memberi  keutamaan untuk fungsi yang lebih utama demi  kelangsungan  hidup.  Keperluan air untuk fungsi yang agak kurang kritikal akan ditangguhkan pengagihannya. Dan selalunya sistem perkumuhan  akan mula –mula dicatu… Untuk jangka pendek kita tidak  merasai tapi untuk jangka panjang apabila semakin banyak toksik  terkumpul didalam  tubuh ianya  akan mengundang pelbagai penyakit…Sel sel berpenyakit mudah sangat merebak dalm sausana badan yang berasid.

Pencemaran udara semakin teruk. Udara yang disedut menghasilkan toksik dalam tubuh. Gaya hidup moden  mempercepatkan kadar pengumpulan toksik dalam badan. Banyak makanan/minuman yang telah siap diproses.. Semuanya  begitu tercemar dengan pengawit…Makan –makan pula tanpa kira masa. Tengah malam yang sepatutnya digunakan untuk merehatkan minda dan badan diganti dengan makan-makan di restoran 24 jam... Bersenam pula kurang..Jadi tidak hairanlah pengidap penyakit kritikal kini tidak perlu menunggu usia dewasa.

Sebagaimana air di akuarium yang perlu sentiasa di tukar untuk mengekalkan kesihatan ikan., kita juga  perlu menukar air dalam tubuh untuk  kekal sihat. Bukan dengan sembarangan air kerana air bukan sekadar Air..… Begitulah peri pentingnya air.

Bhg 2 artikel ini boleh dibaca  …DI SINI


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK