3/6/2015
Cuti sekolah apa lagi berjalanlah beb…Destinasi kali ni
Pulau Besar. Saban tahun berulang alik ke Kuala Trengganu, pulau yang begitu hampir dengan Marang ini
tidak pernah dikunjungi lagi. Tidak terus ke sana melawat dulu Tasik Kenyir
sempena Festival Kenyir 2015.
Singgah juga ke
Memorial Batu Bersurat di Kg Kuala
Berang dan Kubur Tok Gajah dalam perjalanan ke Kenyir.. Terdetik singgah kerana
seringkali terpandang papantanda memorial batu bersurat. Yang leceh sebagaimana
tempat -tempat lain tunjuk arah tiada kesinambungan. Tiba dipersimpangan papan
tanda hilang. Belok ke Kiri atau kanan..?.
Terpaksa meredah dan bertanyakan penduduk setempat untuk ke sana. Sesuatu perlu
dilakukan pihak berkaitan untuk kemudahan pengunjung.
Melihat keadaan kubur macam tak percaya ini adalah kubur pahlawan ternama..Pihak muzium perlu melakukan sesuatu...
Melihat keadaan kubur macam tak percaya ini adalah kubur pahlawan ternama..Pihak muzium perlu melakukan sesuatu...
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Tok Gajah
itu termasuk kami. Beliau adalah ayah kepada pahlawan ulung Mat Kilau yang
terpaksa melarikan diri dari Pahang dan mengatur strategi di kawasan ini
setelah diburu tentera British. Kami dimaklumkan tentang kubur itu oleh
pengawal keselamatan yang juga secara sukarela menjadi jurucakap memorial batu
bersurat.. Terpegun diterangkan asal usul penemuan juga antara isi kandungan
tulisan tersebut. Batu bersurat ditemui dikawasan
berpaya tepi sungai yang dahulunya adalah pelabuhan
bersebelahan memorial batu bersurat ini.. Hebat beliau berbicara.. Bertambah
gah jika diperelokkan penampilan. Bagus jika lengkap berkasut, beruniform
bersih, kemas dan bergosok.
Tertarik dengan promosi Festival Tasik Kenyir 2015 di corong-corong radio kami tidak melepaskan peluang ke sana
Tertarik dengan promosi Festival Tasik Kenyir 2015 di corong-corong radio kami tidak melepaskan peluang ke sana
Perubahan baru kini terdapat kuaters dan kompleks kastam 1-2km sebelum memasuki pintu masuk utama Gawi. Dikhabarkan Kenyir bakal dijadikan destinasi bebas cukai. Inisiatif ini diharap dapat menyemarakan kehadiran pengunjung dimasa akan datang.
Mungkin hari itu hari biasa kehadiran pengunjung agak suram. Meronda ke gerai-gerai , booth-booth pameran dan persekitaran festival .
Sebahagian gerai dan booth yang terdapat disana.
Kelihatan juga kerja-kerja naik taraf tasik sedang dijalankan. Jambatan dibina menghubungkan salah satu pulau di tasik yang menempatkan taman tema air.
Secara peribadi mengharapkan pembinaan jambatan itu
bukan sekadar jambatan menghubungkan Titik A ke Titik B tapi perlu menyuntikkan nilai nilai estatika. Jika
setakat jambatan biasa-biasa dan tiada keunikan lebih baik tak payah bina dan
elok saja dipertingkatkan kemudahan bot atau feri. Pengunjung hadir inginkan keunikan . Menaiki feri atau bot itu sendiri adalah keunikan. Keunikan/feels
berkunjung ke pulau bakal lenyap jika dihubungkan oleh jambatan. Lagipun elok
dihadkan kehadiran kenderaan dipulau.
Secara peribadi menginginkan factor ummph setiap kali melawat kawasan tumpuan tapi selalunya tak kesampaian . Mengharapkan Putrajaya dijadikan penanda aras oleh pihak pihak berkaitan untuk mengindahkan kawasan seliaan mereka..
Balik dari tasik ke Pantai Batu Buruk Kuala Trengganu...Pembahahruan yang baik. Kereta kuda berhias penuh warna warni..

Esok kami akan ke Pulau Kapas pula…
No comments:
Post a Comment