Thursday, June 11, 2015

Jom Jom Kenyir...

3/6/2015


Cuti sekolah apa lagi berjalanlah beb…Destinasi kali ni Pulau Besar. Saban tahun berulang alik ke Kuala Trengganu,  pulau yang begitu hampir dengan Marang ini tidak pernah dikunjungi lagi. Tidak terus ke sana melawat dulu Tasik Kenyir sempena Festival Kenyir 2015.






 Singgah juga ke Memorial  Batu Bersurat di Kg Kuala Berang dan Kubur Tok Gajah dalam perjalanan ke Kenyir.. Terdetik singgah kerana seringkali terpandang papantanda memorial batu bersurat. Yang leceh sebagaimana tempat -tempat lain tunjuk arah tiada kesinambungan. Tiba dipersimpangan papan tanda  hilang. Belok ke Kiri atau kanan..?. Terpaksa meredah dan bertanyakan penduduk setempat untuk ke sana. Sesuatu perlu dilakukan  pihak berkaitan  untuk kemudahan pengunjung.

Melihat keadaan kubur macam tak percaya ini adalah kubur pahlawan ternama..Pihak muzium perlu melakukan sesuatu...





Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Tok Gajah itu termasuk kami. Beliau adalah ayah kepada pahlawan ulung Mat Kilau yang terpaksa melarikan diri dari Pahang dan mengatur strategi di kawasan ini setelah diburu tentera British. Kami dimaklumkan tentang kubur itu oleh pengawal keselamatan yang juga secara sukarela menjadi jurucakap memorial batu bersurat.. Terpegun diterangkan asal usul penemuan juga antara isi kandungan tulisan tersebut. Batu bersurat ditemui  dikawasan berpaya tepi sungai yang dahulunya adalah pelabuhan  bersebelahan memorial batu bersurat ini.. Hebat beliau berbicara..   Bertambah gah jika diperelokkan penampilan. Bagus jika lengkap berkasut, beruniform bersih, kemas dan  bergosok.

Tertarik dengan promosi Festival Tasik Kenyir 2015 di corong-corong  radio kami tidak melepaskan peluang ke sana







                            

 Perubahan baru kini terdapat kuaters dan kompleks kastam 1-2km sebelum memasuki pintu masuk utama Gawi. Dikhabarkan Kenyir bakal dijadikan destinasi bebas cukai. Inisiatif ini diharap dapat menyemarakan kehadiran pengunjung dimasa akan datang.

Mungkin hari itu hari biasa kehadiran pengunjung agak suram. Meronda ke  gerai-gerai , booth-booth pameran dan persekitaran festival .

Sebahagian gerai dan booth yang terdapat disana.






Kelihatan juga kerja-kerja naik taraf tasik sedang dijalankan. Jambatan dibina menghubungkan salah satu pulau di tasik yang menempatkan taman tema air.



 Secara peribadi mengharapkan pembinaan jambatan itu bukan sekadar jambatan menghubungkan Titik A ke Titik B tapi perlu  menyuntikkan nilai nilai estatika. Jika setakat jambatan biasa-biasa dan tiada keunikan lebih baik tak payah bina dan elok saja dipertingkatkan kemudahan bot atau feri. Pengunjung hadir inginkan keunikan . Menaiki  feri atau bot itu sendiri adalah keunikan. Keunikan/feels  berkunjung ke pulau bakal lenyap jika  dihubungkan oleh jambatan. Lagipun elok dihadkan kehadiran kenderaan  dipulau.

Secara peribadi menginginkan factor ummph setiap kali melawat kawasan tumpuan tapi selalunya tak kesampaian  . Mengharapkan   Putrajaya dijadikan  penanda aras oleh pihak pihak berkaitan untuk mengindahkan kawasan seliaan mereka..

Balik dari tasik ke Pantai Batu Buruk Kuala Trengganu...Pembahahruan yang baik. Kereta kuda berhias penuh warna warni..





Esok kami akan ke Pulau Kapas pula…



No comments:

Post a Comment