click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, July 14, 2025

CamperIriz...

Mengembara bajet perlukan peralatan serba ringkas, cukup memenuhi keperluan asas. Paling penting  tempat tidur yang selesa. Namun selesa mengembara tidaklah sama dengan menginap di rumah atau hotel. 

Melainkan mengembara berpanjangan atau duduk setempat, oklah campercar dilengkapi khemah luar ataupun khemah bumbung..Jika sekejap atau berpindah randah rasanya mengubahsuai kabin kenderaan itu lebih mudah ..untuk lebih selesa, cukup pasang khemah sisi..

Peralatan bercamping yang dibeli online telah tiba..hanya kerusi malas rasanya tak sempat tiba sebelum hujung minggu ini..Tak perasan rupanya kerusi dibawa dari China sana..Khuatir lewat ketika pelepasan kastam nanti, alternatif lain terpaksa difikirkan. 

Maka tempat tidur menggunakan rangka  CamperKembara sediada dengan sedikit modifikasi dan dialas dengan plywood. Ruangan kabin mencukupi untuk berbaring lurus.

Peredaran keluar masuk udara dikabin menggunakan exhaust fan dan kipas mini



Plywood akan dicat dengan warna hitam atau sama warna kereta untuk lebih berketerampilan..




Exhaust fan 30watt  berkeupayaan menyedut udara 500m3 sejam dikuasakan menggunakan  powerbank boleh caj letrik domestik maupun solar. Kipas mini 6watt menggunakan bateri.

Kos tambahan menyiapkan CamperIriz.

Kerusi malas 130
Powerstation 270
Exhaust fan 30
Langsir 20
Window wisor Iriz 40
Plywood tingkap 20.
Plywood alas tidur 60
Bit pemotong pemotong plywood 10

Total Rm570...

Fuh tak sabar menunggu 19hb Julai..Bercamping di Mersing kita..

2 comments:

  1. betul la tu...nak mengembara serba sedikit kelengkapan mesti kena ada untuk bersedia apa yang berlaku dan perkara yang kita nak buat

    ReplyDelete
  2. Wah tak sabar juga ni nak tenguk time camping nanti

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK