Sesuai dengan kemudahan perhubungan dulu kebanyakan bandar utama berada di muara-muara sungai. Fungsi itu lama kelamaan mula lenyap apabila wujudnya kemudahan jalanraya-jalanraya...Namun sungai ini adalah aset jika tau memanfaatkannya. Perlu dibetulkan minda masyarakat yang sering menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan kotoran dan sampah.
Di Bangkok sungai- sungai dan terusan kekal dijadikan kaedah perhubungan dan dijadikan sebahagian jaringan pengangkutan awam disana. Secara peribadi mengharapkan bandar bandar di Malaysia meniru kaedah negara jiran dengan penambahbaikan. Disana air sungai dan terusan sebahagiannya menjadi tersangat kotor dan berbau disebabkan air tidak dapat mengalir bebas kerana diempang untuk mengekalkan paras air dan diburukkan lagi bila dijadikan destinasi akhir sisa kumbahan yang tidak dirawat sempurna. Kita kena memikirkan kaedah menangani permasalahan itu.
Cadangan menaik taraf sungai di Lembah Klang melalui River Of Life tak pasti samada memasukkan elemen pengangkutan dalam perancangan mereka. Selain jaringan pengangkutan, sungai dan terusan boleh dimanfaatkan dengan pelbagai fungsi lain. Bandar-bandar yang sering dilanda banjir kilat sudah tentu sangat mendambakan kaedah tebatan banjir. Sebagaimana lebuhraya yang sentiasa bertambah seiring dengan pembangunan, terusan- terusan mega perlu dibina untuk menangani masalah lebihan air yang tidak dapat diserap oleh bumi disebabkan kurangnya kawasan hijau. Tak boleh sekadar bergantung dengan saliran kecil yang kemudiannya disalurkan ke sungai sediada.
Rekreasi dan River cruising juga semakin popular dikalangan pelancongan tempatan dan asing. Dengan bertambah jaringan sungai dan terusan nanti pastinya aktiviti ini akan menjadi semakin menarik. Pengindahan sepanjang sungai dan terusan perlu dilakukan secara holistik.
Berikut antara aktiviti dan river cruising yang pernah dikunjungi penulis.....
Dataran sungai dan River cruising di Pnom Penh. Usaha ada faktor wow belum ada..
River cruising di Ghuanzo ..Sangat Indah dimalam hari, biasa-biasa disiang hari..Unsur selekeh masih ada..
Ditanahair kita juga tidak kurang hebat...Keindahan semula jadi banyak.. Perlu usaha pelbagai pihak termasuk orangramai untuk memelihara dan menyerlahkan keindahan yang ada..
Jom jom kita berubah.. Kita mampu mengubahnya..
Di Bangkok sungai- sungai dan terusan kekal dijadikan kaedah perhubungan dan dijadikan sebahagian jaringan pengangkutan awam disana. Secara peribadi mengharapkan bandar bandar di Malaysia meniru kaedah negara jiran dengan penambahbaikan. Disana air sungai dan terusan sebahagiannya menjadi tersangat kotor dan berbau disebabkan air tidak dapat mengalir bebas kerana diempang untuk mengekalkan paras air dan diburukkan lagi bila dijadikan destinasi akhir sisa kumbahan yang tidak dirawat sempurna. Kita kena memikirkan kaedah menangani permasalahan itu.
Cadangan menaik taraf sungai di Lembah Klang melalui River Of Life tak pasti samada memasukkan elemen pengangkutan dalam perancangan mereka. Selain jaringan pengangkutan, sungai dan terusan boleh dimanfaatkan dengan pelbagai fungsi lain. Bandar-bandar yang sering dilanda banjir kilat sudah tentu sangat mendambakan kaedah tebatan banjir. Sebagaimana lebuhraya yang sentiasa bertambah seiring dengan pembangunan, terusan- terusan mega perlu dibina untuk menangani masalah lebihan air yang tidak dapat diserap oleh bumi disebabkan kurangnya kawasan hijau. Tak boleh sekadar bergantung dengan saliran kecil yang kemudiannya disalurkan ke sungai sediada.
Rekreasi dan River cruising juga semakin popular dikalangan pelancongan tempatan dan asing. Dengan bertambah jaringan sungai dan terusan nanti pastinya aktiviti ini akan menjadi semakin menarik. Pengindahan sepanjang sungai dan terusan perlu dilakukan secara holistik.
Berikut antara aktiviti dan river cruising yang pernah dikunjungi penulis.....
Terusan di Bangkok. Indah dari kejauhan...Berbau bila berdekatan...
Dataran sungai dan River cruising di Pnom Penh. Usaha ada faktor wow belum ada..
River cruising di Ghuanzo ..Sangat Indah dimalam hari, biasa-biasa disiang hari..Unsur selekeh masih ada..
Lihat betapa indahnya sungai yang telah ditransformasi di Seoul.. Dulunya sungai ini ibarat longkang disebabkan persekitaran bengkel kenderaan. Kini cantik bersih dan meriah dengan pelbagai aktiviti.
River cruising di Istanbul...Destinasi paling favourite..Takjub dengan keindahan dan kekemasan yang ditonjolkan . Walaupun digambar kelihatan biasa biasa...
Lagi destinasi favourite...Indah digambar indah diluar..Sydney..
Jom jom kita berubah.. Kita mampu mengubahnya..
No comments:
Post a Comment