click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 15, 2015

Jom Jom Pulau Kapas


Berbanding lawatan ke Pulau Besar, rasanya kunjungan ke Pulau Kapas lebih mengujakan. Lawatan pertama kali. Urusan penginapan pengangkutan ke pulau juga lebih sistematik. Terdapat ejen yang menjual tiket-tiket bot, feri juga  bilik penginapan di Jeti Marang. Bila musim cuti sekolah harga ke pulau berlipat kali ganda naik. Kebanyakan ejen hanya menawarkan pengangkutan, penginapan dan aktiviti lain  seperti snorkeling, melawat pulau-pulau sekitar dsb dalam satu pakej.







Kami nyaris melawat pulau dan balik hari saja kerana tidak mau terikat dengan pakej-pakej yang ditawarkan kerana mahal dan tidak berbaloi. Daripada berhabis duit melibatkan diri dengan aktiviti yang kita tak berapa teringin lebih baik bermalam di tanah besar..Duit yang diselamatkan boleh makan-makan besar..Berulang alik ke tanah besar mengambil masa tak sampai pun 30 minit. Mungkin berfikir daripada rugi tak dapat pelanggan maka kami ditawarkan penginapan tanpa pakej yang lain. Penginapan chalet bilik deluxe ditawarkan harga RM180 satu malam.. Kos pengangkutan pergi balik pula RM40 dewasa dan RM20 kanak-kanak.. Argh bolehlah memang hajat awal untuk bermalam disana.



Jauh beza lautan China Selatan dan Selat Melaka. Disini airnya jernih kebiruan manakala diselat Melaka lesu kehijauan…Menghampiri pulau  terasa geram untuk terjun melihat air yang tenang lagi jernih. Kelihatan ikan- ikan berenang- renang. Pasir pantainya halus memutih.. Pergh kecantikan semula jadi. Sangat memukau. Namun kecantikan semulajadi sedikit cacat kerana resort-resort yang sedikit selekeh…Betul betul potong stim.




 Inilah masalah tempat- tempat percutian awam. Penyelenggaran kekal rendah. Kerajaan negeri maupun persekutuan  tidak boleh meletakkan tanggungjawab menyelenggara  seratus peratus dibahu operator resort kecilan. Melihat bilangan pengunjung diwaktu puncak sebegini rasanya sukar untuk mereka memperuntukkan bajet untuk aspek penyelenggaraan. Dimaklumkan selain hujung minggu dan cuti umum ..hari –hari biasa resort kekal lengang. Mereka bergantung  dengan kehadiran pengunjung. Kurang pengunjung semakin sukar untuk menampung penyelengaraan resort. Kerjasama semua pihak diperlukan. Perlu diadakan aktiviti tahunan bertaraf nasional/internasional  untuk menyemarakkan kehadiran pengunjung.




Cuma dikhuatiri bila terlalu ramai pengunjung berkunjung..perubahan positif yang diharapkan keadaan menjadi sebaliknya.. Keadaan kebersihan pula semakin tidak terkawal.. Mentaliti pengunjung menjaga kebersihan masih lagi ditahap rendah. Bayangkan dalam sausana cantik sebegini masih ada pengunjung yang tergamak membuang lampin lampin bayi maupun botol botol minuman ditepi pantai…Tak taulah bila pengunjung semakin ramai nanti.. Dengan penguatkuasaan dan penyelengaraan yang  lemah hah akan bertambah teruk lah pantai kita nanti.


Negeri negeri di persisiran pantai perlu mewujudkan agensi-agensi khas yang memantau pantai pantai dan pulau-pulau. Sangat sayang negeri seperti Trengganu  yang memiliki pantai tarpanjang lagi cantik tapi tidak dieksploitasi keindahan itu sepenuhnya. Sekarang ni tak taulah agensi mana yang memantau pantai-pantai maupun pulau-pulau ini . Negara-negara luar yang pernah penulis kunjungi  mendapati pantai pantai dan pulau mereka walaupun tak seindah tempat kita tapi sausananya  sentiasa meriah dan tersusun. Di Turki dan Australia terutamanya kita boleh terpegun dengan susunatur dan kekemasan yang ditunjolkan.  Korea, China dan Thailand keadaan mereka juga sudah semakin  kehadapan. Walaupun perit untuk mengakui tempat- tempat awam kita lebih kurang seperti di Indonesia dan Kemboja saja.. Kawasan tumpuan ternama rasanya kita juga ketinggalan berbanding Indonesia. . Di negara-negara arab kita maklumlah sebab keindahan semulajadi mereka kurang..

Jomlah kita berubah..Kita mampu mengubahnya.


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK