click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 23, 2021

Tragedi Janda Baik...

Sabtu 18 Disember 2021 akan menjadi ingatan dalam lipatan sejarah.

Berkumpul bersama ahli keluarga seramai 40 orang di Janda Baik Pahang. 



Cuma teralpa bulan Disember adalah musim hujan terutamanya di negeri pantai timur. Tapi hujan harini sungguh luar biasa. Bermula dari pagi hujan tidak berhenti.

Adat berkumpul beramai-ramai acara bbq dah tentu tak tinggal.

Chalet yang di jadikan venue betul -betul berada di tebing sungai. Jika hari biasa tempat sebegini menjadi lokasi pilihan kerana air sungai jernih mengalir tenang, boleh mandi sungai, air hanya separas betis. Namun hari  itu air keruh, hujan di hulu membawa lumpur bersama.

Semakin lama air semakin naik, sehingga memenuhi laman bbq sedangkan kawasan perkelahan kami berada di tanah tinggi. Menurut pengusaha chalet tak pernah berlaku kejadian sebegini.

Melihat terjahan air, sungguh menggerunkan.


Keputusan diambil berpindah ke bangunan lain di tempat lebih tinggi dan jauh dari tebing sungai.

Hujan sesekali berhenti diikuti dengan hujan  lebat. Begitulah kitaran sepanjang malam.

Awal pagi meninjau persekitaran. Air di sungai sudah surut. Mendapat perkhabaran chalet-chalet ditanah lebih rendah banyak yang teruk dibadai air  sehingga paras bumbung. Yang tak mampu bertahan terus rebah bersama arus deras. Kenderaan ditenggelami dan ada yang dihanyutkan air. Giler penangan air. Bagaikan tsunami

Setelah keadaan tenang, meninjau keadaan sepanjang laluan Janda Baik. 

Banyak tempat pokok tumbang dan cerun runtuh



Akses Janda Baik Genting Sempah terputus sepenuhnya kerana tanah runtuh. Trafik terpaksa dihalakan ke Kg Baru Bukit Tinggi Bentong.




Antara sisa kenderaan yang ditemui.


Baru faham kenapa batu sungai berbentuk bulat, bukan saja hakisan air tetapi hakisan sesama sendiri. Ngeri mendengar batu berlaga sesama sendiri semasa dihanyutkan air deras. Apabila air mulai tenang maka berkumpullah batu- batu di satu kawasan sehingga mewujudkan jeram yang indah..begitulah proses alam membentuk diri. 

Tragedi 18 Disember ini rupanya bukan saja terjadi di Janda Baik bahkan di banyak tempat lain juga.. di Lembah Klang, hujan kawasan bukit di hulu membawa air deras ke lembah, bertebung pula dengan fenomena laut pasang besar sehingga menenggelami banyak kawasan penempatan. Pastinya banyak kemusnahan hartabenda dan jiwa. 

Sehingga post ini ditulis seramai 41 orang telah menjadi korban bencana banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang , ramai lagi yang masih belum ditemui.


Saturday, December 18, 2021

Gunung Senyum Kuala Krau,Temerloh Pahang...


Siri meronda Jengka diteruskan.

Sekiranya memandu dari Bandar Temerloh ke Maran dan ingin mencari tempat- tempat menarik, akan jumpalah papantanda Gunung Senyum berwarna coklat di pinggiran jalan. Selain itu, hampir pasti tidak akan sedar papantanda kerana terlalu kecil untuk menarik perhatian orang ramai. 

Percubaan kali kedua, itupun menggunakan bantuan google map baru dapat sampai ke lokasi. 

Percubaan pertama sekadar menggunakan papan tanda jalanan gagal tiba ke destinasi. 

Memandu di jalan utama Bandar Pusat Jengka-Tol Chenor mengikuti papan tanda, memasuki banyak simpang dan melewati gugusan- gugusan Jengka 15,16, 20, 21,22 dll tetiba bertemu semula simpang jalan utama Tol Chenor-Bandar Pusat Jengka, jauh memandu  namun penunjuk arah Gunung Senyum entah mana tak dijumpai dalam perjalanan. Ketika itu telah terlewat menggunakan bantuan google map.


Percubaan kedua dihari lain menggunakan bantuan google map baru perasan papan tanda ini. Dulu terlepas simpang ini.

Kecil dan pudar tiada siapa yang akan perasan simpang ke destinasi Gunung Senyum.

Sunyi sepi jalan sesudah papan tanda mini tadi. Ini merupakan jalan pintas jika ke Gunung Senyum dari Jengka yang melalui jalan-jalan ladang felda

Jalan utama Kuala Krau-Temerloh.

Semasa balik penulis menggunakan jalan ini. Keadaan jalan dan trafik lebih meriah. Penempatan kampung-kampung banyak di kiri-kanan jalan.

Tiba di Gunung Senyum hati bergetar melihat gua mega yang tersergam didepan mata. Lawatan kali ini hanya melihat dari kejauhan, seram untuk berada dekat dengan muka gua kerana tiada kelihatan kelibat orang dipersekitaran. 
 

Kunjungan pada hari biasa sangat sepi, pondok pengawal pun kosong, hanya gate yang sedikit terbuka sekadar cukup untuk kenderan lalu.
 

Hutan Lipur diuruskan oleh Jabatan Hutan. Kemudahan asas serba lengkap, chalet-chalet, surau dan kawasan perkhemahan pun ada., Persekitaran kemas dan terurus.



Kehadiran pengunjung dihujung minggu tak pasti, namun melihat suasana hari biasa  yang suram rasanya hujung minggu pun tak ramai orang.

Harapnya keadaan di Kota Gelanggi tidak berlaku disini apabila kemudahan asas yang disediakan tak terjaga. Tiada agensi yang sanggup bertahan mengeluarkan belanja, jika pengalran masuk tidak setimpal dengan pengaliran duit keluar. 

Ini yang jadi masalah, pembangunan tempat-tempat menarik seolah tiada kesinambungan bajet penyelenggaraan dan promosi. Apabila tiada promosi tiada siapa yang sedar dan berkeinginan untuk datang.

 

Friday, December 17, 2021

Taman Awam Bandar Jengka Pusat, Pahang...


Sebagaimana penulis sering katakan, jika berpeluang berkerjaya diluar kota besar jangan teragak-agak untuk sambar, banyak kelebihannya.

Tak perlu gaduh pasal keperluan asas kerana boleh didapati dimana-mana.

Jengka Pahang merupakan salah satu kawasan Felda, berpuluh penempatan Felda terdapat disitu. Angkat topi kepada perancang penempatan baru ini di seluruh negara. Berpeluang merayau di gugusan Felda-Felda di Jengka, sangat besar jasa pemimpin terdahulu.

Kalaulah pokok sawit ini rendang sebagaimana pokok gandum, jagung, padi, kentang dll.. tanpa perlu melihat dari udara, nescaya akan sayup melihat kehijauan ladang.

Jengka Pusat adalah nadi ekonomi Jengka.


Tindakan tepat kerajaan menempatkan pusat pengajian awam di kawasan jauh dari kota besar. Pembinaan ini menjadi nukleus ekonomi setempat. Uitm Jengka antara penyebab Jengka pesat membangun.




Institusi perbankan yang banyak mengesahkan kegiatan ekonomi yang aktif disini.


Stadium yang menjadi venue Felda United juga terdapat disini. Apa jadi dengan Felda United kini, tak pasti...

Sebesar-besar Pasarraya Mydin juga ada disini.

Taman awam yang wajib disertakan dalam perancangan bandar.


Melihat kepada tinggalan-tinggalan struktur lama yang uzur, taman awam ini telah lama wujud, kini dalam proses menaik taraf.
Siap sepenuhnya nanti akan menjadi tempat rekreasi warga awam.
Wah pokok durian pun ada.

Salah satu jambatan gantung yang dulunya terdapat disini. Sebagaimana jambatan gantung ditempat lain, gah hanya mula-mula dibuka, terbiar setelah meniti usia
Trek beriadah  panjang mengelilingi tasik takungan menjanjikan kepuasan berjogging

Usaha mencantikkan tempat akan menjadi sia-sia jika orang ramai tak reti menghargai usaha itu. Goblok betul si pelaku tanpa rasa bersalah mencampakkan sampah merata sebegini. 

Berhabislah banyak manapun untuk kelihatan cantik, jika tidak didokong oleh orang awam, ibarat mencurahkan air jernih sebaldi ke dalam kolam kumbahan yang hitam pekat. Semuanya sia-sia belaka..

Jom lah kita berubah.





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK