Berkumpul bersama ahli keluarga seramai 40 orang di Janda Baik Pahang.
Cuma teralpa bulan Disember adalah musim hujan terutamanya di negeri pantai timur. Tapi hujan harini sungguh luar biasa. Bermula dari pagi hujan tidak berhenti.
Adat berkumpul beramai-ramai acara bbq dah tentu tak tinggal.
Chalet yang di jadikan venue betul -betul berada di tebing sungai. Jika hari biasa tempat sebegini menjadi lokasi pilihan kerana air sungai jernih mengalir tenang, boleh mandi sungai, air hanya separas betis. Namun hari itu air keruh, hujan di hulu membawa lumpur bersama.
Semakin lama air semakin naik, sehingga memenuhi laman bbq sedangkan kawasan perkelahan kami berada di tanah tinggi. Menurut pengusaha chalet tak pernah berlaku kejadian sebegini.
Melihat terjahan air, sungguh menggerunkan.
Keputusan diambil berpindah ke bangunan lain di tempat lebih tinggi dan jauh dari tebing sungai.
Awal pagi meninjau persekitaran. Air di sungai sudah surut. Mendapat perkhabaran chalet-chalet ditanah lebih rendah banyak yang teruk dibadai air sehingga paras bumbung. Yang tak mampu bertahan terus rebah bersama arus deras. Kenderaan ditenggelami dan ada yang dihanyutkan air. Giler penangan air. Bagaikan tsunami
Setelah keadaan tenang, meninjau keadaan sepanjang laluan Janda Baik.
Banyak tempat pokok tumbang dan cerun runtuh
Akses Janda Baik Genting Sempah terputus sepenuhnya kerana tanah runtuh. Trafik terpaksa dihalakan ke Kg Baru Bukit Tinggi Bentong.
Antara sisa kenderaan yang ditemui.
Baru faham kenapa batu sungai berbentuk bulat, bukan saja hakisan air tetapi hakisan sesama sendiri. Ngeri mendengar batu berlaga sesama sendiri semasa dihanyutkan air deras. Apabila air mulai tenang maka berkumpullah batu- batu di satu kawasan sehingga mewujudkan jeram yang indah..begitulah proses alam membentuk diri.
Tragedi 18 Disember ini rupanya bukan saja terjadi di Janda Baik bahkan di banyak tempat lain juga.. di Lembah Klang, hujan kawasan bukit di hulu membawa air deras ke lembah, bertebung pula dengan fenomena laut pasang besar sehingga menenggelami banyak kawasan penempatan. Pastinya banyak kemusnahan hartabenda dan jiwa.
Sehingga post ini ditulis seramai 41 orang telah menjadi korban bencana banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang , ramai lagi yang masih belum ditemui.
Alhamdulillah
ReplyDeletesemuanya selamat daripada musibah banjir