29hb November 2014 Sabtu. Hotel De Palma Inn Kuala Selangor...
Tak pasti jumlah sebenar kehadiran peserta, tapi boleh tahan ramai.. Peserta seminar yang dijemput oleh pihak PNB cawangan Kuala Selangor berdasarkan cabutan rawak sistem komputer. Majoriti peserta adalah bumiputra sekitar 97 peratus. Peserta yang dijemput datang dari kawasan pemantauan cawangan yang menjangkau sehingga Kuala Kubu Bahru. Aku dari Rawang menjadi antara peserta yang terjauh hadir.. Hadir secara ad hoc, membuat pendaftaran hanya sebelum seminar dimulakan, sedangkan mengikut kad jemputan peserta perlu memberi jawapan sebelum tarikh seminar..Aku tak pasti dapat hadir kerana tarikh seminar bertembung dengan perkara lain yang tidak kurang pentingnya.. Dapat membuat keputusan disaat akhir setelah berjaya mengatasi halangan. Seminar yang berbaloi dihadiri..
Pengisian seminar lebih kepada pendedahan bagaimana untuk menambah nilai pelaburan juga bagaimana mengurus pelaburan ditakdirkan berlaku kematian ke atas pelabur...
Unit -unit saham yang diuruskan oleh PNB kini mencecah 190 Bilion. Sebahagian besar pelabor dimaklumkan memilih saham amanah yang memiliki NAB ( Nilai Aset Bersih) tetap seperti ASB, ASIM, ASW dsb yang ditetapkan pada kadar RM1 seunit. Peserta turut didedahkan dengan pelaburan berdasarkan NAB berubah-ubah sebagaimana pasaran saham menurut sentimen pasaran semasa tapi dalam persekitaran yang lebih selamat seperti ASN2 dsb yang dikhabarkan mampu memberi pulangan lebih lumayan berbanding NAB tetap..Dalam pelaburan NAB berubah-ubah ini pelabur berpeluang mendapat keuntungan dari dividen juga peningkatan NAB. Namun perlu ingat sebagaimana saham jika ada peningkatan NAB pasti ada penyusutan NAB . Kelebihan lain NAB berubah ubah adalah dividen dikira berdasarkan baki terkini semasa penutupan urus niaga, berbanding dividen NAB tetap yang dikira berdasarkan purata baki bulanan...Pelabor bijak sering mengambil kira faktor ini semasa membuat transaksi tambahan atau pengurangan pelaburan...
Aku punya pendapat sendiri berhubung perkara ini terutamanya berkaitan peningkatan/penyusutan NAB...Benarlah ungkapan.., lebih tinggi risiko lebih peluang cerah untuk untung dan jangan juga lupa lebih cerah untuk rugi atau kurang untung.. Untuk pelabor awam macam aku yang memiliki sedikit pengetahuan pasaran saham pilih saja NAB yang tetap . Pulangan ASB dalam bentuk dividen dan bonus pun boleh tahan lebih tinggi dari simpanan biasa. Pelabor boleh saja berpeluk tubuh dan hujung tahun mengharapkan pulangan yang boleh tahan lumayan. Namun jika mempunyai dana tambahan dan inginkan pulangan lebih bolehlah mencuba dengan NAB yang berubah ubah tapi dalam kes ini pelabor tidak boleh menyerah bulat bulat tugasan memantau kepada agen..perlu turut aktif memantau....
Untuk memahami maksud pelabor perlu turut aktif .., Contoh kiraan ini mungkin boleh membantu...
NAB Tetap RM1
Katalah Nilai Pelaburan 1000 utk 3 tahun.
Untuk memudahkan kiraan, dividen dan bonus tahunan adalah 10 peratus
Tahun pertama
dividen + Bonus 100
Jumlah pelaburan kini 1100
Tahun kedua
dividen + Bonus 110
jumlah pelaburan kini RM 1210
Tahun ketiga
dividen + Bonus 121
jumlah pelaburan kini RM1330
Sekarang kita tengok jika melabor berdasarkan NAB berubah ubah...
Permulaan nilai pelaburan yang sama 1 ribu unit dengan NAB awal katakan RM 1
Katakan Tahun pertama terdapat peningkatan NAB RM 1.10 semasa penutup urusniaga
Nilai semasa pelaburan 1000 x 1.1= RM1100.
Keuntungan dari dividen.
Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga = RM 110
Jumlah pelaburan kini RM1220
Tahun kedua NAB melonjak lagi ke 1.3
Nilai semasa pelaburan 1220 x 1.3= RM1586.
Keuntungan dari dividen.
Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga = RM 158.6
Jumlah pelaburan kini RM1586 + 158.6= RM1744.6..!
Tahun ketiga katakan NAB merudum 0.6seunit
Nilai semasa pelaburan 1744.6 x 0.6 = RM1046.8
Keuntungan dari dividen.
Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga = RM 104.7
Jumlah pelaburan kini RM1046.8 + 104.7 =RM1151.46
Purata keuntungan/ kerugian untuk 3 tahun
NAB tetap (330/1000 x 100)/3 = 11 peratus setahun
NAB berubah-ubah (151.5/1000 x 100)/ 3 tahun= 5.05 peratus setahun.
Hah cuba tengok dua senario pelaboran di atas..ternyata NAB tetap walaupun peningkatan sedikit tapi selamat berbanding yang kedua perolehan memang tinggi.. namun jika dibiarkan tanpa pemantauan tiada jaminan memberikan pulangan lebih lumayan......walaupun dalam tahun 2 yang awal terdapat lonjakan besar keuntungan untuk NAB berubah-ubah tapi keuntungan ini dimakan semula oleh penyusutan NAB di tahun ke 3...Ermm inilah peranan pengurus dana supaya pelaburan tidak terjebak dengan kerugian dengan dibantu oleh pemantauan pelabor sendiri...
Penulisan ini adalah berdasarkan pemahaman aku..mungkin berbeza atau salah dilihat dari kacamata mereka yang pakar...
Ikuti sambungan di entri akan datang...