click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 29, 2021

JJCM Pasca PKPB...



Bila rentas daerah dibenarkan, ramai yang mengambil kesempatan jalan- jalan cari makan. Tempat-tempat makan favorit selalunya dipenuhi pengunjung.

Dibantu dengan wujudnya media sosial, mudah saja viral. Pantang makanan unik sikit, akan berpusu-pusu pengunjung datang.

Minggu pertama rentas daerah dibenarkan, selepas berkunjung ke Selangor Fruit Valley, kami JJCM Kuala Selangor. Fuh jika tempat makan tersenarai diinternet dengan review positif, bersedialah beratur panjang sebelum dapat menikmati hidangan. Nasi Ambeng nampaknya semakin mendapat tempat dikalangan orangramai. Tak sanggup menunggu, kami beredar ke tempat lain.

Terpandang papan tanda ini terus saja menyinggah. Warong makan Itik Salai Mastar memang tak sangka ada cawangan di Kuala Selangor. Selalu pergi yang di cawangan Bangi, yang disini jika hujung minggu selalunya sesak dengan orangramai.

Carian di internet cawangan Kuala Selangor tidak tersenarai lagi, itu sebab pengunjung belum begitu ramai, sedang eloklah. Warong dibuka bermula 11 padi dan tutup pukul 3 petang.

Ibarat burung baru bebas dari sangkar, JJCM diteruskan minggu berikutnya.

 Menyedari hujung minggu warong makan ini akan sesak, kami berkunjung ke sana Isnin. Warong Selera Rimba memang destinasi pilihan dikalangan pemburu makanan. Warong makan ini menjadi destinasi pilihan Mat-mat motor dan pelbagai kelab lain.


Uniknya pelbagai menu eksotik resepi jawa dan banjar seperti landak, rusa, baung, sembilang, puyu, ayam kampung udang galah dll dapat memenuhi citarasa tekak pengunjung. Walaupun harga sedikit premium, pengunjung tetap sanggup berulang kali datang, biarpun lokasi agak terpencil.

Huh tak sabar mau merentas negeri...


Sunday, September 26, 2021

Baju Kalis Sengatan Tabuan...

Apa yang tak ada dikedai online.. hampir semua keperluan ada. Apabila diserang tebuan lagi dilokasi berbeza, segera mencari pakaian kalis sengatan dikedai online. Banyak pilihan rupanya, tapi berdasarkan komen- komen pembeli terdahulu kebanyakan pakaian harga mampu milik adalah nipis. 

Melupakan hasrat membeli online, beralih arah dikedai bundle. Hanya topeng muka dibeli online

Dikedai bundle boleh memilih ketebalan kain yang diingini. Coverall tiada, jaket dan seluar jean jadi pilihan. Memang tebal.



Misi melupus sarang tebuan. Tak cukup seluar jean dan jaket, dibahagian dalam berpakaian lagi.  Dengan berpakaian tebal beranilah menghampiri sarang.




Maka tamatlah riwayat tebuan yang dikenalpasti. Dua lokasi sarang telah dihapuskan.

Tak pasti samada  ada lagi sarang atau tak. Harapnya tak ketemulah...

Sunday, September 19, 2021

Selangor Fruit Valley

Selangor telah beralih ke Fasa 2 pelan pemulihan covid19, rentas daerah telah dibenarkan, orangramai  mengambil kesempatan  berpusu-pusu mengambil angin luar setelah sekian lama terkurung.

Pusat rekreasi penuh, pusat perkelahan penuh tempat makan- makan pun penuh...Geng kereta, motorsikal basikal dll memenuhi jalanraya di segenap arah. Orangramai seolah meraikan semaunya.. menikmati semula kebebasan yang telah ditarik balik sebelum ini.


KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor

Walaupun seringkali melewati kawasan SFV, tiada keterujaan untuk singgah, tiada promosi untuk menggamit pengunjung datang. Masa mula- mula dibuka beberapa tahun  dahulu terdapat juga  deretan kiosk kiosk menjual buahan dipinggiran jalan pintu masuk ladang. Kini hanya terdapat sebuah gerai jualan.

Pemandangan dari luar  keadaan pokok -pokok buah juga  tidak begitu gah, seolah tidak begitu terbela, rupanya di dalam ladang keadaan  lebih terurus.

Harini tergerak hati berkunjung ke sana. Ingin meninjau  kot ada yang boleh ditiru dikebun nanti.




Tak pasti pula berapa lama aktiviti lawatan ke ladang telah  dianjurkan. 

 Kemasukan dewasa Rm 15 manakala kanak kanak Rm8. Untuk pemanis tekak pengunjung disajikan dengan buahan potong percuma. 


Pelbagai pokok herba, buahan bermusim, tidak bermusim dan sayuran terdapat di sini. Kebun pokok anggur  pun ada, namun pada skala kecil,  sebagai daya penarik  kepada pengunjung saja 

Jika datang dimusim buahan  pengunjung boleh memetik sendiri buah- buahan. 

Ketika ini hanya tinggal buah- buahan yang tidak bermusim.


Pengunjung dibawa menelusuri laluan ladang menggunakan tram. 

Rumah kampung destinasi wajib pengunjung mengembalikan nostalgia pengunjung dewasa kota, manakala untuk anak-anak kecil bandar, ini merupakan pengalaman melihat sendiri keunikan rumah kampung.

Reban ayam dan kambing dibelakang rumah.


Manakala lebah diternak didalam kebun kelapa.


Pelbagai buah potong dan air kelapa dijual kepada pengunjung .





Terdapat tempat-tempat  lawatan berupa Taman Rusa, Arnab, Ayam Itik Angsa maupun lembu..

Anak kecil tentunya seronok menikmati suasana baru didalam ladang.

Huh tak sabar menanti sempadan negeri dan negara dibuka semula..

Friday, September 17, 2021

Doa Menghindari Sengatan Binatang Berbisa...

Diam tak diam sudah hampir 25 jenis pokok ditanam di kebun. Satu jalur 30'x 300' sudah hampir siap ditanam sepenuhnya, sebahagian jalur ke 2 juga sudah ditanam. Setiap kali kunjungan membawa 3-5 pokok.

Buat sementara ini baki 4 jalur tidak akan di bersihkan sehingga tanaman di 2 jalur mulai serasi dengan habitat baru.



Semangat membersih sedikit kendur jadi buat sementara waktu akan menghadkan aktiviti menebas dan menebang pokok.

Selepas ini akan membuat laluan motor sehingga ke puncak, membina pondok kebun dan membakar pokok- pokok kering hasil tebasan terdahulu.


Motor kebun masih belum lengkap tapi sudah dibawa ke kebun. Ingin menguji sejauh mana bukit boleh didaki. Fork depan yang ditempah secara atas talian sudah di pos tapi belum diterima.

Ternyata hanya 3/4 jarak laluan boleh dilalui menggunakan motor, 1/4 laluan menuju ke kebun perlu dicari lagi melalui pinggiran kurang curam. Sementara itu untuk menuju kebun terpaksalah menapak.

Serang hendap binatang berbisa juga menyebabkan semangat sedikit luntur. Sedang asyik menebas, terlibas sarang tebuan tanah. Walaupun baju berlengan panjang dan berseluar tebal, tembus juga sengatan tebuan. Mujur sempat melarikan diri.

Paling teruk berbisa dan membengkak di lutut, lengan, perut dan dada., atas nasihat rakan- rakan doktor, segera mendapatkan suntikan di klinik..


Disamping itu mencari doa di internet, rupanya ada doa menghindari gigitan binatang berbisa. Bolehlah diamalkan ketika berkebun nanti...

Cuti 3,4 hari harap harap semangat datang kembali ...

Friday, September 10, 2021

Mengesan Sumber Mataair Bawah Tanah...

Ketika ini musim basah, keperluan air untuk tanaman tidak begitu kritikal
Pokok-pokok yang ditanam kelihatannya bermaya.

Untuk masa hadapan keperluan air tetap perlu disediakan, jika ingin melihat pokok yang ditanam sihat dan subur.

Teruja melihat perkongsian di UTube cara-cara mengesan air bawah tanah, maka penulis pun mencuba.

Tak sangka juga kaedah ini telah lama dipraktikkan, jika tidak masa kan alat pengesan ini boleh dibeli di atas talian. Alat boleh dibuat sendiri, tapi paling mudah membelinya saja, selain kemas, harga pun tak mahal dibawah RM50 sudah boleh dimiliki.

Pengesan berfungsi mengesan air yang mengalir saja. Dah cuba, walaupun semacam kartun, tapi apa yang diceritakan macam betul. Cuma setelah dikorek nanti baru tahu kebenarannya.


Apabila antena mengesan air mengalir dibawah tanah, tiap antena akan bersilang, jika diteruskan perjalanan antena akan terbuka dan akan berpaling ketempat dimana iayanya bersilang tadi seolah menunjuk tempat wujudnya air bawah tanah.

Menurut testimonial orang yang berkongsi, keberkesanan adalah lebih 90 peratus. Bahkan ada yang berani membuktikan dengan mengorek menggunakan mesin boring, ternyata apa yang diceritakan adalah betul. WallahuA'lam

Tak salah mencuba, lagipun alat adalah murah, setidaknya jika benar dakwaan itu, kita tidak tercari-cari lokasi jika ingin mengorek tubewell, cuba dulu tempat yang didakwa bermataair.

Sementara prasarana air disediakan, uji dulu alat penyiram automatik. Hehe, kaedah paling sempoi. Tong air ditebuk dan dipasangkan skru didasar tong, air akan menitis berterusan sehinggalah tong kosong.

Ini antara kaedah pengairan yang sedang dipertimbangkan untuk mengairi kebun. Saiz tong dan kelajuan tetesan sesuai akan diuji.




Mungkin tangki poli 200-300 gallon terbuka dibeberapa lokasi cukup berkongsi untuk beberapa pokok.
Untuk lebih jimat cari tangki terpakai. Dengan meletak salur zink macam kebun dulu- dulu, tangki mudah mengumpul semula air hujan.

Beberapa tangki akan disediakan dilokasi strategik, berdasarkan jumlah pokok yang akan di airi. Tiap satunya akan dihubungkan dengan paip untuk menyokong antara satu sama lain.

Kelebihan kebun ditanah tinggi air boleh dialirkan secara graviti.

Selain itu, beberapa tangki utama 600-1000gallon untuk menadah air hujan boleh disediakan dipuncak tertinggi, rumah kebun.

Paip overflow akan disambungkan ke lain-lain tangki sokongan secara graviti.

Untuk kebun tak luas, rasanya boleh dicuba kaedah ini sehingga ditemui penyelesaian bekalan air kebun.

Kos mungkin tinggi tapi boleh diusahakan sedikit demi sedikit, kebun bukan ditanam sekaligus. Sikit-sikit lama lam jadi bukit

Semangat menganyam daun bertam dijadikan atap. Banyak pokok bertam di kebun. Rasanya macam tak cukup sabar, nanti boleh saja susun daun bertam dijadikan atap pondok sementara. Lantai pun dah tengok perkongsian di utube, buat dari buluh yang diracik kemudian dibelah, sebatang boleh dapat dalam sekaki lebar. Rangka lain banyak pokok kayu dikebun.

Rumah kebun sempurna hanya dibina setelah akses dibuat sehingga kenderaan biasa boleh sampai ke puncak..sementara ini bergubuk sajalah...

Nak main kebun ni tak perlu terburu- buru.
Kuncinya adalah sabar tapi istiqamah...

Yeahh jom berkebun...

Saturday, September 4, 2021

Antara ATV dan Traktor Mini...


Semangat berkebun terus membara. Untuk mendapatkan inspirasi berkebun, mana-mana grup berkebun FB disertai, walaupun sekadar menjadi pembaca. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dari perkongsian peserta.

Untuk mengekalkan momentum semangat, penulis dah berkeputusan, cukup sekadar mengusahakn kebun 3-4 jam sehari dan dalam seminggu cukup 2-3 kali kunjungan. Tak mau rajin hanya di peringkat awal atau hangat-hangat taik ayam. Dengan keluasan kebun 1.2 ekar ini sudah memadai. Yang penting istiqamah.

Sementara belum mendapat keselesaan berkebun sorang diri, sahabat ataupun jiran setaman yang mempunyai minat sama dipelawa untuk menemani ke kebun.


Kebun tak jauh dari rumah sekitar 30-45 minit perjalanan. Bertolak awal sebelum jam 9 sudah boleh memulakan tugas.

Setelah mengenalpasti batu sempadan dan setiap sempadan dirintis, kerja pembersihan dimulakan.

Pembersihan menggunakan parang lebih mudah kerana kebun dibahagian yang terdedah dengan sinar matahari dipenuhi pokok-pokok liar menjalar selain pokok kecil yang lain

Setelah lapang nanti penggunaan mesin rumput akan menjadi sangat mudah dan cepat.


3 hari membersih dapat lebih kurang keluasan 30'x120'. Kira ok lah untuk pekebun novis. Jika momentum ini berterusan tak sampai beberapa bulan, akan lapang satu kebun. Ketika itu telah mulai selesa bersendirian.

Pembersihan hanya dibuat ditempat yang ingin ditanam saja supaya semak- semak tidak mengambil alih kawasan yang telah dibersihkan


Huh hilang penat membersihkan kebun apabila disajikan pemandangan indah tanah tunggi.




Tapak yang telah dibersihkan segera ditanam dengan pokok-pokok buahan atau pun herba. Setelah ditanam selalunya kita akan memberi perhatian kepada pokok-pokok yang ditanam seterusnya
turut akan membersih persekitaran dari semak .


Menghargai kesudian mereka menemani, pokok pokok yang ditanam diabadikan nama penanam.

Kancil hanya mampu mendaki sekerat jalan, sedikit curam atau licin tayar berpusing-pusing..


Untuk kekal bersemangat berkebun, riadah offroad akan dimasukkan sekali dalam aktiviti itu. Kancil nampaknya sedang ditimbang-timbang untuk dijadikan kenderaan kebun, sesuai dengan fizikalnya yang ringan.

Cubcross juga sedang dalam pembikinan.

Ehsan ATV rakan kebun.

Jika ada modal atv juga boleh dibeli. Umpan yang boleh diberi kepada anak anak untuk minat datang ke kebun.


Namun sesudah ditimbang- timbang antara atv dan traktor mini, hati lebih terpaut untuk membeli traktor mini recond, harga tak jauh beza tapi terbukti lasak. Dud.. dud.. dud.. bergerak mcm siput tapi mantap..

Yeahh jom...jom berkebun ...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK