Bersama Pemandu pelancong Pn Maznah dari CS Holidays-kanan. Bila sejuk semua makin mengembang..ha ha..
Berlatarbelakangkan Bandaraya Seoul dari puncak bukit di Seoul Tower. Tak dapat ambil gambar banyak sebab sejuuk..berkejar nak duduk dalam bas..ha ha..
Kalau korang perasan kebanyakkan negara mesti ada tower macam ni...Kat kedah Malaysia pun ada kann..?
Antara deretan kedai muslim di Ittewon St. Kawasan di sini terdapat banyak kedai muslim yang diusahakan oleh imigran Indian subcontinent...Kena berterima kasih kepada orang islam dari India,Pakistan, Bangladesh...Dimana-mana negara mesti ada mereka...Europe, Afrika, Tanah Arab dll..di Malaysia...he.he jangan cerita la...Yang dah sambar awek Malaysia pun ramai..
Satu-satunya masjid di Seoul...dan yang pasti akan berkembang. Ramai jamaah berkumpul didalam masjid, disamping pelawat asing dan penduduk tempatan...
Disinilah kami makan 2000 won secara buffet., lebihkurang 60 ringgit le...tapi makanan dia kena dengan selera aku...Kari kambing dia pergh....
Satu-satunya masjid di Seoul...dan yang pasti akan berkembang. Ramai jamaah berkumpul didalam masjid, disamping pelawat asing dan penduduk tempatan...
Disinilah kami makan 2000 won secara buffet., lebihkurang 60 ringgit le...tapi makanan dia kena dengan selera aku...Kari kambing dia pergh....
22hb Dec Selepas makan tengahari di Foreign Restoran...
Kami di bawa ke hotel penginapan M hotel, berdasarkan brosur caj semalaman adalah 150000 Won, mahal..lebih kurang 450 duit Malaysia., kalau di Malaysia aku ingat lebih-lebih pun RM 250 tapi bilik dibekalkan dengan komputer dan internet. Check in dan berehat sambil layan internet, mula-mula tu merangkak-rangkak sebab bahasa guna bahasa korea, nak dapatkan yang english punya hantam jelah..dah tu tak dapat mengadap lama-lama sebab masing masing anak beranak berebut nak guna komputer.. nak tidor pun tak sempat..
Keluar semula pukul lima untuk ke Seoul Tower. Macam KL Tower jugak. Musim sejuk 5.30 dah gelap dan sangat sejuk. Kedudukan tower diatas puncak bukit jadi dapat melihat Bandaraya Seoul diwaktu malam dengan jelas...dalam sejam lebih lawatan sebelum menenuju ke Restoran Maharaja, makanan Pakistan., restoran pun penuh dengan pengunjung Malaysia.. laa ramai rupanya orang Malaysia melancong keluar negara..barangkali akan jumpa ramai lagi sebab ramai yang batalkan trip kerana ketegangan Korea Selatan dan Korea Utara..makanan tak sesedap di Foreign Restoran, tapi bila sejuk ni perut rasa lapar memanjang...
Sebelum naik bas singgah lagi beli kebab dekat kiosk Arab Mesir.. lapar beb..dia cakap dah lima tahun duduk di Seoul sebab kahwin dengan awek korea..Memang sepanjang jalan ni banyak restoran arab, tapi yang tak syok walau pun ada tulisan halal tapi diorang jual minuman berakohol jugak..Restoran yang kami kunjungi hanya 1 daripada 3 yang tak jual arak ...
Balik hotel anak beranak aku lain layan internet lagi laa tapi aku terus membuta, mengalah kat diorang he.he..
Esok pagi kami nak ke Nami Island...Petang...Vivaldi Ski resort...