click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 30, 2012

Lupakanlah sengketa...

Makan tidor, pergi dapor..makan lagi..he.he..masuk hari ke 3 di Brunei ni itu saja aktiviti yang dibuat sementara menanti majlis perkahwinan anak saudara sebelah bini aku Jumaat 31 Mei 2012.  Aku pun tak tau apasal lah sampai berhari-hari perlu ada disini. Nak meronda, aku rasa dah hampir segenap bandar dan pekan telah aku terjah, timur barat utara selatan...tak sampai sehari habis dijelajah. lagipun dah banyak kali aku ke sini jadi keterujaan untuk menjelajah tak sama sebagaimana pertama kali menjejakkan kaki dulu. Melayari internetlah wei...

 Apa yang aku nak tulis ini mungkin anda tak setuju dengan aku..tak mengapalah..Aku terpanggil menulis isu ini bila post politik banyak menyinggah dalam fb aku...sedangkan jari jemari ada panjang pendek, tapi  itulah kepelbagaian untuk diterima seadanya.Cuma aku tidak menyangka perbezaan pandangan terbawa-bawa sehingga bermusuhan. Dalam beberapa waktu ini banyak artikel berkenaan Dato Jamal Yunos diperkatakan di fb. Artikel penuh kebencian mengenainya sehingga meminta orangramai memboikot perniagaan beliau. Kalau si Samy atau Acong yang melancarkan kempen aku tak heran., ini rakan sebangsa seagama turut menjadi talibarut menyokong gesaan itu..Semua ini bertitik tolak bila beliau mengetuai peniaga kecil berdemo di hadapan rumah Ambiga gara-gara tak puas hati demo Bersih 1,2 dan 3.

Aku tak mengerti kenapa gambar beliau berdiri ditepi ferrari menjadi isu. Pada aku bukan setakat kereta mewah hatta jet peribadi pun apa salahnya sekiranya memang benar dia mampu..motif yang tersirat adalah   membangkitkan kebencian orangramai  mengaitkannya dengan kronisma. Puak-puak ini cuba menidakkan kebolehan beliau membina empayar perniagaan..berjaya hanya dengan kronisma.. Balik-balik kronisma dibangkitkan. Seolah-olah orang kaya lain bebas dari kronisma. Kalaupun andaian itu benar, pada aku dia seorang yang hebat, tahu merebut peluang berbanding sesetengah orang lain, walaupun makanan disudu emas tersedia didepan mata namun gagal memanfaat segala peluang yang ada.

Ditakdirkan kempen mereka berjaya., adakah kalian turut berbangga menyaksikan kejatuhannya. Berapa ramai  termasuk profesional-profesional dengan sijil berjela,  yang berani mengorak langkah membina empayar perniagaan. berbanding beliau yang hanya berbekalkan kelulusan SPM ..? sesetengah orang hanya gah bercakap tanpa tindakan. Aku percaya golongan ini turut melalak bila ekuiti bumiputra ditanah air jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Tapi apa yang mereka tahu..hanya tahu mengkritik dan menjatuhkan. Sepatutnya kita menyokong insan-insan seperti ini..lupakanlah sengketa politik demi survival bangsa seagama.

Aku percaya harta peribadi beliau cukup banyak untuk menghadapi sebarang kemungkinan setelah bergelumang dengan perniagaan sejak berumur 18tahun lagi. tapi bagaimana pula dengan ribuan orang termasuk ahli keluarga masing-masing yang bernaung dibawah syarikatnya..adakah anda rela menyaksikan kepayahan yang bakal dihadapi oleh insan-insan ini hasil kempen kalian.

Tak banyak yang aku pinta...fikir-fikirkanlah...

Jom Brunei...

Cuti sekolah dan kerja kahwin seolah tidak boleh dipisahkan. Mujur sekarang tak seperti dulu.. Kerja kahwin tidak lagi tertumpu semata dimusim cuti sekolah lagi. Kini pantang  cuti umum  ramai mengambil kesempatan membuat majlis tersebut hatta cuti hujung minggu. Bagus jugak erk.., paling tidak khidmat katering, sewa peralatan perkahwinan seperti khemah , kerusi meja,  pelamin dsb sentiasa punya kerja sepanjang tahun. Dimasa sama tetamu  tidak lagi kelam kabut membahagikan masa bertandang ke majlis jemputan.

Dan cuti sekolah kali ni  kami tak terlepas menerima jemputan kahwin di seberang...Jom Brunei...!.

Ingat Brunei ingat ambuyat he he..

Monday, May 28, 2012

Biarkan gambar berbicara...

Tarikh : 27 hb Mei 2012
Lokasi : FRIM
A
B
C
D
E
F
G
H

Sunday, May 27, 2012

WWW 1...

WWW 1 - RM520000...! ia menjadi tajuk berita sensasi kerana nilainya jauh dari jangkauan orang kebanyakan. Cuba harga dia RM 52 atau RM520, pasti ramai yang tidak mengendahkan dan media tidak akan melaporkan dimuka hadapan kerana dirasakan tidak memiliki nilai berita. Oleh kerana nilainya jauh dari jangkauan orang kebanyakan maka ia menjadi bahan debat. ada yang kata pembaziran..lebih baik diguna untuk perkara berfaedah  dsb...

Kalau ditanya pendapat aku..? Biar sajalah orang nak membeli. hatta dibida sehingga 1 juta lagi bagus..Paling tidak JPJ dapat juga kumpul duit hasil lelongan nombor kepada orang kemaruk main nombor cantik. Dikhabarkan dekat RM12 juta dapat dikumpul hasil lelongan nombor menarik bermula dengan WWW ini.. Lagipun orang yang membida nombor sehingga sanggup berhabisan ratuan ribu pastinya orang berduit. Aku tak fikir duit mereka setakat sejuta dua..paling tidak ratus juta atau ribu juta..,atau  paling koman  puluhan juta.. Orang seperti ini apalah  sangat dengan nilai ratus-ratus ribu itu. Katalah duit dia ada 100 juta..setakat berbelanja 520 ribu..ermm tak sampai pun 1 percent  dari nilai duit dia...Perbandingan mudah lagi, jika  memiliki RM100 adakah anda fikir membeli gula-gula lolypop berharga 52 sen adalah tersangat berlebih-lebihan...ada masalah..?

Kita lihat ramai  billionir-billionir dunia memiliki yayasan sendiri. Warren Buffet ada yayasan, Bill Gate pun ada, begitulah dengan kebanyakan yang lain..dan kalau di Malaysia ramai hartawan Malaysia turut memiliki yayasan...Barangkali duit yang  dbelanjakan kepada orang ramai melalui yayasan-yayasan mereka jauh lebih banyak dari berbelanja untuk kepuasan diri.. .Patutlah duit mereka semakin bertambah banyak...!.  Siapalah kita untuk mempertikaikan orang -orang seperti ini berbelanja  seperti membeli nombor menarik atau membeli barangan mewah lain sebagai suatu pembaziran...

Sebab itu nilai pembaziran  pada tanggapan ramai  seharusnya diukur dari nilai kekayaan sesorang. Aku tak kata billionir di India membina kediaman lebih USD 30 juta adalah pembaziran..  atau pun hartawan Malaysia yang membina yact bersadur emas juga pembaziran..sebab duit mereka terlalu banyak..!.tapi aku akan katakan  orang kebanyakan seperti kita yang kekadang duit dibank berbaki RM 5.20 tetapi sanggup membeli galaxy tab berharga lebih RM1000 semata-mata untuk melaram adalah kebodohan dan satu pembaziran...

He he dipihak manakah anda...?

Saturday, May 26, 2012

Cuti sekolah datang lagi...!

Cuti sekolah datang lagi...bagi yang mempunyai anak-anak sekolah diasrama, waktu nilah sausana rumah kembali meriah., dapur mula berasap semula..kalau sebelum ni gas setong boleh tahan berbulan-bulan , sekarang adalah waktu terbaik menukar tong gas baru. Tugasan terdahulu mula terpikul semula...menjadi tukang kejut anak-anak diwaktu pagi..Bebudak ni kalau tak dikejut silap-silap sehingga ke tengahhari baru mencelikkan mata. Taktaulah.., aku dulu tinggal di asrama juga, tapi tidor tetap awal, bangun pagi takdalah lewat macam anak-anak sekarang. Kekadang semasa tersedar ditengah malam sausana masih meriah mendengar mereka bergelak ketawa bersembang...itu yang liat untuk bangun suboh...

Waktu cuti sekolah juga waktu yang sangat aku tunggu...bila anak-anak ada dirumah, bini wa takdalah kesunyian ..ha ha..bolehlah wa ambil kesempatan untuk meronda naik motor. Sepatutnya masa anak-anak duduk diasramalah syok meronda naik motor dengan bini..boleh ronda negara orang macam mat-mat salleh buat..untuk jimat duit boleh tidor tepi jalan pasang khemah...yang jadi masalah bini wa gayat naik motor..wa pun gayat bawak orang...hu..hu..

Orang pompuan ni pun satu...bila ditinggal sendirian mulalah membebel selalu kena tinggallah, takda temanlah, sunyilah, bahayalah bla..bla bla..padahal berapa ramai  pompuan bujang, janda-janda yang duduk sendirian...takda apa-apa pun. Ini baru  bukak mulut nak meronda dah mula  cerita yang bukan-bukan...issh leceh betullah...sedikit sebanyak mempengaruhi pogram naik-naik motor bersama rakan-rakan., sedangkan banyak  pogram yang sedang kami aturkan. Projek Menjejaki Susur Galor Melayu...menjadi agenda kami..Salah seorang sahabat sedang menyediakan thesis Phd beliau. mentee kepada seorang rider yang turut berkongsi minat kajian yang sama..Syok bila mendampingi insan-insan hebat. Ride mempunyai matlamat. Kalau penyelidikan terpaksa menelusuri segenap benua...kenapa tidak.? Ada rezeki dan kelapangan, wa follow..

Bila geng motor nak buat Jelajah Borneo pada bulan September akan datang , aku lega..Waktu tu anak aku yang di Mesir cuti panjang dan dirumah..bolehlah temankan mak dia. Bolehlah kena tinggal yea...ha ha..

Jelajah Himalaya..? kami terpaksa menarik diri dahulu kerana koata penganjur Big Bike Shop sebanyak 17 orang telah dipenuhi. Selepas Jelajah Borneo lah baru ke sana.. Lagipun fund penyelidikan belum diluluskan ..namun berdasarkam maklumat terkini...Positif..!

Cuti sekolah...silalah datang lagi...!  ha ha..

Thursday, May 24, 2012

Nostalgia Kembara Segitiga Emas...


Ha ha..ada lagi rupanya teringat xpdc lama. Dulu trip seperti ini mungkin tak sebanyak sekarang...Sesekali mengimbau semula kenangan lama, syok juga...bila aku postkan cerita xpdc ini di forum-forum motorsikal dulu..berderu-deru orang menjengah blog aku...Bertahun entry  peserta-ekspidisi-segitigaemas aku berada dicarta post popular di blog Yok Rempitan ini. Hanya baru ni dipintas oleh entry Kenyir-Felda-Aring-pertama-kali-lalu juga berkaitan expdc motor. Aku pun tak pasti kenapa ramai orang  mencari maklumat pasal Felda Aring dan trafik terbawa ke entry ini.

Terkenang yang lama, menyuntik semangat untuk berxpdc lagi...manalah teman-teman..? menggeletar jari-jemari nak memulas throttle pergi xpdc. Aku teruja untuk ke Seam Reap, Jelajah Borneo  dan Grand Xpdc Himalaya yang sangat dinanti-nanti.

Jomlah layan slide show yang aku ciplak dari entry fb Brader Rosli Kadir, salah sorang peserta xpdc..Ingat Brader Rosli ingat Abang Chik..teringat Kak Pah...ha ha..Nostalgia Kembara Segitiga Emas

Wednesday, May 23, 2012

Hebatnya berbicara...

Korang sekelian dah tengok debat antara Rafizi Ramli dan Khairi Jamaludin..? Ramai kekawan FB yang menyediakan pautan ke video perdebatan tersebut. Secara jujur dari aku memang kedua-duanya hebat. Bagi aku pemidato hebat memiliki bakat semulajadi. Dalam keadaan diasak dengan pelbagai hujah, kedua belah pihak berjaya membalas hujah dengan bersahaja. Bukan senang mengemukakan /mematahkan hujah berserta fakta secara spontan sambil cuba menyakinkan pendengar.

Dalam situasi debat itu aku rasa RR memiliki sedikit kelebihan kerana dia masih berada dipihak dialam fantasi berbanding KJ yang terpaksa berhujah dengan reliti. Maksud aku segala jawapan KJ terpaksa mencerminkan  senario dipihak yang sedang memegang tampuk kuasa . Orang dapat menilai dan segala kelemahan mudah dikenalpasti.., berbanding RR dipihak orang bercita-cita memiliki kuasa.,  bagi RR tiada apa perlu digusarkan semasa menjanjikan fakta bulan dan bintang., samada janji boleh ditunaikan atau tidak  kelak...itu belakang kira

Baguslah sekiranya janji-janji boleh dipenuhi ditakdirkan mereka mendapat tampuk kuasa kelak..Siapa yang taknak pendidikan percuma...tapi yang aku gusar janji-janji manis hanya retorik semata. Secara peribadi aku skeptikal dengan janji-janji manis mereka. Sekadar contoh sebelum dapat kuasa berjanji akan mewujudkan liputan akhbar yang bebas..benarkah begitu...? Buletin selangorkini yang dimiliki kerajaan negeri dan dibiayai dari wang rakyat, diberikan percuma ditempat awam seperti masjid dll hanya menyebelahi PR..Akhbar yang tak sebulu dihalang berada dipremis mereka...jadi?...apakah anda fikir media seperti RTM, TV3, Utusan dll akan dibiarkan dalam keadaan sekarang  semasa mereka mempunyai kuasa kelak?!

PR mendakwa mereka menjuarai permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa. Tapi kenapa dalam kes TeoBeng Hock ( TBH)dan Sarbini yang mengalami masalah hampir serupa, hanya TBH  mendapat tempat dalam agenda mereka, Aku tak nampak pun bilboard pasal Sarbini dimana-mana simpang jalan berbanding TBH. Perkara ini berlaku kerana DAP lebih dominan dalam pakatan tersebut.

Ketelusan..? kroni..? rasuah..?  argh..! korang pun tahu pihak-pihak yang menyalahguna kuasa semasa pengagihan tender  dikhususkan untuk bumiputra yang didedahkan semasa perbicaraan kes TBH...

Jadi macamanalah aku nak percaya dengan janji-janji mereka...

Maafkan aku ok, sekiranya pendapat anda dan aku berbeza...

Ada mata lihat, ada telinga dengar... ada otak fikir...

Monday, May 21, 2012

Bila telefon berdering...

Mungkin anda pun pernah kena, bukan sekali dua bahkan banyak kali...kekadang panggilan datang tak kira waktu...Apa perasaan sekiranya anda sedang solat berjemaah tetiba telefon berdering...kekadang tu berdering yang sangat panjang dan berulang-ulang sehingga mengganggu konsentrasi anda dan orang sekeliling...hu hu..kekadang kita lupa mematikan phone atau sengaja membiarkan phone kerana tidak menjangka waktu tersebut akan ada panggilan masuk.. tapi itulah yang sering terjadi...seperti diwaktu suboh atau solat Jumaat...!

Yang lebih menjengkelkan bila nada deringan anda adalah lain dari biasa...kalau setakat deringan standard kira ok lagi...huh kalau boleh ..harap makbul segera doa supaya pemanggil segera menamatkan panggilan. Tetapi selalu terjadi adalah sebaliknya...gagal menghubungi penerima, didail lagi .. lagi dan lagi...macam tak faham-faham orang tak bersedia menerima panggilan...hangin betul...!

He..he aku tak dapat  bayangkan  perasaan seorang pakcik tua dan orang dikelilingnya  apabila mendapat panggilan dengan nada dering orang muda...  " siapa bilang gadis melayu tak menarik..tak menawan..tak memikat hati...!." berkali-kali.., dikala semua orang ramai sedang bersunyi sepi mendengar imam  mentalkinkan jenazah ditanah perkuburan...mujur diluar solat, walaupun kelam kabut dapatlah juga mematikan phone sambil kontrol macho...

Dalam insiden lain.... aku kesihan ada, nak pecah perut menahan ketawa pun ada, perhati  gelagat seorang atok apabila telefonnya berdering memecah keheningan semasa jemaah khyusuk mendengar tazkirah di masjid.," Atok..! ooh atok...atook, asalamualaikum....!"  Punyalah  kelam kabut dia mencari handphone dalam poket ..Setiap kali berselisih  dengannya sengaja aku mengusik mengimbau semula peristiwa itu..ha ha..

Kita sebagai pemanggil diharap bertimbangrasa kepada penerima...benar kita tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan  semasa panggilan dibuat...ibarat bertandang ke rumah orang, sekiranya 3 kali memberi salam dan tiada respond dari tuanrumah, segera beredarlah..bukannya berterusan memberi salam..atau menekan loceng bertalu-talu... Bersangkabaiklah, mungkin penghuni tiada dirumah atau penghuni tidak bersedia menerima kunjungan..Begitu juga dengan panggilan telefon...segeralah tamatkan panggilan sekiranya panggilan tidak dijawab...takut-takut penerima  berada disituasi diatas...

Anda tolong kami dan kami tolong anda ok...

Sunday, May 20, 2012

Kad Hijau CIDB...

Penceramah sedang memberi taklimat...Highland Tower runtuh...aspek keselamatan..air bawah tanah..bla bla....

Tak kenal, maka tak cinta..benar lagi sohih ungkapan ini. Selama ini mungkin ramai yang  menganggap saranan supaya individu yang terlibat dalam industri pembinaan memiliki kad hijau lebih kepada menyusahkan bahkan  dilihat sebagai cubaan  CIDB untuk menghisap darah pihak yang terlibat dalam industri itu. Lesen CIDB tidak boleh diperbaharui sekiranya pengarah dan warga kerja tidak memiliki kad hijau. Antara lain untuk mengekalkan pendaftaran dengan CIDB syarikat perlu memiliki mata mencukupi. Mata diperolehi dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak CIDB sendiri atau pihak yang diiktiraf oleh CIDB. Setelah menghadiri sendiri kursus untuk memperbaharui lesen syarikat yang hampir tamat tempoh baru-baru ini,  aku faham sekarang dan sangat  menyokong anjuran itu.

Kad hijau adalah lesen . Sebagaimana memandu dijalanraya perlukan lesen. Memasuki mana-mana tapak pembinaan juga memerlukan lesen. Untuk mendapatkan lesen kad hijau tak sesusah lesen memandu dan bayaran juga jauh lebih murah iaitu RM 50 untuk dua tahun..! Peserta hanya perlu menghadiri kursus selama tidak lebih 8 jam..! Peserta diberi penerangan tentang aspek keselamatan umum juga ditapak bina. Diterangkan juga akta-akta yang perlu dipatuhi dan tindakan yang boleh dikenakan sekiranya mengengkari aspek keselamatan ditapak bina. Bagus bukan..? Selesai kursus peserta diberikan sijil penyertaan. Dalam masa 2 minggu kad hijau dikeluarkan.

Selama ini kita terlalu mengambil mudah aspek keselamatan bukan saja ditapak pembinaan  bahkan dimana-mana...Aku menyarankan supaya semua orang memiliki kad hijau dengan menyertai kursus-kursus  supaya kesedaran aspek keselamatan orangramai dipertingkatkan.  Bukan itu saja, sesiapa yang memiliki kad hijau secara automatik dilindungi insuran takaful....lindungan diperolehi tidak terbatas kepada insiden berkaitan pembinaan  bahkan lebih luas dari itu dan sah  diseluruh dunia.. pendek kata selagi kad hijau masih belum tamat tempoh semua insiden kemalangan /kematian/ kecacatan yang terjadi dimana-mana didunia ini layak dilindungi ..antara kelebihan yang aku ingat.. Kematian kerana kemalangan 21000, mati normal 18000 dsb Nah apa lagi yang korang mau..? Pada aku jauh lebih baik dengan skim insuran lain yang dikenakan bayaran tahunan atau bulanan. Kesedaran keselamatan kita dapat, perlindungan insuran pun dapat...! Sebab itu aku inginkan ahli keluarga aku turut memiliki kad hijau ini.. dalam masa sama menyeru anda sekelian memilikinya juga.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari web rasmi CIDB. Korang google lah yea...


Friday, May 18, 2012

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari...

Artikel diperolehi dari rakan FB untuk dikongsi bersama.

7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

 Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

 *Tambahan banyakan berzikir, saranan baca juga mathurat paling tidak sehari sekali,    ●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat

Semoga kita diberi taufik dan hidayah untuk mengamalkannya. Amin...

Thursday, May 17, 2012

Kong kali Kong...

He he he ...gelak sajalah  membaca reaksi Ambiga dan sekutunya bila ditanya tentang demonstrasi yang diadakan dihadapan rumah beliau..Padan muka...baru tersedar kot apa yang dirasakan oleh orang lain bila terkena batang hidung sendiri. Ergh takkan marah...semasa mengetuai demo 28hb dulu adakah dia tidak sedar tindakannya juga menganggu ketenteraman orang awam serta membangkitkan marah orang yang tak sealiran dengannya.

Berapa banyak duit dihabiskan untuk mengawal keadaan, berapa banyak duit terbuang untuk membaiki kerosakan pasca demo..berapa ramai orang yang terganggu emosi gara-gara mengharungi kesesakan yang teruk. Entah-entah ada yang terberanak dalam kereta gara-gara tak sempat sampai ke hospital atau khemah kenduri lengang kerana tetamu tersangkut tak dapat hadir dan pelbagai masalah lain timbul ekoran tindakan egoistik individu bernama Ambiga dan sekutunya. Tapi hujah mereka adalah hak asasi...hak asasi  rakyat untuk berhimpun...! Sekarang adakah salah  jika puak lain pula menuntut hak asasi  untuk berhimpun didepan rumah dia pulak..? Mula-mula dulu IKHLAS, lepas tu PVTM dan dalam waktu terdekat KAMBING..dan akan menyusullah kumpulan yang lain pula nanti ha ha...ha ..

Aku rajin juga membaca blog blog politik penyokong A dan Penyokong B. Pada aku rumusannya beginilah...Puak A dan Puak B melihat apa yang berlaku dari sudut berbeza...Pasti akan sentiasa berbeza kerana masing-masing dengan pandangannya sendiri. Ibarat sebuah rumah yang dipandang dari sudut hadapan dan belakang. Mana mungkin mempunyai keterangan yang sama. Tetapi pandangan itu akan sama atau hampir-hampir sama bila puak berbeza ini memandang dari sudut yang sama. Seperti demo ini...semasa demo 28hb dulu Puak A cakap Puak B bodoh, bangang, otak letak lutut..ganggu privasi orang ramai...masa tu Puak B tak mau terima...sekarang bila Puak A berdemo,  bila dah terkena batang hidung sendiri, pandai pulak Puak B  kata bodoh, bangang otak letak  lutut, menganggu privasi orang ramai....

Yang jadi masalah adalah penyokong tegar...kalau dah taksub dan ego ..taik pun disangka emas...

Maafkan aku kerana berbeza pendapat dengan anda..

Ada mata lihat, ada telinga dengar ada otak fikir...




Tuesday, May 15, 2012

Ikhwan Food Industries...

Selalu dengar..? Bercintan dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Belajar bidang lain, berkerja bidang lain. Jauh menyimpang..! Ramai kawan sepengajian aku yang terjebak dengan situasi ini.  Ada yang jadi penternak ikan dalam sangkar untuk pasaran eksport, ada yang mengusaha Institut Sekolah Memandu untuk negeri-negeri sebelah utara, Yang jadi ahli politik,  ADUN di negeri Pantai Timur pun ada..Guru pun ada juga., Yang memilih untuk menjadi surirumah pun ramai...Argh..! Macamlah bidang kejuruteraan dah tak boleh cari makan..Ha. ha.. tak kesahlah bidang apa pun, yang penting duit  masuk lebat...Aku tumpang bangga dengan mereka ni.

Dalam entry ini bukan bidang di atas yang aku nak tulis tapi berkenaan kawan aku yang mengusahakan IKS
membuat makanan halal seperti koew teow, fish cake, fish ball dll. Syabas dari kami kepada Hj Khalil Ahmad kerana berani mengorak langkah memenuhi tuntutan fardu kifayah ini. Selama ini bidang ini dimonopoli oleh bangsa lain. Walaupun terdapat logo halal, tapi kalau dah pemahaman perihal halal haram pun tonggang terbalik, macamana kita nak pasti produk mereka benar-benar halal.

Selama ini orangramai asyik merungut pasal halal haram..halal haram..tetapi berapa kerat yang berani menerokai bidang tersebut. Tak ramai yang berani mengambil tanggug jawab ini melainkan insan-insan hebat ..Sampai bila kita sanggup  membedal makanan yang disediakan oleh orang bukan islam.?  Semoga dengan adanya pengusaha dari saudara seagama ini.., kita dapat memberi sokongan tanpa berbelah bagi.

Kami sempat singgah di kilang IKS  beliau semasa menghadiri jemputan kahwin anak senior kami di Bertam, P.Pinang hujung minggu baru ni..

Kilang di Taman IKS Bukit Minyak, Bukit Mertajam, P.Pinang telah beroperasi sejak 4 tahun lalu. Permintaan semakin meningkat saban tahun .Berdasarkan sambutan produk , kapasiti pengeluaran mesin di kilang ini dijangka tidak mampu  memenuhi permintaan orang ramai untuk tahun-tahun mendatang.. Modal masih menjadi halangan untuk  menambah mesin berprestasi tinggi supaya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran..

Berbekalkan modal pusingan sendiri, tanpa bantuan mana-mana institusi bank beliau mampu memulakan perusahaan ini. Bukan senang woo...Syabas Abang haji...Tekak aku laju saja membedal koew teow keluaran hang. Sungguh ..! tekak aku tak berapa nak menerima koew teow keluaran  bukan islam lain. Geli semacam jerk..hu hu..

Jenama Ikhwan diilhamkan sempena nama anak beliau ini...


Kami mendoakan semoga usaha beliau diberkati dan terus berkembang.. Ramli Food Industries dulu pun bermula dengan IKS., tetapi kini produk syarikat ini telah berkembang di pasaran antarabangsa. Kalaupun bukan sekarang, diharap generasi berikutnya dapat menyambung usaha murni beliau ke persada lebih tinggi nanti.

Untuk  maklumat lanjut  produk  sila klik

Ikhwan Food Industries

atau berhubung melalui Tel/Fax 04 5025434 H/P 0194738585
email. ikhwanindustries@yahoo.com

Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardu...

Char koew teow satu..!

Friday, May 11, 2012

Akibat mengabaikan solat...


Masjid ditempat kami kecurian lagi. Kali ini kejadian berlaku ketika para jemaah sedang solat isya . Beg tangan jemaah muslimah telah dilarikan malaun. Orang sibuk bersolat mereka sibuk mengatur strategi mencuri. Menurut saksi kanak-kanak, perbuatan  dilakukan oleh remaja lelaki..

Dimana silapnya...? Si pencuri sahlah bersalah namun jemaah wanita itu harus juga dipersalahkan kerana lalai menjaga barang berharga miliknya. Diberitahu kerugian mencecah ribuan ringgit. I- phone., 2-300 duit tunai ..kehilangan dokumen penting seperti IC, lesen memandu kad kredit, kunci kereta dll. Aku percaya budak ni hanya berminat dengan duit , phone dan barang berharga saja, dokumen-dokumen lain tu percayalah, akan dicampak di longkang atau tempat terpencil lain.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Mungkin sekarang ni si tupai tu sedang berakrobatik dari satu dahan ke dahan yang lain...yea teruskan..teruskan.. bila dah jatuh nanti baru tau langit tinggi rendah.. sebagaimana kejadian di Masjid Jertih,  Trengganu dek kerana RM34 yang cuba dicuri, seorang pemuda parah kena belasah dengan orang ramai.

Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari, marilah kita bermuhasabah diri. Entah-entah yang mencuri tu anak kita atau sedara kita wallahualam.. barangkali kita gagal atau kurang mendidik anak kita. atau mungkin diri kita sendiri hanyut entah ke mana... mana mungkin mampu mendidik anak-anak..ditambah dengan persekitaran yang  jelek semakin parahlah masyarakat kita harini.

Punca utama kenapa kemungkaran semakin menjadi-jadi  kerana masyarakat semakin mengabaikan solat. Nabi dah sebut  dulu lagi... Hanya solat mampu mencegah kemungkaran. Solat tiang agama. Ibarat sebuah rumah.., tanpa tiang mana mungkin mampu berdiri tegak. Itu belum kena badai tsunami atau gempabumi dsb...Kajian rambang mendapati kurang 20 peratus masyarakat mendirikan solat. Bukti mudah...? cuba perhati di pejabat anda...daripada ramai-ramai staf di tempat anda, berapa kerat yang mendirikan solat..? keadaan begini hampir sama saja di mana-mana., di sekolah, kilang-kilang dsb. Jika beginilah keadaannya apa nak hairan  sekiranya  kadar jenayah/kemungkaran semakin meningkat...? Pasang lah cctv, belalah anjing garang, pacaklah anggota polis..,sekiranya pencegahan dalam diri tidak dipertingkatkan..., nescaya usaha pencegahan tidak akan memberi kesan. Jom kita peringatkan diri sendiri...jangan abaikan solat.

 Harini Jumaat jom penuhkan masjid..! Pergi untuk solat ok, bukan untuk mencuri...!




Thursday, May 10, 2012

Binatang oh binatang...!




Ada baca suratkhabar semalam..? Berita mukadepan Kosmo melaporkan seorang warga emas berjogging maut dibaham anjing. Dah banyak kali kejadian seumpama ini berlaku...dulu seorang warga Sweden mengalami nasib yang sama di P.Pinang..tetapi kejadian sebegini tetap akan berlaku dimasa akan datang.. .Tuan punya binatang perlu dikenakan tindakan yang keras sebagai amaran kepada pemilik binatang-binatang lain..Lu tak jaga binatang, lu akan turut terima akibatnya. Setakat dikenakan kompoun ermm tak menjadi kudis kepada mereka ini. Sekiranya tuanpunya dibuktikan bersalah kerana lalai elok saja disula sebagai pengajaran ..untuk lebih trajis jolok guna  buah durian...

Binatang adalah binatang..naluri mereka tetap binatang. Dalam kes ini yang binatang bukan sahaja anjing itu  malah tuan anjing  patut dibinatangkan. Dalam artikel terdahulu aku pernah menulis  peristiwa dikejar anjing klik sini.

Lebih-lebih tindakan selepas ini adalah mematikan anjing tersebut itupun terpaksa melalui proses yang panjang dan melibatkan perintah mahkamah. Juak-juak yang pro binatang seperti biasa akan menentang tindakan yang akan diambil dengan pelbagai  alasan menentang kezaliman terhadap binatang.. Adakah mereka tidak dapat menyelami perasaan/trauma yang dialami oleh mangsa, ahli keluarga dan orangramai ...?. Memang binatang...!

Wednesday, May 9, 2012

Kalau berani dekatlah... yeaaah...!

                                        
                                          Foto ehsan : Melayu.tv

He he sebijik muka anda waktu kecik-kecik dulu...

Tuesday, May 8, 2012

Berani untuk berbeza...

                                           
                                 Yaya Toure

EPL nih bukan aku minat sangat sampai sanggup bersengkang mata menyaksikan perlawanan., ataupun membuat koleksi jersi, cenderahati pasukan yang diminati...setakat suka-suka gitu sajalah.. tapi bila akhbar saban hari melaporkan perkembangan bolasepak disana.,  sedikit sebanyak taulah jugak pasukan mana yang bakal menjuarai  EPL musim ini..Ya, MC diambang kejuaraan.. yahoo..!

Sesetengah orang yang benar-benar minat siap boleh kenal hatta  pemain simpanan. Bagi peminat tegar MC pasti kenal siapa pemain diatas. Aku..? he he baru harini kenal dia..itupun kebetulan baca akhbar yang menceritakan bagaimana dia memberikan champangne yang diterima kepada rakan sepasukan bukan islam Joleon Lescott  semasa  meraikan kejayaan  merangkul gelaran 'Man of the Match'.

" I don't drink because I am a muslim" ujar pemain yang berasal dari Ivory Coast itu ..

Semasa perlawanan MC vs Newcastle dia menjaringkan semua gol kemenangan MC 2-0 membolehkan beliau dinobatkan sebagai " Man of the Match'. Di beritakan lagi susulan dari tindakan beliau, pihak FA England berusaha mencari alternatif untuk meraikan penerima anugerah tersebut tanpa  menyentuh sensitiviti agama setiap pemain. Pergh cayalah Yaya...!

Bila membaca laporan ini segera teringat penonggang motor GP moto3 Zulfahmi Khairudin. Semoga beliau turut cekal menolak pemberian champagne yang cukup sinonim untuk meraikan  kemenangan setiap perlumbaan. Manalah tau ditakdirkan beliau berjaya menaiki podium nanti. Melihat kepada perkembangan tonggangan beliau kejayaan untuk menaiki podium teramat cerah sekali.

Aku percaya pendirian untuk berbeza dari kebiasaan akan menjadikan pemain atau pelumba itu lebih dihormati..Syabas...!




Monday, May 7, 2012

Kenderaan oh kenderaan...!



Sekiranya anda mempunyai wang dan wang anda diperabihkan semata-mata untuk bertukar-tukar kenderaan pada aku itu kesilapan yang besar. Lainlah jika anda memang berkemampuan. Berbanding aset lain seperti hartanah, simpanan saham dll pembelian kenderaan tidak boleh dianggap pelaburan kerana nilainya yang begitu cepat menyusut.

Setelah membeli dan ingin menjualnya kelak,  kita mesti bersedia menerima hakikat bahwa duit pendahuluan yang kita laburkan akan lebur hatta kekadang kena tambah duit poket untuk menampong perbezaan pinjaman dan nilai kenderaan semasa.. Lebih-lebih lagi sekiranya kita berhutang untuk tempoh yang lama. Untuk pinjaman 7 atau 9 tahun,  5 tahun pertama, jangan harap terdapat lebihan bayaran kerana bayaran bulanan yang dibayar hanya menampung faedah yang dikenakan keatas pinjaman..Sekiranya dijual setelah melebihi 5 tahun pula, susut nilai kenderaan memustahilkan anda mendapat sebarang lebihan...

Nilai pasaran kenderaan terpakai merudum kerana kenderaan baru dipakejkan untuk lebih mudah memilikinya.. Namun untuk memiliki kenderaan baru  rasa tak sanggup menghadapi hutang bulanan yang rasa seperti tiada penghujungnya. Beli baru atau kekalkan yang lama dua-dua ada buruknya.. Tukar baru..tambah hutang..Kekalkan yang lama pulak tambah perbelanjaan penyelenggaraan yang macam tak berkesudahan...hati pulak tak tenteram takut-takut kenderaan meragam ditengah jalan..Dilema..dilema..


Setelah berbincang dengan pomen, aku akan buat penyelenggaraan menyeluruh terhadap kereta aku. Semua komponen utama akan ditukar seperti suspensi, sistem brake, fuel pump, relay,.overhaul sistem enjin dll  pendek kata bila siap kelak sebiji macam kereta rekon. lagipun banyak juga yang dah aku tukar sebelum ini.. penyelengaraan kali ini untuk menjadikan keadaan kereta lebih tip top...Kalau ikut pomen kereta boleh bertahan untuk 4-5 tahun lagi tanpa sebarang masalah..sempatlah kot mengumpul duit beli kenderaan idaman nanti..he he..Kos..? memang  mahal tapi berbaloi berbanding beli kenderaan baru...Harga kereta baru koman-koman 40 ribu...huh tapi kereta baru senilai ini  belum tentu boleh lawan kereta burok aku...ha ha..

Argh kereta buruk pun buruklah...

Saturday, May 5, 2012

Terminal Bersepadu Selatan-TBS

Katakanlah mata anda ditutup, setibanya diterminal, baru dibuka penutup mata, untuk orang yang pertama kali pergi nescaya akan tertanya-tanya di lapangan terbang mana kini berada...serius wa cakap lu..tak kesahlah orang cakap aku tinggal di hulu ke apa..itulah yang terdetik dihati bila pertama kali menjejakkan kaki di  TBS baru-baru ini..syabas kepada pihak berkenaan atas usaha menjadikan pengakutan awam sebagai pilihan utama orangramai. Walaupun terdapat bantahan oleh pengusaha bas untuk berpindah ke sini sedikit waktu dulu..dengan penerimaan orangramai sekarang, aku rasa pengusaha sudah boleh menyesuaikan diri di terminal ini sekarang...


Pembinaan terminal bersepadu timur -TBT kini diperingkat akhir perancangan dan diharap akan dimulakan pembinaan dalam waktu terdekat. Sekiranya anda perasan papan tanda pembinaan telah lama dinaikkan berdekatan Taman Melati, Gombak bersebelahan MRR2. Lama sangat didirikan, hampir roboh papan tanda tersebut..semoga segala masalah yang timbul sehingga mengendalakan kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan.

Pergh..nak naik bas pun kena lalu lorong pemeriksaan macam di airport..

Seingat aku kertas cadangan untuk menambahbaik khidmat pengangkutan awam dirancang sejak awal 90an lagi atau mungkin lebih awal dari itu..Pernah juga membelek kertas cadangan yang disediakan oleh kawan sepejabat semasa berkerja konsultan di ofis lama dulu.. Setelah lebih 20 tahun baru dapat diterjemahkan segala perancangan dialam nyata.

Tapi biasalah sifat manusia .mustahil dapat memuaskan hati semua orang..bila kemudahan awam dibiarkan ditakuk lama..komplen...! bila dibina kemudahan  serba canggih sebegini pun tetap kedengaran rungutan.. projek pembaziran lah..projek kronilah  bla.bla..bla.

Bila dah ada pengangkutan awam yang cekap, anak-anak yang sekolah berjauhan tak perlulah berhantar dengan kenderaan sendiri lagi...macam anak aku..ha ha..jimaat duit mak bapak...

Nampaknya sudah sampai masa kita menambah mode pengangkutan awam- Keretapi laju. Walaupun sekarang perancangan keretapi laju ke selatan sudah dikemukakan ke pihak kerajaan. Usah berhenti setakat itu saja. Keretapi laju ke utara dan  timur mesti turut dirancang sama.. Pengakutan awam sediada garenti tak mampu menampung permintaan orang ramai sedikit waktu lagi. Kos mahal..? ha..ha 90an dulu rumah 100 ribu dikatakann mahal, tapi sekarang  rumah dengan keluasan yang sama, 100 ribu dikatakan tersangat murah...Mungkin RM 30bilion dirasakan mahal sekarang, percayalah 20tahun mendatang, nilai 30bilion berbanding manfaat yang bakal dinikmati, pelaburan sebanyak itu senilai sisa makanan dicelah gigi ...


Friday, May 4, 2012

Ronda-ronda 1 Malaya-Jom Alor Star

28hb April 2012 Sabtu rasanya ramai yang ingat tarikh ini. Lautan baju kuning menyesakkan jalan-jalan di KL. Itulah sifat manusia sejak  azali lagi, seronok membuat perkara yang dilarang. Lagi orang kata JANGAN, lagi tu lah berkobar-kobar nak membuatnya. Seperti budak-budak sekolah...mendepang dada kalau dapat berjalan dengan baju dibiarkan terlondeh diluar...berbangga sebab dapat melakukan perkara yang dilarang...

Sekadar ikut-ikutan atau benar-benar menghayati apa yang dituntut, biarlah masing-masing menilai sendiri.


 R n R Rawang arah utara... 

Atas urusan kerja kami ke Utara. Sepatutnya bertiga., di saat akhir seorang rakan menarik diri sebab tak sempat tukar tayar motor. Rencana asal kami ride keliling Pantai Barat kemudian terus ke Pantai Timur melalui Grik-Jeli. Kawan sorang ini ada urusan keluarga di K.Trg, jadi elok saja kami turut temankan dia, dapat juga aku singgah sekolah anak dan melawat orang tua sekali...rupanya hajat tak kesampaian..Sekadar menonggang tanpa hala tuju, pada kami memenatkan.  Kami bukan penonggang hujung minggu, dimana waktu ini amat ditunggu-tunggu untuk memanaskan enjin. Sebagaimana tongkat berguna untuk orang buta, begitulah motor pada kami...itulah kenderaan kami hari-hari.

R n R Gunung Semanggol, Bukit Merah..

Berhenti untuk isi minyak. Bertembong dengan sebahagian geng motor dari Puchong Bikers, yang baru saja selesai pogram amal rumah anak yatim di Grik., sebahagian lagi terus sambung ke Betong. Thailand. Betong antara destinasi popular  mat-mat motor untuk memanaskan enjin...Tak caya cuba tanya mat-mat motor yang menghala utara...Mana...? Hatyai..., Mana..?..Krabi...lama- lama malas dah aku menanya...dah tau jawapan..ha ha...

Di Alor Star kami melepak di Hotel Sri Malaysia. Tak banyak gambiran menarik untuk anda..Kami selesaikan urusan kerja wei...

Kelihatan di sana geng-geng Harley yang turut berhenti di R n R Sg Perak semasa perjalanan balik. Mereka baru balik ride  dari Penang. Sebagaimana kami, berhenti sebab hujan yang teramat lebat.


Berhenti lagi di bawah jejantas selepas Plaza Tol Jelapang.. Lepas masukkan dompet, phone dalam tong sambung semula ride..Alang-alang basah, biarkan terus lencun. he he..Kami mat-mat motor dah biasa berhujan berpanas..lebih-lebih lagi hujan semasa perjalanan balik, urusan dah selesai, biarkan saja basah.

Aku perhati banyak  R n R telah mula dinaik taraf. Aku suka dengan konsep terbuka sekarang. Baru sesuai dengan iklim dinegara kita.. Konsep terdahulu sangat menyesakkan hidung dengan bau lembab kerana retikulasi udara yang terbatas. R n R popular seperti di Hulu Bernam perlu dinaiktaraf segera. Surau teramat kecil untuk menampung jemaah yang sentiasa ramai. 

Semasa di lebuhraya bertembung dengan berpuluh trak polis, FRU yang menghala utara. Yang ke selatan pun banyak juga pastinya. Selesai upacara Bersihlah tu...tak semena-mena duit rakyat dibazirkan untuk menangani demonstrasi jalanan... Itu belum kira imej negara tercalar dipandangan mata dunia...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga anda.. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir....

Sekian...

Thursday, May 3, 2012

Vrooomm..! tin..tin..!

Ha..ha ..sementara aku tulis entry  Ride Alor Star..saksikan  dulu belalang membesit dalam GP4...vrooom...!

Tuesday, May 1, 2012

Ini sudah lebih...!



Inikah perubahan yang kita inginkan. Aku hairan 5 lawan 1, salakan yang 1 lebih menguasi keadaan. Selepas pilihanraya 2008 pemandangan seperti ini semakin menjadi-jadi. Sebagaimana bermain galah panjang...dalam keadaan berjaga-jaga pun akan ada yang berjaya melepasi garisan , apatah lagi sekiranya  alpa dan diberi peluang, nescaya  lawan akan menerjah garisan tanpa segan silu...

Pandanglah kiri kanan jalan perhatikan papan tanda-papan tanda dimana saja...mana dia aspirasi nasional yang dicanangkan Malaysian First..? slogan hanya retorik semata-mata. Undi orang kebanyakan ditagih semata-mata untuk memenuhi agenda bangsa itu sendiri...Selepas berjaya apa yang dihajatkan.. "Pergi mampos dengan orang lain...!"

Masih terpesona lagi..? Sempena hari buruh ni fikir-fikirkan...

Selamat Hari Pekerja...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK