click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 30, 2025

Anak Syurga...

Salam Jumaat

Allah maha upaya membentuk ciptaan menurut kehendaknya.  OKU  mental sejak lahir merupakan insan terpilih. Tidak disangkal lagi mereka ini adakah ahli syurga...Bertuah keluarga yang redha dan sabar dengan anugerah anak istimewa ini.

Pengidap Down sindrom memiliki perwatakan dan rupa yang hampir sama... Di taman kami  sekurangnya terdapat 2 orang istimewa ini. Mereka rajin solat berjemaah ke surau dan bersolat mengikut citarasa sendiri...Setiap kali datang akan membetulkan susunan sejadah..Di majlis tahlil atau yasin, mereka akan mengagihkan surah surah yasin dan air minuman...

Insan istimewa ini tetekala jemaah bersembang diluar surau, anak syurga ini menaiki mimbar dan berkhutbah..Walaupun tak faham apa yang dituturkan tetapi terselit perkataan Allah ..Allah

 Diperhatikan juga  sesudah memasukkan wang ke dalam tabung masjid sering menadah tangan berdoa.. Katanya doa untuk ibu dan bapa. MasyaAllah Tabarakallah...

Ketika dihampiri, terkial-kial juga untuk nemahami apa yang dihajatkan, rupanya meminta mengambil foto bersama gambar imam masjid.  


Di atas ini merupakan mesej yang ditulis insan istimewa kepada imam masjid taman...Penuh yakin menulis..Dia tulis.., ini Abang Hensem hehe


Tuesday, May 27, 2025

Sofa Lama Ganti Baju...

Tiada yang kekal didunia ini apatah lagi sofa zaman sekarang. Harga mahal tapi ketahanan tiada. 

Sofa 3+2 dibeli 6 tahun dulu, sofa 3 tempat duduk masih elok berbanding dengan sofa 2 tempat duduk yang mengalami kerosakan teruk...Penyewa rumah meminta mengeluarkan sofa rosak. Mereka membawa sofa tambahan sendiri.. 

Termenung juga bila penyewa meminta mengeluarkan sofa tersebut.
Bukan tak sayang nak dibuang, cuma nak dibuang dimana, tak sanggup memanggil orang melupus tapi berkesudahan dibuang di tempat pelupusan sampah haram. Hati sakit..Kalau barangan letrik atau logam itu mudah, banyak kedai barangan lusuh sedia menerima..


 

Teruk punya kualiti, melekok di tempat yang sering diduduki selain pembalut turut tidak terlepas dari cakaran kucing.. 


Ingatkan satu rupanya dua..sofa satu tempat duduk juga diminta untuk dilupuskan. Sofa satu tempat duduk  merupakan model berlainan, belian terdahulu sebelum diganti dengan model yang rosak ini..Model ini biarpun berusia lebih 10tahun tapi kualiti masih mantap cuma pembalut habis dicakar kucing.
Kita tidak membela kucing tapi sofa rosak kerana kucing yang datang..




Sampel sofa satu tempat duduk model sama yang dikongsi kedai  kusyen setelah dibaikpulih.



Fuh mujur ada kedai baikpulih kusyen, selamat dari dibuang ke tempat buangan haram...Pembaikpulih memberitahu dia sanggup mengambil terutamanya model sofa satu tempat duduk jika kita tidak inginkan lagi..Model ini masih mempunyai peminat  dan harganya tetap tinggi..

Kos baikpulih kedua sofa  menggunakn pembalut baru kalis air dan kalis cakaran kucing adalah RM1200...Wah sangat berbaloi, kurang dari bajet RM1500 yang sedang dikumpul untuk membeli sofa di ruangan tv rumah tinggal kami.




Harap setelah keduanya diberi baju baru berwarna pastel sandy 4048-2, sofa makin berseri di ruangan baru. Kita manfaatkan sofa yang orang dah tak hingin...

Bagaimana nak digandingkan dua model berbeza tu, arghh fikirkn kemudian...




Sunday, May 25, 2025

Kantan Puncak Rasa...

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Tak perasan pokok kantan di kebun bukit telah belajar mengeluarkan bunga..

Walaupun tidak sebagaimana dirancang, dulu dah tanam lebih 40 rumpun, yang hidup cuma 4 rumpun...atau 10 peratus saja dan alhamdulillah kini mula menikmati hasil. 


Bunga masih bersaiz kecil lagi..
 


Kita hanya mampu berusaha dan merancang...pokok-pokok banyak dicabut atau disiat oleh monyet juga babi ketika mula ditanam...Benih rosak pun ada, mungkin ketika itu benih tidak cukup menerima cahaya matahari terpayung oleh rimbunan pokok besar lagi...

Berkebun pula secara santai tanam dan tinggal sesekali dibersihkan semasa datang seminggu sekali...atau kekadang 2 kali..

Daripada hutan belukar, kini masih dikelilingi hutan belukar, mampu  menikmati hasil kira  satu kejayaan juga.


Selain kantan, serai dan limau kasturi telah dituai beberapa kali..Sebenarnya ini pun tujuan berkebun, selain  beriadah setiap kali balik ada saja hasil kebun dibawa balik..sikit sebanyak  dapat juga mengurangkan perbelanjaan barangan dapur.  Dengan saiz kebun tidak begitu luas apalah sangat diharap untuk tujuan komersil...

Saturday, May 24, 2025

Avocado Ramli...

Menerima kunjungan lagi sahabat kebun yang mengusahakan dusun di Puncak Serigala, Hulu Bernam, Selangor.


Sebelum ini meminta bantuan beliau untuk mengahwinkan pokok-pokok avocado di kebun Puncak Rasa. Kadar kejayaan sekitar 40 persen..Pokok kekal hidup cuma tak pasti mengapa  pucuk baru sangat sukar untuk hidup, kering dan layu. 

Takpa tinggalkan dulu yang gagal, sebagai konsolasi diberi 2 pokok avocado kawin benih Puncak Serigala.  Pokok induk telah berbuah..lebat, besar dan lemak berkrim..


Bismillah, sebagai tanda penghargaan meminta beliau menanam pokok tersebut seterusnya diberi nama Avocado Ramli. 

Di kebun banyak pokok- pokok dinamakan sempena penanam yang mengikuti ke kebun antaranya Manggis Razali, Durian Ali, Nangka Rizal, Belimbing Naufalinara dan banyak lagi...

Moga semuanya membesar sebagai johan.

Friday, May 23, 2025

Servis Chainsaw..


Kemampuan setiap orang berbeza, hanya beberapa kerat yang mampu menguasai  pelabagai bidang, diatur sedemikian sebab ada rezeki dibahagian masing-masing.

Pembaikan mesin ataupun kenderaan bukan bidang penulis, ilmu kurang, kesabaran pula tiada...walaupun teknologi asas mesin rumput atau chainsaw, inipun tak mampu dibuat sendiri..

Pernah cuba menyelenggara chainsaw, ermm daripada mesin tu elok hidup terus tak boleh dihidupkan, lama juga tersadai didalam stor, kapak menjadi ganti untuk memotong pokok-pokok tumbang ...pokok kecil ok yang besar dibiarkan reput begitu saja..Sangat leceh bila terdapat halangan di lapangan,  memotong rumput menjadi tidak lancar.

Hantar ke bengkel, dah memang bidang mereka, setelah diservis mudah saja mesin dihidupkan...

Tukar rantai Rm70, beli minyak 2T baik 38, tukar sparepart dan upah total 190..fuh boleh tahan juga harga..dah hampir menyamai servis Kembara Kebun..

Tuesday, May 20, 2025

Cili...


Ringankan sikit tulang banyak belanja barang dapur boleh kita jimatkan.




Nampak macam senang, tapi susah juga nak menyemai biji benih cili, nak senang beli yang dah hidup di nurseri...Masa membeli harga berbelas ringgit juga..

Masa dibeli pokok tak sesubur sekarang, daun agak kekuningan dan jarang, sebab tidak banyak pilihan, dibeli juga...

Untuk mudah penjagaan pokok ditanam di dalam pasu, dasar pasu ditanam dengan ikan hampir busuk..tiap kali membasuh ikan maupun ayam, air disiram dipangkal pokok..sekarang pokok kelihatan sihat dan terpaksa ditongkat untuk mengelakkan tumbang..daun lebat buah pun rapat..

Tanam lagi 2 pokok rasanya dah tak perlu membeli cili..Pokok kencur, kari pandan dan kesum turut ditanan dipinggir dapur...

Keperluan asas masakan memang sepatutnya diusahakan sendiri. Kalau serai pun terpaksa membeli ini dah teruk amat ..Serai, kunyit, halia pun boleh tanam dipasu..Kekadang bahan yang beli digunakan tak seberapa yang selebihnya rosak begitu saja..bila bahan asas mudah dicapai tiadalah pembaziran, duit pun jimat..

Jom jom bertanam...




Monday, May 19, 2025

Racun Anai-Anai Online...

Di dalam rumah untuk keberkesanan  dan jaminan 3 tahun, terpaksalah panggil pembasmi anai- anai profesional, kos Rm1900.

Meneliti media sosial terdapat racun anai dengan  dakwaan keberkesanan 100 peratus, harga dalam rm300 untuk bancuhan 6 liter..Kita pun membeli untuk dicuba di kebun. Di kebun jika ada anai anai ermm terbantut tumbesaran pokok dan lama-kelamaan pokok pun mati..

Selama ini tersilap menggunakan racun yang segera membunuh anai anai dipermukaan, sedangkan anjuran pembasmi anai-anai profesional, racun mesti ditujukan ke sarang utama. Ratu berupaya bertelur 10ribu telur sehari, jadi petualang ini mesti dihapuskan. 

Mereka menggunakan umpan serbuk beracun  yang akan dibawa ke sarang oleh pekerja anai anai seterusnya membunuh ratu dan  keseluruhan koloni.

Racun yang dibeli online juga menggunakan kaedah yang sama, cuma dalam bentuk cecair.. apabila bersentuhan sesama mereka, semuanya akan berjangkit termasuk ratu..

 


Beginilah keadaan  bawah pokok jambu halaman rumah.., kotak yang diletakkan sementara sebelum dilupuskan dipenuhi dengan anai, berpindah ke sini setelah laluan bawah pokok mangga di sembur dengan racun anai-anai hardware..


Pembasmi profesional memang ada bagitau, racun anai anai harware berkesan jika terus dicurah ke tempat dimana ratu bersarang,  semburan permukaan akan hanya membunuh anai anai pekerja dan tentera tanpa sempat membawa racun ke ratu, jadi pembasmian ini tidak berkesan. 

Takper kita tengok nanti keberkesan racun belian online..

Harapnya berkesan...

Tuesday, May 6, 2025

Kancil Sudah Tiada...

Setiap yang bermula akan berakhir, begitulah juga dengan Kancil..Pagi Jumaat 2 Mei, sesudah subuh tamat riwayat si Kancil ini, bertembung dengan Kelisa di lampu isyarat..Sedang asyik bersembang dengan rakan ketika menuju kolam air panas Kuala Kubu sesudah subuh, langsung tak perasan simpang berlampu isyarat.. Bammm!

Tak sempat apa, segera meluru keluar memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang dilanggar... terdetik juga boleh tahan padu Kancil kerana kelajuan ketika itu 50-60kmj, tiada kecederaan dikedua belah pihak..


Kelisa dan Kancil berwarna hampir sama..Ramai yang menyangka kami berkonvoi dari Kelab Perodua klasik ..








 Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800.  Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta  Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa. 


Sebelum kejadian sudah berkira-kira menjual  Iriz sebab tak mau menyimpan banyak kenderaan lama,    Kancil sudah cukup menjadi basahan destinasi berdekatan, serba serbi jimat dan tak takut dilenjan..ermm bertukar rancangan.. daripada memembaikpulih Kancil lebih baik bagi cun kereta Iriz.

Ber Iriz pulak lah kita..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK