click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, April 29, 2011

Bagi orang lain bala.. bagi dia rezeki...


Kemalangan yang dapat aku rakam di Lebuhraya Guthrie ..nampak gaya macam dah lama berlalu kemalangan nihh...menunggu  trak tunda tentera kot sebab kenderaan bernombor pendaftaran tentera..
Trooper ni barangkali terbabas kerana jalan licin lalu menghentam papan tanda sebelum tersadai tepi longkang..

 Tapi pemandu selamat kot...tapi kalau pemandu ada penyakit jantung terbabas macam ni ishh jangan main-main..  mungkin boleh membawa maut...


Musim hujan..musim raya adalah musim kemalangan ..musim syarikat insuran pening kepala tapi barangkali musim bonus pemilik bengkel. Mesti tak menang tangan melayan pelanggan dek kerana bertambahnya bilangan kenderaan yang perlu dibaiki...Bahagian dan rezeki masing-masing kannn...

Thursday, April 28, 2011

Berapa bacaan kandungan gula darah anda...?

Kawan aku sedang menusuk jarum kebahagian perutnya...meremang bulu roma aku..!


Pertama kali aku ambil sampel darah yang agak banyak adalah 25 tahun dulu iaitu 1 syringe dan terbaru paling banyak 1 pint pada 4 tahun lepas, semasa mengganti darah stok hospital yang arwah emak aku guna dulu..dan kedua-duanya aku pitam..Kes kedua adalah pitam yang teruk pernah aku alami sebab aku tumbang semasa sembahyang Jumaat...tetiba saja gelap dan sedar-sedar aku terlentang di celah-celah deretan jemaah...korang bayangkanlah kalau korang berada sebaris dengan aku ketika tu....gelabah tak gelabah masa tu..he he...teruk betul aku sebab gementar tengok jarum ditambah kesan pengambilan darah barangkali...

Tapi kawan aku ni selamba je cucuk jarum suntik insulin untuk mengawal kandungan gula dalam darah...Mungkin dah terbiasa barangkali kerana sehari 2 kali dia  suntik insulin.. Pankreas yang kebiasaannya merembes insulin semulajadi secara automatik telah kurang/gagal berfungsi, mengakibatkan gula/glukos gagal diserapkan ke tisu dan sel-sel badan lalu banyak terkumpul dalam darah..penyakit diabetes/kencing manis le ni.. kalau keadaan ini tak dikawal pakej penyakit mula merebak ke jantung, buah pinggang, paru-paru dan seterusnya keseluruh anggota tubuh lain..(ergh betul ke aku tulis nii..sesapa yang ada pengetahuan  harap dapat betulkan lah yea...) Memang sewajibnya kita bersyukur kepada Allah diatas nikmat sihat yang Allah beri kepada kita...

Pagi tadi aku periksa kandungan gula aku 7.4,  kira tinggi juga nih bacaan yang diambil selepas bersarapan...sedangkan sebelum ini bacaan gula aku walaupun setelah makan adalah tak lebih dari 7. Korang tahu berapa bacaan gula kawan aku nih..27.6..! Dia sendiri terkejut..! Menurut beliau kalau test itu pihak klinik/hospital yang buat, sah dia kena tahan pihak hospital.. Bacaan normal kandungan gula dalam badan  untuk orang sihat adalah 4.5- 8 mmol/lit...Jadi aku mengajak kepada diri aku dan teman-teman diluar sana jomlah mengamalkan gaya hidup sihat...Bagi yang merokok tu sudah-sudah le...bagi yang malas bersenam jomlahh beriadah..Kita hanya akan menghargai nilai sihat bila nikmat itu tidak lagi jadi milik kita...fikir-fikirkanlah...

Wednesday, April 27, 2011

Aku adalah aku...sudilah terima seadanya...

Alamak kawan aku cakap tulisan aku syok sendiri... walaumacamanapun terimakasihlah kerana ada juga yang sudi menegur. Aku mintak maaflah kalau apa yang aku tulis ni tidak memenuhi selera pembaca. Aku menulis ni pun sebenarnya  suka-suka saja, Kekadang ada pendapat yang aku ingin utarakan...Nak hantar kat suratkhabar atau blog orang lain mungkin tak memenuhi standard diorang...jadi paling senang adalah di blog sendiri..kita yang tulis , kita yang tapis..betul lah tu syok sendiri..he he..lagipun daripada aku berjam-jam menghadap komputer tapi tak mendatangkan hasil lebih baik aku menulis diari ni, selain untuk rekod sendiri sedikit sebanyak dapat juga  berkongsi dengan pembaca yang sudi datang.. yang baik ikutlah, yang buruk buang jauh-jauh....Aku tahu tak ramai pengunjung rumah aku namun begitu aku cubalah juga  jamu  dengan apa yang termampu. Air kosong pun ok lah kot..Nak menulis yang hebat dan menarik memang aku tak reti sebab menulis bukan profesion aku..Memang  tulisan aku banyak menyentuh  perihal pengalaman aku seharian. kerana aku rasa pengalaman yang aku rasai lebih dekat dengan aku..jadi fakta yang aku persembahkan aku yakin kesahihannya berbanding kalau aku menulis perkara yang aku tak arif diikhuatiri fakta aku banyak yang tak tepat...sekali lagi maafkan aku..hu..hu..

Tuesday, April 26, 2011

2WD dan 4WD...pilihan anda..?

Masa aku beli motor besar pertama dulu., bapak aku pendam saja perasaan nak tegur kat aku. Bila dah 2, tiga kali aku balik bawak motor, baru dia bersuara.. ...terima kasihlah diatas nasihat.. Mak/Bapak mana la yang mau tengok anak dia melarat. Dia risau aku perabih duit ke tempat tak tentu hala. Bukannya dia tak bagi beli  tapi pastikan sudah ada tabungan untuk kegunaan dimasa kecemasan. Aku sengeh dan angguk-angguk saja..yea..yea dengaar...Kesempatan balik baru ni sebenarnya aku saja nak tengok reaksi dia bila tengok aku bawak motor baru. lagi, he he.. tapi tak kesampaian sebab motor baru aku buat hal pulak...

Aku pun sebenarnya sependapat dengan bapak aku..jangan bazirkan duit tak tentu hala..

Tapi aku beli motor ni bukan untuk main gitu-gitu saja..aku beli untuk buat kerja. Aku rasa aku dapat berjimat dari segi masa , duit dll dengan bermotorsikal nih. Bini aku pun ngomel , anak aku pun sama.. 'motor yang satu lagi kan dah ada..'  ish..ish  'yang itu mana boleh lanyak  masuk site'..ha ha..alasan kukuh..Kenderaan kan keperluan. Harga motor baru aku ni pun jauh  lebih murah dari pick up Hilux, Storm dll., daripada aku beli kereta tapi hari-hari cuma naik sorang lebih baik aku sambar motor..minyak jimat..tol tak kena..dan dapat jugak bantu pengguna kenderaan lain dari bersesak teruk bila semua orang berebut  nak berkereta.. Tak betul ke aku..? ha ha..


Monday, April 25, 2011

Pergh...Pagoh lagi..!

Kacau betul laa..., selalu terbayang imej ni...Sumber gambar dari web SBM


Aku tak tau tetiba je rasa gementar sehingga terpaksa berhenti sebentar di R n R Pagoh arah selatan.. 500 m sebelum susur masuk R n R telah berlaku kemalangan lagi, 2 biji kereta terlibat pada Ahad semalam semasa aku ride sorang-sorang ke Johor..Masa aku sampai kenderaan masih tersadai di lorong perlahan manakala bumper kereta bersepai ditengah-tengah lebuhraya.. kejadian berlaku  ketika hujan lebat..segera aku teringat post yang aku baca di web SBM berkenaan superbike yang terperosok dicelah-celah tayar lori di lokasi sebelum susur keluar Pagoh arah utara.. Pergh..Pagoh lagi..!

Sebelum tu mujur aku memperlahankan motor kerana membiarkan bas memotong kenderaan dihadapan, jadi sempatlah membrek dengan selamat dalam keadaan jalan basah...ditakdirkan bas tu tiada dihadapan aku mungkin serpihan bumper yang berterabur dilebuhraya menjadi perangkap maut ..dalam keadaan hujan manalah perasan sangat halangan dihadapan..

Ada hikmah juga suzuki aku rosak, sebab perancangan asal memang aku nak test ride motor baru aku tuu..aku tak biasa lagi dengan posisi tonggangan,sistem brek dll.. argh.mujur..mujur..


Friday, April 22, 2011

Aku suka dengar bunyinya...



Barang yang aku beli online baru-baru ni...

Suzuki V Strom DL1000

Tong rupa  ni le yang aku beli dalam kotak di atas tuu...boleh muat 35 liter getah susu ni...motor ni kat gambar nampak macam lawa tapi kat luar macam tak seberapa la... lampu depan tu yang aku tak berapa berkenan...


Lepas Jumaat tadi aku pergi ambik motor  aku kat Naza PJ ..  Impresi pertama aku bila mula menunggang di jalanraya adalah bunyinya...Pada kelajuan 140km/jam, walaupun aku tak guna helmet full face bunyinya pergh.. syok betol didengar. lebih-lebih lagi bila memulas lebih minyak untuk memotong kenderaan..yess memang bunyi macam ni yang aku cari.. Karakter V-twin barangkali...Berbeza dengan enjin boxer BM aku yang agak memekakkan  kalau tidak menggunakan helmet full face. Enjin boxer BM aku syok didengar  hanya bila mengenakan suit helmet full face dia hatta pada kelajuan tinggi. . Hari Ahad ini aku nak bawa V Strom ini ke Johor untuk tugasan pertama dia  iaitu lawatan tapak di Kluang. Barulah boleh membuat penilaian selanjutnya...tapi tak maulah aku perah gila-gila sebab dalam pantang brader...

Lagi yang aku suka dengan V Strom ini walau pun tinggi tapi ringan.. berat dia dalam 205kg saja kurang 20kg berbanding BM aku..sebab tu agak  mudah dikendalikan walau dalam kesesakan . Kedudukan memang tinggi tapi bila hulur kaki errgh takda lah  tinggi  sangat..kaki boleh sentuh tanah dengan yakin walaupun terpaksa  menjinjit ..cuma ketinggiannya membuat aku sedikit gayat ...belum biasa barangkali..tong pun aku ingat bila dah sebulan guna baru aku nak pasang supaya terbiasa dengan gaya tonggangan yang serba baru ini..

Jom sarapan kat PD pagi Ahad ni..ha ha..

Thursday, April 21, 2011

Jom jaga kebersihan...


Harini aku nak tulis pasal kebersihan lagi..semoga dengan banyaknya tulisan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi kesedaran kita pasal kebersihan ...kalau pun sedikit saja pembaca yang terpengaruh dengan tulisan aku  ini kira satu kejayaanlah juga...

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini

Kes 1

Anda sedang makan di gerai atau restauran tetiba jiran sebelah meja anda .."krok..krokk tuii..!".meludah kahak selamba saja disebelah anda. Insiden ini pernah terjadi kat aku yang sedang makan kat restoran mamak ...Aku memang hangin kat mamat cina tu terus aku sound...'lu memang tarak hotak ? lu tarak pikir orang kelililing lu ke..?

Sebab memang dia salah dia sengih-sengih saja...

Kalau anda apa anda akan buat..?

Kes Dua

Juga melibatkan aku...Keluar dari bank seorang apik ni selamba saja buang slip bank dalam longkang..Aku tak taulah hati aku tetiba meluap-luap meradang kat dia , terus aku cakap..'Lu aaa wa ingat kalau taman ini banjir kilat, lu mesti antara orang yang akan komplen orang majlis makan gaji butalah..itulah inilahh..' Dia sengih-sengih saja..

Kalau anda apa yang akan anda buat?

Kes Tiga.

Masa bawak motor tetiba orang kereta depan anda buang kulit rambutan atas jalanraya...dah aku horn..bagitau lagi guna bahasa isyarat ..'janganlah campak sampah..!' eeikk selamba saja terus lempar lagi atas jalanraya...pemandu dan penumpang entah india estet mana...

Kalau anda apa anda akn buat..?

Kes Empat


Yang ini pengalaman ustaz yang beri kuliah tempat aku malam semalam. Sorang pakcik lepas minum selamba saja baling botol keluar tingkap kereta ... Kebetulan ustaz tu lalu situ..jadi ustaz pungut dan tegur secara baik pakcik tu sambil memberikan semula botol dengan meletakkan di kerusi penumpang ....anda tau apa respond pakcik tu...dia selamba buang semula botol tu bila ustaz tu mula beredar...

Kalau anda apa akan anda buat..?

Sebenarnya banyak lagi kes-kes lain yang menunjukkan kesedaran orang awam perihal kebersihan masih sangat rendah....Kalau kat trafik light tu kekadang sampai membukit penuh dengan puntong rokok...Kemana menghilangnya rasa bersalah kita yea..?

Wednesday, April 20, 2011

Memancing dan Berbasikal..Pilihan Anda..?




Kedua-dua aktiviti ini mendapat tempat dikalangan peminat-peminat aktiviti outdoors. Macamana dengan minat anda dan kenapa. Aku?..aku suka berbasikal lah..tapi aku tak mau komen pasal pilihan aku, takut nanti bias dan mempengaruhi ulasan anda..Dua-dua ada pro dan kon. Kaki pancing pun ada alasan mereka begitu juga yang kaki kayoh basikal...aku harap pembaca sudi-sudi perturunkan komen anda , walaupun mungkin anda tidak meminati kedua-dua aktiviti itu...kita tengok hobi mana lebih menjadi pilihan...

Sunday, April 17, 2011

Jom kayuh lagi...!







Kurang stamina le ni..naik bukit sikit dah mula tolak basikal...

Bapak masuk trek, mak tolong perhati anak-anak kecil yea...

Karnival MTB Batang Kali.... ish.ish apasal kawan aku yang duduk di sini tak bagitau aku..kalau tak boleh join..,tak dapat hadiah tapi dapat mood penyertaan pun jadilahh....
Ramai rider dari pelusuk Malaya hadir...cakap saja lah dari mana..  Penang..? Johor ..?Pahang..? pendek kata utrara, selatan, timur, barat semua adaa...


Dekat 3 bulan juga kami tak ride bersama. Tak taulah apasal tetiba yang sorang ni  menyepi diri..Kawan aku yang sorang lagi tu  aku boleh faham lah... dia dah lama menduda pastu bulan dua baru ni dapat pulak bini baru jadi berehat sekejaplah.... semasa ketiadaan rakan karib ni, aku layan sorang-sorang jelah, pusing-pusing keliling taman.

Hari ni kebetulan mereka berdua ada kelapangan jadi kayuh semula ...Kami ikut trek biasa ke Sg Buaya. macam biasalah kayuh, kayuh,kayuh. , sampai sana sembang-sembang sambil pekena air kat gerai lepas tu baliik...boring kannn  inilah yang tak best bila buat aktiviti kat tempat sama...dah jadi seperti rutin, kurang kepuasannya. tapi oklah untuk mencergaskan badan dan minda...

Cuma yang bestnya hari ini tak sangka ada karnival basikal lasak disitu...dengar khabar hampir seribu orang menyertainya....wah bagus-bagus semakin ramai orang menyertai aktiviti sihat seumpama ini ...kami dah mulakan anda bila lagi...? Jomlah...!




Saturday, April 16, 2011

Berapa hantaran kahwin korang...?

Betul tak apa yang aku tulis dalam post aku terdahulu.? Masa berubah begitu pantas..tentu peristiwa tu masih segar di ingatan .., sedangkan kami pasangan senior  pun masih segar diingatan tentulah lagi kepada pasangan-pasangan baru...Kalau tak percaya tengoklah nanti, kejap saja rasa tetiba kita pulak  akan berada disebelah mak ayah, nak taknak mula bercerita pasal duit hantaran lagi untuk anak-anak pulak...

Aku ada spesial memori pasal duit hantaran kahwin aku...he he..Aku dulu kawin koboi saja .. Tapi majlis aku kira ok lah juga. ada masak-masak walaupun jemputan takda lah sampai ribu ribuan,..hanya terdiri dari pelajar-pelajar yang menuntut di sana...Yang seronok kawin masa belajar di luar negara, ramai kawan pakat-pakat nak sponsor.. pendek kata aku tampung mana yang terkurang saja. beras, ayam,lembu, kambing....he he semua kekawan yang tanggung. Masak memasak pun gotong royong...Ada rezeki nanti kami nak melawat semula rumah bersejarah majlis kahwin kami...

Berbalik pasal duit hantaran...masa aku bagitau aku nak kahwin, keluarga aku uruskanlah urusan menyunting bakal bini aku nih..dikampong sana la...Urusan kebenaran dengan JPA di tanahair kedua-dua pihak pun tolong uruskan....sebab kami sama-sama sedang belajar barangkali,  maka duit hantaran tak tersenarai dalam pakej perkahwinan kami.. he he..

Seminggu sebelum majlis besar aku 1.1.1990...wakil sebelah pompuan emak kakak ipar, kakak ipar bakal bini aku dan  dan bapak aku datang ke Kota London...aku terkejut wei mana bapak aku dapat duit sebab dia kerja kampong saja...argh tak kisahlah dia nak datang, takkan aku kata jangan...Alkisahlah bermula bila dah duduk sembang-sembang tu terkeluar la pasal duit hantaran kahwin nii...'Eh orang kena tangkap basah pun ada duit hantaran..takkan yang ini langsung takda duit apa-apa....?' peergh...laser mulut kakak ipar bini aku ni...takkan majlis nak kensel kot pasal duit hantaran ni.. wa selamba jawab...'Berapa akak nak nilaikan bakal bini saya nih..5000?,  20000..?...100000..? bagi saya semua tu muraah kak..saya nilaikan dia TAK TERNILAI sampai saya saya tak mampu bayar...!'

Aku tanya dia balik 'Berapa hantaran kahwin akak dulu..?' dia sipu-sipu tak mau jawab sebab takut aku cakap nanti hantaran dia murah....ha ha..bila dia balik bapak aku tunjuk isyarat bagus kat aku...kah kah kah....!

Tapi jangan ingat aku berdendam dengan kakak ipar aku tu..takda sekelumit rasa marah pun pada dia. dan kami memang rapat dengan dia sehingga sekarang...mintak maaf lah kepada pembaca kalau tersentuh dengan tulisan aku ini..sekadar nukilan memori..ha ha..

Friday, April 15, 2011

Latep's first...ha ha..

Bukankah sebelum bermulanya banyak langkah mesti didahuluhi dengan langkah pertama..? pertama ini aku import sekotak ..mana tau lepas ini sekontena...pastu sekapal..pastu berkapal-kapal ,,berangan-barangan...argh berangan bukannya kena bayar...


Minggu ni banyak pulak pengalaman pertama yang aku alami. Walaupun mungkin tidak begitu signifikan kepada orang lain tapi tidak bagi aku...keterujaan mengalami pengalaman pertama memang jauh berbeza berbanding jika telah mengalami beberapa kali. Antara pengalaman pertama yang aku alami dalam se minggu baru-baru ni  adalah

1. Hampir 3 tahun bawak motor baru pertama kali aku menonggang motor sejauh 240km lebih dalam hujan lebat ..ya sangat-sangat  lebat tanpa henti sepanjang perjalanan dari Kuantan- Kuala Trengganu. Sedangkan masa mula-mula bawak motor besar dalam hujan adalah ke Bukit Beruntung.iaitu 3 tahun sudah. Phew.. mula-mula bawak dalam hujan memang berdebar giler.. Apa korang rasa bila bawa motor atas lantai simen licin waktu hujan..he he macam tu lah berdebarnya aku masa tu...

2.Hujung minggu lepas juga pertama kali dalam sejarah hidup aku melalui jalan Kenyir- Felda Aring. Sebelum ni hanya dengar cerita dari orang yang pernah lalu jalan itu..,ada yang bercerita terserempak  gerombolan gajah melintas dan pelbagai peristiwa lain.. Aku pun terserempak dengan gajah, tapi kat pusat pemuliharaan binatang liar..ha ha..

3. Pertama juga dalam hidup aku dapat sentuh gajah, belai gajah, bersalam dengan gajah he he jakun tak terhingga. Kat zoo kan dapat tengok dari jauh je..

4. Pertama kali beli barang secara online. Aku order barang dari Germany wei..Sumpah tak pernah...he.he . dia punya rasa berdebar sementara tunggu barang sampai susah nak cerita. Puas aku bertanya kepada kekawan yang pernah berurusan secara online. entah berapa kali aku check inbox email , nak tau perkembangan terkini.. pertama kali la katakan... Sekarang kan banyak scam di internet ..duit dipotong barang tak dapat. naya.naya ..tu yang aku cuak bila  sahkan  bayaran guna kad kredit dan SEND.  argh tawakal..tawakal..

5. Hari Rabu baru ni posmen hantar notis tuntutan barang di Pos Malaysia KLIA. yess..yess.yess barang yang aku order dah sampai...pertama kali  jugak aku berurusan dengan kastam di situ untuk urusan pengambilan barang...tax ? yea aku kena bayar tax RM399...10 percent dari nilai barangan..barang apa..? nantilah aku bagitau bila motor aku keluar Naza Jumaat depan..ha ha..

Macamana dengan pengalaman pertama korang? 

Thursday, April 14, 2011

Kenyir-Felda Aring, pertama kali lalu...



Pergi Trengganu kalau tak beli Kepok Ghonde tak sah...orang KL cakap keropok lekor.  kelebihan untuk motor yang banyak tong.. boleh  isi kepok,  petai, putu mayam dsb..ha ha..banyak ruangg cakap luu...!



Berlatarbelakangkan Tasik Kenyir. Panorama yang indah dan menenangkan..

Singgah di Pusat Pemuliharaan Haiwan Liar Trengganu Terletak antara Tasik Kenyir dan Felda Aring... Gatal anak gajah jantan ni..aku pun nak dirabanya ha ha....




Hanya ada dua tempat pemuliharan hidupan liar di Malaysia..1 di Pahang dan satu lagi di sini..

Salam pun tiru gaya bikers  ..ada calit ibu jari..he he..

Haa..yang ini nama dia Telong...Seri tu pinjam tempat dia saja.. tengah bulan depan akan dipindahkan ke zoo Kemaman. sesapa yang nak beramah mesra dengan Telong boleh la ke sana..takda lah jauh sangat.


Jom sambung lagi cerita aku semalam.

Balik ke KL kami  menggunakan laluan  Tasik Kenyir dan Felda Aring. pastu sambung ke  Gua Musang-Cameron Highland terus ke Simpang Pulai dan  PLUS highway.

Tasik Kenyir -Felda Aring

Jalan Tasik Kenyir ke Felda Aring ok. tapi bahaya sebab jalan yang elok tetiba saja ada ada lubang merentasi jalan  menunggu mangsa. Banyak lokasi sebegini di sepanjang laluan tersebut. Aku terterjah salah satu lubang...walaupun sempat membrek..phew...! mujur tiada kejadian tak diingini terjadi,.sangat bahaya ketika hujan dan waktu malam. Jalan sunyi dan lengang. tak digalakkan melalui diwaktu malam.

 Memasuki Felda Aring

 Jalan Felda Aring jalan rosak teruk. sesuai bawak scrambler..ha ha

                                


Habis motor aku , berselupat dengan lumpur dan longgar skru...kata felda kaya takkan tak boleh sumbang bagi elok jalan. Sesetengah tempat lubang ditampal guna tandan kelapa sawit..aparaaa!


Tiba di Jalan Utama Gua Musang- C. Highland-Spg Pulai

Gua Musang-Spg Pulai tunggangan kerap kali  dibasahi hujan. Menuruni Cameron Highland ke Spg Pulai hari dah gelap, jalan licin . Berhenti di R n R Spg Pulai dalam 8.30 mlm. Segarkan badan dan solat. Dapat juga bertegur sapa dengan bikers yang baru balik dari Phuket.

Spg Pulai- KL

Masa sambung ride lalu highway PLUS nilah aku dapati ada sebiji viva..ya viva yang asyik cucuk belakang aku...takpelah aku lepas bagi ko potong...memang laju mamat nih...tak padan kecik, lagi pun malam aku tak berapa selesa bawak motor..samada aku yang bodoh atau kedua-dua sekali bodoh kalau aku layan sangat mamat ni....Kami berhenti semula di kawasan rehat Rawang sebelum Pok Li meneruskan perjalanan ke Salak Tinggi. Aku sampai rumah dalam pukul 10 mlm...

Sekian untuk perjalanan kali ini..


Wednesday, April 13, 2011

Jom sambung...


Dah kebetulan sampai K.Trengganu ni tak syok pulak kalau aku tak singgah ke rumah mak/ayah mertua aku. Ayah mertua aku dah lebih 4 tahun terbaring sebab strok, kali ni mak mertua aku pulak yang dah mula jadi teman setia tempat perbaringan,. boleh bangun dan berjalan tapi menggunakan alat bantuan., jalan pun mengesot antara angkat tapak kaki dengan tidak. Bila menziarahi orang uzur ni  aku harap aku semakin insaf. Kita pun akan melalui zaman itu kalau kita panjang umur, sedikit demi sedikit pinjaman nikmat sihat ditarik semula. Sebenarnya semua orang akan menuju ke situ jika panjang umur, tapi penyakit apa  yang akan mendampingi kita, kita tak tau kecuali orang yang dah disahkan berpenyakit.  Apa yang pasti penyakit tua memang tiada ubatnya.

Dalam kita sibuk dan leka tanpa kita sedar usia senja menjengah kita. Cuba kita renong semula. Aku yakin peristiwa kita di zaman anak-anak, zaman persekolahan, zaman awal berkerja, zaman awal perkahwinan masih segar di ingatan.. tup tup anak kita pulak sekarang ni mengulangi kitaran hidup yang pernah kita alami sebagaimana kita mengulangi kitaran yang dialami/ditinggalkan oleh orang tua kita., walaupun jalan cerita yang mungkin berbeza. Inilah dinamakan fitrah kehidupan. Bersediakah kita untuk menuju ke alam yang satu lagi...? Ya Allah golongkan kami dalam golongan orang yang bertakwa. taat dan patuh terhadap suruhan Mu. Aminn

Adalah setengah jam lebih aku kat rumah mak/ayah mertua aku sebelum mintak diri beredar, lepas ni nak berkejar ke Besut pulak. Singgah sebentar sarapan di gerai nasi dagang berdekatan dengan Masjid Raja.,Chendering  tapi bukan digerai yang popular tu.. Gerai dah pindah kot...,Kalau korang ingat di kawasan sinilah  pernah mencetuskan isu nasional  dulu bila pelanggan mengadu beli lauk nasi dagang kepala ikan aye/tongkol berharga lebih  RM 80 seketul...he he... Baru ni pun aku terbaca di surat khabar, tauke gerai makan  ikan patin di Temerloh, caj pengunjung RM13000 untuk jamuan 50 orang....tongkol/patin spesis exotik barangkali....mungkin rasa secubit keenakannya tahan sebulan...ha ha..hah yang pengunjung ni pun satu..dah bedal baru tanya harga...

Sampai sekolah anak aku dalam 1.30. Kelas tak habis lagi ke? jadi terpaksa aku tinggalkan barang dan jajan di pondok jaga. Sekolah berasrama ni lain sikit jadual diorang, kekadang tu sampai pukul 2 baru habis kelas..

Petang hari yang sama jugak nak balik ke KL...harapan masa tu janganlah hujan sepanjang perjalanan...tak tahan..., kecut telor beb..ha ha..

Tuesday, April 12, 2011

Ride Pin Kartun...

Perghh.. ramai bikers berkumpul kat BHP lepas tol gombak..ini mesti nak main konar, pastu pekena nasik lemak Mak Andak kat Karak pastu..? ....Balik..ish ish..


Tuu dia.. motor perang sudah marii..!


Ramai pulak yang minat motor kami...siap ambik gambar dari segenap sudut. Padahal ST1300 lagi lawa, GTR lagi power .. FJR lebih mengancam...tengkiu..tengkiu..kepada sesapa yang tak jemu-jemu menunjukkan isyarat baguus..! ha ha..
Bulannn....! pergh Pok Li tunjuk handal layan karoake lagu Broery..Thump up..!

Inilah pin kartun yang aku maksudkan..anak aku cakap nak berniaga pin kartun kat asrama dia...bagus-bagus. bila dapat untung nanti tak payah lah mintak duit selalu kat aku..ha aha..


Adakah ini hobi bermusim,,,? Kalau dulu -dulu masa aku kecik memang macam nilah..pantang hujung minggu ! .bila tiba musim main gasing, pakat-pakat satu kampong main gasing,  kalau takda duit nak beli, buat sendiri guna batang kayu jambu batu, argh yang paling penting boleh pusing...bila musim main baling tin susu/kotak rokok semua simpan stok tin susu/rokok .. dan bila musim main gelang getah lastik sapa dapat kumpul gelang getah hingga paras siku  kira otai terrer giler  masa tu ha ha..begitulah seterusnya

Sekarang pun aku tengok  serupa macam dulu jugak...cuma fenomena berbeza. . sekarang ni aku tengok orang giler layan motor...pantang jumpa hujung minggu, bersepah-sepah mamat motor di seantero Malaya...Kalau ke Utara R n R Rawang jadi port, menghala pantai timur? ha ha tak payah aku bagitau semua dah tahu .. Stesen minyak BHP lepas tol Gombak la...bila komuniti bikers dah makin ramai semacam ada pengenalan tersendiri untuk bagitau bahwa..'wa pun rider tau..! masa bersalaman mesti ada extra calit ibu jari ish-ish. yang ini wa  tak pandai-pandai nak ikut.. he he..wa gengam kuat-kuat bila ada tanda diorang nak calit ibu jari...tapi kekadang terlepas juga..

Hujung minggu baru ni aku ke Besut ke sekolah anak aku...pergh sikit punya ramai bikers kat Stesen minyak BHP. Kebetulan Pok Li pun nak join aku. jadi kami ke sana berdua..Dalam pukul 8.45  pagi gitulah kami bertemu di sini. Lepas sarapan terus bergerak. tak boleh tunggu lama-lama takut nanti bila mamat motor perang mula start enjin, naya kami terpaksa bersaing dengan mereka di jalanraya., silap-silap terpaksa beri laluan guna bahu jalan ..ha ha diorang membesit giler beb...

Isi minyak sekejap di R n R Temerloh pastu terus ke Kuantan ziarah abang Pok Li yang dapat anak baru...tak sampai 2 minggu isteri dia bersalin... aku toleh anak, aku  toleh ayah...handal betul abang Pok Li nihh., 2  tahun lagi nak pencen ..! 'Benih tua...', dia cakap ha ha..psst.. psts ini isteri dia no 3..! haa ko...patutla muda beno bini dia..Bagi tips Pok Din, kah..kah.kah..! errr betul ke nama dia Pok Din argh hantam sajalahh...

Sambung ride sepanjang 200km lebih dari Kuantan ke Kuala Trengganu  hujan selebat-lebat hujan...habis lencun satu badan...baju hujan tak pakai., ingatkan hujan sikit-sikit..bila dah alang-alang basah terus saja ride. Ride dalam hujan  ni yang leceh, tangan,kaki,   badan.. rasa kebas semacam sebab sejuk. pengelihatan pulak  terbatas.., kalau duduk belakang kenderaan berat lagi naya..mujur motor kami cermin penghadang angin boleh laras. cuma tekan butang je. bila visor helmet mula berkabus, bukak sikit visor.. turunkan penghadang angin, zuup terus clear ..! ha ha..cuma yang aku nak tegur ni pasal pengguna jalanraya. apasal lah masa hujan lebat ni kedekut sangat nak pasang lampu besar...pengguna dari arah bertentangan tak nampak tau..!

Semasa di laluan Jerangau -Jabor  nyaris aku tersondol wira yang tiba-tiba membrek sebab langgar takungan air..berderau darah aku beb...inilah risiko bawak motor dalam hujan lebat...

Sampai Trengganu dalam 4 ptg, singgah Pasar Payang beli seluar..sebab takda bawak pakaian lebih ...satu-satunya seluar sudah lencun daa. hasrat untuk terus ke Besut terpaksa kensel., jadi kami bermalam di Permai In Hotel...









Saturday, April 9, 2011

Jom panjat bukit...!

Denai menuju ke puncak...

Flaura dan fauna...yang ini aku tipu...aku ambik gambar ni ditempat lain...tapi dekat juga dengan kawasan perumahan tempat aku..he he..

Pergh..jauh lagi nak sampai puncak yang berbendera...

panjat...panjat..!
Dimana ada kemahuan..di situ ada jalan...walaupun jauh lebih rendah dari G.Kinabalu tapi rasa tinggi macam G.Kinabalu ha.ha...

Yess..! aku orang pertama berbasikal ke puncak ini...berani potong jari..!

err..itu mcm sumatera..ha ha..

sebelah sana tu macam Singapore..kah..kah...

Joggers yang tiba ke puncak  dirakam dari kejauhan...Rupanya ramai yang berjogging ke sini pagi dan petang...ramai orang takut sakit wei...

Pemandangan padang golf  dari tempat tinggi..

Petang tadi semasa berbasikal secara kebetulan terserempak dengan joggers yang berjogging di kawasan perumahan Emerald West. Rawang. Mereka bagitau nak  ke puncak tertinggi di kawasan perumahan ini..err tak tau pulak aku...aku nak cubalah daki dengan berbasikal, walaupun tak pernah dibuat dek orang...nama pun dah mendaki..aku lebih banyak pikul dari kayuh basikal...ha ha..Best jugak sesekali berbasikal ke kawasan baru...Boleh aku ajak geng basikal yang lain ke sini lagi nanti..! Ada berani...?

Thursday, April 7, 2011

Berdua pun berdualah..!

Kalau dia boleh, kita pun mesti boleh...! Pengembara solo berbasikal dari Argentina...


Ish susah juga nak cukupkan korum. Xpdc kami ke Sumatera yang asalnya 6 orang dah tinggal 2 orang. Ar Mastor dan  aku saja.. Yang lain mempunyai keuzuran. Tapi xpdc tetap diteruskan. Lagi sikit lagi senang tak banyak kerenah dan lagi banyak tempat menarik boleh dilawati..Aku memang teringin benar untuk ke Pulau Sumatera., lebih-lebih lagi ke Acheh yang di badai tsunami. .Mujur Ar Mastor turut ingin kesana membuat kajian perihal senibina fakulti beliau di UKM, Bangi.. Kalau dia pun tak dapat pergi, aku pun nampaknya kena batalkan perancangan ini. Nak ronda sorang-sorang belum ada konfidenlah wei...lebih baik aku bawak bini aku naik bas..ha ha..

Tapi bila difikir-fikir apa masalahnya kalau pergi sorang-sorang. Pergi pun bukannya jalan kaki tapi berkenderaan. Harap-harap kenderaan takda masalah saja..(bab ni yang merunsingkan aku..aku bukannya reti sangat bab motor nih) bawa perlahan pun lama- lama sampai...kalau penat berhenti, tak payah paksa diri..aku tengok sekarang ni  ramai orang yang berbasikal saja ronda-ronda dunia..kalau rajin cari di internet pasti akan jumpa cerita-cerita xpdc solo keliling dunia...xpdc solo wanita berbasikal pun aku pernah baca...ish malu betul aku kalau  xpdc sumatera ini sampai tak jadi..Pokok pangkal terletak di hati...

Aku dah bagitau Ar Mastor tadi..harap-harap xpdc berdua ni berjalan lancar...lepas ni kami bercadang untuk ke Borneo pulak...tapi dengan V Strom dan Bandit baru kami..ha ..ha Geng Suzi ..! selagi ada kelapangan dan rezeki beb... argh malas lah nak cerita lebih-lebih., bagi jadi yang ini dulu...

  

Wednesday, April 6, 2011

Jom kita kira...!

Lama aku tak jumpa kawan aku nih., tadi kebetulan terserempak dia kat Naza AutoMall, PJ.

Aku; Wei apa buat kat sini?
Dia; servis motor
Aku; Motor yang mana satu?
Dia; Monster 1100. motor bini aku...
Saleman; Masa saya hantar motor sampai tak tau nak letak kat mana lah motor dia bang..
Aku; pergh..!

he he lebih kurang gitulah perbualan kami...bila dah lama sembang baru aku dapat tau dah bertambah koleksi motor dia. Bila balik aku check harga motor dia. Jom kita kira..


BMW K1200S-RM110K+


Ducati 1198S kalau campur after market aksesori lebih RM200K motor nih..! baru beli mileage tak sampai 500km lagi...
Ducati Monster 1100  100k+ tak silap aku..ini motor bini dia...sebelum ni monster 690, tapi bini dia cakap under power..!

BMW S1000RR- RM110k+


Ducati Multistrada 1200S tanpa aksesori saja sudah hampir mencecah RM150k

Manakala motor kecik paling koman 10k-15k untuk dua bijik

Kawasaki Scrambler 150
Skuter

Tujooh bijik...! giler ke apa...inilah penangan bila dah giler motor...ish..ish.  Korang congak jelah berapa nilai koleksi motor dia. Itu tak campur kelengkapan topi, jaket. boot seluar dalam he.he  dll.. dan yang unik berkenaan kenderaan dia, baik kereta atau motor semua nombor pendaftaran adalah 4. Haa yang ini aku saangat suka. Buktikan kepada sesapa yang taksub sangat dengan nombor  ong..ong tu sebenarnya takda benda pun dengan angka, semua sama saja...

Bagi aku kalau anda mampu untuk memiliki semua itu, teruskanlah. Nak borong semua jenis model pun ok. Anda adalah orang yang paling layak menilai kemampuan anda. , bukan orang lain. . Paling tidak ramai juga yang beroleh manfaat dari kegilaan anda itu.  Tauke kedai untung boleh menggajikan ramai staf bila bisnes berkembang, jurujual tersenyum,   ramai mekanik boleh bernaung dibawah pemilik-pemilik bengkel kenderaaan dsb...rezekikan untuk dikongsi bersama. Daripada ada duit tapi simpan bawah bantal tak ramai yang beroleh manfaat betol tak..?

Bagi kita yang kurang mampu pulak, ikut saja stail kita, usah terikut-ikut sangat dengan rentak diorang..Kalau untuk jadikan inspirasi kita ok la..harap-harap suatu hari nanti kita juga berkemampuan macam mereka. Yang jadi masalah kita tak mampu tapi cuba ikut stail orang yang mampu. sah naya beb. itu yang  tergamak menggunakan sumber kewaangan meragukan demi memenuhi kehendak hati. Bila SPRM berdehem saja dah mula kecut perut...

Cara mudah untuk mengawal keinginan di luar kemampuan adalah dengan bergaul dengan geng-geng yang sekufu/setaraf dengan kita. sebab tu dalam banyak hal aku telek dulu geng yang aku nak  join. kalau lebih banyak mencaca- merbakan  fikiran lebih baik berundur. buat kawan gitu-gitu sajalah...Bagi yang tak mampu tapi buat-buat mampu, memang sengaja cari bala...Sekali lagi ukur baju dibadan sendiri...Keputusan di tangan anda...

Tuesday, April 5, 2011

Xpdc Sumatera..ini macam ka...?

Salam bro latep,
Untuk bawa motor ke Indonesia,
1.Buat carnet dengan AAM di Shah Alam-bayaran proses RM500.00
2.Kena buat lesen memandu antarabangsa-RM150.00
3.Kena jadi member AAM RM80.00
Wang deposit untuk AAM kena sama nilai semasa motor yang akan dibawa ke sana.Wang ini akan dipulangkan bila pulang nanti.
Motor boleh di bawa keluar dari Pulai Pinang ke Pelabuahan Belwan,Medan
1.Bayaran kapal sehala RM370.00
2.Cukai kastam Indonesia/BEA RM300.00
Selamat mengembara....he he he....


Inilah mesej yang aku dapat dari geng riders yang pernah ke Indonesia.

Nampaknya  niat xpdc Sumatera pada 14/5-22/5 ni dengan membawa motor dari Malaysia terpaksa dibatalkan. Argh tak berbaloi la nak bawa motor dari sini..Kurang thrill pulak bila berxpdc dengan motor orang nih. Walaubagaimanapun Plan B dah kami atur dengan geng riders yang ikut serta. Kami akan menyewa motor di sana. Kalau sewa kapchai dapat rm30 sehari.., tapi yang tak syok kena juga letak deposit 5 juta Rupiah..! lebih kurang RM1500 la..Aku harap harga boleh runding masa mengambil motor nanti .. Perancangan asal kami nak naik feri dari P.Pinang. tapi bila dah timbang-timbang dari segi kos tak banyak beza dengan naik flight kami ambik keputusan naik flight saja terus ke Medan Indonesia. Masa pun dapat jimat lagi.

Aku berharap kawan-kawan aku janganla ada yang mula luntur hati bila dapat maklumat terkini ni..Kalau susah sangat nak ronda naik  motor ..terus je ronda-ronda naik bas ok kot....ha ha..

Monday, April 4, 2011

Jom Sihat...!




Practice make perfect...Sebab aku jarang praktis maka aku tak perfect. Baru di kaki bukit kaki dah lenguh.dan tak larat nak berlari, nafas pun tercungap-cungap,berbanding pakcik sebelah aku tu, walaupun berumur 63thn, tapi selamba saja BERLARI mendaki bukit. Siapa nak lawan pakcik tu jomlah datang ke taman aku di Country Homes Rawang. Saban petang beliau berlari keliling taman. Aku join dia tapi bukan berlari...aku berbasikal ha,ha..

Semangat bersenam  muncul kembali.., setelah melawat kawan aku yang terlantar gara-gara sakit kencing manis peringkat kritikal. Meremang bola roma aku tengok berpuloh jenis ubat yang terpaksa ditelan untuk MENAHAN sakit. Kita yang masih sihat ni sepatutnya insaf akan nikmat sihat yang masih belum ditarik balik.. Kalau dah terkena memang tak boleh undur..sepanjang hayat terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan...

Disamping senaman fizikal harian , amalan yang dianjurkan oleh agama islam sebenarnya menjurus kepada amalan kesihatan yang baik. Nabi sangat menganjurkan 3 perkara berikut :-

1. Berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan
2. Perbanyakkan solat malam dan
3. Mengerjakan solat Dhuha.-Solat dhuha ni diibaratkan seperti zakat terhadap anggota tubuh kita.

Aku pun jarang melakukan perkara di atas tapi aku harap dengan menulis dan  berkongsi maklumat yang aku dengar dari ustz-ustaz ni, aku dapat kekuatan mengamalkan tips yang digariskan oleh agama ini. Aminn..


Friday, April 1, 2011

Betul tekaan aku...



Depan kena...


belakang pun kena...berdebah betul..! Di setengah hentian bas, hampir seluruh permukaan sudah kena tampal.


Nombor along sudah terpampang..apa masalah untuk membentras kegiatan ceti haram ? hendak dengan tak je...



Pantang ada ruang kosong...mesti kena tampal.


Memang aku dah agak, mesti akan ada tangan-tangan gatal yang akan mencomotkan papan tanda yang dipasang...macam takda rasa bersalah mencomotkan pemandangan..Mentaliti kelas rendah nak buat macam mana. Berapa banyak duit kita yang terbazir begitu saja...Aku pun tak tau sampai bila kita boleh tingkatkan mentaliti keperingkat lebih tinggi lagi...Kalau takda kesungguhan dipihak kita dan penguasa aku gerenti akan macam nilah keadaan kita...tetap ditakuk lama. Aku tak nafikan tahap kesedaran segelintir warga tempatan ada peningkatan seiring dengan taraf kehidupan mereka, tapi secara umumnya kesedaran perihal kebersihan masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kebanjiran warga asing yang rata-rata terbawak-bawak dengan sausana di negara asal yang masih terkebelakang.

Kepada semua pembaca diluar sana jomlah kita sama-sama menjaga kebersihan negara kita. Perubahan bermula dari diri kita. Yakin boleh.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK