click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, February 24, 2019

Jom jogging-Tmn Tasik Keramat KL

24hb Feb 2019

Jom jogging harini di Tmn Tasik Keramat KL. Taman rekreasi mini ditengah - tengah kawasan perumahan padat Dato' Keramat. 

Syabas kepada pihak DBKL diatas inisiatif menyediakan taman awam untuk kegunaan masyarakat setempat. 


Walaupun kami tiba agak lewat, terik matahari pagi tidak begitu dirasai sebab terhalang oleh pohon-pohon dan bangunan- bangunan tinggi.. Sausana serupa walaupun tidak secantik Taman KLCC. 

Ramai pengunjung berjogging di sini. Kelihatan tadi sekumpulan wanita- wanita bersenamrobik dikawasan lapang.  Perkembangan yang sangat sehat. 



Ok lah untuk membawa keluarga beriadah... Banyak kemudahan bersukan disamping kemudahan mainan kanak-kanak disediakan. 


Peralatan riadah disediakan dikawasan kanopi.. 


Kolam takongan yang berfungsi mengawal limpahan air hujan  boleh  dimanfaatkan sebagai nilai tambah untuk taman rekreasi awam...



Trek jogging yang disediakan disekeliling taman  walaupun tidak panjang tapi memadai... Jika tak puas sekali, pusinglah berkali-kali.. 


Pemilihan tepat untuk  berjogging harini kerana taman ini sangat hampir dengan UTC Dato Keramat.. Sesudah berjogging berurusan dengan JPJ untuk menukar lesen memandu anak. ☺️


Wednesday, February 13, 2019

Kiosk Gunting Bas BMW...


12hb Feb 2019

Selalu orang cakap nak buka restoran kena tahu memasak, nak menjadi penternak  kena faham selok belok haiwan... Nak mengusahakan kedai barber wajib tahu menggunting rambut...Sebenarnya itu bukan syarat utama.. Jika memiliki skil tersebut hanyalah satu kelebihan.

Bermula dengan cadangan kerani pemaju perumahan semasa membeli unit kedai dahulu, kini penulis semakin seronok mengusahakan kedai gunting rambut . Jika pembukaan kiosk bas ke2 ini berjaya, 5 dari minima 7 outlet yang diangan - angankan berjaya direalisasikan...



Bersesuaian dengan modal yang tak seberapa, target market adalah orang kebanyakan.. Golongan ini lebih mementingkan nilai  berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. .. Penampilan kedai walau biasa- biasa itu  memadai yang penting servis bagus dan hasil guntingan menepati citarasa. 


Dah buat perbandingan outlet kabin dengan bas. Hati tetap terarah ke bas juga.. 

Pembelian bas kalini hanya badan tanpa enjin. 


Bas isuzu... Ermm tak jadi beli.. harga mahal lebih 6ribu

Percubaan awal menggunakan bas  sebagai kiosk gunting ternyata berjaya. Mengulangi jalan pintas menggamit pelanggan ke kiosk gunting, kiosk gunting bas ke2 bakal menemui pelanggan tidak lama lagi. 



Mercedes Benz.. Wow... Body cantik.. Harga ok 2 ribu tanpa enjin... 

Berbekalkan pengalaman terdahulu, perancangan kalini dibuat dengan lebih berhemat. Pengubahsuaian dalaman dan luaran akan dibuat secara minima...Luaran akan mengekalkan keadaan sedia ada... Mungkin akan diubah suai kepada 'Kiosk Gunting Bas Sekolah' dengan menampal sticker...
Berdasarkan anggaran kasar rasanya kos keseluruhan nanti tidak melebihi 10 ribu, separuh dari kos pertama dulu... 



Amacam ok tak macam ni... 😊


Monday, February 11, 2019

Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau...

9hb Feb 2019

Menghadiri majlis walimatul urus anak sahabat haji 2013 di Ipoh Perak. 


5 tahun sudah berlalu namun tiada perubahan fizikal ketara dan alhamdulillah masing-masing masih sihat walafiat. 


Dah alang alang ke utara, terus ke Kuala Kurau, sejam setengah lagi perjalanan melawat si kecik... Rindu pada cucu ni lain macam walaupun baru saja 2 hari lepas si cucu balik bertandang. Ditambah lagi kini sikecik sudah 2 tahun dan mulai pandai menyebut beberapa patah perkataan.. 


Kalau ke  utara sering tak lupa menikmati mee udang atau mee ketam... Di Taiping selalunya orang pergi Kuala Sepetang manakala di Kuala Kurau ini Parit 30 atau Kuala Gula jadi destinasi pilihan.. 



Sotong lanun... Tak pernah lagi merasa, mungkin kunjungan akan datang mencuba.. 



Jika hujung minggu ramailah mat motor yang berkunjung ke sini. 





Setelah menikmati hidangan,  mee udang Parit 30 ternyata  mengungguli  keenakan berbanding 2 lagi tempat disenaraikan di atas. Harga pula sangat berpatutan... 

Apa lagi, ajak lah teman- teman ke sana... 




Wednesday, February 6, 2019

Genting Premium Outlet & Tmn Eko Rimber Templer..

5&6 hb Feb 2019

Meraikan si kecik yang pulang bercuti, aktiviti sekeluarga lebih tertumpu kepada beliau. 

Tahun baru cina 5hb berkunjung ke Genting Premium Outlet. Sebagaimana dijangka orang sangat ramai. Mujur kami telah makan tenghari dibawah.. Sangat sukar untuk mendapatkan tempat duduk di food court. Harga makanan memang mahal. 




Bersiar siar di tanah tinggi mengharapkan cuaca nyaman, tapi kunjungan kalini cuaca agak panas. 





Si kecik hanya mampu mencuba pakaian sejuk... Untuk membelinya rasa sangat tidak berbaloi. Pakaian sebegini lebih baik dibeli dinegara sejuk yang ingin dikunjungi. 



Untuk lebih nilai wang kami  makan- makan malam ketika turun dari tanah tinggi... Teringin makan nasi arab teringat deretan restoran masakan arab di belakang bangunan Perkeso Jln Tun Razak,  Kg Baru KL


 Selain banyak pilihan  harga yang ditawarkan jauh lebih berbaloi... Jika diatas tadi minum-minum petang dengan sedikit kudapan harga Rm50, di KL ini set nasi arab pelbagai jenis untuk 5 orang siap dengan minuman dan desert hanya rm140... Puas makan tapi masih banyak lagi hidangan yang perlu dihabiskan. 

6hb Feb 2019

Mandi mandi di Tmn Eko Rimba Kanching Templer Park lagi.. 

Orang tersangat ramai... Bukan saja rakyat tempatan tapi warga asing. . 




  Melihat gelagat pengunjung bersukaria tanpa memikirkan aspek keselamatan segera teringat kes kawan anak yang mati lemas di sini 3 minggu lepas... Kes kemalangan akibat tergelincir ketika memanjat tebing tinggi juga sudah banyak kali dilaporkan  sebelum ini.








Walaupun tempat strategik telah dipenuhi orang ramai masih boleh memilih lokasi kosong untuk bermandi manda... 


Sebelum tengahari telah meninggalkan taman rimba.. 😊

Sunday, February 3, 2019

Kuil Sri Subramaniam Batu Caves dan Taman Eko Rimba Sg Tua..


3hb Feb 2019 Ahad

Jom jogging harini membawa penulis ke kuil Batu Caves dan Tmn Eko Rimba Sg Tua. 

Seawal 5.00 pagi telah keluar rumah untuk menghantar anak  yang berkongsi kereta bersama rakan ke Kertih
di Petronas Gombak . 

Seusai solat subuh di masjid berhampiran bermenung sebentar untuk memilih lokasi jogging Ahad.. Tmn Metropolitan Kepong termasuk dalam senarai, tapi sebab sudah biasa berkunjung ke situ kalini  mencuba memanjat tangga Kuil Bt Caves ini. Selalu lalu sini namun sedikit pun tak terlintas untuk berkunjung.. 




Untuk tiba ke puncak  mengah juga. Terasa ketat otot dan urat peha. 


Gua batu kapur yang sudah tentu terbentuk beribu tahun  dulu memang sangat menakjubkan





Dipuncak gua terdapat kuil hindu bersaiz sederhana.,menempatkan patung dewa- dewa yang dianggap suci . Ramai penganut hindu menjunjung susu yang  kemudiannya disiramkan ke atas patung.. Diperhatikan juga sesetengahnya bersujud malah ada yang meniarap dihadapan patung-patung. Tak pasti apa maksud ritual itu..






Menghabiskan beberapa ketika dipuncak  sambil menikmati panorama KL  sebelum menuruni anak tangga berwarna warni... Pengunjung mulai ramai.. 

Kebersihan persekitaran sangat mengecewakan.. Bau busuk menyesakkan hidung. Kawasan tumpuan pelancong seantero dunia ini tidak sepatutnya berada ditahap ini. 

Memandangkan hari masih awal, meneruskan pemanduan ke arah Hulu Yam melalui Sg Tua dan Empangan Batu. Laluan Gombak - Hulu Yam ni sangat popular dikalangan Mat motor . Melalui jalan ini mereka boleh saja berkonvoi ke Puncak Genting Highland atau Bukit Fraser




Jika dari Gombak, sesudah Empangan Batu kita bakal melewati Taman Eko Rimba Sg Tua. Dalam perjalanan menghala Hulu Yam juga terdapat beberapa air terjun di pinggiran jalan. Dulu sering juga ke sini sambil berBBQ bersama keluarga.. 


Tapak khemah.. 


Kemudahan tandas... 


Memasuki taman rimba ini dikenakan caj Rm2 seorang.. Caj yang dikira murah untuk penyelengaraan pelbagai kemudahan serta menjaga kebersihan. 

Di Taman Eko Rimba Sg Tua disediakan kemudahan berkhemah..Cuma tak pasti samada bekalan elektrik disediakan atau tak.. Melihat kepada tapak tapak khemah seolah tiada bekalan elektrik.. 





Trek berkonkrit sepanjang sungai sangat sesuai untuk aktiviti berjogging


Tahap kebersihan persekitaran ok memuaskan.. Petugas petugas dilihat membersihkan sampah-sampah ditong yang disediakan.. Cuma ditapak terpencil masih terdapat segelintir pengunjung yang tak reti mengutip sampah sesudah berkhemah.. 





Aliran air sungai jernih mengalir tenang sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda.. Cuma kena berwaspada ketika cuaca buruk kerana disini wujud fenomena Kepala Air. 

Ketika menghampiri pekan Hulu Yam sesudah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, teserempak dengan kemalangan. 



Jalan berliku dan berbukit kekadang menjadi medan menguji kenderaan. Sebuah VW passat terbabas ketika mengambil selekoh tajam lalu merempuh perodua viva yang berhenti disimpang keluar. 

Mangsa seorang pakcik penumpang Viva  dikeluarkan oleh anggota bomba dan dibawa ke hospital dengan ambulan. Tiada kecederaan di pihak VW.. 

Begitulah secebis coretan riadah hujung minggu kalini.. 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK