24hb Feb 2019
Jom jogging harini di Tmn Tasik Keramat KL. Taman rekreasi mini ditengah - tengah kawasan perumahan padat Dato' Keramat.
Syabas kepada pihak DBKL diatas inisiatif menyediakan taman awam untuk kegunaan masyarakat setempat.
Walaupun kami tiba agak lewat, terik matahari pagi tidak begitu dirasai sebab terhalang oleh pohon-pohon dan bangunan- bangunan tinggi.. Sausana serupa walaupun tidak secantik Taman KLCC.
Ramai pengunjung berjogging di sini. Kelihatan tadi sekumpulan wanita- wanita bersenamrobik dikawasan lapang. Perkembangan yang sangat sehat.
Ok lah untuk membawa keluarga beriadah... Banyak kemudahan bersukan disamping kemudahan mainan kanak-kanak disediakan.
Peralatan riadah disediakan dikawasan kanopi..
Kolam takongan yang berfungsi mengawal limpahan air hujan boleh dimanfaatkan sebagai nilai tambah untuk taman rekreasi awam...
Trek jogging yang disediakan disekeliling taman walaupun tidak panjang tapi memadai... Jika tak puas sekali, pusinglah berkali-kali..
Pemilihan tepat untuk berjogging harini kerana taman ini sangat hampir dengan UTC Dato Keramat.. Sesudah berjogging berurusan dengan JPJ untuk menukar lesen memandu anak. ☺️
No comments:
Post a Comment