9hb Feb 2019
Menghadiri majlis walimatul urus anak sahabat haji 2013 di Ipoh Perak.
5 tahun sudah berlalu namun tiada perubahan fizikal ketara dan alhamdulillah masing-masing masih sihat walafiat.
Dah alang alang ke utara, terus ke Kuala Kurau, sejam setengah lagi perjalanan melawat si kecik... Rindu pada cucu ni lain macam walaupun baru saja 2 hari lepas si cucu balik bertandang. Ditambah lagi kini sikecik sudah 2 tahun dan mulai pandai menyebut beberapa patah perkataan..
Kalau ke utara sering tak lupa menikmati mee udang atau mee ketam... Di Taiping selalunya orang pergi Kuala Sepetang manakala di Kuala Kurau ini Parit 30 atau Kuala Gula jadi destinasi pilihan..
Sotong lanun... Tak pernah lagi merasa, mungkin kunjungan akan datang mencuba..
Jika hujung minggu ramailah mat motor yang berkunjung ke sini.
Setelah menikmati hidangan, mee udang Parit 30 ternyata mengungguli keenakan berbanding 2 lagi tempat disenaraikan di atas. Harga pula sangat berpatutan...
Apa lagi, ajak lah teman- teman ke sana...
No comments:
Post a Comment