Tuesday, November 30, 2010
EKSIDEN 2 LORI, SATU MERC
Aku rakam gambar ini semasa menghantar anak aku balik ke asrama di MRSM Pasir Salak baru-baru ini. Tempat kejadian di jalan persekutuan berdekatan exit Sungkai Lebuhraya PLUS. Hujan sangat lebat. Jarak pengelihatan aku agak dalam 30m je. Lepas rakam aku terus beredar takut lewat pulak anak aku sampai asrama. Dalam perjalanan bertembung dengan pasukan bomba dan ambulan dari Bidor..
Aku terfikir alangkah baiknya kalau pasukan bomba turut dilengkapi dengan kren sendiri.Kena pulak kenderaan besar berlaga..bukan senang nak alihkan kenderaan untuk mengeluarkan mangsa tersepit..Aku pernah saksikan mangsa kaki tersepit melolong ..!Kalau nak harapkan potong guna gergaji..aku ingat putus bibir mangsa sebab lama sangat ketap bibir menahan sakit..
Mungkin anda juga pernah menyaksikan insiden seperti ini. , kalau dapat berkongsi pengalaman ok jugak erk...
Kepada pengguna jalanraya berhati-hati ketika memandu..
TIPS SEMPOI-hilangkan mengantuk
Aku rasa semua orang pernah menghadapi masalah ini. Ubat paling mujarab sudah tentu adalah tidur..Tapi kekadang disebabkan keadaan memaksa kena juga teruskan perjalanan. Jadi tips ini mungkin membantu..Aku suka makan kuaci masa memandu...
Kalau bawak motor sudah tentu tips ini tak boleh guna...Cuba yang ini..he he..boleh diguna samada naik kereta atau motor hatta bawa kapal terbang sekalipun...
Makan cili padi...Mesti mengelupur tahan pedas.. hilanglah rasa mengantuk...kalau tak jadi jugak tonyohkan kat mata, confirm cerah biji mata...kah.kah.kah..!
Selamat mencuba..
Kalau bawak motor sudah tentu tips ini tak boleh guna...Cuba yang ini..he he..boleh diguna samada naik kereta atau motor hatta bawa kapal terbang sekalipun...
Makan cili padi...Mesti mengelupur tahan pedas.. hilanglah rasa mengantuk...kalau tak jadi jugak tonyohkan kat mata, confirm cerah biji mata...kah.kah.kah..!
Selamat mencuba..
MATI..,KETENTUAN YANG PASTI...
Aku terpanggil untuk menulis artikel ni bila saban minggu membaca di forum-forum ada saja geng motor yang terkorban dijalanraya. Bagus jugak dapat maklumat seperti ini, paling tidak dapat memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup untuk bermuhasabah diri...
Kematian adalah pasti..giliran kita pun akan tiba cuma tak taulah bila... Kematian melalui kemalangan hanyalah salah satu kaedah menuju alam yang satu lagi..Hakikatnya kalau rezeki kita sudah tiada didunia atas katil pun nyawa akan bercerai dari badan...,hanya kaedah yang berbeza..
Sementara hayat dikandung badan semoga kita berada dalam golongan orang yang bertaubat..Solat adalah tiang agama. Jom kita jaga solat kita...
Kematian adalah pasti..giliran kita pun akan tiba cuma tak taulah bila... Kematian melalui kemalangan hanyalah salah satu kaedah menuju alam yang satu lagi..Hakikatnya kalau rezeki kita sudah tiada didunia atas katil pun nyawa akan bercerai dari badan...,hanya kaedah yang berbeza..
Sementara hayat dikandung badan semoga kita berada dalam golongan orang yang bertaubat..Solat adalah tiang agama. Jom kita jaga solat kita...
BERIKAN NILAI TAMBAH MINAT KITA...
Aku perhati setiap kali perjumpaan aktiviti hobi seperti jambori basikal, konvoi motor dll mesti mendapat sambutan hangat peserta. Ada baiknya perjumpaan yang ramai dimanfaatkan dengan menyediakan tabung membuat kutipan amal untuk dihulurkan kepada insan yang memerlukan.
Bayangkan kalau ada 30 peserta, sorang sumbang rm10 ,sudah dapat Rm300. Kalau 300 peserta sorang rm10 sudah rm3000!..kalu seribu orang..! Yang terbaik masukkan je sumbangan tu dalam yuran penyertaan..settel..
Sumbangan amal ini dapat memberi saham akhirat terhadap aktiviti hobi yang diceburi. Geng skuter x9 baru-baru ini membuat kutipan kilat semasa lawatan ke rumah anak yatim Rembau. Sumbangan digunakan untuk membeli kompang kelab anak yatim kampong tersebut. Setiap sen dan manfaat aktiviti kompang ini insyallah penderma akan mendapat pahala..lagi dan lagi. Ini yang dikatakan amal jariah...
Alah motor dan basikal harga ribu riban boleh beli, sorang sumbang sikit tentulah lagi boleh...!
Monday, November 29, 2010
PERGHH..! MEMANG BEST..
Penangan trek FRIM.. Kalau aku menonggeng mesti terkezut korang..he he..
Hati-hati Cik Salmaah...!
Ada berani ka..?
Hari Sabtu baru ni aku betul-betul puas sebab dapat berkayuh di tempat baru..,macam biasa dengan kawan aku Ghazali/Acong. Trek FRIM Sg Buluh/ Kepong. Malam tu tidor sangat nyenyak...berdengkur tu tak taulah..sebab aku tak dengar..he he..
Kayuhan kami bermula dari Pusat Kusta Sg. Buloh. Kepayahan trek-trek yang aku pergi sebelum ini nampaknya terpadam berbanding kepayahan dan kepuasan yang aku dapat di sini... Trek hutan simpan tahu ajelah...trek mendaki adalah curam dan panjang, diikuti dengan menurun berbelok-belok..mendaki rasa tak pernah habis untuk tiba dipuncak tapi rasa cepat pulak bila menurun sebab lajuu...!Jarak trek offroad 20km menyajikan kayuhan mencabar..Pergh memang best..Kalau badan tak fit nampaknya lebih banyak tolak dari kayuh..
Sudah sengal satu badan pastu membedal nasi lemak dan pekena air panas di warong FRIM..terasa mengalir tenaga satu badan wa cakap lu..
Dalam perjalanan balik kena lengkapkan satu loop meredah single trek..ini yang paling best. Ideal Trail gelarannya. Susah nak aku gambarkan kepayahan trek ini...dengan lorong sempit berlipat-lipat, akar menceracak, bonggol batu berlumut,batu tajam,gaung curam..licin lagi..arggh susah lah mau terangkan...sampai terkoyak seluar aku melayan trek ini.. nak tau senang ke susah jom minggu depan kita ke sana lagi..ha ha..
Saturday, November 27, 2010
MISI RESCUE X9 AKU...
Tukar tayar pada rim di KL...rim 330 tayar 115
Bergerak dari KL 9.00mlm dan Pukul 2.00 pagi kami tiba di Kota Tinggi. Acong tidor di beranda masjid. Aku tidor dalam kereta...he he takut kena angkat tepi kubor...mana tau kacau laluan jin. lebih-lebih lagi masjid lama..
Pukul 7.30 lagi kami dah sampai Sedili.., sementara tunggu bengkel bukak kami ronda-ronda ke Pulau Sedili Besar melalui jambatan. Tangkap gambar ni di jeti ke Pulau Sedili Besar.
Cuba buka tayar di tempat aku parking motor, Sedili Resort tapi tak berjaya. Kesudahannya redah motor sejauh 10km ke bengkel..laju gak mamat bengkel ni bawak 80km/jam. itu motor pancit..! kalau berangin aku tak taulah..
Inilah warong popular masakan ala kampong di Bandar Kota Tinggi..seperti asam pedas ikan sembilang, belangkas masak sambal..dll. Terangkat luu..!
Dah dekat sebulan skuter aku tersadai kat Resort Sedili. Sikit punya jauh, bertambah-tambah malas nak mengambiknya. Tapi tangguh-tangguh pun tetap kena ambik jugak, itu yang aku gagahkan diri mengajak kawan aku Acong pergi Sedili malam Jumaat lepas.
Susah jugak takda motor kecik nih, nak bawak kereta selalu terasa bocor poket aku isi minyak dengan bayar tol. Dahlah terheggeh-heggeh terperangkap dalam jam.. Nak bawak motor besar selalu rasa macam hilang stim pulak.. Ibarat kain songket, pakai selalu kan cepat jemu...
Rim skuter terpakai dan tayar baru dah pun aku dapat kat K.L. Terbang RM450..Digelakkan kawan bagitau dengan harga ini boleh dapat 4 biji sport rim kereta terpakai. Peergh..! Masa nilah tuan kedai nak semelih pelanggan barangkali..bukan selalu ada orang terbengkok rim..dah nasib aku termasuk dalam orang yang BUKAN SELALU tu...
Mujur mamat bengkel caj tak mahal cuma Rm15 sahaja. Aku tak sampai hati nak hulur banyak tu sebab nak berulang ke Resort tu pun bukan dekat, bawak motor ke bengkel lagi...Sempena hari jumaat tu aku bagilah RM 50..alah dengan adanya skuter ni nanti, tak sampai dua hari aku tak bawak kereta di KL dah cover duit sebanyak itu...he.he.
Perbelanjaan keseluruhan beli rim, tayar dan mengambil skuter ni dekat Rm800 jugak lah..
Friday, November 26, 2010
RACUN..RACUN..RACUN..!
Baik join geng motor,geng basikal hatta geng gasing atau guli sekalipun nyamuk-nyamuk ni mesti ada..ada saja yang perlu upgrade pada pandangan diorang terhadap apa yang kita miliki...
Baru-baru ni ada seorang brader kaki kayuh bertandang homestay aku,bila nampak aku kayuh basikal dia pun jadi syok ..tak sangkalah kan berkongsi minat yang sama..dibelek belek , diangkat-angkat basikal aku... sah dia bagitau basikal aku berat berbanding dia punya..mengikut perkiraan dia, berat basikal aku 15 kg dan dia punya tak lebih 8kg..Nak ambik jalan selamat aku bagitau aku beginer...he.he..,kalau aku bagitau aku orang lama sure nyamuk akan jadi tebuan..sengatan sampai menusuk kalbu bro..! ha.ha ..Walaupun basikal aku tu nak kata murah taklah juga, lebih kurang harga sebiji kapchailah juga.. tapi sebab brader yang aku jumpa nih otai, banyaklah ulasan-ulasan dan cadangan yang aku terima...'takpa-takpa kayuh slow-slow, dah LAMA SIKIT nanti upgrade la', tambahnya lagi..perghh...aku ingatkan basikal aku tu dah ok...! tak mau la nak upgrade-upgrade lagii..!
Patut pun kalau kita buka ruangan iklan,ada saja barangan yang nak dijual walaupun mengikut kenyataan iklan, barangan tersebut takdalah lama digunakan...Nak upgrade lagi rupanya...Kuat penangan nyamuk-nyamuk nih...
Ya Allah kuatkanlah iman aku terhadap godaan ini... kah.kah.kah..!
Thursday, November 25, 2010
APA MAKNA TER..DI DUNIA...
Sesuai dengan sausana panas sukan asia di Guangzau, saja aku nak gatal-gatal memberi pendapat percuma pasal title no 1 didunia nih...maknanya TERbaik di dunia..
Aku termenung sejenak selepas aku tengok Chong Wei lawan Lin Dan. Chong Wei no 1 rangking dunia, Lin Dan no 6 kot..Lin Dan memang terer, selayaknya beliau menang...Chong Wei bukan tak bagus, tapi dia tak sebagus Lin Dan...jadi apa makna title no 1 ni erk...seingat aku setiap pertemuan dua pemain ni akan berpihak kepada LinDan...ini yang aku musykil...
Begitu juga dengan ratu cantik dunia. Yang ini lebih-lebih lagi aku musykil... Kriteria TERcantik di dunia macam mana yang diorang pakai kalau tak semua orang cantik menyertai pertandingan...Macam kes Lin Dan, dia tak dapat title TERbaik dunia sebab dia tidak menyertai banyak kejohanan berbanding Chong Wei..Jadi kalau orang yang betul-betul cantik tidak mahu menyertai ratu cantik sudah tentu dia tak boleh dapat gelaran TERcntik didunia.. betul tak..? Sebab itu tak salah kalau aku pertikaikan gelaran ratu TERcantik didunia...,mungkin orang yang tak cantik saja masuk pertandingan itu... Jadi gelaran TERcantik bagi aku meragukan...Kesihan mereka ini syok sendiri ingatkan diri betul-betul cantik ha.. ha...
Wednesday, November 24, 2010
THE POWER OF IT...
Kebanyakkan orang sekarang sekarang sudah celik IT. Generasi baru lagilah..walaupun aku merangkak-rangkak nak memanfaatkan kegunaan IT ni,tapi aku gagahkan juga le..Anak bini aku le jadi mangsa untuk aku mintak bantuan berkenaan penggunaan IT nih...
Sebab tuh bila ramai dah celik IT nih,cepat saja maklumat tersebar.. Tak hairanlah aktiviti berkenaan hobi ni mudah mendapat sambutan...Aktiviti berbasikal kalau dulu aku tengok mamat Bangla, Indon dan Bai jual kain je guna..tapi sekarang ni merata orang dah kemaruk berbasikal..
Aku ingat kalau buat balik aktiviti main guli atau cekuntet**.. he he.. mesti mendapat sambutan hangat kalu diwar-warkan di internet..Tekan butang dan lihat hasil.. selalunya ramai yang akan hadir...
Bila rajin menyertai pogram-pogram ini maka ramailah kenalan kita dapat..itu tak masuk kenalan online lagi. Ini sangat baik untuk mewujudkan rangkaian kerjasama...jangan biarkan peluang ni berlalu begitu saja...
** ha.. ha ..masa aku kecik dulu kitorang selalu main game cekuntet nih..tak taulah pulak kat tempat korang dipanggil game apa..kayu umpan sejengkal letak atas tanah berlubang sikit,dan cungkil/sungkit guna kayu panjang sedepa..bila kena sungkit kan jauh kayu umpan kecik tu terbang...tapi kalu pihak lawan dapat tangkap di udara kira aotomatik matilah pemain yang menyungkit tuh..kalau tak pihak lawan kena baling kayu umpan bagi dekat dengan lubang sungkit. sekiranya kayu tu jatuh dekat lubang dan jarak lebih pendek dari kayu penyungkit pun kira mati jugak ..Tapi kalau dapat penyungkit terer dilibas kayu umpan..tuu dia jauhnya terbang..! masa ni tak boleh tangkap daah..ukurlah guna kayu penyungkit berapa depa dapat...lagi banyak depa, kira menang la.. ..he he..tapi ingat kena pakai safety gears spt helmet..dapat helmet yang berjaring besi lagi bagus sebab kalau kayu umpan tersinggah kat muka takdalah bintat dan luka..kah.kah.kah..!
TERIMAKASIH TEMAN-TEMAN...
Aku punya blog dah hit 1000 tetamu, untuk aku kira pencapaian jugalah sebab aku baru saja belajar dan kemaskini blog ini hujung bulan September 2010 lepas..Psst..mintak bini tolong update..ha.ha..lepas update, hit counter sengaja aku set bermula dari 0. Memanglah berbanding dengan blog orang lain mungkin sehari saja sudah hit 1000 pengunjung. baguslah tu..syok juga kalau dapat tiru blogger-blogger handalan...
Aku kayuh pelan-pelan berblogging nih dan harap-harap stamina aku kekal tak semput tengah jalan...Kepada pengunjung, rajin-rajin lah melawat aku...hidangan tak sedap jangan bagitau kawan, kalau sedap war-war ke kawan-kawan...he he..Nak menyediakan posting pun taklah semudah yang disangka...sambil-sambil aku diarikan aktiviti aku dan rakan, dapatlah juga letihkan otak untuk berkerja...untuk kesihatan jugakan...sambil tu kongsi pengalaman dengan teman-teman..manalah tau bermanfaat..Otak pun macam motor jugak, lagi diperap lagi cepat jahanam...AARGH TAK MAULAH AKU...!
KHASIAT PISANG...!
Masa aku balik dari masjid tadi aku dengar DJ radio cerita pasal pisang boleh kurangkan risiko stroke. Info menarik tu, apatah lagi isteri bilal masjid taman aku baru saja masuk hospital sebab strok, Bapak mertua aku pun kena stroke..Nampaknya penyakit stroke ni boleh serang sesiapa saja. Bila aku search internet aku dapat maklumat panjang lebar pasal khasiat pisang.., jadi aku copy untuk bacaan pengunjung.
Elok jugak masa bawak motor atau berkayuh bawak 2,3 biji pisang...boleh la ngap,ngap untuk kurangkan keletihan..lagi elok bawak setandan..ha..ha..lagipun kulit pisangkan boleh diguna untuk merawat gigitan nyamuk..tak perlu risau le bila masuk hutan atau kebun getah layan motorcross atau MTB..
Khasiat Buah Pisang
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
PS: 1. Artikel ni aku perolehi dari Soleh.net..Ilmu bermanfaat elok dikongsi bersama
Monday, November 22, 2010
Port Dickson dan Pantai Klebang get together...
Selepas balik dari xpdc Segitigaemas Thai-Myanmar-Laos dulu ini adalah kali kedua kami berkumpul. Bagus juga main motor ni... rangkaian dan kenalan semakin bertambah...! rapat pulak tu...jadi bila diorang cadangkan bersarapan di Port Dickson, aku tak fikir panjang,,setuju saja...disamping peserta xpdc dulu, kenalan peserta pun turut menyertai pertemuan kali ini. 3 goldwing, 4 Gtr, 4 Bmw dan sebiji Versys..termasuk pasangan ada 16 orang semuanya.
Tak cukup dengan sarapan di PD N.Sembilan,lepas tu pekena cendol pulak di Pantai Klebang, Melaka..! Punyalah jauh,,macamlah di KL cendol takda...inilah penangan main motor..Ha.ha..Kesian aku tengok pengguna jalanraya lain...macam lebah mat-mat motor memenuhi jalan..aku pun jadi serba salah bila sampai simpang, geng motor sudah pasang siren kontrol trafik...
Sampai Pantai Klebang rupa-rupanya berbelas mamat motor lain sudah sampai..pekena cendol juga..! dah jadi macam mini bike weeks pulak..
Aku perhati dah jadi satu trend sekarang bila hujung minggu ramai mamat motor memenuhi jalanraya...Bila dah ramai tu bermacam gelagatlah kita jumpa..jadi tak heranlah sudah kedengaran rungutan pengguna jalanraya lain tentang aktiviti ini..Aku harap janganlah sampai jadi isu besar sehingga kerajaan kenakan caj tol dengan alasan untuk mengurangkan bilangan motor dilebuhraya... tax motor sudahlah berganda-ganda..tapi segalanya mungkin brader...! Sebelum gunung berapi meletop..! lebih baik kita berhemah dijalanraya...Cheers..!
Sunday, November 21, 2010
SOALAN LAZIM BILA BERMOTOR BESAR...
Aku pasti anda juga sering diajukan soalan ini.. Apa jawapan anda ..dan apa reaksi anda jika respond mereka menguji ke'macho'an anda.. he he..
sekadar berkongsi..
1. Berapa laju motor boleh pergi?
Dalam kepala orang bila bermotor besar mesti bawak laju..Bawa motor ni ikut berani.,kalu berani lebih dua ratus pun boleh, tapi aku takdalah bawa laju., sebab aku takuut..! bila jumpa korner lagi slow aku bawak..aku tak kesah mamat kapchai nak potong, dipersilakan..sebab aku nak bawa motor lama lagi...ngeri aku dengar eksiden sana,eksiden sini..
2. Berapa harga motor ni..?
Soalan ini aku selalu serba salah nak jawab. Kalau jawab harga betul tentu kena kutuk sebab pakai motor mahal-mahal bila hujan pun lepak bawah jambatan..naik pulak boleh berdua je,lebih baik beli mpv...ha.ha.
Susahlah macam ni, mamat yang beli ferari pun kira kurang bijak jugak lah sebab beli kereta mahal-mahal pun sangkut jugak kat jam.., lebih baik beli kancil atau kapchai..
Kalau aku jawab tipu pun kekadang tu kena juga sebab diorang pun rajin bertanya kat mamat motor lain..saja diorang nak tanya..
3. Minyak penuh tangki berapa bang..?
Dekat 40 ringgit. fuyo..! mahalnya..macam isi tangki kancil ...
Friday, November 19, 2010
MOTOR BAGAIMANA PILIHAN ANDA..?
Setiap seorang tu unik..mempunyai citarasa yang berbeza..begitu juga dengan pemilihan motor..Ada suka sport, Chopper dan sebagainya..Bagaimana dengan anda?
Bagi aku sudah tentulah jenis touring jadi pilihan..entah.. dari dulu lagi memang aku suka motor jenis ni..sebab aku tengok macam segak je abang-abang polis bawak motor ni..
Lagipun motor ni tak kesah nak bawak macamana..nak laju boleh, nak bawah slow pun orang tak kesah.,berbanding motor sport kena bawak laju..bawak slow alamat sakit pinggang le...
Dual Puppose-DP pun aku sangat berkenan..Tong kiri kanan, tong belakang..rupabentuk rugged tu yang aku berkenan sungguh nak sambar..yang ni kalau bawak xpdc melalui offroad memang sangat syok....
Skuter? Pada pendapat aku,,sangat sesuai untuk kegunaan harian sebab ringkas dan amat selesa..motor jenis nilah aku lenjan hari-hari untuk urusan kerja.
Bila dah mula main motor..semua berkenan,semua nak sambar..motor-motor jenis retro/klasik pun aku sangat suka..vespa lama etc.. argh kalau bole semua aku naklah..
Motor chopper? motor ni jenis layan santai..aku kurang minat jenis ni, tapi kalau ada orang nak bagi free aku ambik jugak..he he..
Labels:
artikel pilihan,
MOTOR KLASIK,
MPB-multipurpose bike
AWAS JERANGKAP SAMAR 4
Berikut adalah tambahan kepada info Jerangkap samar1, Jerangkap samar 2 dan Jerangkap samar 3
MOTOR KECIL JOIN MOTOR BESAR DAN SEBALIKNYA
Memang bahaya sebab si kecil akan memerah motor ke limit maksima dalam apa jua keadaan dengan harapan tidak tersisih dibelakang..Yang pasti motor tidak mampu menggalas cabaran..Silap percaturan terperosok dalam semak..
Motor besar join motor kecil pun bahaya..kena pula ada rider kecil suka mengacah si besar. Dek kerana tak tahan acahan, mula le yang besar beraksi diluar kemampuan diri. Ego punya pasal..
TAYAR BOTAK
Yang ini jangan main-main.. Apabila tanda tukar tayar sudah kelihatan jangan bertangguh, jika tidak anda akan membayar dengan harga yang jauh lebih mahal..Pomen bergerak memang sentiasa bersedia, tapi dengan harga sembelih..Kalau motor besar pulak bersedialah dengan kos tambahan transport untuk mengangkut motor anda..Bukannya murah..
Tapi harga ini adalah 'nothing' kalau nak dibandingkan dengan nyawa yang dipertaruhkan..Pergh aku tak dapat bayangkan kalau tayar motor tiba-tiba pecah semasa sedang memecut..Memang tidak berbaloi.. Berjimat tak kena tempat..
KENDERAAN MEMASUKI SIMPANG
Jaga-jaga bila anda menggunakan lorong kiri. Kenderaan berhenti dihadapan anda mungkin sedang memberi laluan kenderaan arah bertentangan untuk memasuki simpang. Kenderaan membelok anda pun terjah..Minggu lepas seorang geng riders maut di Kemaman dalam situasi ini.
MOTOR KECIL JOIN MOTOR BESAR DAN SEBALIKNYA
Memang bahaya sebab si kecil akan memerah motor ke limit maksima dalam apa jua keadaan dengan harapan tidak tersisih dibelakang..Yang pasti motor tidak mampu menggalas cabaran..Silap percaturan terperosok dalam semak..
Motor besar join motor kecil pun bahaya..kena pula ada rider kecil suka mengacah si besar. Dek kerana tak tahan acahan, mula le yang besar beraksi diluar kemampuan diri. Ego punya pasal..
TAYAR BOTAK
Yang ini jangan main-main.. Apabila tanda tukar tayar sudah kelihatan jangan bertangguh, jika tidak anda akan membayar dengan harga yang jauh lebih mahal..Pomen bergerak memang sentiasa bersedia, tapi dengan harga sembelih..Kalau motor besar pulak bersedialah dengan kos tambahan transport untuk mengangkut motor anda..Bukannya murah..
Tapi harga ini adalah 'nothing' kalau nak dibandingkan dengan nyawa yang dipertaruhkan..Pergh aku tak dapat bayangkan kalau tayar motor tiba-tiba pecah semasa sedang memecut..Memang tidak berbaloi.. Berjimat tak kena tempat..
KENDERAAN MEMASUKI SIMPANG
Jaga-jaga bila anda menggunakan lorong kiri. Kenderaan berhenti dihadapan anda mungkin sedang memberi laluan kenderaan arah bertentangan untuk memasuki simpang. Kenderaan membelok anda pun terjah..Minggu lepas seorang geng riders maut di Kemaman dalam situasi ini.
Thursday, November 18, 2010
PERLUKAH BERKONFRONTASI...?
Pastinya anda pernah menghadapi situasi ini..Anda sedang menunggang motorsikal pada kelajuan melebihi 140km/jam..Di hadapan anda terdapat kenderaan berada di lorong paling kanan, pemandu menyedari tetapi tidak mengendahkan anda, sedangkan lorong disebelah kiri kosong..Perlukah penunggang motorsikal berkonfrontasi dengan pemandu ini..? Aku berpendapat TAK USAHLAH..Sebagaimana kita akan marah jika kenderaan di belakang mencucuh kita begitulah juga sebaliknya...Walaupun memintas sebelah kiri itu menyalahi undang-undang, tetapi didalam situasi sebegini tindakan ini adalah lebih wajar..Apa salahnya kita yang bermotorsikal ini menghormati pengguna jalanraya lain.. Mereka memandu mematuhi hadlaju dibenarkan..
Seringkali aku perhatikan penunggang motorsikal berlagak samseng dengan memintas dan memperlahankan motorsikal betul-betul di hadapan kenderaan tersebut..Sesetengah tu ada yang memberi isyarat lucah..Ketahuilah sekiranya pemandu kenderaan ini bertindak balas dengan menghimpit anda.., pastinya anda yang akan tergolek.. Tindakan segelintir penunggang motorsikal ini hanya akan mengundang kebencian kepada penunggang motorsikal lain secara amnya. Ketahuilah ramai diantara kita juga pemandu seperti mereka.. Fikir-fikirkanlah..
JOM BERBASIKAL...!
3.6 BILION PENDUDUK DUNIA GEMUK
Satu kajian menunjukkan, kegemukan dan obesiti kini menjadi masalah di seluruh dunia, di mana 3.6 bilion penduduk bumi mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 23.4, paras yang dikategorikan sebagai terlebih berat badan.
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
BMI = Berat (kg)
------------------------
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )
Di Malaysia sendiri, hasil Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan (NHMS) pada tahun 1996 menunjukkan, 15.1 peratus lelaki dan 18 peratus wanita daripada kira-kira 21 juta penduduk negara ini berada dalam kategori berkenaan.
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, terdedah kepada pelbagai risiko seperti:
* masalah jantung. * kencing manis. * penyakit sendi atau tulang.
* tekanan darah tinggi. * gout. * batu hempedu. * penyakit hati.
* sukar mendapat zuriat. * sukar tidur.
Alamak BMI aku lebih 25.., Jom berbasikal.. !
Tuesday, November 16, 2010
SALAM AIDIL ADHA
Selamat Hariraya Aidil Adha kepada riders dan pembaca sekelian. Jangan lupa laksanakan ibadah Qurban..jika terlepas tahun ini, pasang niat untuk tahun depan ok..
HIKMAH DAN FADHILAT QURBAN..
*Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
*Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
*Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
*Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
*Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
*Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
Monday, November 15, 2010
KAYUH SAMPAI LEBAM..ha ..ha..
Member aku Azman aka Mantem dari Ampang, Zamir dan Faizul dari Semenyeh, Ghazali aka Achong dan aku dr Country Homes Homes.,Rawang.,berkayuh pada Ahad lepas 14 Okt.
Tiba jam 8.00 pg selepas sarapan bersiap sedia dengan basikal masing-masing di perkarangan Masjid Country Homes Rawang. Jelas bersemangat semuanya..Azman minggu pertama kayuh basikal MTB baru beli..
Petanda kepenatan muncul bila geng fullsus mula ketingalan bila melalui kawasan berpasir lombong..Ha.ha pucat aku tengok muka Zamir dah lama tak kayuh sejak lepas raya lagi, baru minggu lepas mula kayuh semula katanya..
Bertemu dengan sifu mtb Kasren geng Sg Buaya..,Aku berbincang dengan dia mengenai laluan supaya menjadi kenangan kepada Jaguh-jaguh undangan Semenyih dan Ampang tu..ha.ha..
Bergambar di Gorgeous Dam Sg Buaya..Pergh aku ingat dam besar rupanya macam kolam pancing ikan..
Plan asal nak terus kayuh keluar Ijuk..tapi kami kasihan kat jaguh undangan Ampang dan Semenyih..pantang jumpa bukit, program mari kayu basikal dah jadi Mari Tolak Basikal MTB..Dah le panas.. jadi kami batalkan.
Dalam perjalanan balik entah berapa kali ambik nafas..he.he. baru ko tau penangan Trek Ladang WATERFALL...Zamir dan Man dah tobat dah..kayuh bukit offroad curam..,tapi tobat makan sambal belacan..bila hilang semput confirm layan lagi akan datang ..faizul orang muda jadi salur nafas panjang lagi..
Lega lah tu bila dah keluar hutan sampai 18 cawan air tebu di tibai..ha.ha.ha..
Kepada geng MTB lain kalau rasa handal marilah layan Trek ladang waterfall ini. he .he..
Jarak kayuhan lebih 30km.
Tiba jam 8.00 pg selepas sarapan bersiap sedia dengan basikal masing-masing di perkarangan Masjid Country Homes Rawang. Jelas bersemangat semuanya..Azman minggu pertama kayuh basikal MTB baru beli..
Petanda kepenatan muncul bila geng fullsus mula ketingalan bila melalui kawasan berpasir lombong..Ha.ha pucat aku tengok muka Zamir dah lama tak kayuh sejak lepas raya lagi, baru minggu lepas mula kayuh semula katanya..
Bertemu dengan sifu mtb Kasren geng Sg Buaya..,Aku berbincang dengan dia mengenai laluan supaya menjadi kenangan kepada Jaguh-jaguh undangan Semenyih dan Ampang tu..ha.ha..
Bergambar di Gorgeous Dam Sg Buaya..Pergh aku ingat dam besar rupanya macam kolam pancing ikan..
Plan asal nak terus kayuh keluar Ijuk..tapi kami kasihan kat jaguh undangan Ampang dan Semenyih..pantang jumpa bukit, program mari kayu basikal dah jadi Mari Tolak Basikal MTB..Dah le panas.. jadi kami batalkan.
Dalam perjalanan balik entah berapa kali ambik nafas..he.he. baru ko tau penangan Trek Ladang WATERFALL...Zamir dan Man dah tobat dah..kayuh bukit offroad curam..,tapi tobat makan sambal belacan..bila hilang semput confirm layan lagi akan datang ..faizul orang muda jadi salur nafas panjang lagi..
Lega lah tu bila dah keluar hutan sampai 18 cawan air tebu di tibai..ha.ha.ha..
Kepada geng MTB lain kalau rasa handal marilah layan Trek ladang waterfall ini. he .he..
Jarak kayuhan lebih 30km.
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.