click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, November 29, 2010

PERGHH..! MEMANG BEST..



Penangan trek FRIM.. Kalau aku menonggeng mesti terkezut korang..he he..



Hati-hati Cik Salmaah...!



Ada berani ka..?










Hari Sabtu baru ni aku betul-betul puas sebab dapat berkayuh di tempat baru..,macam biasa dengan kawan aku Ghazali/Acong. Trek FRIM Sg Buluh/ Kepong. Malam tu tidor sangat nyenyak...berdengkur tu tak taulah..sebab aku tak dengar..he he..

Kayuhan kami bermula dari Pusat Kusta Sg. Buloh. Kepayahan trek-trek yang aku pergi sebelum ini nampaknya terpadam berbanding kepayahan dan kepuasan yang aku dapat di sini... Trek hutan simpan tahu ajelah...trek mendaki adalah curam dan panjang, diikuti dengan menurun berbelok-belok..mendaki rasa tak pernah habis untuk tiba dipuncak tapi rasa cepat pulak bila menurun sebab lajuu...!Jarak trek offroad 20km menyajikan kayuhan mencabar..Pergh memang best..Kalau badan tak fit nampaknya lebih banyak tolak dari kayuh..

Sudah sengal satu badan pastu membedal nasi lemak dan pekena air panas di warong FRIM..terasa mengalir tenaga satu badan wa cakap lu..

Dalam perjalanan balik kena lengkapkan satu loop meredah single trek..ini yang paling best. Ideal Trail gelarannya. Susah nak aku gambarkan kepayahan trek ini...dengan lorong sempit berlipat-lipat, akar menceracak, bonggol batu berlumut,batu tajam,gaung curam..licin lagi..arggh susah lah mau terangkan...sampai terkoyak seluar aku melayan trek ini.. nak tau senang ke susah jom minggu depan kita ke sana lagi..ha ha..

2 comments:

  1. bro latep, dengar kat FRIM tu ada banyak trek kan? sy penah pegi sekali main kat trek offroad tp ramai org jogging je. tak mencabar sebab naik bukit sikit2 aje. Tak sangka plak mcm ni punya trail pun ada... Kash MBC

    ReplyDelete
  2. memang terpencil trek ni...khusus utk mtb. kwn sy otai pun rim bengkok terbabas langgar batu ..mujur tak terjun gaung..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK