23hbOgos 2020, Ahad
Premis disita DBKL sehari sebelum hariraya aidilfitri dan urusan rayuan mendapatkan peralatan yang disita tidak terdapat tanda akan selesai dalam waktu terdekat.
Kesilapan pekerja yang tak tahan rayuan pelanggan bergunting hariraya, mengengkari arahan PKPB tanpa pengetahuan penulis mengakibatkan premis disita.
Tidak sanggup membiarkan situasi seolah digantung tidak bertali oleh penguasa DBKL penulis memutuskan memindahkan sebuah premis ke lokasi lain, jauh dari lokasi asal iaitu di Bukit Belimbing Kuala Selangor. Yang sebuah lagi sedang dicari lokasi alternatif berdekatan dengan tapak yang lama.
Premis ini walaupun tidak se gah mana tapi berjaya menarik minat media arus perdana TV3, The Star dan Bernama untuk diselitkan dalam berita mereka dek kerana keunikan kedai gunting yang diubahsuai dari bas mini terpakai. Penulis khuatir kuasa viral lebih banyak memberi mudarat, mengambil keputusan menolak permintaan tersebut. Selain indah khabar dari rupa, penulis bimbang tak mampu memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan setelah mendapat lonjakan liputan.
Di lokasi baru nanti walaupun agak jauh dari kawasan tumpuan diharap aura keunikan kedai gunting bas mini mampu menggamit pelanggan berkunjung dan bergunting...