Thursday, June 5, 2025
Lemang Besi...
Sunday, June 1, 2025
Pisang Bongkok Sabut..
Kini batang pokok bawah tandan pula patah ..Membongkok sabut..Mujur buah sudah tua. Boleh tunggu beberapa hari lagi untuk dituai. Untuk masak ranum walaupun diperam mungkin sukar tapi boleh dimanfaatkan dikukus untuk sarapan pagi atau minum petang
Ini pula pokok pisang kerdil generasi ke 4, kekurangan nutrisi.. Tandan hanya memiliki 2 sisir pisang.
Terdapat perbezaan pada rumpun lain bila perdu disungkup dengan sampah berdaun maupun ranting. Pokok kelihatan mulai subur, daun hijau kembali banyak dan melebar. Sampah sampah yang mereput menjadi baja organik.
Friday, May 30, 2025
Anak Syurga...
Pengidap Down sindrom memiliki perwatakan dan rupa yang hampir sama... Di taman kami sekurangnya terdapat 2 orang istimewa ini. Mereka rajin solat berjemaah ke surau dan bersolat mengikut citarasa sendiri...Setiap kali datang akan membetulkan susunan sejadah..Di majlis tahlil atau yasin, mereka akan mengagihkan surah surah yasin dan air minuman...
Insan istimewa ini tetekala jemaah bersembang diluar surau, anak syurga ini menaiki mimbar dan berkhutbah..Walaupun tak faham apa yang dituturkan tetapi terselit perkataan Allah ..Allah
Diperhatikan juga sesudah memasukkan wang ke dalam tabung masjid sering menadah tangan berdoa.. Katanya doa untuk ibu dan bapa. MasyaAllah Tabarakallah...
Ketika dihampiri, terkial-kial juga untuk nemahami apa yang dihajatkan, rupanya meminta mengambil foto bersama gambar imam masjid.
Di atas ini merupakan mesej yang ditulis insan istimewa kepada imam masjid taman...Penuh yakin menulis..Dia tulis.., ini Abang Hensem hehe
Tuesday, May 27, 2025
Sofa Lama Ganti Baju...
Fuh mujur ada kedai baikpulih kusyen, selamat dari dibuang ke tempat buangan haram...Pembaikpulih memberitahu dia sanggup mengambil terutamanya model sofa satu tempat duduk jika kita tidak inginkan lagi..Model ini masih mempunyai peminat dan harganya tetap tinggi..
Kos baikpulih kedua sofa menggunakn pembalut baru kalis air dan kalis cakaran kucing adalah RM1200...Wah sangat berbaloi, kurang dari bajet RM1500 yang sedang dikumpul untuk membeli sofa di ruangan tv rumah tinggal kami.
Bagaimana nak digandingkan dua model berbeza tu, arghh fikirkn kemudian...
Sunday, May 25, 2025
Kantan Puncak Rasa...
Selain kantan, serai dan limau kasturi telah dituai beberapa kali..Sebenarnya ini pun tujuan berkebun, selain beriadah setiap kali balik ada saja hasil kebun dibawa balik..sikit sebanyak dapat juga mengurangkan perbelanjaan barangan dapur. Dengan saiz kebun tidak begitu luas apalah sangat diharap untuk tujuan komersil...
Saturday, May 24, 2025
Avocado Ramli...
Sebelum ini meminta bantuan beliau untuk mengahwinkan pokok-pokok avocado di kebun Puncak Rasa. Kadar kejayaan sekitar 40 persen..Pokok kekal hidup cuma tak pasti mengapa pucuk baru sangat sukar untuk hidup, kering dan layu.
Takpa tinggalkan dulu yang gagal, sebagai konsolasi diberi 2 pokok avocado kawin benih Puncak Serigala. Pokok induk telah berbuah..lebat, besar dan lemak berkrim..
Bismillah, sebagai tanda penghargaan meminta beliau menanam pokok tersebut seterusnya diberi nama Avocado Ramli.
Di kebun banyak pokok- pokok dinamakan sempena penanam yang mengikuti ke kebun antaranya Manggis Razali, Durian Ali, Nangka Rizal, Belimbing Naufalinara dan banyak lagi...
Moga semuanya membesar sebagai johan.
Friday, May 23, 2025
Servis Chainsaw..
Kemampuan setiap orang berbeza, hanya beberapa kerat yang mampu menguasai pelabagai bidang, diatur sedemikian sebab ada rezeki dibahagian masing-masing.
Pembaikan mesin ataupun kenderaan bukan bidang penulis, ilmu kurang, kesabaran pula tiada...walaupun teknologi asas mesin rumput atau chainsaw, inipun tak mampu dibuat sendiri..
Pernah cuba menyelenggara chainsaw, ermm daripada mesin tu elok hidup terus tak boleh dihidupkan, lama juga tersadai didalam stor, kapak menjadi ganti untuk memotong pokok-pokok tumbang ...pokok kecil ok yang besar dibiarkan reput begitu saja..Sangat leceh bila terdapat halangan di lapangan, memotong rumput menjadi tidak lancar.
Hantar ke bengkel, dah memang bidang mereka, setelah diservis mudah saja mesin dihidupkan...
Tukar rantai Rm70, beli minyak 2T baik 38, tukar sparepart dan upah total 190..fuh boleh tahan juga harga..dah hampir menyamai servis Kembara Kebun..
Tuesday, May 20, 2025
Cili...
Ringankan sikit tulang banyak belanja barang dapur boleh kita jimatkan.
Nampak macam senang, tapi susah juga nak menyemai biji benih cili, nak senang beli yang dah hidup di nurseri...Masa membeli harga berbelas ringgit juga..
Masa dibeli pokok tak sesubur sekarang, daun agak kekuningan dan jarang, sebab tidak banyak pilihan, dibeli juga...
Untuk mudah penjagaan pokok ditanam di dalam pasu, dasar pasu ditanam dengan ikan hampir busuk..tiap kali membasuh ikan maupun ayam, air disiram dipangkal pokok..sekarang pokok kelihatan sihat dan terpaksa ditongkat untuk mengelakkan tumbang..daun lebat buah pun rapat..
Tanam lagi 2 pokok rasanya dah tak perlu membeli cili..Pokok kencur, kari pandan dan kesum turut ditanan dipinggir dapur...
Keperluan asas masakan memang sepatutnya diusahakan sendiri. Kalau serai pun terpaksa membeli ini dah teruk amat ..Serai, kunyit, halia pun boleh tanam dipasu..Kekadang bahan yang beli digunakan tak seberapa yang selebihnya rosak begitu saja..bila bahan asas mudah dicapai tiadalah pembaziran, duit pun jimat..
Jom jom bertanam...
Monday, May 19, 2025
Racun Anai-Anai Online...
Beginilah keadaan bawah pokok jambu halaman rumah.., kotak yang diletakkan sementara sebelum dilupuskan dipenuhi dengan anai, berpindah ke sini setelah laluan bawah pokok mangga di sembur dengan racun anai-anai hardware..
Tuesday, May 6, 2025
Kancil Sudah Tiada...
Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800. Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa.
Wednesday, April 23, 2025
Rezeki Raya...
Tuesday, April 22, 2025
Pantai Penarik Trengganu...
Sambil menikmati hidangan dibelai bayu pantai..Fuh asyik..