click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, September 30, 2019

Gunung MatCincang, Langkawi...

Ahad 29 September 2019

Keinginan utama penulis ke Langkawi kali ini adalah berkunjung ke pusat pelancongan Gunung Mat Chincang. Walaupun sebelum ini dah banyak kali ke Langkawi entah kenapa langsung tak terfikir untuk ke sana. Mungkin waktu yang terbatas.

Pada pandangan penulis, banyak tempat menarik di Langkawi, sekurang kurangnya memerlukan masa 3H2M untuk melawat sebahagian besar tempat tersebut.

                    


Dalam pada penulis meronda mencari tempat sarapan pagi, terpandang resort ini.. Inilah resort penginapan  penulis bersama rakan dan anak-anak ketika kunjungan pertama ke Langkawi lebih 20 tahun dulu. Memori berkubang dengan anak-anak kecil di kolam  masih segar diingatan, kini anak sudah mempunyai anak..Owh begitu cepat masa beredar

Singgahan sarapan JjCM, Nasi Dagang Pak Malau. Kedai makan yang tidak jauh dari kompleks makam mahsuri.




Kedai makan yang dibuka sejak  8 tahun dulu menonjolkan konsep  melayu klasik. Pelayan siap berbusana melayu. Lagu lagu era 50an dimainkan. Penulis sangat suka dengan gimik ini, sangat kena dengan lagenda Pulau Langkawi..


Benar apa dikhabarkan pemilik kedai yang menggelarkan diri sebagai Pak Malau, penduduk tempatan tidak menganggap suasana begini sebagai aset kerana sentiasa disajikan dengan suasana sedemikian tapi bagi pengunjung luar, pengalaman bersantap dipinggiran bendang, dilatari dengan pemandangan sawah padi, pohon kelapa dan gunung -ganang adalah pengalaman indah yang menyegarkan. Bukan makan-makan saja yang pengunjung dambakan, suasana kedamaian itu yang sukar digalang ganti.



Pak Malau yang lama menetap di KL, mengambil keputusan bermastautin di Lengkawi mengusahakan kedai makan dan juga homestay. Selain itu menyediakan khidmat urut tradisional dengan caj 30 setengah jam.


Tukang Duit, ingatkan pembuat duit
 rupanya pemungut duit atau cashier...Dulu dulu perkataan tukang merujuk kepada orang yang berkemahiran seperti tukang besi, tukang kayu, tukang kasut. 

Sesudah sarapan terus ke Oriental Village. Tarikan utama di sini pastinya kereta kabel terpanjang dan tercuram dunia selain Jambatan gantung tertinggi dunia.





 Walaupun ramai, tapi pengunjung tidak seramai  sewaktu musim cuti umum atau cuti sekolah. Mudah saja membeli tiket , pakej standard rm43 dewasa dan Rm30 untuk kanak kanak lebih 2thn. Pengunjung perlu menyertakan mykad untuk menikmati kadar tiket warga tempatan.




Oriental village turut menampilkan premium outlet bebas cukai.. Kedai makan antarabangsa juga banyak disini.

 Beratur tak lama terus tiba giliran menaiki kereta kabel..



Sesekali gayat juga apabila gondola berhayun hayun dirempuh angin kuat dikedudukan tinggi. Terpaksa menempuh jarak 1.7km untuk tiba di stesen tengah..wow..


Pemandangan indah dari ketinggian lebih 1000 m dari aras laut...Kelihatan Air Terjun Telaga Tujuh.


Gugusan pulau di Teluk Burau  sayup  kelihatan dari jauh..




Terdapat stesen persinggahan sebelum pengunjung menaiki lagi gondola untuk ke puncak gunung Mat Chincang. Di stesen terakhir, pengunjung boleh menikmati panorama di platform stesen atau di Jambatan Gantung.




Untuk ke Jambatan Gantung pengunjung perlu membeli tiket lain, Terdapat pilihan, sekiranya ingin menggunakan tangga, dewasa rm6 dan rm 4 kanak kanak atau jika memilih menggunakan skyglide caj rm16 untuk dewasa dan rm10 untuk kanak kanak.

Kami menggunakan tangga.




Sambil menuruni anak tangga membaca maklumat di papan tangga.


Terdapat platform berehat di sepanjang laluan ke Jambatan Gantung..Tak sangka setiap tangga tersangat curam. Jauh plak tu, lebih 200M. Ermm..Terbit rasa menyesal tak membeli tiket manaiki skyglide tadi. Si kecik yang kekal bertenaga..Bersemangat menuruni anak tangga, menangis jika didokong.





Tiba jua akhirnya di Jambatan Gantung Terpanjang Dunia...



Diperhatikan penghadang laluan ini masih sangat besar, bahaya kaki kanak kanak untuk terjerlus.


Rileks jer si kecik menapak dilaluan berkaca, menangis bila didokong.



Ermm tak larat nak memanjat tangga untuk kembali ke stesen. Tiket lift boleh dibeli 10 untuk dewasa dan rm6 untuk kanak kanak..






Pengunjung boleh menikmati panorama sepuas mungkin di puncak gunung. Boleh melepak dan minum minum di Bistro.. Mengabadikan kenangan, boleh membeli ole ole di kedai cenderahati.

Kereta kabel terakhir meninggalkan puncak gunung   jam 7.30 ptg

Berakhir lawatan Gunung Mat Chincang berakhir juga lawatan ke Langkawi. Ahad jam  5 balik ke tanah besar.


Sunday, September 29, 2019

Pulau Lagenda Langkawi..


Sabtu 28hb Sept 2019

Jumaat nak ke puncak Bukit Larut tak kesampaian. Sampai di booth tiket, terpampang tiket habis dijual. Bermula Jumaat ramai pengunjung berkunjung ke puncak bukit. Tiket dijual hanya dalam 200 keping saja sehari. Selalunya dihujung minggu seawal 6.30 pengunjung telah beratur menunggu kaunter dibuka jam 8 pagi.

Jumaat pula hanya 3 trip naik ke puncak disebabkan rehat panjang untuk solat jumaat, kebiasaannya 4trip. 

Kena ubah jadual. Kami terus ke Batu Kurau, Taiping ke rumah majlis pengantin. Walaupun majlis sabtu, kami bertandang awal.  Boleh mohon keuzuran semasa majlis sebenar.


Sabtu  pagi 28hb  bergerak ke Langkawi..





Urusan penginapan dan sewa kereta diselesaikan melalui agen di Jeti Kuala Kedah.


Tiket feri Rm23 sehala. Kira oklah, dengan jumlah pengunjung yang sentiasa ramai memungkinkan tambang lebih murah. Kunjungan ke Tioman awal bulan Sept dengan tempoh perlayaran yang hampir sama dikenakan tambang Rm35 sehala.



Hampir 2 jam berlayar, menghampiri Jeti Antarabangsa Kuah. Seingat penulis ini merupakan kunjungan yang ke 4 ke pulau ini. Kunjungan terakhir adalah pada 2011.

 Pekan Kuah ternyata lebih kemas dan bersih. Bangunan baru pun banyak.



Singgahan JJCM pertama dalam perjalanan ke hotel di Pantai Chenang, nasi ayam tempayan,  Rasa enak, harga murah



Untuk menghabiskan masa dan memanfaatkan kereta Myvi yang disewa, kami meronda keliling Pulau Langkawi. Cuma tak syoknya, singgahan ke pusat tarikan pelancong, kebanyakannya ditutup seawal jam 5ptg. Makam mahsuri ditutup jam 5, Kampung Ayer Hangat, jam 6. Apa la..



Sesudah mengelilingi pulau berkereta, singgah menikmati pemandangan matahari terbenam sambil pekena laksa ikan sekoq dan cucuq ikan, di pantai  berdekatan dengan Lapangan Terbang Lengkawi, Padang Mat Sirat. Ingatkan cucuq ikan tu cekodok yang dicampur isi ikan, rupanya ikan goreng bersalut tepung..



 Si kecik  tak sabar bermain pantai.. Letih bersesak dalam feri dan myvi.




 Banyak gerai didirikan di pinggiran jalan tepi pantai. Hidangan popular disini pastinya laksa ikan seqoq dan cendoi, hampir semua gerai berjual menu yang sama.




Malam menghabiskan masa di Chenang walk dan pantai.

Chenang walk boleh tahan meriah diwaktu malam, deretan kedai menjual sovenir dan makanan antarabangsa. Ramai jugalah pengunjung mat salleh dan arab. Yang tak best disini pejalan kaki berebut laluan dengan pengguna kenderaan., sepatutnya kenderaan dilarang masuk sekurangnya untuk tempoh tertentu bermula jam 6 petang dsb.

Pantai sangat landai membolehkan meja meja makan disusun jauh ke gigi air. Disajikan juga dengan permainan bola api...

Hari ke dua Langkawi  akan ke Gunung MatCincang. Naik kereta kabel beb🤗


Friday, September 27, 2019

Lebuhraya Persidiran Pantai Barat(WCE)...

Khamis 26hb Sept 2019

Bersempena menghadiri jemputan kahwin anak sahabat Sabtu di Taiping, 4H3M kali ini kami ke utara.

 Antara destinasi yang mungkin dikunjungi sepanjang tempoh tersebut adalah Bukit Larut, Taiping dan sesudah jemputan, bercadang terus ke Kuala Kedah/Kuala Perlis untuk ke P.Langkawi.

Pemanduan kali ini, kami ingin mencuba Leburaya Persisiran Pantai Barat. Menurut berita sebahagian jajaran telah dibuka kepada awam.

WCE ini kebanyakan jajaran melalui jalan sediada yang dinaik taraf.



 Berbanding lebuhraya PLUS, WCE menggunakan konsep lebuhraya terbuka yang dikongsi dengan kenderaan penempatan sepanjang lebuhraya., jadi tak pastilah bagaimana trafik akan menjadi lancar dengan konsep terbuka ini.

Sepanjang pemanduan dari Tg Karang- Hutan Melintang pogress pembinaan masih sangat perlahan. Dah beberapa tahun sebegitu, tiada perkembangan memberangsangkan.






Hanya seksyen 8 Hutan Melintang- Teluk Intan sepanjang 19.1km yang telah dibuka. Kini dalam tempoh percubaan, tiada tol dikenakan.


Sesudah Tol Plaza Telok Intan, trafik ke utara dilencongkan ke jalan persekutuan/negeri.

Melihat kepada situasi semasa, walaupun didakwa lebih 70 peratus siap, rasanya 2,3 tahun ke hadapan lebuhraya belum boleh dibuka sepenuhnya.

Keluar dari lebuhraya terus JJCM. 



Singgahan di restoran ini ternyata berbaloi. Ingatkan mahu membasahkan tekak saja sebab sarapan tadi agak lewat dan berat tapi tergoda dengan hidangan lauk pauk beraneka jenis.


Tertarik dengan ulaman ini, bertanyakan tuan kedai dan dimaklumkan itu adalah  pucuk asam gelugur dan keladi merawan. Pertama kali mencuba ermm sedap rupanya. Masakan keseluruhan ok sedap dan harga murah.

Beredar ke destinasi berikutnya. Kuala Kurau Perak.


Menyantuni cucu beb🤗




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK