Jumaat 6 Sept 2019
Dengan kedudukan chalet berada sangat hampir dengan laut, tidur malam dibuai deruan bayu dan ombak pantai, sesekali diganggu oleh hilaian sang kelawar.
Di Tioman antara tarikan pelancong adalah menyaksikan ribuan kelawar bergantungan di dahan-dahan pokok.
Warga luar terutama mat salleh ramai berkunjung antara bulan Ogos dan September..Tempoh ini mereka sedang bercuti sekolah musim panas.
Pelancong luar betul- betul memanfaatkan kunjungan mereka antaranya meredah hutan, mandi air terjun, bersnorkeling, berkubang laut atau berjemur di pantai..Kita warga tempatan sudah lali dengan aktiviti sebegini.
Sesudah jumaat kami berpindah penginapan.. Chalet kami penuh untuk hari berikutnya, hanya dapat menempah semalaman saja.
Malam ke 2 cuba mencari penginapan yang sedikit upmarket...Pencarian melalui online ternyata berbaloi. Selesa Tioman Apartment dibawah pengurusan JCorp dilengkapi 2 bilik, Rm213 satu malam termasuk pengangkutan ke Jeti..Penginapan sesuai untuk keluarga tapi kedudukannya agak terpencil..
Apartmen ini berusia lebih 20tahun jadi fizikalnya sedikit uzur..Namun keseluruhan masih berbaloi untuk nilai wang anda...Lokasi di cerun gunung pinggiran laut berbatu, berpemandangan memukau...
Pantai berpasir agak jauh, perlu berjalan kaki meredah laluan berbatu krikil...Penat segera hilang tetekala melihat pantai dan air laut yang sangat jernih...
Untuk makan-makan kena cari di luar kerana cafe hanya menyediakan sarapan pagi...Perkhidmatan shuttle disediakan dengan kekerapan sejam satu. Atau jika ingin lebih bebas boleh menyewa motorsikal dgn kadar sewa rm60 sehari...
bestnya dapat melancong ke pulau tioman
ReplyDeleteSesekali wak...byk lg pulau Malaysia yg belum pergi nih
ReplyDelete