Monday, September 9, 2019

Pulau Tioman 2019-D2

Jumaat 6 Sept 2019

Ombak di Pantai Kg Juara ini agak kuat sebab pantai menghadap laut terbuka Laut China Selatan.

Dengan kedudukan chalet berada sangat hampir dengan laut, tidur malam dibuai deruan bayu dan ombak pantai, sesekali diganggu oleh hilaian sang kelawar.

Di Tioman antara tarikan pelancong adalah menyaksikan ribuan kelawar bergantungan di dahan-dahan pokok.




Warga luar terutama mat salleh ramai berkunjung antara bulan Ogos dan September..Tempoh ini mereka sedang bercuti sekolah musim panas.

Cuma diperhatikan,  berbanding dengan pulau -pulau negara jiran, kita agak kurang menerima pelancong mat salleh. Koh Samui, Phuket, Bali, Lombok, sekadar menyebut beberapa nama, di sana penuh dengan mereka ini.

Walaupun kebanyakan  keindahan semulajadi kita jauh mengatasi mereka, pakej pelancongan yang ditawarkan di negara jiran mungkin lebih berbaloi dengan nilai wang.


Matahari mula menampakkan diri di ufuk timur.



Pantai yang luas dan panjang sangat ideal untuk berjogging. Berlari dari hujung ke hujung sudah memadai untuk badan bermandi peluh.







Selepas berjogging dan sarapan pagi tak ada aktiviti lain yang dibuat, sekadar melepak  ditepi kedai sambil memerhati gelagat pengunjung. 

Pelancong luar betul- betul memanfaatkan kunjungan mereka antaranya meredah hutan, mandi air terjun, bersnorkeling, berkubang laut atau berjemur  di pantai..Kita warga tempatan sudah lali dengan aktiviti sebegini.



Hajat untuk bersolat jumaat di Pulau Tioman alhamdulillah tercapai. Masjid tidak jauh dari chalet kami. Persekitaran masjid  bersih serta dilengkapi penghawa dingin. Isu semasa yang disentuh ketika khutbah adalah menyeru masyarakat untuk mendahulukan produk muslim yang ternyata lebih halalan toyiban.

Sesudah jumaat kami berpindah penginapan.. Chalet kami penuh untuk hari berikutnya, hanya dapat menempah semalaman saja.






Malam ke 2 cuba mencari penginapan yang sedikit upmarket...Pencarian melalui online ternyata berbaloi. Selesa Tioman Apartment dibawah pengurusan JCorp dilengkapi  2 bilik, Rm213 satu malam termasuk pengangkutan ke Jeti..Penginapan sesuai untuk keluarga  tapi kedudukannya agak terpencil..

Apartmen ini berusia lebih 20tahun jadi  fizikalnya sedikit uzur..Namun keseluruhan masih berbaloi untuk nilai wang anda...Lokasi di cerun gunung pinggiran laut berbatu,  berpemandangan memukau...







Pantai berpasir  agak jauh, perlu berjalan kaki meredah laluan berbatu krikil...Penat segera hilang tetekala melihat pantai dan air laut yang sangat jernih...




Pemandangan disaat matahari mulai terbenam yang sangat indah.

Untuk makan-makan kena cari di luar kerana cafe hanya menyediakan sarapan pagi...Perkhidmatan shuttle disediakan dengan kekerapan sejam satu. Atau jika ingin lebih bebas boleh menyewa motorsikal dgn kadar sewa rm60 sehari...



Untuk ke Pekan Tekek agak jauh dan tiada kenderaan. Pilihan yang  ada adalah di Restoran Nelayan Berjaya Resort.





Antara bufet RM90 sekepala tentunya kami memilih ala carte,  dapat memilih menu yang paling berbaloi..Hampir Rm100 juga untuk hidangan 2 orang. Kena hadapilah sebab kita menikmati hidangan di resort 4 bintang.

2 comments: