Sabtu 7 Sept 2019
Hari ke 3 seawal 7.30 pagi kami telah menuju pantai..Tak tahan melihat kejernihan air pasang dari bilik apartmen...Ingin segera berkubang.
Pantai ini adalah santuari penyu.
Berbanding pantai di sebalik pulau, air pantai sebelah sini jauh lebih tenang. Sangat sesuai untuk berrekreasi bersama ahli keluarga..Cuma kedudukannya yang agak jauh dari penempatan, pantai ini kurang dikunjungi.
Yang tak syoknya tak orang ramai bermandi- manda. Awal pagi itu hanya kami berdua, adalah kot dalam sejam berendam terus balik ke apartmen.
Dan sambung berkubang di kolam renang.
Sesudah sarapan bersegera mengemas barang untuk check out...Pukul 12 bakal menaiki feri balik ke Mersing...Pengunjung disaran berada di jeti untuk mendaftar nama sejam sebelum feri berlepas...
Pelayaran balik lebih pantas berbanding pergi dulu..
Mungkin atas faktor feri yang lebih baru ditambah dengan air laut yang lebih tenang, pelayaran meredah lautan tidak begitu terasa.
Cuma semasa menghampiri Jeti Mersing keadaan air laut agak cetek di muara. Air belum begitu pasang...Penumpang dibahagian belakang diminta berpindah ke deck depan untuk mengimbangkan kapal supaya kipas feri tidak tersangkut di dasar laut...
Sembang-sembang dengan kapten feri diberitahu, masalah bermudik ke jeti memang sering berlaku. Adakalanya feri terpaksa berlabuh di persisir pantai sementara menunggu air pasang. Walaupun muara sungai didalamkan, dasar akan kembali cetek melainkan benteng dibina disepanjang muara untuk menghalang lumpur atau pasir kembali semula ke situ
Untuk buah tangan singgah membeli buah tampoi di gerai buah tepi jalan Jamaluang-Kluang.
Maka berakhir sudah 3H2M Pulau Tioman...
Sehingga bertemu lagi dilain kembara..
Hari ke 3 seawal 7.30 pagi kami telah menuju pantai..Tak tahan melihat kejernihan air pasang dari bilik apartmen...Ingin segera berkubang.
Pantai ini adalah santuari penyu.
Berbanding pantai di sebalik pulau, air pantai sebelah sini jauh lebih tenang. Sangat sesuai untuk berrekreasi bersama ahli keluarga..Cuma kedudukannya yang agak jauh dari penempatan, pantai ini kurang dikunjungi.
Dan sambung berkubang di kolam renang.
Pelayaran balik lebih pantas berbanding pergi dulu..
Mungkin atas faktor feri yang lebih baru ditambah dengan air laut yang lebih tenang, pelayaran meredah lautan tidak begitu terasa.
Cuma semasa menghampiri Jeti Mersing keadaan air laut agak cetek di muara. Air belum begitu pasang...Penumpang dibahagian belakang diminta berpindah ke deck depan untuk mengimbangkan kapal supaya kipas feri tidak tersangkut di dasar laut...
Sembang-sembang dengan kapten feri diberitahu, masalah bermudik ke jeti memang sering berlaku. Adakalanya feri terpaksa berlabuh di persisir pantai sementara menunggu air pasang. Walaupun muara sungai didalamkan, dasar akan kembali cetek melainkan benteng dibina disepanjang muara untuk menghalang lumpur atau pasir kembali semula ke situ
Alhamdulilah sebelum jam 2 ptg telah meninggalkan jeti.
Maka berakhir sudah 3H2M Pulau Tioman...
Sehingga bertemu lagi dilain kembara..
No comments:
Post a Comment