click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, August 9, 2025

Kenderaan Kebun...


Kenderaan kebun bukan syarat wajib, tapi sangat bermanfaat jika ada. Dengan adanya kenderaan kebun, pelbagai alatan kebun tak perlu selalu dipungggah keluar masuk. Lagipun kita bukannya sentiasa rajin mengemas kenderaan..

Biarpun kenderaan kebun, penampilan biarlah kemas lagi bersih..jadi kenderaan tetap boleh dijadikan kenderaan basahan. Setakat berpergian ke destinasi berhampiran capai kunci terus jalan..



Tiada pikap tak mengapa, cargo tetap luas apabila seat belakang ditanggalkan dan kita tidak risau basah dek hujan. Untuk kekal kemas pasang penghadang supaya alatan tidak tonggang terbalik ketika digunakan mendaki/ menuruni  bukit. Penghadang boleh ditanggalkan jika memerlukan ruangan lebih luas atau membawa barangan  panjang...untuk mengelakan bau masam bukalah kesemua pintu untuk pengudaraan kabin..



Kini Kembara kebun sudah berteman. Setibanya dikebun, atv mengambil alih tugas.




Atv yang hensem...gagah menakluk pelbagai permukaan kebun..Tidak lah penat untuk meninjau segenap sudut kebun.


Bila penat berkebun menu simpel pun jadi teramat lazat. Sesudah itu bergolek dipangkin..biarpun lantai keras, bila disapa angin lalu..fuh mata pun bertambah kuyu..


Koleksi nota dan beg berkursus, digantung untuk rujukan..


 
Pondok utama hampir siap sepenuhnya.. sedang menyiapkan lagi para para untuk ruangan tambahan menyimpan peralatan kecil kebun..



Selain penggera solar, Orang- orang dipasang untuk menghalang haiwan liar menghampiri kebun. 

Belum pun tandas,  tadahan air dan platform terbuka siap, argh sudah terlintas keperluan membina rumah Atv..

Tugasan berkebun memang tak pernah habis...

 

Thursday, August 7, 2025

Kursus Pertanian 2

Mula-mula menghadiri kursus adalah untuk mencukupkan syarat memohon bantuan Jabatan Pertanian membina telaga bawah tanah di kebun.. Kos membina telaga dianggarkan dalam 15ribu.

Dikebun sepenuhnya mengharapkan tadahan air hujan. Tanpa air sempurna pokok mengharapkan 100 peratus air hujan. Walaupun tidak hujan seminggu, tananam  sensitif air seperti durian akan ada yang mati diawal penanaman. 

 


Banyak jenis kursus yang ditawarkan Jabatan Pertanian di semua negeri maupun daerah, kita pilih mana yang berkaitan.

Modul teras kursus pertama yang dihadiri berkenaan  tanaman melalui kaedah Fertigasi meja.

Kursus kedua berkenaan pembuatan baja kompos dan penyediaan cairan sebatian organik  membiak mikroorganisma untuk merawat tanah. 

Pembajaan adalah pembaziran sekiranya tanah tidak dirawat. Penggunaan baja kimia berterusan akan memberi kesan tidak baik pada tanah dan tanaman. Tanah yang sihat akan membantu penyerapan nutrient tanaman.


Modul sampingan sama iaitu penyediaan..


1. Racun organik pengawalan serangga, hama dan kulat.


2. Sabun  pelekat untuk membantu menyerap racun yang disembur pada tanaman dengan kebih berkesan.


Penyediaan baja dan racun organik adalah murah dan berkesan.

Sekiranya bergantung sepenuhnya dengan  racun kimia, kos menjadi tersangat tinggi sehingga ke satu tahap perasit, serangga dll menjadi kebal. Penggunaan pelbagai racun kimia yang tidak terkawal akan membunuh semua organisma baik untuk kesuburan tanaman..


 








 




Kursus adalah  percuma selain disediakan tempat tinggal, makan minum sepanjang kursus.

Setelah menghadiri kursus ternyata banyak manfaat diperolehi seperti ilmu terkini pertanian selain mewujudkan rangkaian kenalan rakan kebun..

Apa lagi..jomlah menambah ilmu..terbuka kepada semua..

Wednesday, August 6, 2025

ATV Kebun kembali sihat...

Berbulan Atv tersadai, mulanya arm roda depan patah, namun komponen mudah dibuka untuk dibawa balik dan di welding semula. 

Penggunaan atv agak lasak kerana permukaan kebun yang berbukit.

Sesudah itu welding sproket pula tertanggal..mulanya menyangka ada gear yang tercabut... rantai berpusing tapi motor tidak bergerak..cubaan membuka komponen gagal..pemeriksaan lanjut mendapati bukan gear yang bermasalah tapi welding sproket yang tertanggal kesan penggunaan yang lasak. Lagipun mutu  welding tidak begitu kemas dan tanggal ketika penggunaan lasak.

Bawa atv keluar kos mahal jadi sementara mendapat penyelesaian, atv dibungkus dan hanya dipanaskan enjin setiap kali datang ke kebun. Keperluan atv tidak begitu kritikal.

Akhirnya penyelesaian murah diperolehi, komponen bermasalah diwelding semula dengan meminta bekalan api dari jiran kebun  dijalan masuk ke kebun lebihkurang jarak 1km. Mengambil masa agak lama sebab perlu membuat temujanji  kerana beliau tidak sepenuh masa tinggal di situ . 

Isnin  4 Ogos . Atv dibawa keluar, masalah berjaya diatasi



Atv ditarik dari belakang   untuk mengawal kelajuan ketika menuruni bukit, manakala ketika melalui jalan mendatar atau mendaki terpaksa ditarik dari hadapan..






Welding komponen sproket ini yang tertanggal mengakibatkan tiada pegangan untuk menggerakkan roda belakang.



Dengan kelengkapan dan bekalan api masalah diselesaikan   tak sampai lebih 15 minit .

Kini Atv telah sihat..Mudah menakluk laluan berlumpur lagi licin ketika mendaki semula ke kebun.
 

Friday, August 1, 2025

Lampu dan Penggera Solar

Bila phone ditangan ibarat berada di mall, meninjau dari satu kedai ke satu kedai, akhirnya membeli juga. Itulah penangan kedai maya. Capaian hanya dihujung jari..Pilihan banyak pada  harga  sangat kompetitif..

Minggu ini membeli lampu solar taman. Mencuba dulu 10 biji dan berdasarkan ujian malam pertama, sangat berpuashati dengan pencahayaan, lampu nampaknya akan ditambah..Jika  setiap tiang pagar dipasang lampu..banyak biji lagi perlu dibeli..tak perlu beli serentak..






Barangan letrik solar ditawarkan pada harga boleh dikatakan murah.. Sebiji lampu berharga dibawah Rm10, cuma ketahanan belum diuji, seandainya dapat berfungsi setahun ke 2 tahun itu sudah dikira berbaloi..

Berbanding lampu berkuasa sambungan letrik, tiada pendawaian diperlukan.. tiada tangungan bulanan bil elektrik. Kini tiada alasan membiarkan halaman rumah gelap. 

Kalau dulu hanya musim perayaan halaman terang dan meriah, kini dengan lampu solar kita  boleh beraya hari-hari..



Penggera kebun turut ditambah, keperluan kebun masih banyak namun kita beli tambahan 2 sahaja dahulu..seunit rm30+. Penggera sediada 4 unit jauh dari mencukupi..Masih berfungsi dengan baik, meriah  ketika siang kerana tenaga bateri sentiasa dicas semula ..Namun ketika malam hari, anjing dan pengawal ikut tidur kehabisan tenaga..

Ketika pokok-pokok sudah membesar, mengawal kehadiran monyet lebih diperlukan..Hanya babi yang bertandang ketika malam..

Kita berusaha selebihnya bertawakal..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK