30 hb April 2017...
Harini kami melawat satu lagi destinasi wajib selatan Itali..Amalfi Coast..Daerah yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia.
Membeli pakej tiket keretapi dan bas bernilai € 12
Menaiki keretapi di Stazione Centralo Garibaldi Napoli menuju ke Sorento. Setibanya di Sorento menaiki bas ke Amalfi Coast
Perjalanan melalui jalan sempit berliku dilereng lereng gunung..Jika dua kenderaan lebar bertembung salah satu kenderaan terpaksa mengalah memberikan laluan
Dahsyat jurutera dahulu merekabentuk struktur jambatan ditebing tebing gunung. Terowong terowong pendek banyak juga dibina
Hanya pemandu berkemahiran tinggi mampu mengemudi kenderaan besar di laluan sempit lagi berliku ini..Gayat melihat pemandangan gaung gaung
Sayup pemandangan teluk berpantai dari ketinggian jalanraya
Oleh kerana kawasan adalah bergunung hanya terdapat sedikit kawasan telok berpasir yang menjadi tumpuan orangramai. Pasir adalah pasir kasar.
Pasitano antara
Rumah- rumah dibina dilereng lereng gunung...Penginapan yang tidak sesuai untuk mereka yang gayat dengan ketinggian
.
Kawasan penempatan yang padat dengan rumah rumah dibina dilereng lereng gunung..
Penulis musykil bagaimana dengan sistem kumbahan di sini.
Kawasan komersil berada dilorong lorong sempit tapi kemas dan cantik
Di selatan Itali sangat terkenal dengan buahan citrus...Pokok itu hidup subur berbuah lebat dihampir setiap rumah.
Produk produk berasaskan limau banyak dijual ...
Sewaktu kami datang musim panas baru membuka tirai...Ramai pengunjung membanjiri kawasan ini..Bas bas sentiasa padat dengan pelancong...Asalkan boleh duduk walaupun ditangga bas..
Pemandangan berlatarbelakangkan pemandangan indah laut nan biru...
Hampir magrib kami kembali semula ke Napoli
Secara keseluruhan Amalfi Coast penulis beri markah 6/10...Pemandangan sungguh cantik digambar tapi biasa biasa saja di keadaan sebenar.
Esok kami akan melawat runtuhan bandar pompei yang musnah ditenggelamkan abu gunung berapi...