Sunday, December 10, 2017

Europe17-Amalfy Coast Italy

30 hb April 2017...


Harini kami melawat satu lagi destinasi wajib selatan Itali..Amalfi Coast..Daerah yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia.

Membeli pakej tiket keretapi dan bas  bernilai € 12


Menaiki keretapi di Stazione Centralo Garibaldi Napoli menuju ke Sorento. Setibanya di Sorento menaiki bas ke Amalfi Coast



Perjalanan melalui jalan sempit berliku dilereng lereng gunung..Jika dua kenderaan lebar bertembung salah satu kenderaan terpaksa mengalah memberikan laluan



Dahsyat jurutera dahulu merekabentuk  struktur jambatan ditebing tebing gunung. Terowong terowong pendek banyak juga dibina



Hanya pemandu berkemahiran tinggi mampu mengemudi kenderaan besar di laluan sempit lagi berliku ini..Gayat melihat pemandangan gaung gaung


Sayup pemandangan teluk berpantai dari ketinggian jalanraya




Oleh kerana kawasan adalah bergunung hanya terdapat sedikit kawasan telok berpasir yang menjadi tumpuan orangramai. Pasir adalah pasir kasar.




Pasitano antara
destinasi popular di Amalfi Coast





Rumah- rumah dibina dilereng lereng gunung...Penginapan yang tidak sesuai untuk mereka yang gayat dengan ketinggian

.


Kawasan penempatan yang padat dengan rumah rumah dibina dilereng lereng gunung..

Penulis musykil bagaimana dengan sistem kumbahan di sini.


Kawasan komersil berada dilorong lorong sempit tapi kemas dan cantik



Di selatan Itali sangat terkenal dengan buahan citrus...Pokok itu hidup subur berbuah lebat dihampir setiap rumah.

Produk produk berasaskan limau banyak dijual ...


Sewaktu kami datang musim panas baru membuka tirai...Ramai pengunjung membanjiri kawasan ini..Bas bas sentiasa padat dengan pelancong...Asalkan boleh duduk walaupun ditangga bas..



Pemandangan berlatarbelakangkan pemandangan indah laut nan biru...

Hampir magrib kami kembali semula ke Napoli

Secara keseluruhan Amalfi Coast penulis beri markah 6/10...Pemandangan sungguh cantik digambar tapi biasa biasa saja di keadaan sebenar. 

Esok kami akan melawat runtuhan bandar pompei yang musnah ditenggelamkan abu gunung berapi...

Thursday, December 7, 2017

Europe17-Rome Italy


29 April 2017

Harini kami ke Rome. Bersama rombongan terdahulu hanya melawat utara Itali..Florence dan Venice..Milan pun sekadar lalu.

Dari Napoli ke Rome hanya 45 minit menaiki keretapi laju...Tiket dibeli ketika promosi sekitar €30 seorang...Ketika di Rome pula membeli pas harian kenderaan awam sekitar €7... Rangkaian keretapi bawah tanah Rome tidaklah sehebat tube di London...Hanya ada beberapa line saja dan sentiasa sesak. Tram juga sudah agak uzur.









Keretapi laju Itali...Tak terasa keretapi membesit 300km/jam. 




Sampai saja Rome cenderahati mesra poket ini juga yang dicari.. Keychain ataupun fridge magnet..

Sebagaimana di Florence..Venice...penjual juga adalah warga Bangladesh..



Hari Ahad ramai orang berkunjung ke St Peter's Basilica...Mereka datang untuk mendengar ucapan pope atau sekadar mengambil gambar..



St Peter's Basilica penuh dengan pengunjung..Untuk memasuki kena melalui mesin pengimbas...




Selepas bergambar kami terus beredar..





 Rome dipenuhi dengan bangunan bangunan bersejarah.. Senibina zaman dulu memang dahsyat...





Artis artis jalanan pun ramai...


Ini lagi bangunan yang sangat sinonim dengan Rome...



Collosium...Tak tau dimana istimewanya bangunan ini...





Trevi fountain binaan kurun ke 18 juga tersenarai lokasi kunjungan wajib



Sewaktu kami datang ada sekumpulan muslim sedang memberi penerangan kepada pengunjung tentang islamophobia...


Hah inilah rupa tram tua Rome...

Pusing pusing lagi sekitar Rome sambil mengabadikan gambar kenangan..




Kalau diikutkan senarai tempat menarik  dicadangkan memang tak cukup waktu untuk melawat kesemuanya...Tapi sausana dan senireka hampir sama saja jadi tidak terkilan jika tidak mengunjungi...Ambil yang wajib sudahlah..

Berakhirlah lawatan Rome...Kota warisan dunia...

Kami kembali ke Napoli..Sementara menunggu jadual bertolak kami makan makan di restoran muslim yang sememangnya banyak di Rome...

Esok kami akan meronda ke Amalfi Coast..Destinasi wajib jika berkunjung ke selatan Itali...