Sempena Aidil Adha, kita pun berkemas beg balik ke pantai timur, tak mau bersesak dengan orang lain, selepas solat raya baru bergerak. Orang tua pun dah tiada hanya tinggal beberapa orang adik beradik sebelah orang rumah, keterujaan balik kampung tak akan sama berbanding ketika orang tua masih ada.
Cuma syoknya pulang ke pantai timur, boleh bersantai di pantai. Sebelah malam melepak sambil makan - makan di restoran ikan bakar atau masakan ala Thai . Selepas subuh pula berjoging sepanjang pantai.
Penambahbaikan terkini di Batu Burok, penyediaan laluan pejalan kaki, jarak memadai untuk berjalankaki membawa anak anak kecil...Untuk berjogging eermm pendek sangat..
Tiada batasan berapa jarak ingin beriadah, selagi larat boleh saja teruskan menyusuri pantai. Suasana dingin pagi disulam bunyi deruan ombak laut, kita pun tak terasa sudah berjalan begitu jauh. Sekembalinya ke kenderaan baru terasa kekejangan urat urat peha dan betis. Pergi balik tak kurang 7-8 km..riadah hari lain sekadar 3-4 km saja.
Kesan hakisan pantai mula kelihatan, tebatan pantai perlu dibuat sebelum tanah terhakis lebih jauh ke daratan.
Jika tebatan tidak dibina, rasanya deretan rumah ini bakal ranap. Tembok penahan ini tidak sekukuh mana. Persekitaran tembok penahan mulai terhakis sehingga membentuk tanjung.
Setidaknya ditambak bongkah batu lagi untuk menghalang ombak berterusan menghakis pantai.
Masalah sampah ni memang sampai kiamat tidak akan selesai. Kalaupun bukan sampah tempatan, sampah dari negara jiran Thai, Vietnam bahkan China boleh terhanyut ke sini. Kerajaan negeri perlu mewujudkan agensi yang memantau pantai...Trengganu mempunyai persisiran pantai terpanjang Malaysia, jika tiada agensi khas, kelebihan mempunyai pantai tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.