Friday, June 30, 2023

Batu Burok K.Trengganu


Sempena Aidil Adha, kita pun berkemas beg balik ke pantai timur, tak mau bersesak dengan orang lain, selepas solat raya baru bergerak. Orang tua pun dah tiada hanya tinggal beberapa orang adik beradik sebelah orang rumah, keterujaan balik kampung  tak akan sama berbanding ketika orang tua masih ada.

Cuma syoknya pulang ke pantai timur, boleh bersantai di pantai. Sebelah malam melepak sambil  makan - makan  di restoran ikan bakar atau masakan ala Thai . Selepas subuh pula berjoging  sepanjang pantai.



Penambahbaikan terkini di Batu Burok, penyediaan laluan pejalan kaki, jarak memadai untuk berjalankaki membawa anak anak kecil...Untuk berjogging eermm pendek sangat..




Tiada batasan berapa jarak ingin beriadah, selagi larat boleh saja teruskan menyusuri pantai. Suasana dingin pagi disulam  bunyi deruan ombak laut, kita pun tak terasa sudah berjalan begitu jauh. Sekembalinya ke kenderaan baru terasa kekejangan urat urat peha dan betis. Pergi balik tak kurang 7-8 km..riadah hari lain sekadar 3-4 km saja.




Kesan hakisan pantai mula kelihatan, tebatan pantai perlu dibuat sebelum tanah terhakis lebih jauh ke daratan. 



Jika tebatan tidak dibina, rasanya deretan rumah ini bakal ranap. Tembok penahan ini tidak sekukuh mana. Persekitaran tembok penahan mulai terhakis sehingga membentuk tanjung.


Tangga kelihatan tergantung kesan hakisan.


Setidaknya ditambak bongkah batu lagi untuk menghalang ombak berterusan menghakis  pantai.





 

Hah padan muka...Geram sangat nampaknya sehingga digantung doa untuk yang suka buang sampah merata..






Masalah sampah ni memang sampai kiamat tidak akan selesai. Kalaupun bukan sampah tempatan, sampah dari negara jiran  Thai, Vietnam bahkan China boleh terhanyut ke sini. Kerajaan negeri perlu mewujudkan agensi yang memantau pantai...Trengganu mempunyai persisiran pantai terpanjang Malaysia, jika tiada agensi khas, kelebihan mempunyai pantai tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Wednesday, June 28, 2023

Kelapa Raya...

Hari Khamis raya, banyak nak guna santan kelapa. Ini masa manfaatkan apa yang ada. Kelapa tua yang belum gugur banyak..Yang dah gugur pun ada. Barang percuma, yang dah gugur lama biarkan dia tumbuh..lagipun yang sudah terlalu lama  gugur, santan sudah kurang sebab tunas mulai tumbuh.





Pokok sudah mulai meninggi, sekarang ni masih boleh guna pengait. Kalau semakin meninggi nanti memang kena buat bangku memanjat untuk memetik buah muda, yang tua tak mengapa boleh tunggu  buah gugur sendiri. 


Bila buah sudah banyak dah tak sanggup menggunakan kukur manual, masa inilah berbaloi mengeluarkan pengukur elektrik yang lama tersimpan di stor. 

Tak rugi berbudi pada tanah..

Tuesday, June 27, 2023

Pucuk Ubi Liar...

Fuh semangat melihat pokok pisang yang sebelum ini nyaris mati, kini mengeluarkan buah...sebelum ini hampir semua daun  kuning kehitaman seperti terbakar...apabila semua daun dicantas dan ditinggalkan hanya pucuk baru, memberi harapan pokok untuk terus hidup



Walaupun jantung belum kembang sepenuhnya dijangka tidak berapa banyak sisir pisang..Ada sepokok yang sudah menunggu matang berbuah begini.. Kira boleh lah...


Ada 4 pokok tidak dapat diselamatkan...



Terdapat  5 pokok yang sedang berbuah termasuk pisang tanduk ini. Pisang tanduk bersaiz agak besar..mungkin disebabkan hanya sepokok tanpa rumpun lain dikeliling.


Rumpun serai ini telah dipengujung hayat... rimbunan tua di bersihkan, tanah digemburkan, tabur baja dan benih serai  ditanam semula.. hanya pokok muda dibiarkan, 


Batang ubi yang dicantas serta dicampak begitu saja, tetap hidup...


Kutipan pucuk ubi pulut liar...
 

Munggai pun banyak pucuk muda apabila pokok dicantas...masak pucuk lemak harini..

Jom-jom manfaatkan ruang kosong...

Monday, June 26, 2023

Gunting Rambut Raya..

Sebagai pengusaha yang bergantung sepenuhnya dengan kemahiran orang lain, cabaran mengusahakan khidmat gunting rambut adalah mendapatkan tukang gunting yang baik. Lebih sedekad berlalu sering bersilih ganti tukang gunting, terutamanya untuk kedai yang baru dibuka. 


Kedai hanya akan  lebih stabil jika mampu bertahan sekurangnya 2 tahun, ketika ini pelanggan setia sudah mulai ramai. Jika kedai tidak mampu bertahan jalan terbaik adalah berpindah ke lokasi baru. Sekurangnya 2 lokasi yang terpaksa dipindahkan.


Dalam tempoh menstabilkan kedai, selalunya terpaksa mengeluarkan duit poket untuk menampung kos sewa kedai dan perbelanjaan lain. . Cabaran semakin teruk jika mendapat tukang gunting yang tidak jujur. Selalunya tukang muda yang lebih mudah dibentuk , yang berusia sudah terbiasa dengan acuan 
lama.

 Jika kutipan wang kedai sangat  meragukan, memang tak perlu disimpan orang sebegini, biasanya mereka terlibat dengan anasir tidak sihat seperti menghisap dadah atau bermain judi online.


Kedai gunting rambut yang memfokuskan pelanggan orang kebanyakan, tidak perlu peralatan canggih..Kerusi yang uzur pun  baiki sendiri.

Tapak tiang khemah kiosk bas pun gotong royong bersama pekerja..perlu disiapkan segera untuk keselesaan pelanggan yang menuggu giliran bergunting untuk raya..




 Tiba musim perayaan hampir semua kedai gunting rambut akan sibuk. Kedai kami tak terkecuali..Hari Khamis kan raya..



Salam Aidil Adha...



Saturday, June 24, 2023

Monyet Bukit Malawati..Kuala Selangor..

Jogging harini Jumaat di Bukit Malawati Kuala Selangor lagi. Tempat riadah biasa dah banyak kali ulang, jadi ambil angin jauh sikit, pergi balik dekat 100km juga. Masa sedang kemaruk berbasikal dulu, riadah ke sini hanya dengan berbasikal.

 




Tak tau kat mana lagi tempat riadah menarik sebelah Kuala Selangor,selain Bukit Malawati. Di sini satu pusingan pun pendek, berpusing 2 kali baru berpeluh itupun sebab berbukit..Kalau mendatar ermm.

Sesudah riadah..sarapan kemudian cari tempat makan-makan..Awal sangat pukul 10pg  kita bungkus saja nasi ambeng.




Pemandangan di atas tu yang cantik..boleh melihat muara sungai Selangor dan Laut Selat Melaka. Kerana panorama yang luas lokasi ini dijadikan salah satu lokasi mencerap anak bulan menentukan awal Ramadhan  dan Syawal


 
Kalau dihujung minggu awal pagi akan meriah dengan kaki riadah.. hari biasa pihak sekolah membawa anak- anak murid berlatih disini...


Dulu di sini dikuasai dengan monyet spesis ini..sehingga menjadi tarikan orang untuk datang ke Bukit Malawati. Nampaknya koloni ini tidak begitu banyak sekarang. Monyet ini tidak seganas spesis lain..masih boleh disentuh



Uniknya monyet ini walaupun hitam anak yang baru lahir berbulu kuning, sangat kontras..Apabila dewasa kembali berbulu hitam..



Mat Salleh ni begitu ralit mengambil gambar monyet yang jinak...Ditempat mereka mana nak jumpa monyet.



Sekarang spesis monyet ini yang banyak. Yang ini agak ganas., pantang lepa akan ada yang dicurinya.


 
Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah..Di puncak terdapat dua muzium sejarah Kuala Selangor dan muzium permainan tradisional.




Di puncak Bukit Malawati ini lah kubu pertahanan sultan dari serangan musuh luar. 



Kini Bukit Malawati menjadi destinasi lawatan orang ramai.. Kenderaan awam tidak dibenarkan dibawa ke puncak sebaliknya Trem disediakan. 


Mercutanda Bukit Malawati..Rumah Api..


Jangan lupa berfoto dilorong seni Pekan Kuala Selangor...

Jogging berikutnya tak tau nak kemana pula...ikut saja gerak hati dan ke mana tayar bergolek...