Monday, June 26, 2023

Gunting Rambut Raya..

Sebagai pengusaha yang bergantung sepenuhnya dengan kemahiran orang lain, cabaran mengusahakan khidmat gunting rambut adalah mendapatkan tukang gunting yang baik. Lebih sedekad berlalu sering bersilih ganti tukang gunting, terutamanya untuk kedai yang baru dibuka. 


Kedai hanya akan  lebih stabil jika mampu bertahan sekurangnya 2 tahun, ketika ini pelanggan setia sudah mulai ramai. Jika kedai tidak mampu bertahan jalan terbaik adalah berpindah ke lokasi baru. Sekurangnya 2 lokasi yang terpaksa dipindahkan.


Dalam tempoh menstabilkan kedai, selalunya terpaksa mengeluarkan duit poket untuk menampung kos sewa kedai dan perbelanjaan lain. . Cabaran semakin teruk jika mendapat tukang gunting yang tidak jujur. Selalunya tukang muda yang lebih mudah dibentuk , yang berusia sudah terbiasa dengan acuan 
lama.

 Jika kutipan wang kedai sangat  meragukan, memang tak perlu disimpan orang sebegini, biasanya mereka terlibat dengan anasir tidak sihat seperti menghisap dadah atau bermain judi online.


Kedai gunting rambut yang memfokuskan pelanggan orang kebanyakan, tidak perlu peralatan canggih..Kerusi yang uzur pun  baiki sendiri.

Tapak tiang khemah kiosk bas pun gotong royong bersama pekerja..perlu disiapkan segera untuk keselesaan pelanggan yang menuggu giliran bergunting untuk raya..




 Tiba musim perayaan hampir semua kedai gunting rambut akan sibuk. Kedai kami tak terkecuali..Hari Khamis kan raya..



Salam Aidil Adha...



No comments:

Post a Comment