Hari Khamis raya, banyak nak guna santan kelapa. Ini masa manfaatkan apa yang ada. Kelapa tua yang belum gugur banyak..Yang dah gugur pun ada. Barang percuma, yang dah gugur lama biarkan dia tumbuh..lagipun yang sudah terlalu lama gugur, santan sudah kurang sebab tunas mulai tumbuh.
Pokok sudah mulai meninggi, sekarang ni masih boleh guna pengait. Kalau semakin meninggi nanti memang kena buat bangku memanjat untuk memetik buah muda, yang tua tak mengapa boleh tunggu buah gugur sendiri.
Bila buah sudah banyak dah tak sanggup menggunakan kukur manual, masa inilah berbaloi mengeluarkan pengukur elektrik yang lama tersimpan di stor.
Tak rugi berbudi pada tanah..
No comments:
Post a Comment